Friday, June 26, 2015

Program Cuti Sekolah - Bijak Sifir



Alhamdulillah.... syukur sekali lagi kerana berkesempatan bawa anak-anak untuk pergi ke Program Cuti Sekolah semasa cuti pertengahan tahun baru-baru ini. Yelah... masa cuti sekolah bukan saje bawak anak-anak melancong, tetapi kena pastikan jugak diorang ni terlibat dengan program-program ilmiah dan bermanfaat sejak dari kecil lagi.


Masjid al-Mukarramah, Damansara

Pada hari Ahad, 14 Jun 2015 bertempat di Masjid al-Mukarramah Damansara telah diadakan program ataupun bengkel Bijak Sifir iaitu menggunakan teknik Roya. Kalau tak silap perkataan Roya ni adalah singkatan nama pengasas teknik ni iaitu "Rosli Yaacob"


Baca : Program Bijak Bicara AMPAC - Part 1

Baca : Program Bijak Bicara AMPAC - Part 2

Baca : Program Journey Forest D'Sawah

Sebenarnya sehari sebelum tu, ada jer program Bijak Sifir ni yang berhampiran dengan rumah iaitu di kawasan Bandar Baru Bangi, tapi sebab clash dengan program lain, kami decide untuk ke Damansara all the way dari Cheras pada hari Ahad untuk program Bijak Sifir ini.

Perasan tak... kadang-kadang ada di antara anak-anak kita tidak menjawab beberapa soalan Matematik sebab kononnya tak sempat??? Ini terjadi samada mereka masih tidak mahir dengan sifir ataupun masih lagi tidak cekap membuat kira-kira.




Teknik ROYA upaya bantu kuasai sifir - www.teknikroya.com


Justeru, teknik Roya ini adalah satu alternatif yang mudah untuk dipraktikkan oleh anak-anak kita hanya dengan menggunakan jari tangan sahaja. Program ni berlangsung hanya selama 3 jam sahaja iaitu dari pukul 9.00 pagi hingga pukul 12.00 tengah hari.


Adam memberanikan diri tampil ke depan untuk mempraktikkan teknik Roya
Dapat juga cenderamata sebab berani tampil ke depan
Myra lebih selesa memerhati dari jauh dan senyum

Pada setengah jam yang terakhir, ibu bapa dijemput masuk ke dalam dewan untuk melihat sendiri bagaimana anak-anak ini mempraktikkan teknik Roya. Ibu bapa juga nampak berminat untuk mencuba teknik ini supaya sama-sama dapat berkongsi dengan anak masing-masing dan membuat ulangkaji Matematik sama-sama.

Adam dan Myra setelah selesai program

Para peserta bergambar kenangan setelah program selesai

Walau apa pun teknik yang dipelajari, untuk mendapatkan potensi yang sepenuhnya, sesuatu ilmu itu harus dipraktikkan dan diamalkan dengan segera. Jika tidak diamalkan dengan segera dikhuatiri akan menyebabkan kita terlepas nilai-nilai dan kualiti sesuatu ilmu itu.

Semoga bermanfaat dan diberikan kekuatan untuk menghantar anak-anak ke Program Cuti Sekolah yang lain.





No comments:

Post a Comment

Pandangan Anda Amat Dihargai :)

Menarik Untuk Dibaca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...