Showing posts with label USA - San Francisco. Show all posts
Showing posts with label USA - San Francisco. Show all posts

Saturday, August 30, 2014

Summer in San Francisco - Part 2



21.8.2014 - Day 3


Hari terakhir di San Francisco ditutup dengan lawatan ke Shaklee HQ yang terletak di Pleasanton, California. Ketibaan kami disambut dengan meriah oleh staff dan juga saintis Shaklee di sini. Dipecahkan kepada 20 orang setiap kumpulan yang lebih kecil, kami semua diberi peluang untuk tour di dalam Shaklee HQ dan diberi penerangan oleh wakil Shaklee HQ di setiap department.

Rumah/Apartment Percutian Untuk Disewa Di USA



* Selamat datang ke Shaklee HQ * 


* Tour dalam Shaklee HQ * 


* Hampir 300 orang delegasi Malaysia bergambar kenangan di Shaklee HQ, Pleasanton * 

Setelah selesai lawatan di sini,  kami menuju ke Mission Street, San Francisco untuk menjamu selera di Arabian Nights Restaurant. Walaupun hidangan disediakan agak lewat namun pembuka selera yang lazat telah berjaya mempertingkatkan tahap kesabaran kami semua ketika menunggu makanan.


* Hidangan pembuka selera yang lazat * 

* Hidangan Utama * 

Selepas makan tengah hari, kami telah pulang ke hotel untuk aktiviti bebas. Kebanyakan daripada kami hanya membeli belah di kawasan sekitar hotel seperti di pasar raya Ross ataupun Target. Tidak kurang juga yang kembali ke Fisherman's Wharf untuk membeli belah di situ. Apa yang penting pukul 7.00 petang dah kena stand by di lobi hotel untuk naik bas menuju ke airport.

Setibanya di airport, kami semua kena buat individu check in walaupun berkeluarga ataupun dalam trip. Undang-Undang di USA berkenaan perkara ini agak ketat dan mereka mempunyai sikap curiga yang tinggi terhadap orang luar. Walaupun berkeluarga mereka tetap tidak memberikan tempat duduk berhampiran ataupun sebelah menyebelah. Jadi terpulanglah kepada kita untuk tukar tempat duduk suka sama suka apabila dah naik dalam pesawat.

Seperti biasa, rombongan kami dibahagikan kepada 3 kumpulan iaitu samada menggunakan Singapore Airlines, Cathay Pacific dan China Airlines. Bezanya dengan semasa bertolak ialah waktu berlepas antara 3 kumpulan ini adalah tidak banyak bezanya iaitu 1.00 pagi hingga 2.00 pagi waktu tempatan.




SELAMAT TINGGAL SAN FRANCISCO, CALIFORNIA!



22.8.2014 - Travelling Day

Penerbangan kami dari San Francisco airport menuju ke Taipei ialah pada pukul 1.50 pagi waktu tempatan dan dijangka tiba hampir 12 jam selepas itu iaitu pukul 5.30 pagi (23 Ogos) waktu Taipei. Transit di Taipei kali ini adalah lebih kurang 3 jam setengah saja sementara menunggu penerbangan menuju ke Kuala Lumpur pada pukul 9.00 pagi 23 Ogos 2014.

Penerbangan dari Taipei ke Kuala Lumpur memakan masa selama 4 jam setengah dan kami semua tiba di KLIA pada pukul 1.30 petang 23 Ogos 2014.


HOME SWEET HOME!



Kembara di bumi Uncle Sam selama 10 hari telah menambahkan lagi pengalaman dan ilmu di dada ini. Sejujurnya USA bukanlah negara pelancongan yang utama, namun masih ada tempat-tempat menarik yang boleh dilawati. Beberapa perkara unik di USA adalah seperti berikut :-

* Budaya tipping - Budaya ini telah menjadi kebiasaan kononnya untuk meningkatkan lagi mutu perkhidmatan pekerja-pekerja di USA. Nilai tipping yang standard adalah 10% daripada sesuatu harga atau perkhidmatan. Jika kita tak bagi tipping mereka akan tanya apa kekurangan service mereka.

* Air paip adalah drinkable - Walaupun boleh minum, namun masih ada yang merasa sangsi akan kebersihannya apalagi bekalan air di Malaysia yang sudah pasti perlu dimasak terlebih dahulu. Sila baca entri di bawah untuk maklumat lanjut :-

Perjalanan Hidupku...: Get Clean Water - Penapis Air Pilihan Anda!: Shaklee Get Clean Water adalah revolusioner baru-penapisan sistem water-filtration pitcher disahkan oleh persatuan kualiti air (WQA) untuk...

* Square Mentality - Mereka sering berpendapat bahawa sistem mereka lebih baik daripada orang lain dan suka menjadi lain daripada yang lain. Contohnya, walaupun sistem metrik diakui ketepatannya dan digunakan hampir di seluruh dunia, namun mereka lebih selesa menggunakan "customary units" atau "imperial unit" seperti ukuran inci, kaki, gelen, ekar, fahrenheit dan sebagainya.

* Dramatik - ketika kami dalam bas, terdapat kesesakan jalan raya yang teruk. Rupa-rupanya highway (di sana dipanggil freeway... sebab takde toll kot) yang 4 lorong dah menjadi 1 lorong hanya disebabkan seorang pencuri yang cuba terjun dari jambatan akibat dikejar polis. Suasana di tempat kejadian dah macam lokasi penggambaran, kereta polis hampir sepuluh, lori bomba ada 2, ambulans pun dah ada di tempat kejadian, tilam besar pun dah ada kat situ, kawalan keselamatan dipertingkatkan, helikopter berlegar-legar di udara..... diulangi orang itu cuma pencuri biasa... Bayangkan kalau penjenayah berprofil tinggi terlibat... hmmm....

* Punctuality - OK... ini mungkin perlu dicontohi oleh kita semua kerana diorang memang cerewet pasal masa, walaupun dia cuma seorang pemandu bas.

* Ya Banana! - Mungkin di negeri California je... tapi tak pasti pulak di negeri lain... pisang adalah satu hidangan kemestian. Kalau di hotel tu... confirm ada pisang atau elemen pisang sebagai sarapan. Tapi antara banyak-banyak hidangan pisang .. lempeng pisang strawberi jugak yang best!


* Lempeng pisang strawberi * 

* Dadah dan Alkohol - 2 perkara ini masih menjadi masalah utama di USA yang entah dimana penyelesaiannya.

* Life Insurance - Semangat hak individu sangat tinggi di sini. Semua orang ada life insurance, kerana saman menyaman adalah perkara biasa. Seolah-olah nyawa dan keselamatan mereka bergantung kepada insurans. Kalau takde insurans mereka rasa tidak secure.

* Free country - Sebagai warganegara USA mereka bebas buat apa saja dalam negara mereka tanpa risaukan apa-apa



Ya, sudah pasti setiap negara ada budaya dan identiti yang mahu dikekalkan untuk membezakan mereka dengan negara lain. Entah tahun hadapan di Itali macam mana lah pulak ye.... mudah-mudahan diberi kesempatan, kelapangan dan kekuatan untuk meneruskan kembara di bumi Allah yang luas ini.

Rumah/Apartment Percutian Untuk Disewa Di USA





SEE YOU IN ITALY 2015!

BACA : ITALY TRIP 20-28 NOVEMBER 2015


* Trip ini 100% percuma dan ditanggung oleh pihak syarikat. PM kami di 
Facebook Kedai Vitamin Cheras Kajang untuk join trip seperti ini secara percuma * 


Teruskan juga membaca :

Summer in San Francisco - Part 1


Semoga bermanfaat kepada semua!
==================
Lin Chalo & Mohd Alizal,
Health Consultant &
Business Mentor
014.338.6810 - Lin
012.401.6683 - Alizal
==================

Friday, August 29, 2014

Summer in San Francisco - Part 1



19.8.2014 - Day 1

Ibu negara California ialah Sacramento, namun begitu Los Angeles adalah kota utama di selatan California manakala San Francisco adalah kota utama di utara California. California adalah sebuah negeri yang mempunyai pengaruh Hispanik dan Latin yang besar berbanding negeri lain di USA. Justeru tidak hairanlah bahasa Latin adalah bahasa kedua selepas bahasa Inggeris Amerika di California.

Rumah/Apartment Percutian Untuk Disewa Di USA



* California adalah 50km persegi kurang daripada kepulauan Sumatera Indonesia * 


* Penggunaan bahasa Latin yang meluas di California * 

Perjalanan dari Los Angeles ke San Francisco memakan masa lebih kurang 1 jam dengan menggunakan pesawat domestik Southwest Airlines. Kami semua agak terkejut kerana semua kakitangan pesawat domestik ini sangat sempoi perkhidmatan mereka, sehinggakan mereka berjenaka sesama sendiri termasuklah kapten pesawat dan anak kapal dengan menggunakan pembesar suara... Nasib baik satu jam perjalanan saja.... Fuhh..!


* Sangat colourful * 

Kami berasa sangat simpati dengan beberapa orang dalam delegasi kami kerana penerbangan mereka ke San Francisco telah dibatalkan dan digantikan dengan penerbangan lain yang lebih lewat. Tahniah juga kepada ejen pelancongan yang bijak mengendalikan keadaan dan menyusun semula tentatif lain khas kepada mereka ini yang tiba lewat di San Francisco.

Terkenal dengan hembusan angin yang dingin, San Francisco lebih sejuk daripada Los Angeles yang terik sinaran mataharinya sepanjang musim panas. Walaupun musim panas, suhu di San Francisco adalah 10 C hingga 19 C sahaja. Mengikut sejarah, budaya seperti liberal, hippies dan LGBT bermula di bumi San Francisco ini.


* Bendera "rainbow" golongan LGBT di kota San Francisco * 


Setibanya di San Francisco kami dihidangkan dengan makanan laut sebagai makanan tengah hari di salah sebuah Restoran Itali di Pier 39, Fisherman's Wharf. Berbanding dermaga yang lain, Pier 39 lebih menarik perhatian pelancong kerana di sini kita boleh saksikan anjing-anjing laut yang melepak dan bersantai di dermaga 39 ini.


* Fisherman's Wharf - Ikon San Francisco * 


* Dermaga 39 yang terkenal * 



* Anjing-anjing laut yang sedang bersantai di Pier 39 * 


* Ketam adalah hidangan utama di Swiss Louis Italian & Seafood Restaurant *

Selepas makan tengah hari kami menuju ke San Francisco City Hall untuk merakam gambar kenangan semata-mata.


* Dewan Bandaraya San Francisco * 

Kembara kami diteruskan ke Twin Peaks kerana di sinilah kita dapat melihat kota San Francisco yang terbentang indah. Dengan ketinggian mencapai hampir 1,000 kaki dari aras laut, angin bertiup agak kencang dan dingin.


* Twin Peaks - 925 kaki dari aras laut * 


* Kota San Francisco ibarat kek-kek yang dipotong * 

Sebelum malam menjelang kami bergegas ke Golden Gate Bridge iaitu sebuah tempat yang wajib pergi di San Francisco. Terdapat beberapa jambatan lain di San Francisco tetapi kerana warnanya yang merah keemasan, Golden Gate Bridge telah menarik perhatian jutaan pelancong. Selain itu, Golden Gate Bridge juga terkenal dengan fakta sejarahnya yang tersendiri.


* Golden Gate Bridge di jari anda * 

Setelah penat seharian berjalan, kami menuju ke Yemeni's Restaurant untuk hidangan makan malam.


* Yemeni's Restaurant * 


* Hidangan di Yemeni's Restaurant * 

Masa yang ditunggu-tunggu juga telah tiba apabila kami pulang ke hotel dan check in di San Francisco Marriott Marquis. Walaupun banyak destinasi dalam sehari, tetapi kami tidak merasakan kepenatan seperti di Los Angeles, besar kemungkinan adalah disebabkan oleh faktor cuaca yang lebih dingin di sini.




SELAMAT MALAM SAN FRANCISCO, CALIFORNIA!



20.8.2014 - Day 2

Hari kedua di San Francisco adalah hari yang ditunggu-tunggu oleh kami di sini khususnya kaum wanita. Hanya satu bas sahaja yang pergi ke muzium tempatan manakala rombongan yang lain menuju ke factory outlet iaitu di Gilroy Premium Outlets. Kalau kat Malaysia macam Johor Premium Outlets lah tapi tak aci lah kalau nak bandingkan kedua-duanya.... sangat berbeza.


* Gilroy Premium Outlets * 



* Outlet yang glamour * 

Antara banyak-banyak outlet, seperti yang dijangka outlet Coach yang telah diserbu oleh kami semua. Takdelah murah sangat tapi sekurang-kurangnya takdelah mahal sangat macam yang dijual di Malaysia. Selain tu, outlet yang jual perfume juga nampak meriah selain daripada outlet yang jual beg, maklumlah dah banyak barang tambahan yang dibeli kenalah beli beg baru.

Setelah seharian di sini, kami dikehendaki pulang lebih kurang pukul 4.00 petang kerana pada waktu malam terdapat Gala Dinner yang bertemakan Hollywood Night. Diadakan di Julia Morgan Ballroom, masing-masing yang bersemangat telah menggayakan diri dengan suit-suit tertentu selaras dengan tema yang ditetapkan. Bagi yang lain, cukuplah tuxedo atau suit biasa yang dikenakan.



* Julia Morgan Ballroom at 1st floor *

* Hollywood lah sangat * 


* The Spiderman made in Malaysia * 

Selesai acara ini masing-masing pulang ke hotel untuk berehat dan tidak sabar untuk menunggu hari terakhir besok sebelum berangkat pulang ke tanah air.

Rumah/Apartment Percutian Untuk Disewa Di USA



SELAMAT MALAM SAN FRANCISCO, CALIFORNIA!



* Trip ini 100% percuma dan ditanggung oleh pihak syarikat. PM kami di 
Facebook Kedai Vitamin Cheras Kajang untuk join trip seperti ini secara percuma * 


Teruskan juga membaca :

Summer in San Francisco - Part 2


Semoga bermanfaat kepada semua!
==================
Lin Chalo & Mohd Alizal,
Health Consultant &
Business Mentor
014.338.6810 - Lin
012.401.6683 - Alizal
==================



Menarik Untuk Dibaca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...