Wednesday, October 1, 2014

Pengalaman Seterusnya Menghantar Anak Ke Kem Cuti Sekolah



Pengalaman Menghantar Anak Ke Kem Cuti Sekolah diteruskan lagi pada 14-15 Jun 2014 yang lalu apabila kami menghantar 2 orang anak ke Kem Funzania yang diadakan di Teratak Malaya, Janda Baik, Pahang. Program 2 hari 1 malam ini dianjurkan oleh Telaga Biru Training & Consultancy.

Rumah/Apartment Percutian Untuk Disewa Di Janda Baik



Sepertimana dalam ENTRI sebelum ini, kami tak risau untuk melepaskan anak bujang yang sulung itu ke mana-mana program kerana dia seorang yang berdikari. Tapi dalam program inilah kali pertamanya melepaskan anak dara kami keluar dari zon keselesaan di rumah untuk menyertai program di luar.




Kem Funzania ini adalah khusus untuk anak-anak berumur 7 - 9 tahun. Selain itu, ada juga program lain seperti Kem Math Magic (10-12 tahun), Bengkel Skor UPSR (12 tahun), Kem 1 Rumah 1 Imam (12 tahun), Kem Tahfiz Madani (10-17 tahun), Kem Rasul In My Heart (10-17 tahun) dan Kem Super Aulad Adventure (10-17 tahun). Boleh rujuk di SINI.




Teratak Malaya ni terletak di Janda Baik Pahang bersebelahan dengan Stadium Janda Baik iaitu stadium budak-budak Akademi Bolasepak Frenz United. Janda Baik hanyalah 45 minit perjalanan sahaja dari Kuala Lumpur menjadikannya antara tempat yang strategik untuk membuat apa-apa program jauh dari kesibukan kota raya.




Nama program pun "Fun".... tidak terlalu berat untuk anak-anak berumur 7-9 tahun. Antara konsep yang diterapkan ialah berdikari seperti mengemas katil sendiri, menanam pokok dan aktiviti-aktiviti ceria lain yang penuh dengan pengajaran berguna. Namun begitu, kami tidak meletakkan harapan yang tinggi kepada anak-anak untuk terus berubah setelah pulang daripada program sebegini.



Aktiviti berkumpulan ataupun berjemaah juga dititikberatkan selain semangat perkongsian sesama rakan-rakan. Program "outdoor" yang lebih berbentuk fizikal juga diadakan seperti mandi sungai. Anak-anak ini dibahagikan kepada 4 kumpulan. Myra diletakkan dalam kumpulan Kuda manakala Adam diamanahkan sebagai ketua kumpulan Harimau.




Fasilitator dan urusetia yang bertugas juga dilihat sangat ceria dan penyayang sesuai dengan Kem Funzania ini yang memberikan pendedahan awal kepada anak-anak untuk mengenali dunia latihan dan kepimpinan. Bagi mengurangkan kerisauan ibu bapa, pihak urusetia telah mewujudkan kumpulan wassup Funzania untuk ibu bapa mengikuti perkembangan anak-anak mereka sepanjang program ini berjalan.




Alhamdulillah.... ternyata anak-anak sangat gembira dengan program yang singkat ini, selain dapat berjumpa dengan rakan-rakan yang baru. Mereka juga telah diberikan dengan sijil penyertaan sebagai bukti kehadiran mereka di situ.


Untuk memastikan sel-sel anak berhubung semasa dalam program dan dapat memberikan fokus serta tumpuan, kami sentiasa memastikan anak-anak diberikan sumber minyak ikan yang selamat daripada bahan kimia berbahaya dan juga kaya dengan DHA iaitu Omega Guard!


Ya... kami akan hantar anak lagi ke Kem Cuti Sekolah!


Rumah/Apartment Percutian Untuk Disewa Di Janda Baik








No comments:

Post a Comment

Pandangan Anda Amat Dihargai :)

Menarik Untuk Dibaca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...