Friday, August 28, 2015

Boleh Ke Pemain Asing Wakil Malaysia Dalam Bolasepak?



Bolasepak ialah sukan No. 1 di Malaysia tetapi sehingga sekarang majoriti daripada kita sangat kecewa dengan mutu dan kualiti bolasepak negara. Dah jutaan ringgit dilaburkan untuk pembangunan bolasepak negara dari akar umbi sehinggalah ke peringkat antarabangsa. Sehinggalah ada ura-ura nak guna pemain asing untuk wakil Malaysia (naturalisasi) seperti yang dipraktikkan oleh beberapa negara Asia Tenggara yang lain.

Persoalan yang timbul... boleh ke pemain asing ni bermain untuk Malaysia? Adakah mereka cukup patriotik untuk mewakili Malaysia? Adakah dengan sistem naturalisasi ni akan menyebabkan bakat-bakat tempatan diketepikan? Adakah ranking bolasepak negara akan meningkat dengan adanya pemain-pemain asing ini?

Baca : Pemain Asia Lain Yang Sarung Jersi Eropah Bawah 21 Tahun


Dalam keadaan begini keputusan haruslah dibuat berdasarkan keutamaan. Sejak dahulu lagi banyak peluang dah diberikan kepada pemain tempatan untuk meningkatkan prestasi masing-masing dalam liga tempatan dan juga pasukan masing-masing supaya mereka diserapkan dalam pasukan kebangsaan.

Bolehkah Pemain Asing Mewakili Malaysia?


Artikel 7 FIFA Peraturan-Peraturan berkenaan dengan Permohonan Statut

Secara asasnya boleh... syarat-syaratnya adalah seperti berikut :-

Kategori 1 : Pemain asing tu lahir di Malaysia; atau
Kategori 2 : Ibu kandung atau Bapa kandung Pemain asing tu lahir di Malaysia; atau
Kategori 3 : Nenek atau Atok Pemain asing tu lahir di Malaysia; atau
Kategori 4 : Pemain asing tu dah tinggal di Malaysia selama 5 tahun berterusan setelah berumur 18 tahun


Kategori 1 : Pemain Asing Yang Lahir Di Malaysia

Junior Eldstal (Putera Nadher Amarhan)

Asal : Kota Kinabalu, Sabah
Posisi : Tengah/Pertahanan
Pasukan : JDT
Umur : 24 tahun
Warganegara : Sweden
Mula wakili Malaysia : sejak tahun 2013


Dion Johan Cools

Asal : Kuching, Sarawak
Posisi : Pertahanan Kanan
Pasukan : Club Brugge, Belgium
Umur : 19 tahun
Warganegara : Belgium

Dion Cools cuba mengekang kemaraan Memphis Depay


Tadashi Takeda

Asal : Pulau Pinang
Posisi : Pertahanan
Pasukan : Fagiano Okayama
Umur : 29 tahun
Warganegara : Jepun


Sean Gan Gianelli

Asal : Kuala Lumpur
Posisi : Penyerang
Pasukan : JDT IV
Umur : 18 tahun
Warganegara : Itali


Kategori 2 : Ibu/Bapa Kandung Pemain Asing Lahir Di Malaysia

Syed Adney Syed Hussein

Asal : Liverpool, England
Asal Bapa : Malaysia
Posisi : Penjaga Gol
Pasukan : ATM
Umur : 28 tahun
Warganegara : England
Warganegara Malaysia : sejak tahun 1995


Brendan Gan

Asal : Australia
Asal Bapa : Port Dickson, Negeri Sembilan
Posisi : Tengah
Pasukan : Kelantan
Umur : 27 tahun
Warganegara : Australia
Warganegara Malaysia : sejak tahun 2014


Matthew Thomas Davies

Asal : Australia
Asal Ibu : Sabah
Posisi : Pertahanan Kanan
Pasukan : Pahang
Umur : 20 tahun
Warganegara : Australia
Warganegara Malaysia : sejak tahun 2015


Amir Shahreen Abd Mubin

Asal : Kazakhstan
Asal Ibu Bapa : Malaysia
Posisi : Tengah
Pasukan Terakhir : Melaka United
Umur : 32 tahun
Warganegara : Kazakhstan
Telah menjadi Warganegara Malaysia


Kevin Gunter (Siak Khin)

Asal : Switzerland
Asal Ibu : Belaga, Sarawak
Posisi : Tengah
Pasukan : FC Weidikon ZH, Switzerland
Umur : 23 tahun
Warganegara : Switzerland


Darren Lok

Asal : England
Asal Bapa : Melaka
Posisi : Penyerang
Pasukan : Eastbourne Borough, England
Umur : 24 tahun
Warganegara : England

Darren Lok (kiri), Curran Ferns (tengah) dan Scott Ollerenshaw (kanan)

Daniel Ting

Asal : England
Asal Bapa : Sarawak
Posisi : Pertahanan Kiri
Pasukan : Droyslden, England
Umur : 22 tahun
Warganegara : England


Curran Ferns

Asal : Australia
Asal Ibu : Johor Bharu
Posisi : Pertahanan/Tengah
Pasukan : Brisbane City, Australia
Umur : 22 tahun
Warganegara : Australia


Wan Kuzain Wan Kamal

Asal : Amerika Syarikat
Asal Bapa : Malaysia
Posisi : Tengah
Pasukan : SLSG, Amerika Syarikat
Umur : 17 tahun
Warganegara : Amerika Syarikat


Tam Sheang Tsung

Asal : Jepun
Asal Ibu Bapa : Malaysia
Posisi : Tengah
Pasukan : Kataller Toyoma, Jepun
Umur : 20 tahun
Warganegara : Jepun


Ben King

Asal : England
Asal Ibu : Melaka
Posisi : Pertahanan Kiri
Pasukan Terakhir : Tonbridge, England
Umur : 22 tahun
Warganegara : England


Kategori 3 : Nenek/Datuk Pemain Asing Lahir Di Malaysia

Sam Sommerville

Asal : England
Asal Nenek : Kulim, Kedah
Posisi : Penjaga Gol
Pasukan : Slough Town, England
Umur : 20 tahun
Warganegara : England

Kevin Gunter (kiri) dan Sam Sommerville (kanan) telah menjalani latihan bersama pasukan JDT baru-baru ini


Kategori 4 : Pemain Asing Yang Boleh Mewakili Malaysia

                
Vincent Bikana

Asal : Cameroon
Posisi : Pertahanan
Pasukan : Terengganu
Umur : 23 tahun
Layak main Malaysia : 2017
Sejarah bermain Liga M : 
- 2013-2015 - Terengganu


Dickson Nwakaeme

Asal : Nigeria
Posisi : Penyerang
Pasukan : Pahang
Umur  : 29 tahun
Layak main Malaysia : 2018
Sejarah bermain Liga M : 
- 2013-2014 - Kelantan
- 2014-2015 - Pahang


Paolo Rangel

Asal  :Brazil
Posisi : Penyerang
Pasukan : Terengganu
Umur : 30 tahun
Layak main Malaysia : April 2018
Sejarah bermain Liga M :
- 2013 - Perak
- 2013-2014 - Selangor
- 2014-2015 - Terengganu


Matias Conti

Asal : Argentina
Posisi : Penyerang
Pasukan : Pahang
Umur : 25 tahun
Layak main Malaysia : April 2018
Sejarah bermain Liga M :
- 2013-2015 - Pahang



Keputusan yang perlu dibuat haruslah menguntungkan mutu dan kualiti bolasepak negara. Sekiranya kualiti dan mutu bolasepak negara meningkat dan ranking FIFA meningkat dengan menaturalisasi pemain asing ini, apa salahnya. Usah ditunggu bakat tempatan yang masih tak timbul-timbul ataupun prestasi mereka yang tidak menentu walaupun berbakat.

Bukan mudah untuk kesemua pemain asing ini untuk mewakili Malaysia jika layak kerana mereka perlu mengikut proses-proses yang ditetapkan tertakluk kepada undang-undang negara seperti kerakyatan dan warganegara. Sebagai contoh Brendan Gan, Matthew Davies dan Junior Eldstal mereka telah membatalkan (give up) kerakyatan asal mereka iaitu Australia dan Sweden masing-masing.


Rakyat Malaysia Yang Bermain Bolasepak Untuk Negara Lain

Tak ramai rasanya rakyat Malaysia yang bermain untuk pasukan kebangsaan lain seperti berikut :-

Shaun Maloney

Asal : Miri, Sarawak
Posisi : Tengah/Sayap
Pasukan : Hull City, England
Umur : 32 tahun
Warganegara : Scotland

Shaun Maloney ketika beraksi bersama pasukan Celtic, Scotland

Ruzaini Zainal

Asal : Johor
Posisi : Pertahanan
Pasukan : Hougang United, Singapura
Umur : 27 tahun
Warganegara : Singapura


Antara syarat lain yang ditetapkan oleh FIFA untuk pemain asing di kategori 4 untuk mewakili pasukan lain selain daripada pasukan kelahiran mereka sendiri ialah mereka tidak pernah mewakili pasukan lain dalam perlawanan kompetitif. Perlawanan persahabatan dan juga perlawanan yang melibatkan bawah umur 21 tahun dan ke bawah tidak dikategorikan sebagai perlawanan kompetitif.

Tapi... kalau ranking FIFA tak naik-naik.... jangan haraplah pemain-pemain yang berbakat besar seperti Dion Johan Cools (Club Brugge) nak wakil Malaysia. Sebabnya ialah kelab-kelab besar memang tak ambil atau susah nak ambil pemain-pemain dari negara yang ranking FIFA nya teruk. Mereka akan menghadapi masalah untuk mendapatkan "work permit" dan "clearance" untuk bermain dengan kelab besar.

Jadi... prioriti yang sebenar ialah... naikkan ranking FIFA....

Ayuh Malaysiaku!




Thursday, August 27, 2015

Resveratrol - Unsur Nutrisi Penting Dan Berkhasiat Dalam Tumbuhan Yang Ramai Orang Tak Tahu



Kita dah biasa dengar perkataan Vitamin dan Garam Galian ataupun Garam Mineral. Kita semua tahu bahawa Vitamin dan Garam Mineral sangat penting untuk kesihatan. Tetapi kita jarang-jarang didedahkan dengan satu lagi elemen nutrisi yang dipanggil Phytonutrients. Phytonutrients ni adalah bersifat antioksida dan berperanan sebagai "pencegah" penyakit.

Buah Anggur Muscadine mempunyai kulit yang lebih tebal berbanding buah anggur lain

Biasa dengar Resveratrol??? Resveratrol ni adalah sejenis sebatian tumbuhan yang dikenali sebagai Polyphenols yang bersifat antioksida dan merupakan sebahagian daripada Phytonutrients. Unsur antioksida ini adalah penting sebagai ejen penentang radikal bebas. Sumber utama Resveratrol ialah daripada kulit anggur dan buah beri.


6 Khasiat Resveratrol

Terkenal sebagai Antioksida yang kuat, Resveratrol juga dilabel sebagai "Longevity Factor" dan merupakan tonik awet muda terbaik yang pernah ditemui. Pengamal nutrisi Resveratrol ni tidak akan nampak tua sebelum usianya :-

1. Ketajaman Mental

Menurut para penyelidik di Illinois, pengambilan Resveratrol akan menyumbang kepada ketajaman minda akibat daripada aliran darah yang lancar menuju ke otak.

2. Meningkatkan Hormon Testosteron

Menurut kajian di Korea, pengambilan Resveratrol selama 28 hari akan meningkatkan hormon testosteron seorang lelaki sebanyak 50%.

3. Perlindungan Penglihatan

Menurut penyelidik di Missouri, Reseveratrol mampu untuk mengawal pertumbuhan tak normal pada saluran darah yang merosakkan penglihatan

4. Perlindungan Kanser

Kajian di Perancis telah membuktikan bahawa Resveratrol mampu untuk melambatkan pertumbuhan sel kanser dan telah diiktiraf sebagai ejen anti-kanser.

5. Keselamatan Kardiovaskular

Menurut para penyelidik di Connecticut, Resveratrol adalah pra syarat kepada jantung dan merupakan pelindung terbaik kepada segala masalah melibatkan jantung. Dengan minum suplemen yang mengandungi Resveratrol sebanyak 0.15 liter sehari, kajian membuktikan bahawa ia mampu untuk mengurangkan kadar kematian berkaitan serangan jantung sebanyak 30%.

6. Peningkatan Daya Tahan

Mengikut satu kajian di Kanada pada tahun 2012, Resveratrol boleh meningkatkan daya tahan badan sebanyak 21%. Resveratrol membantu sebagai otot rangka ketika latihan daya tahan.



Sumber-Sumber Utama Resveratrol

Orang Barat terutamanya mengamalkan minuman "red wine" yang dikatakan kaya dengan Resveratrol yang terbukti baik untuk kesihatan. Namun begitu, sebagai seorang Islam kita tidak boleh minum "red wine" yang mengandungi bahan memabukkan seperti alkohol. Jadi, kalau inginkan khasiat Resveratrol, kita boleh dapatkan melalui pemakanan dan sumber yang halal.

Makanan-makanan lain yang mempunyai kandungan Resveratrol yang tinggi ialah anggur, buah beri, teh Itadori, coklat hitam dan kacang tanah.

Anggur Muscadine mempunyai kandungan Antioksida yang tinggi

Jus Anggur Muscadine
- mengandungi Asid Elagik yang tinggi yang mampu menghentikan kanser, anti bakteria dan anti virus.

Lobak Ungu 
- sumber terbaik Vitamin A dan mengandungi karotenoids, phenolics, polyacytelenes, isocoumarins dan sesquiterpenes
- mengandungi Asid klorogenik yang mampu mengurangkan diabetes
- mengandungi anthocyanins yang bersifat anti radang, anti oksida, anti mikrobial, anti-carcinogen dan mampu mengurangkan risiko penyakit koronari jantung

Buah Elderberry
- mampu mengatasi masalah selsema
- mengandungi flavanoids iaitu antioksida yang kuat, menguatkan sistem imun melawan virus dan bakteria
- Kaya dengan anthocyanin yang memberi kesan anti radang
- Mengandungi vitamin A, B dan C juga nutrisi seperti asid amino, carotenoids, tannin dan rutin
- Menguatkan sistem imun, merendahkan tahap kolesterol dan menghalang oksidasi  kolesterol LDL (kolesterol baik)
- Mampu beri perlindungan terhadap penyakit kardiovaskular iaitu serangan jantung dan strok, mengurangkan stres, memperbaiki penglihatan dan penghadaman

Keratan rentas batang Japanese Knotweed atau Fallopia Japonica
atau Polygonum Cuspidatum atau Itadori 
- membantu melambatkan proses penuaan, merendahkan kolesterol, merendahkan tekanan darah, meningkatkan prestasi atlet dan mengurangkan berat badan

Baca : Vivix adalah hasil gabungan Anggur Muscadine, Lobak Ungu, Elderberry dan Polyganum Cuspidatum


Selain daripada Resveratrol, terdapat lebih kurang 25,000 jenis Phytonutrients lain dimana 6 phytonutrients utama adalah penting kepada kesihatan kita iaitu Carotenoids, Ellagic Acid, Flavonoids, Glucosinolates, Phytoestrogens dan termasuklah Resveratrol sendiri.

Sumber : www.webmd.com


Jom... sama-sama kita tambahkan ilmu nutrisi dan kesihatan....

Semoga bermanfaat kepada semua!
==================
Lin Chalo & Mohd Alizal,
Health Consultant &
Business Mentor
014.338.6810 - Lin
012.401.6683 - Alizal
==================




Sunday, August 23, 2015

Liga FAM Malaysia 2015 - Akhirnya Perlis Dan Melaka United Kembali Ke Liga Perdana



Tanggal 23 Ogos 2015 telah selesai keseluruhan permainan dalam Liga FAM 2015 di mana Perlis selaku juara Kumpulan A dan Melaka United selaku juara Kumpulan B telah layak untuk bermain dalam Liga Perdana musim 2016. Kini hanyalah menantikan penentuan siapakah juara keseluruhan Liga FAM 2015 samada Perlis ataupun Melaka United yang dijadualkan berlangsung pada 30 Ogos 2015.

Nota : Tarikh perlawanan akhir Liga FAM telah diawalkan ke 29 Ogos 2015

Kuantan FA - Juara Liga FAM 2014


Pada musim lepas Kuantan FA telah muncul sebagai juara Liga FAM 2014 memintas Kuala Lumpur di tempat ke-2. Pasukan yang bertanding musim lepas juga tidak sebanyak musim ini dan tidak memerlukan sehingga 2 kumpulan. 

Selain daripada Perlis dan PBAPP FC (Pulau Pinang) yang telah diturunkan daripada Liga Perdana 2014, pasukan-pasukan daripada Liga FAM ialah Melaka United (Melaka), MISC-MIFA (Kedah), Sungai Ara FC (Pulau Pinang), Shahzan Muda FC (Pahang), Kedah United (Kedah), Harimau Muda C, Hanelang FC ataupun Persatuan Bolasepak Hulu Terengganu (Terengganu) dan MOF FC (Kuala Lumpur).

Pasukan-pasukan baru dalam Liga FAM ialah Megah Murni FC (Selangor), JDT III (Johor), Penjara FC (Negeri Sembilan), Air Asia (Selangor), UKM FC (Kuala Lumpur), Real Mulia FC (Kuala Lumpur), Felcra FC (Kuala Lumpur), Ipoh FA (Perak) dan Young Fighters FC ataupun Felda United II (Kuala Lumpur).

Dalam kumpulan A, Perlis ditentang sengit oleh Real Mulia FC, sebuah kelab yang dimiliki oleh Tengku Fahd Muadzam Shah, anak kepada Sultan Pahang. Walaubagaimanapun, Perlis tampil bergaya dengan menghabiskan keseluruhan perlawanan tanpa kalah.

Pertembungan antara Perlis dan Real Mulia FC


Dalam kumpulan B pula, Melaka United menghadapi tentangan sengit daripada MISC-MIFA iaitu sebuah kelab yang mewakili kaum India di Malaysia. Melaka United menjuarai kumpulan B dengan 2 kali kalah iaitu kepada MISC-MIFA dan Young Fighters. Pasukan Young Fighters ataupun Felda United II juga tidak kurang hebatnya dalam Kumpulan B ini.

Pertembungan antara Melaka United dan MISC-MIFA

Dalam perlawanan terakhir Melaka United tewas di tempat sendiri kepada Young Fighters 0-2 manakala MISC-MIFA menewaskan Air Asia 1-2 di tempat lawan. Ini bermakna Melaka United berkongsi mata dengan MISC-MIFA sebanyak 36 mata tetapi layak ke Liga Perdana 2016 berdasarkan perbezaan jaringan iaitu Melaka United sebanyak +17 manakala MISC-MIFA sebanyak +16.

Perlis mengambil masa hanya setahun untuk kembali semula ke Liga Perdana, manakala Melaka United mengambil masa 5 tahun untuk kembali ke Liga Perdana dimana kali terakhir Melaka United bermain dalam Liga Perdana ialah pada tahun 2010.

Sudah lama pemyokong Melaka menantikan kebangkitan bolasepak Melaka

Dengan adanya pasukan seperti Perlis dan Melaka United dalam saingan Liga Perdana musim depan dijangka akan memeriahkan lagi bolasepak negara kita. Terdapat juga ura-ura untuk penswastaan Liga Malaysia 2016 yang lebih menyeluruh sehingga ke peringkat ke-6 termasuk liga peringkat negeri dan daerah, berbanding 3 peringkat sahaja sekarang ini.

Liga FAM musim 2016 pula akan menerima kehadiran semula Kuala Lumpur dan Putrajaya SPA yang telah disingkirkan dari Liga Perdana 2015. Pasukan-pasukan dalam Liga FAM tidak semuanya akan kekal untuk musim akan datang. Pada kebiasaannya pasukan-pasukan kecil akan menarik diri atas alasan masalah kewangan.

Baca : Liga Perdana Malaysia 2015


Teruskan menyokong bolasepak tempatan!





Friday, August 21, 2015

Liga Super Malaysia 2015 - JDT Dan Pahang Kekal Sebagai Gergasi Bolasepak Malaysia



Liga Super Malaysia 2015 hampir melabuhkan tirainya dan tanggal 22.8.2015 bakal menyaksikan samada JDT berjaya mempertahankan gelaran sebagai juara ataupun Pahang berjaya memintas JDT di saat akhir untuk muncul juara. Pahang perlu menewaskan Terengganu dengan bergaya sambil mengharapkan JDT tumpas kepada Felda United.




Pada musim lepas JDT telah muncul sebagai juara Liga Super 2014 dengan memintas Selangor di tempat kedua. Disebabkan itu JDT layak ke pusingan kelayakan Liga Juara-Juara Asia 2015 manakala Pahang sebagai juara Piala FA layak ke Piala AFC 2015.

JDT - Juara Liga Super 2014





Memandangkan Lions XII telah menjuarai Piala FA 2015 tetapi tidak boleh mewakili Malaysia ke Piala AFC 2016, slot ini telah diberikan kepada naib juara Liga Super 2015. Ini bermakna pada tahun hadapan, JDT dan Pahang masih lagi mewakili Malaysia di peringkat Asia.

Lions XII - Juara Piala FA 2015

Tanpa menunggu perlawanan terakhir, ATM dan Sime Darby telahpun mengucapkan selamat tinggal kepada Liga Super dan mereka akan bermain dalam Liga Perdana pada musim hadapan. Manakala pasukan Lions XII, Perak, Kelantan dan Sarawak hanya melengkapkan jadual perlawanan terakhir mereka.

Akhirnya Sime Darby berjaya mendapatkan kemenangan pertama mereka setelah menewaskan ATM 1-0

Perebutan tempat ke-3 dan ke-4 masih lagi terbuka dengan Selangor dilihat mempunyai kelebihan. Tempat ke-3 dan tempat ke-4 Liga Super bakal mewakili negara dalam kejohanan Liga Super ASEAN 2016 yang pertama kali diadakan dan dijangka bermula pada Ogos 2016. Selain Selangor, pasukan Terengganu, Felda United dan PDRM juga cuba mengintai peluang untuk slot terakhir Liga Super ASEAN 2016.


Pertembungan antara Pahang dan JDT sentiasa dinanti-nantikan

Nampaknya JDT dan Pahang berjaya mengekalkan momentum mereka sebagai 2 pasukan gergasi bolasepak Malaysia. Kedua-dua pasukan ini telah meninggalkan pasukan-pasukan lain jauh ke belakang. Pencapaian mereka di peringkat Asia amat membanggakan setelah layak ke peringkat suku akhir Piala AFC 2015.



Walaupun ada ura-ura mengatakan bahawa Lions XII tidak lagi akan menyertai Liga Malaysia musim hadapan, ATM yang bakal berhadapan penggantungan sekiranya isu berkenaan B Sathianathan tidak diselesaikan, Terengganu yang mungkin akan menarik diri akibat insiden perlawanan Piala FA menentang Lions XII, namun Liga Super Malaysia masih meriah dan rancak seperti biasa.



Thursday, August 20, 2015

Liga Perdana Malaysia 2015 - Saingan 3 Penjuru Antara Kedah, T-Team dan Pulau Pinang



21 Ogos 2015 bakal menyaksikan siapakah juara baru Liga Perdana Malaysia musim 2015. Pada musim lepas hanya saingan 2 penjuru di antara PDRM dan Felda United dimana menyaksikan PDRM muncul Juara Liga Perdana Malaysia 2014. Pada tahun ini, persaingan agak sengit dengan saingan 3 penjuru antara Kedah, T-Team dan Pulau Pinang.



Kedah mempunyai kelebihan untuk menjadi juara dan seterusnya layak ke Liga Super 2016 dengan hanya perlu seri pada perlawanan terakhir menentang DRB-Hicom di tempat lawan. T-Team dan Pulau Pinang harus menang dengan bergaya terhadap lawan masing-masing iaitu Kuantan FA dan UiTM FC di tempat lawan sambil mengharapkan DRB-Hicom menundukkan Kedah.

Antara aksi pertemuan Pulau Pinang menentang Kedah

Pulau Pinang juga wajib menang dan perlu mengharapkan T-Team tercicir mata pada perlawanan terakhir bagi memastikan Pulau Pinang layak ke Liga Super musim 2016. Prestasi cemerlang T-Team diawal musim gagal dikekalkan setelah kehilangan kapten pasukan, mendiang David Oniya yang mati mengejut ketika perlawanan persahabatan menentang Kelantan.

Pertembungan antara T-Team dan Kedah tidak kurang hebatnya





Untuk slot ke Piala Malaysia pula, selain Kedah, T-Team dan Pulau Pinang, satu lagi pasukan yang mengesahkan slot automatik ke Piala Malaysia ialah PKNS FC. Manakala 2 lagi pasukan iaitu JDT II dan juga samada NS Matrix atau Sabah akan berentap dalam pusingan kelayakan ke Piala Malaysia menentang 2 pasukan terbawah dari pasukan Liga Super iaitu Sime Darby dan ATM.

Pasukan Putrajaya SPA pula sudah boleh mengucapkan selamat tinggal kepada Liga Perdana dimana mereka akan bertanding dalam Liga FAM untuk musim 2016. Satu lagi slot untuk diturunkan ke Liga FAM ialah samada DRB Hicom, Kuala Lumpur dan Kuantan FA yang hanya akan ditentukan pada perlawanan terakhir nanti.

Pertemuan Kuala Lumpur dan Kuantan FA dicemari dengan insiden pembalingan suar ke dalam padang

Kelebihan jaringan setakat ini banyak memihak kepada DRB Hicom untuk tidak disingkirkan ke Liga FAM sekiranya ketiga-tiga pasukan terikat dengan mata yang sama nanti. Namun, kemenangan ke atas Kedah harus dicari supaya DRB Hicom tidak tersingkir dari Liga Perdana. Kuala Lumpur juga mempunyai misi yang sukar apabila berkunjung ke gelanggang NS Matrix manakala Kuantan FA pula menanti kunjungan calon juara iaitu T-Team.

PDRM - Juara Liga Perdana 2014

Selain PKNS dan JDT II, pasukan UiTM bermain tanpa tekanan di perlawanan terakhir dan hanya melengkapkan jadual perlawanan apabila menanti satu lagi pasukan calon juara iaitu Pulau Pinang. Nampaknya, Kedah hampir pasti menjadi juara baru Liga Perdana Malaysia 2014, namun saingan daripada T-Team dan Pulau Pinang tidak boleh dipandang ringan.





Tuesday, August 18, 2015

Mudahnya Golongan Wanita Diserang Sakit Sendi Dan Sakit Tulang



Bersyukur kita sebab masih lagi sihat dan mampu menggunakan "tulang empat kerat" untuk menjemput rezeki. Rezeki yang kita dapat haruslah dikongsi-kongsi bersama dengan orang sekeliling. "Tulang empat kerat" yang selalu disebut-sebut oleh orang-orang tua kita ialah Sistem Rangka Manusia.


Sistem Rangka Manusia

Sistem Rangka Manusia bukan sahaja merujuk kepada tulang belulang dalam tubuh semata-mata tetapi termasuklah sendi yang menghubungkan sesuatu tulang kepada tulang yang lain. Kesihatan kedua-dua tulang dan sendi amat penting kepada kita semua bagi memudahkan kita melakukan pelbagai aktiviti berfaedah untuk diri sendiri, keluarga dan orang yang disayangi.

Antara fakta menarik berkenaan dengan Tulang ialah manusia dilahirkan ke dunia ini dengan 270 jenis tulang. Akan tetapi sebahagian daripada tulang telah bersatu dan seorang dewasa mempunyai sebanyak 206 jenis tulang. Menjaga kesihatan Sistem Rangka Manusia iaitu tulang dan sendi sangat penting dengan mengambilkira langkah-langkah pencegahan awal dari segi gaya hidup dan pemakanan terutamanya ketika berumur 20-an lagi.

Walau disuntik, tiada jaminan untuk Sakit Sendi pulih 100%


Kesihatan Tulang

Kesihatan Tulang berkait rapat dengan umur seseorang. Isipadu tulang sentiasa berkembang dan berada di puncaknya ketika kita berumur 30 tahun dan semakin merosot selepas kita menjangkau umur 30 tahun. Dari segi jantina, wanita dikehendaki untuk menjaga kesihatan tulang lebih banyak daripada orang lelaki.


Kesihatan Sendi
Kesihatan Sendi pula berkait rapat dengan 4 komponen utama iaitu Tulang Rawan, Cecair Sinovial, Ligamen dan Tendon. Tulang Rawan ialah tulang lembut seperti span berfungsi sebagai kusyen di sendi untuk melindungi tulang. Dengan adanya Tulang Rawan, tulang-tulang boleh meluncur dan bergeser sesama sendiri tanpa rasa sakit.
Cecair Sinovial pula berfungsi sebagai pelincir dalam sendi membantu untuk menyuburkan dan menyegarkan Tulang Rawan pada setiap masa.
Tendon pula ialah struktur bergentian yang menghubungkan otot dan tulang. Manakala Ligamen ialah gentian fleksibel yang memegang tulang bersama

Baca : Sakit Sendi Boleh Sebabkan Kita Bertongkat atau Berkerusi Roda

Gangguan dan Penyakit Sistem Rangka Manusia
Terdapat 2 jenis penyakit utama kepada Sistem Rangka Manusia iaitu :-
1) Osteoporosis - sejenis penyakit yang menyebabkan isipadu dan ketumpatan tulang berkurangan. Tulang pesakit akan menjadi mudah patah walaupun hanya terjatuh.
2) Arthritis - terdapat 2 jenis yang utama iaitu Osteoarthritis (OA) dan Rheumatoid Arthritis (RA)
Osteoporosis boleh juga dikatakan sebagai tulang tak padat atau tulang peroi akibat kurang Kalsium

Baca : Kepentingan Kalsium Dalam Kehidupan Kita


Osteoarthritis (OA) adalah disebabkan oleh penggunaan Tulang Rawan yang berlebihan sehingga menyebabkan Tulang Rawan haus, permukaan tulang tidak rata dan bergerigi. Individu yang aktif bersukan mudah terdedah kepada risiko penyakit ini lebih awal daripada individu lain.
Rheumatoid Arthritis (RA) berlaku apabila berlaku keradangan terutamanya pada Cecair Sinovial dimana Sistem Imunisasi telah keliru dan menyerang sistem sendi. RA bukan sahaja menyerang sistem sendi malah akan menyerang organ-organ lain seperti kulit, mata, paru-paru dan salur darah. Biasa berlaku apabila kita berumur 40 tahun ke atas khususnya wanita.

Tips Melegakan Sakit Sendi
Sakit Sendi biasanya akan bertambah buruk disebabkan faktor usia dan tiada penawar untuk sembuh 100%. Pada kebiasaannya, berikut adalah tindakan yang diambil untuk melegakan sakit sendi :-
1) Perubatan dan Suntikan - melegakan dan mengurangkan kesakitan dan keradangan secara sementara tetapi pada masa yang sama akan merosakkan organ-organ dalaman
2) Pembedahan - Kos yang mahal dan menyebabkan pergerakan pesakit terbatas


Kos yang mahal dan pergerakan pesakit terbatas

Penyelesaian Nutrisi
Masih belum terlambat lagi untuk kita semua mengubah gaya hidup dan gaya pemakanan kepada yang lebih sihat. Walaupun ada sesetengah orang berpendapat bahawa Sakit Sendi adalah biasa apabila usia meningkat, tetapi kita masih ada ruang dan peluang untuk mengurangkan risiko sedemikian supaya kita tidak menyusahkan anak cucu kita apabila kita sakit kelak.
Sumber : Loyerpencen.com

Semoga bermanfaat kepada semua!
==================
Lin Chalo & Mohd Alizal,
Health Consultant &
Business Mentor
014.338.6810 - Lin
012.401.6683 - Alizal
==================


Monday, August 10, 2015

Betul Ke Alat Telekomunikasi Dan Gelombang Internet Boleh Menjejaskan Sistem Imunisasi Manusia?



Ada sesetengah orang akan mudah demam apabila terkena air hujan tetapi ada juga yang tak demam kalau kena air hujan. Begitu juga ada orang akan mudah sakit perut apabila salah makan tetapi ada juga yang tak sakit perut langsung. Keadaan ini biasanya orang akan panggil "badan kuat" kalau tak mudah jatuh sakit.



Sebenarnya mereka yang dikatakan "badan kuat" inilah yang dikatakan mempunyai sistem imun yang baik. Sistem Imunisasi Manusia adalah salah satu sistem tubuh badan terpenting kepada manusia. Walaupun sistem ini agak rumit dan berselirat seperti sistem subway dan keretapi di Korea mahupun Jepun, tapi inilah sistem pertahanan diri terbaik untuk manusia.
Sistem Imunisasi Manusia adalah sistem pertahanan menentang penyakit yang disebabkan oleh organisma, sel-sel yang tidak berfungsi dan juga partikel-partikel asing. Sistem pertahanan ini juga beroperasi dalam beberapa barisan untuk menentang jangkitan ataupun penyakit.

Sistem Imunisasi juga adalah berlapis-lapis dan secara ringkasnya mempunyai 3 baris yang utama seperti berikut :-


Pertahanan Baris Pertama
1) Kulit - benteng utama terhadap penceroboh dengan merembeskan bahan kimia dikenali sebagai "peluh" untuk membunuh penceroboh yang berpotensi
2) Mukus dan Silia - berfungsi untuk memerangkap bakteria dan partikel asing. Struktur berbulu yang dipanggil Silia akan menyapu lendir dan mukus ke dalam tekak untuk batuk atau ditelan
3) Air Liur - mengandungi banyak bahan kimia yang memecahkan bakteria
4) Asid Perut - Bakteria yang ditelan akan dipecahkan oleh Asid Perut yang kuat dalam perut, yang juga memecahkan makanan menjadi bahagian yang lebih kecil
Pertahanan Baris Kedua
1) Keradangan - membebaskan bahan kimia yang dikenali sebagai histamines dan memulakan tindak balas keradangan seperti kapilari mengembung, suhu badan meningkat, reseptor kesakitan diaktifkan dan kawanan sel darah putih akan pergi ke kawasan terjejas sepertimana kawanan jerung pergi mencari darah
2) Makrofaj - sejenis sel darah putih yang akan mengerumuni bakteria dan memusnahkannya
3) Sel Darah Putih - sekiranya penceroboh telah berada dalam tubuh badan, secara automatiknya sel darah putih akan mula menyerang
4) Sel Pembunuh Semulajadi - juga dikenali sebagai T-cells adalah sel pembunuh semulajadi yang boleh mengenalpasti sel manusia yang telah dijangkit dan juga sel-sel kanser
5) Interferon - Sel tubuh yang telah dijangkiti virus akan menghasilkan Interferon apabila pencerobohan berlaku. Interferon berfungsi dengan mengaktifkan sistem imun dan memberikan isyarat kepada sel-sel yang berhampiran untuk bertindak kepada virus
Pertahanan Baris Ketiga
1) Antibodi - juga dikenali sebagai "immunoglobullins". Berfungsi untuk mengenalpasti dan membantu mengenepikan antigen asing seperti virus dan bakteria
Imunisasi
Terdapat 2 jenis Imunisasi iaitu :-

1) Imunisasi Aktif - Kita menghasilkan antibodi dengan sendiri samada kita sudah terdedah dengan sesuatu jenis penyakit ataupun pendedahan antibodi yang dirancang (juga dikenali sebagai vaksin) kepada bakteria-bakteria yang lemah dan mati.
2) Imunisasi Pasif - Kita tidak menghasilkan antibodi dengan sendiri
Seorang ibu akan mewariskan imunisasi kepada bayi mereka sejak dilahirkan dan imunisasi tersebut akan berkembang. Sebab itulah walaupun adik beradik berkongsi ibu yang sama tetapi tidak semestinya Sistem Imun mereka sama kuat.



Perkembangan Sistem Imun yang paling relevan dapat dilihat dengan mengamalkan gaya hidup yang sihat dan juga pemakanan yang teratur. Jadi, tak perlu lah kita risau jika Sistem Imunisasi kita lemah sebab ia masih boleh diperbaiki dan dipertingkatkan lagi.

Gangguan dan Jangkitan Penyakit
1) Jangkitan Bakteria seperti Folliculitis, Impetigo, jangkitan salur kencing, E. Coli dan Pneumonia
2) Jangkitan Virus seperti Herpes, Herpes Zoster (kayap) dan demam campak
3) Denggi
4) Influenza
5) Hepatitis
6) Virus maut seperti SARS, H1N1, Ebola dan AIDS

Penyelesaian Nutrisi

Zaman sekarang amat mudah bagi ibu bapa yang mendedahkan anak-anak mereka kepada gajet-gajet tertentu dan juga alat telekomunikasi yang mempunyai gelombang-gelombang tertentu yang mungkin akan mengganggu Sistem Imunisasi anak mereka.


Ada yang mempertahankan tindakan mereka dengan alasan "tidak boleh elak". Kita tidak boleh lari daripada persekitaran yang tercemar seperti radiasi pada telefon bimbit, gelombang internet wifi dan sebagainya. Pendedahan awal kanak-kanak kepada gajet dan alat telekomunikasi yang jelas menyumbangkan radiasi atau radikal bebas juga dibimbangi akan melemahkan Sistem Imunisasi mereka.
Skrip Asal : Loyerpencen.com

Semoga bermanfaat kepada semua!
==================
Lin Chalo & Mohd Alizal,
Health Consultant &
Business Mentor
014.338.6810 - Lin
012.401.6683 - Alizal
==================


Thursday, August 6, 2015

Gergasi, Orang Kerdil, Bantut, Beguk dan Kencing Manis Berlaku Disebabkan Kegagalan Kelenjar-Kelenjar Berfungsi Dengan Normal



Pernah ke dengar perkataan Endokrin? Endokrin ni ialah salah satu sistem dalam badan kita. Senang cerita, Sistem Endokrin Manusia ni ialah berkenaan dengan kelenjar-kelenjar yang mengeluarkan hormon-hormon tertentu.

Sepertimana Sistem Saraf Manusia, Sistem Endokrin Manusia adalah sebuah sistem isyarat maklumat yang berfungsi merembeskan hormon-hormon tertentu daripada kelenjar-kelenjar tertentu untuk kestabilan tubuh badan kita.

Terdapat 10 jenis kelenjar utama yang membentuk Sistem Endokrin Manusia yang  perlu kita tahu : -
Hormon Pertumbuhan yang tidak normal boleh menyebabkan GHD ataupun Orang Kerdil

1) Kelenjar Hypothalamus - Berfungsi mengawal hormon pituitari dan merembeskan jenis-jenis hormon seperti berikut :-
a) Hormon Pertumbuhan - pertumbuhan tulang dan tisu badan yang lain. Rembesan hormon yang berlebihan akan menyebabkan Acromegaly manakala kekurangan hormon ini akan menyebabkan kekerdilan atau Growth Hormone Deficiency (GHD).
b) Thyrotropin - merangsang kelenjar thyroid untuk menghasilkan hormon thyroid
c) Corticotrophin - merangsang kelenjar adrenal untuk menghasilkan hormon-hormon tertentu
d) Gonadotropin - mengawal pertumbuhan, perkembangan seksual dan fungsi pembiakan

Gergasi (Acromegaly)

2) Kelenjar Pituitari (Hypophysis)
- Kelenjar ini mempengaruhi kesejahteraan individu secara keseluruhan dan dikenali sebagai Kelenjar Induk. Terbahagi kepada bahagian hadapan yang dikenali sebagai "anterior pituitary" dan bahagian belakang yang dikenali sebagai "posterior pituitary".
- "Anterior pituitary" merembeskan hormon-hormon seperti hormon pertumbuhan, Prolaktin - mengaktifkan penghasilan susu, Andrenocorticotropic, hormon perangsang tiroid, Luteinizing, dan hormon perangsang Folikel. "Posterior pituitary" merembeskan hormon-hormon seperti Oxytocin dan Antidiuretic
- Penghasilan dan rembesan hormon pituitari dipengaruhi oleh pelbagai faktor seperti emosi dan perubahan bermusim

3) Kelenjar Pineal (Epiphysis) - merembeskan hormon Melatonin yang membantu tubuh mengenalpasti masa untuk tidur.

4) Kelenjar Thymus - merembeskan hormon dikenali sebagai "humoral factors" dan penting ketika akil baligh. Hormon ini membantu perkembangan sistem imun tubuh badan
Antara Penyakit-Penyakit Disebabkan Gangguan Pada Kelenjar Thyroid


5) Kelenjar Thyroid - berfungsi mengawal metabolisma seseorang. Apabila terdapat gangguan, Kelenjar Thyroid tidak akan mengeluarkan hormon yang secukupnya untuk fungsi tubuh badan ataupun akan merembeskan hormon yang berlebihan sehingga menyebabkan pelbagai jenis penyakit.
Hypothyroidism ialah keadaan dimana terdapat gangguan yang berlaku apabila Kelenjar Thyroid tidak menghasilkan hormon yang secukupnya untuk berfungsi kepada tubuh badan kita. Pelbagai jenis penyakit yang dikenalpasti akibat daripada Hypothyroidsm ialah seperti berikut :- 

a) Cretinism (Bantut) - pertumbuhan fizikal dan mental yang terbantut dengan teruk. Tanda-tanda seperti pesakit bertubuh kerdil dengan kekurangan mental yang teruk, kulit yang kering dan kasar, gigi dan rambut yang kurang, pertumbuhan rangka kepala yang kecil dan kadar BMR (metabolisma) yang rendah.

b) Myxedema - akibat thyroxin yang kurang dihasilkan. Tanda-tanda seperti kelesuan melampau dan pemikiran lembap, rendah BMR (metabolisma), kadar nadi yang perlahan, kulit kering dan rambut kasar dan dalam sesetengah kes muka akan bengkak dan fungsi seksual tidak sempurna.
c) Penyakit Hashimoto - sejenis penyakit auto imun dimana pelbagai jenis pengantara sel dan antibodi menyerang Kelenjar Thyroid.
Hyperthyroidism pula ialah keadaan dimana Kelenjar Thyroid telah terlebih merembeskan hormon Thyroid sehingga menyebabkan penyakit-penyakit seperti berikut :-
a) Penyakit Grave - sejenis penyakit auto imunisasi dimana kelenjar thyroid terlebih aktif disebabkan oleh pengeluaran hormon thyroid yang berlebihan. Gejala-gejala seperti mata membonjol keluar disebabkan otot mata membengkak dan menolak mata keluar, kurang berat badan walaupun kuat selera makan dan pertambahan BMR (metabolisma)
b) Goitre (Beguk) - Kelenjar thyroid yang membengkak sehingga menyebabkan leher  dan kotak suara (larynx) juga membengkak. Beguk berlaku apabila kelenjar thyroid tidak berfungsi dengan betul. Secara umumnya kekurangan iodin adalah punca penyakit beguk
Selain daripada penyakit-penyakit yang disebabkan oleh Hypothyroidsm dan Hyperthyroidsm, Barah Thyroid juga adalah sejenis gangguan dan penyakit yang kerap berlaku pada Kelenjar Thyroid.

6) Kelenjar Parathyroid
- berfungsi mengawal kandungan Kalsium dan Fosforus dalam badan. Penting untuk perkembangan tulang yang teratur dan baik.

7) Kelenjar Adrenal (Suprarenal) - mengawal kandungan gula dalam darah serta membantu tubuh untuk fungsi-fungsi seperti menggalakkan fungsi kardiovaskular yang betul, menggunakan lemak dan karbohidrat dalam tubuh dengan betul, membantu membahagi-bahagikan lemak yang tersimpan dan menggalakkan kesihatan fungsi usus.
Suntikan Insulin diperlukan jika Kelenjar Pankreas gagal berfungsi


8) Kelenjar Pankreas
- Pankreas merembeskan hormon yang dikenali sebagai insulin. Gangguan atau penyakit utama kepada Kelenjar Pankreas ialah penyakit kencing manis ataupun Diabetes Mellitus.
Diabetes Mellitus terjadi apabila kandungan gula dalam darah terlalu tinggi seperti berikut :-
- ketika tidak makan - antara 4.0 hingga 6.0 mmol/l
- 2 jam selepas makan - tidak lebih daripada 8.0 mmol/l

Terdapat 3 jenis penyakit kencing manis seperti berikut :-
Jenis 1 - Pankreas tidak mampu menghasilkan insulin yang mencukupi. Memerlukan suntikan insulin untuk mengawal gula dalam darah
Jenis 2 - tubuh badan tidak mampu membuat atau menggunakan insulin dengan betul
Gestational diabetes - kencing manis semasa mengandung
Kerap buang air kecil, cepat dahaga, lapar, peningkatan keletihan, luka lambat sembuh, tangan dan kaki yang kebas dan pemandangan kabur adalah gejala-gejala utama penyakit kencing manis.

Komplikasi utama kencing manis adalah seperti berikut :-
a) saraf dan salur darah rosak - 2 hingga 4 kali menyebabkan penyakit sistem peredaran darah
b) kebutaan
c) kegagalan buah pinggang
d) kaki diabetes
e) gangguan fungsi kelelakian

Penyelesaian Nutrisi Pesakit Kencing Manis

9) Kelenjar Ovari - Ovari menghasilkan hormon Estrogen dan Progesteron yang menggalakkan perkembangan buah dada. Hormon ini juga membantu wanita mengekalkan kesihatan ketika kitaran haid.

10) Kelenjar Testes - Testikel menghasilkan hormon Testosteron yang menggalakkan pembesaran zakar dan juga pertumbuhan rambut di muka dan badan. Selain itu, hormon Testosteron juga mendalamkan suara, mengekalkan nafsu seks, menggalakkan penghasilan sperma dan mengekalkan kesihatan otot dan isipadu tulang.



Bayangkan betapa uniknya ciptaan Allah ini termasuklah Sistem Endokrin Manusia dimana jika kelenjar-kelenjar ini dalam keadaan yang sihat, hormon-hormon juga akan dirembeskan tidak lebih dan tidak kurang serta tepat pada masanya untuk memastikan kesejahteraan dan kesihatan tubuh badan kita.

Sedikit gangguan sudah cukup untuk menyebabkan pelbagai jenis penyakit termasuklah Penyakit Kencing Manis yang merupakan masalah utama rakyat Malaysia.




Semoga bermanfaat kepada semua!

==================
Lin Chalo & Mohd Alizal,
Health Consultant &
Business Mentor
014.338.6810 - Lin
012.401.6683 - Alizal
==================


Menarik Untuk Dibaca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...