Tuesday, September 30, 2014

Pengalaman Anak Berlakon Dengan Rozita Che Wan



Bertempat di Tadika Halaman Ilmu, Bandar Tun Hussein Onn Cheras pada bulan November 2010 tercipta sejarah tersendiri apabila anak aku yang ketika itu berumur 5 tahun berpeluang untuk menjadi pelakon cilik tambahan untuk slot Lestari TV3 bertajuk "Hani". Inilah dia Pengalaman Anak Berlakon dengan Rozita Che Wan selain daripada pelakon-pelakon lain seperti Ryzal Jaafar, Nur Fathia, Nurul Elfira Loy, Esma Daniel dan Bell Ngasri.


* Bergambar kenangan bersama Rozita Che Wan * 


Ditayangkan di TV3 sempena Maal Hijrah pada bulan Disember 2010, drama sebanyak 13 episod ini mengisahkan cabaran hidup seorang remaja yang menjadi buta selepas pembedahan otak lakonan Nur Fathia sebagai Ummu Hani. Esma Daniel dan Rozita Che Wan pula masing-masing memegang watak sebagai bapa dan ibu Hani. Kebanyakan kawasan lakonan adalah di sekitar kawasan Bandar Tun Hussein Onn, Cheras dan Hulu Langat.


Klik link di atas.... babak-babak dari minit 4.00 hingga minit 4.10


Sebagai pelakon cilik tambahan, nampaknya Muhammad Adam Hakimi bin Mohd Alizal telah menjayakan wataknya dengan berkesan tanpa menunjukkan wajahnya! Watak yang dipegang hanyalah duduk dalam buaian... tak nampak muka pun... cuma nampak belakang kepala.. hehe... Boleh lihat sendiri di minit 4.00 hingga 4.10.


Setelah beberapa tahun tidak layan drama atau filem tempatan... terpaksa jugalah aku layan drama "Hani" ni.... anak punya pasal.... Tiada bayaran yang diberikan oleh pihak produksi kepada anak aku, hanya diberikan nasi bungkus sebagai makanan tengah hari... jadilah....


Terima kasih juga kepada pemilik Tadika Halaman Ilmu, Puan Nasrah Arshad yang telah memilih anak aku sebagai sebahagian daripada barisan yang menjayakan drama "Hani". Juga tahniah diucapkan kepada guru-guru di Tadika Halaman Ilmu yang memegang sebagai watak tambahan dengan jayanya.




Monday, September 29, 2014

Pengalaman Anak Lelaki Berkhatan



Pengalaman Anak Lelaki Berkhatan mungkin sekali jer dalam seumur hidup aku sebab setakat hari ni aku cuma dikurniakan dengan sorang anak bujang je. Aku memilih Poliklinik An Nur di Bandar Tun Hussein Onn untuk anak aku berkhatan. Disebabkan lambat booking date, tarikh berkhatan anak aku ditetapkan pada 30.11.2013.


Berbeza dengan zaman aku, berkhatan ketika usia 12 tahun adalah perkara normal. Tetapi zaman sekarang kecik-kecil lagi budak-budak dah berkhatan. Sebab tu aku rasa umur 8 tahun adalah masa yang sesuai untuk anak aku dikhatankan. Aku ingat lagi doktor yang mengkhatankan aku dahulu ialah Dr Sheikh Ibrahim yang kini telah menjadi wakil rakyat di Sg Abong, Muar, Johor.


* Sebelum dikhatankan * 


* Selepas dikhatankan * 

Satu lagi yang berbeza ialah berkhatan zaman sekarang tidak menghasilkan pendarahan yang banyak sebab luka potongan tu dah dimatikan dengan laser. Zaman aku dulu... memang kena jaga makan supaya darah cepat kering.



* Berehat di rumah * 
Perlu ke berpantang selepas dikhatankan? Jawapannya ialah perlu juga walaupun tidak seketat zaman dahulu. Salah satu sebabnya ialah tidak banyak pendarahan berlaku. Yang penting, jangan bagi makanan yang "gatal" seperti ayam dan seafood. Menu wajib yang isteri aku sediakan untuk Adam ialah sup ikan tenggiri.


Kemudian jangan bagi dia lasak sangat walaupun seolah-olah dah sihat. Paling kurang pun biarlah berehat sehingga seminggu. Maklumlah budak-budak ni cepat boring, sekejap nak tengok tv lah, main lah dan macam-macam. Kalau dah besar, mendengar kata mungkin kuranglah sikit kerenah nak melayannya.


Kalau lagi nak cepat kering luka tu, kitorang guna serbuk Zinc Complex tabur atas kawasan luka, alhamdulillah cepat kering. Kitorang pun pernah apply kat luka-luka lain, pun alhamdulillah cepat kering. Sebab tu Zinc Complex dikenali sebagai suplemen PEMULIHAN dan KESUBURAN.

Mempercepatkan Pemulihan Luka - Mempercepatkan pemulihan luka luaran dan dalaman, pemulihan selepas pembedahan, memperbaiki alergi dan bintik di kulit. Hancurkan zinc dan tabur ke atas luka untuk mempercepatkan pemulihan luka.

Ehh... takkanlah Zinc Complex ni semata-mata untuk sembuhkan luka, ye tak? Selain luka luaran, Zinc Complex juga boleh mengeringkan luka dalaman dengan cepat seperti wanita bersalin, Zinc Complex bagus untuk kemampuan dan kesuburan lelaki, meningkatkan selera makanan dan deria bau, membentuk rambut yang sihat dan juga membantu tumbesaran kanak-kanak.


Lepas ni dengar cerita anak sedara dan anak kawan-kawan kena khatan aje lah. Maklumlah, ini satu-satunya anak bujang kitorang.







Sunday, September 28, 2014

Pengalaman Pertama Menghantar Anak Ke Kem Cuti Sekolah



Pada 19 hingga 21 November 2013, itulah Pengalaman Pertama Menghantar Anak Ke Kem Cuti Sekolah. Kem yang dimaksudkan ialah Summer Camp Super Muslim III anjuran CSQ Training Centre yang diadakan di Masjid Saidina Othman bin Affan, Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur.


Teringin juga nak cuba hantar anak pergi Kem Cuti Sekolah sebagai pendedahan awal untuk anak mendapatkan ilmu selain di rumah dan juga di sekolah. Semasa hantar anak memang tak risau pun sebab dia ni jenis yang berdikari dan boleh bawa diri ke mana-mana, Insya Allah.


Untuk packing baju seperti biasa pakaian untuk 3 hari 2 malam. Pihak urusetia program juga dari semasa ke semasa akan berkomunikasi dengan ibu bapa menggunakan emel untuk memaklumkan keperluan-keperluan ketika program berjalan. Selitkanlah sedikit roti-roti atau apa-apa makanan ringkas, mana tau tengah malam nanti kelaparan. Tidak ketinggalan juga vitamin kesihatan seperti Vitamin C.



Memandangkan tempat program dekat dengan pejabat masa tu, ada masa terluang jengah-jengah juga lah keadaan anak di situ. Ternyata tidak ada apa yang perlu dirisaukan pun dan semuanya under control. Bukan risau apa, kadang-kadang kesihatan anak-anak ni tidak menentu bila berjauhan dengan ibu bapa. Alhamdulillah....



Hari terakhir program adalah slot untuk ibu bapa. Dengan bantuan para urusetia dan fasilitator, anak-anak yang menyertai program ini mebuat persembahan nasyid yang membanggakan.



Kemudian pihak urusetia menayangkan pula video-video yang berunsurkan kebapaan... Sob... Sob....





Kemudian terfikirlah betapa cetek dan kurangnya ilmu keibubapaan kita dan banyak lagi ilmu dan perkara yang perlu dipelajari. Benarlah tiada had ilmu untuk belajar. Tuntutlah ilmu dari buaian hingga ke liang lahad!


Tidak banyak harapan yang diletakkan pada anak apabila pulang daripada program dari segi keberkesanannya, hanya memberikan pendedahan awal kepada program di luar "comfort zone". Insya Allah... ada rezeki dan jika diizinkan-Nya akan hantar anak-anak ke Kem Cuti Sekolah dan program-program yang lain pula.







Saturday, September 27, 2014

Pengalaman Lasik Mata Dengan Prof Muhaya



Tanggal 2 Muharam 1435 Hijrah bersamaan dengan 6 November 2013 adalah tarikh bersejarah bagiku kerana berpeluang bertemu dengan Prof Muhaya walaupun atas dasar seorang doktor dan pesakit. Ya, itulah Pengalaman Lasik Mata dengan Prof Muhaya di Prince Court Medical Centre.



Pengalaman  Lasik Mata dengan Prof Muhaya ini bermula apabila tiba-tiba isteri aku bertanyakan samada aku mahu Lasik Mata ataupun tidak. Lasik? Perkataan yang agak janggal bagi diriku... Seriously aku tak pernah dengar perkataan itu sebelum ini. Dengan ringkasnya isteri aku memberitahu Lasik ialah laser mata supaya tak perlu pakai spek. Tak payah pakai spek? Ini sudah bagus.... Aku pun terus buat research sikit pasal Lasik dan serba sedikit barulah faham apa itu Lasik sebenarnya. 

Aku pakai spek dah lama iaitu masa darjah 6... beberapa bulan sebelum UPSR iaitu lebih kurang 20 tahun. Memang muka pun macam budak skema dan nerd. Pakai spek ini membataskan pergerakan kita untuk lebih aktif dan lasak. Kalau buka spek pulak langsung tak nampak. Dah la spek zaman dulu... of course lah spek murah, berat dia tak payah cakap lah... bingkai tebal... kanta tebal... huhu.... (Kalaulah ada simpan gambar spek lama).


* Aku di tahun 2011 * 


* Aku di tahun 2012 * 

Pengalaman Lasik Mata dengan Prof Muhaya diteruskan apabila isteri aku beritahu ada kawan-kawan dia sedang kumpul orang untuk book date dengan Prof Muhaya untuk membuat Lasik. Memandangkan isteri aku tak pakai spek maka nama aku pun dah dimasukkan dalam senarai. Kos Lasik ni hampir mencecah RM7,000.00 untuk kedua-dua belah mata. Untuk orang yang berumur 35 tahun ke atas pula, harganya berbeza, mungkin sedikit mahal.

Beberapa hari sebelum "minor surgery" untuk Lasik, aku dikehendaki membuat beberapa siri "eye test" dengan pembantu perubatan lebih kurang separuh hari juga di Prince Court untuk mengetahui tahap kesihatan mata dan juga samada sesuai untuk dibuat Lasik ataupun tidak. Di peringkat terakhir "eye test" tersebut barulah aku diserahkan kepada Prof Muhaya dan dengan senyuman manis dan penuh karisma dia memberitahu aku "Tahniah En Alizal... anda layak untuk membuat Lasik dengan saya!"

Wow.... aku sangat gembira masa tu sehinggakan aku pun lupa untuk merakamkan gambar kenangan dengan Prof Muhaya. Setelah dibekalkan dengan beberapa ubat, notes untuk "do's and dont's" sebelum buat Lasik, aku pun mengambil teksi untuk pulang ke rumah. Oh ya... aku diberitahu supaya tidak memandu sendiri sebab ubat yang diberikan boleh memberikan kesan negatif ketika memandu.


* Ujian untuk mengukur kelembapan mata - inilah saat yang paling menyakitkan! * 

Tiba hari yang dinanti-nantikan... terus terang takut memanglah takut, apa tidaknya walaupun Prof Muhaya yang buat Lasik, dia pun manusia biasa yang mungkin akan membuat kesilapan. "Minor surgery" ini pula melibatkan mata, salah satu organ dan deria paling penting bagi seorang manusia. Masa tu baru terfikir adakah aku telah membuat keputusan yang tepat?


Sungguh ku tak sangka, proses Lasik itu hanya berjalan lebih kurang 10 minit sahaja. Ruang pembedahan yang dihidupkan dengan alunan zikrullah telah memberikan sedikit ketenangan kepada aku untuk menghadapi tempoh 10 minit itu. Prof Muhaya juga sangat tegas dan berpengalaman orangya dalam menjalankan tugas. Seolah-olah dia tahu apa yang kita fikirkan dengan hanya melihat mata kita! Aku juga ditegur untuk meneruskan zikir dalam hati... seolah-olah Prof Muhaya tahu ada sedikit ketakutan pada aku ketika itu.

Terus terang... mata tak sakit... mungkin disebabkan ubat bius yang dititikkan pada mata. Cuma pandangan kita jadi "foggy" dan "glary". Mungkin juga disebabkan banyaknya penggunaan air semasa Lasik berjalan. Satu lagi semasa laser digunakan aku dapat cium bau "lalat yang terbakar sebab masuk perangkap elektrik lalat". Hmm... mungkin itu ialah bau kesan terbakar mata aku akibat laser tersebut.


* Perangkap lalat elektrik * 

Aku diingatkan sekali lagi supaya jangan menggaru-garu mata jika gatal. Teruskan letak ubat titik (macam eye mo) ikut arahan yang diberikan dan makan ubat tahan sakit. Jangan juga biar aliran air deras kena pada mata seperti swimming setidak-tidaknya untuk tempoh sebulan. Setelah selesai semuanya aku pun menahan teksi untuk pulang ke rumah. Oh ya.... sekali lagi aku lupa untuk bergambar dengan Prof Muhaya, walaupun sebelum ini berkali-kali diingatkan oleh isteri aku untuk berbuat demikian.


* Aku di tahun 2014 * 

Pengalaman Lasik Mata dengan Prof Muhaya secara tidak langsung mengajar aku erti bersyukur atas nikmat Allah seperti nikmat penglihatan. Sejujurnya aku tidak mahu kehilangan atau kekurangan nikmat melihat ini sekali lagi! Keduanya, Pengalaman Lasik ini juga dapat mengukur keberanian aku untuk menghadapi apa jua cabaran di masa hadapan. Dan ketiganya, benarlah dengan berzikir itu bukan saja hati kita akan tenang, malah anggota tubuh badan kita juga akan tenang.

Tidak ada juga jaminan bahawa aku tidak akan rabun kembali. Jadi aku masih lagi mengambil berat tentang kesihatan mata. Untuk kesihatan mata yang berkekalan ahli nutrisi mencadangkan pengambilan 5 hingga 9 hidangan sayuran dan buahan untuk sehari. Banyak kan? Jadi sebagai ganti aku ambil suplemen yang banyak karotena (lebih selamat daripada Vitamin A) untuk cover balik kalau aku tak cukup makan sayur dan buah.

Baca : Petua Memelihara Kesihatan Penglihatan, Kesihatan Kulit dan Mencegah Kanser Secara Serentak!



Mudah-mudahan perkongsian pengalaman ini akan memberikan manfaat kepada semua. Kenalilah mata anda dan kenalilah suplemen yang membantu mata anda untuk kekal sihat!







Thursday, September 25, 2014

Pengalaman Program Reunion Di Marina Chalet, Cameron Highland



Lebih kurang setahun yang lepas aku telah diamanahkan untuk menganjurkan reunion yang kecil untuk lebih kurang 10 buah keluarga di Marina Chalet, Cameron Highland pada 14-15 September 2013. Tema reunion adalah cuma untuk "get together and BBQ nite" sempena 10 tahun graduasi kami semua iaitu pada tahun 2003.

Pada asalnya nak buat reunion di Langkawi, tetapi akhirnya destinasi Cameron Highland dipilih atas faktor geografi. Persiapan adalah ala kadar dan tidaklah berapa grand.... Pertama, tetapkan tarikh reunion, destinasi reunion dan booking tempat tinggal seawal mungkin.

Walaubagaimanapun, atas faktor-faktor yang tidak dapat dielakkan hanya 6 keluarga saja yang dapat menghadirkan diri. Mujur, ada "simple plan" dah ada dalam kepala in case ada yang tidak dapat hadir di saat-saat akhir.

Rumah/Apartment Percutian Untuk Disewa Di Cameron Highland


Day 1 - 14.9.2013

Bertolak dari KL ke Cameron Highland, aku lebih selesa menggunakan laluan Simpang Pulai, Ipoh berbanding laluan Tapah. Ini bermakna aku akan jumpa Berinchang dahulu sebelum Tanah Rata.

Masing-masing yang hadir akan membawa sumbangan berbentuk makanan samada makanan basah mahupun makanan kering. Makanan basah yang dibawa adalah untuk dibuat BBQ.






Selain daripada Marina Chalet... banyak lagi pilihan rumah atau apartment yang lebih cantik can cozy sesuai untuk percutian keluarga atau reunion kat Cameron Highland ni.... boleh klik kat SINI. Apabila tiba di Marina Chalet, setelah check in... persiapan untuk BBQ terus dibuat memandangkan hujan renyai yang tidak berhenti-henti dari tengah hari. Dalam keadan suhu yang agak sejuk dan tiupan angin, arang hendaklah dibakar lebih awal.





Untuk mengelakkan budak-budak mengacau semasa BBQ... aktiviti mewarna telah diadakan. Materialnya download jer kat internet.




Sambil-sambil BBQ, masing-masing telah mulakan aktiviti mengunyah. Hari semakin larut.... cuaca sejuk... perut pun dah berkeroncong... makan dulu apa yang ada, sambil tunggu ikan, ayam, daging dan sotong bakar termasuklah sate siap dibakar.





Setelah selesai makan, aktiviti mengemas bermula dan masing-masing mengambil peluang untuk berborak santai berkenaan masa silam dan masa hadapan.



Tak cukup dengan itu, kitorang semua keluar waktu malam untuk tengok bola game Sunderland vs Arsenal di Hill Station Cafe, Tanah Rata. Walaupun bukannya semua penyokong Arsenal tetapi kitorang enjoy the game. Full Time : Sunderland 1 Arsenal 3, great goal by Giroud and brace by Ramsey!

SELAMAT MALAM CAMERON HIGHLAND!


Day 2 - 15.9.2013

Pagi yang dingin di Cameron Highland... tiada aktiviti yang khusus. Masing-masing akan pulang ke lapangan masing-masing dan meneruskan dengan kehidupan seharian mereka.




Setelah merakamkan gambar kenangan, kami semua berpisah dan menuju ke destinasi masing-masing. Tidak kurang juga ada yang menyambung percutian mereka ke tempat-tempat lain memandangkan hari besoknya Isnin 16.9.2013 adalah hari cuti umum sempena Hari Malaysia.

Kami juga menyambung percutian dan telah check in di Lakehouse yang terletak di Ringlet, Cameron Highland. Sejujurnya tidak banyak tempat yang dapat dikunjungi akibat "peak time" dan menyebablan kesesakan jalan raya di kawasan Cameron Highland.



SELAMAT MALAM CAMERON HIGHLAND!


Day 3 - 16.9.2013

Memandangkan kami sudah berada di kawasan Ringlet, maka jalan pulang yang paling sesuai ialah menggunakan laluan Tapah untuk pulang ke KL. Lagipun, dikhabarkan pada ketika itu laluan di Tanah Rata dan Berinchang mengalami kesesakan jalan raya yang teruk.

Rumah/Apartment Percutian Untuk Disewa Di Cameron Highland


SELAMAT TINGGAL CAMERON HIGHLAND!


Kesimpulannya... janganlah pergi ke Cameron Highland semasa "peak time" khususnya masa cuti umum dan cuti sekolah.







Wednesday, September 24, 2014

Ronda-Ronda Penang



Belum lagi cuti sekolah hujung tahun tapi dah ramai orang buat majlis kenduri perkahwinan sana-sini. Mungkin juga dah terlalu ramai buat majlis masa hujung tahun, sebab itu ada yang mengambil peluang untuk membuat majlis perkahwinan walaupun semasa cuti sekolah yang singkat ataupun semasa Hari Raya Haji nanti.


Semasa cuti sekolah seminggu yang lalu, kami sekeluarga berkesempatan untuk berkunjung ke majlis perkahwinan sepupu isteri di Pulau Pinang. Agak ralat juga kerana semasa majlis pernikahan di Tawau, Sabah kami tidak dapat hadiri atas sebab-sebab yang tidak dapt dielakkan. Kalau tidak boleh juga nak share budaya unik kaum Bugis di Tawau semasa majlis pernikahan dan perkahwinan.

Rumah/Apartment Percutian Untuk Disewa Di Penang


Day 1 - 19.9.2014

Bertolak dari KL ke Penang di pagi hari sebelum berhenti di RnR Sg Perak untuk isi minyak dan makan tengahari. Kemudian perjalanan di teruskan ke Pulau Mutiara menggunakan jambatan utama menuju ke Georgetown. Sebelum cek in hotel, kami pusing-pusing sebentar di town dan singgah isi perut di Hameed Pata Mee Sotong. Untuk minuman pula kami order coconut shake sesuai dengan cuaca terik di Penang dan juga kepedasan Mee Sotong itu.






Selesai menjamu selera kami pergi check in di salah sebuah hotel murah di Georgetown. Not bad lah untuk 2 katil queen sebanyak RM120 satu malam. Pada waktu malam pula, hujan turun dengan sangat lebat tapi aku keluar juga sekejap untuk tapau makanan di kedai mamak berhampiran.

SELAMAT MALAM PENANG!


Day 2 - 20.9.2014

Pagi-pagi dah bangun nak beli breakfast kat luar. Maklumlah hotel murah tak sediakan breakfast pun. Punya lah terkejut bila tengok orang parking berlapis-lapis kat hotel sini. Aduuiii.... nasib baik bukan ada event penting pagi tu. Staff hotel ambil masa lebih kurang 20 minit jugaklah untuk kejutkan pemilik kenderaan. Telefon dari kaunter tak layan pun diorang, staff hotel naik bilik ketuk pintu baru diorang turun alihkan kereta.


Lepas breakfast dalam bilik, siap-siap berkemas untuk check out dan menuju ke USM yang terletak di kawasan Gelugor, Pulau Pinang. Perkahwinan ini agak unik kerana melibatkan 4 pasangan adik-beradik. Walaubagaimanapun, 1 couple tak dapat menghadirkan diri atas sebab-sebab yang aku pun tak siasat.






Majlis perkahwinan ini diadakan di Anjung Budi USM dan berkonsepkan "garden". Oklah juga konsep ni... cuma kena hati-hati bila angin kuat... daun-daun berguguran. Lepas tu, bukan seekor dua burung yang bertenggek atas pokok... berkawan-kawan burung ada di atas. Kanopi-kanopi pun agak comel untuk menangkis semua jenis serangan dari atas... hehe...






Tetamu yang hadir boleh tahan ramai lah jika nak dibandingkan dengan tempat yang agak limited space. Sempat jugak lah bergambar dengan my wife's cousin punya bff iaitu seorang artis yang sedang meningkat naik, Arja Lee.


Arja Lee ni mengalahkan saudara mara terdekat pulak dengan my wife... apa tidaknya, bukan saje majlis kat Penang... majlis kat Tawau, Sabah pun dia turun.


* Source : Facebook * 
Selesai majlis perkahwinan, kami bergerak ke Vistana Hotel yang terletak di Bukit Jambul dan check in di situ. Pada waktu petang layan budak-budak main kat pool, inilah masa untuk budak-budak gembira main air.

Pada waktu malam, kami keluar ke restoran mamak berhampiran iaitu Original Kayu Nasi Kandar Penang untuk makan malam.





Lepas makan balik hotel, layan bola pulak.... Aston Villa 0 Arsenal 3. Good game.... Ozil, Welbeck and own goal by Ally Cissokho. 3 goals in 5 minutes!

SELAMAT MALAM PENANG!


Day 3 - 21.9.2014

Lepas breakfast kat hotel, kami siap-siap berkemas untuk check out. Sebelum pulang ke KL dah janji untuk jumpa dengan "business partner" yang selama ni jumpa secara online jer... Topik perbualan adalah santai dan relax....

Mula-mula plan nak jumpa kat Cergas Cafe... terpaksa cancel... tak sanggup tengok ramai sangat orang beratur dan susah dapat parking. Akhirnya kami berjumpa di Nazir Cafeteria Bayan Baru yang terkenal dengan nasi ayamnya yang lazat dan enak!




Setelah selesai makan-makan dan berkongsi idea, tibalah masa untuk pulang ke KL. Alang-alang dah ada kat kawasan selatan pulau ni, kami membuat keputusan untuk pulang dengan menggunakan jambatan ke-2 Pulau Pinang.


SELAMAT TINGGAL PENANG!


Kami tiba di rumah agak lewat iaitu hampir pukul 10 malam disebabkan kesesakan teruk di kawasan Rawang akibat daripada kerja-kerja pembaikan jalan.

Ya. Betullah kata orang Penang dikenali sebagai "syurga makanan". Banyak tempat makanan dah cuba tapi ada satu lagi tempat yang masih belum berkesempatan untuk cuba iaitu Nasi Briyani Ayam Tandoori Claypot di Restoran Kapitan. Next time, perhaps!

Rumah/Apartment Percutian Untuk Disewa Di Penang




Tuesday, September 23, 2014

Tips Mencegah Gout Dan Batu Karang



Gout dan Batu Karang adalah 2 jenis penyakit yang mempunyai punca dan sumber yang sama iaitu Asid Urik yang berlebihan dalam tubuh badan kita. 


Bagaimana Asid Urik Terhasil?

Asid Urik terhasil daripada Purine. Selain dihasilkan melalui makanan yang diambil seperti sumber daging, Purine juga terhasil apabila sel-sel dalam tubuh badan kita yang telah mati dan seterusnya akan disingkirkan dari tubuh sebagai Asid Urik. Dalam keadaan biasa, ginjal akan memproses Asid Urik dalam darah dan menyingkirkannya sebagai Urine (air kencing).


Bagaimana Batu Karang terbentuk?

Apabila Asid Urik berlebihan dan ginjal tidak mampu memprosesnya, maka Asid Urik ini akan membentuk kristal-kristal halus sekecil pasir mahupun sebesar bola golf dan melekat dalam ginjal, salur buah pinggang dan pundi kencing sebagai batu karang.


* Source : en.wikipedia.org


Bagaimana Gout Terjadi?

Kristal-kristal yang terbentuk juga akhirnya akan mendap ke bawah badan terutamanya di bahagian ibu jari kaki mahupun di mana-mana bahagian sendi, membengkak dan berasa sangat sakit.

Derita penghidap sakit Gout


Adakah Arthritis Berkaitan Dengan Gout?

Ya, sekiranya Gout tidak diubati dengan betul dan segera, ia akan menjadi lebih teruk sehingga menyerang sendi dan tulang seperti penyakit Arthritis.








Bagaimanakah Cara Untuk Mencegah Batu Karang dan Gout?


1. Amalkan Gaya Hidup Yang Sihat

Bersenam dan mengambil diet yang seimbang adalah contoh terbaik untuk mencegah Batu Karang dan Gout. Apabila berat badan kita berlebihan, beberapa organ utama seperti buah pinggang tidak dapat berfungsi dengan baik seterusnya Asid Urik menjadi berlebihan dalam salur darah dan menyebabkan kita berpotensi untuk diserang Batu Karang dan Gout pada bila-bila masa.


2. Tidak Mengambil Makanan Yang Berisiko

Beberapa makanan yang merbahaya dan boleh menambah risiko serangan Batu Karang dan Gout haruslah dijauhi seperti berikut :-

- Makanan bergula, "junk food" dan minuman bersoda. Makanan sebegini mengandungi Fruktosa yang tinggi dan akan meningkatkan kandungan Asid Urik dalam darah

- Mengurangkan pengambilan daging dan ikan kerana kesemuanya mengandungi Purine.

- Tidak mengambil daging yang berisiko tinggi seperti organ dalaman haiwan, ikan bilis, sardin, makerel dan juga cecair yang dihasilkan daripada daging

- Mengurangkan jumlah lemak yang diambil terutamanya lemak tepu

- Tidak mengambil minuman keras dan beralkohol


3. Mengambil Makanan Yang Menyihatkan

Pengambilan makanan yang menyihatkan adalah cara terbaik untuk mengelak serangan Batu Karang dan Gout seperti berikut :-

- Minum Kopi yang tidak berkafein atau kurang kafein mampu mengurangkan kandungan Asid Urik dalam darah.

- Makan buah ceri yang dikatakan mampu mengurangkan kandungan Asid Urik dalam darah


* Source : en.wikipedia.org

- Mengambil makanan yang kaya dengan Vitamin C sebanyak 1,500mg hingga 2,000mg sehari. Sekiranya tidak mampu, anda dikehendaki mengambil suplemen Vitamin C



- Mengambil Karbohidrat Kompleks seperti pasta gandum, roti perang, sayur-sayuran dan buah-buahan

- Mengambil makanan yang kaya dengan Potassium seperti kacang lima, pic kering, tembikai, bayam masak ataupun kentang bakar dengan kulitnya. Jika tidak mampu mengambil hidangan ini seharian anda boleh dapatkan suplemen atau makanan tambahan yang mempunyai Potassium. Di Shaklee, suplemen yang mempunyai kandungan Potassium ialah Alfalfa dan Performance Drink.




- Minum 8 gelas air sehari kerana cecair yang banyak dalam badan akan menyingkirkan Asid Urik dari tubuh. Selain air, 100% jus buah juga boleh membantu dan menggantikan air.


Adakah Terdapat Suplemen Khusus Untuk Penyakit Batu Karang, Gout Dan Arthritis?

Ya. Di Shaklee kami mencadangkan pengambilan suplemen-suplemen berikut :-


Batu Karang


PRODUKCATATAN
VivixMengimpak 4 Mekanisma Utama Penuaan Selular
B ComplexDiambil Dengan Magnesium, Menurunkan Oksalat (Garam Mineral)
Alfalfa ComplexMengurangkan Infeksi Dan Inflamasi
OstematrixMagnesium Menurunkan Oksalat
CarotomaxMenyembuh Saluran Urinari Yang Luka Oleh Batu Karang
Vita C 500mg SRMengasidkan Urin. Batu Karang Tidak Terbentuk Dalam Urin Asid
LecithinMembakar Lemak Berlebihan


Gout


PRODUKCATATAN
VivixMengimpak 4 Mekanisma Utama Penuaan Selular
Herb LaxMembersihkan Usus, Detoks
Alfalfa ComplexMenurunkan Asid Serum (Alkalin)
B ComplexAsid Folik Penting Dalam Metabolisma Nukleoprotin
Vita C 500mg SRMenurunkan Asid Serum (Alkalin)
GarlicBagus Untuk Sakit Dan Bengkak
Vita E 400IUMeneutralkan Radikal Bebas
OstematrixBagus Untuk Sakit Dan Bengkak


Arthritis


PRODUKCATATAN
Joint Health ComplexMemperbaiki Keselesaan Sendi, Anti-Inflamasi
VivixMengimpak 4 Mekanisma Utama Penuaan Selular
Alfalfa ComplexMengurangkan Inflamasi Dan Sakit
OstematrixMenghalang Kepupusan Tulang
Collagen PowderMempertingkatkan Kesihatan Sendi
Omega GuardMengawal Sakit Dan Inflamasi, Menangani Kekakuan
GLA ComplexMengawal Sakit Dan Inflamasi
B ComplexMenghalang Kerosakan Saraf Dan Mengurangkan Sakit
NutriferonMempertingkatkan Sistem Imun
GarlicMenghalang Formasi Radikal Bebas Yang Mampu Merosakkan Sendi
Vita C 500mg SRPemusnah Radikal Bebas Yang Kuat, Melindungi Sel Sendi dari Rosak
Peppermint GingerMeredakan Inflamasi


Jangan lupa untuk mendapatkan Konsultasi berkenaan cara pengambilan yang sesuai untuk kesan kesihatan yang optimum.



Semoga bermanfaat kepada semua!
==================
Lin Chalo & Mohd Alizal,
Health Consultant &
Business Mentor
014.338.6810 - Lin
012.401.6683 - Alizal
==================





Menarik Untuk Dibaca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...