Monday, January 30, 2017

Kelayakan Liga Juara Asia 2017 - Satu Lagi Misi Mustahil JDT?



Sekejap jer masa berlalu dan bermulanya tahun baru 2017 untuk kempen bolasepak AFC. Juara Asia pada tahun 2016 adalah milik Jeonbuk Hyundai Motors (Korea Selatan) yang menewaskan Al-Ain (UAE) manakala juara Piala AFC 2016 ialah milih Al-Quwa Al-Jawiya atau dikenali sebagai Air Force (Iraq) yang telah menewaskan Bengaluru FC (India).



JDT sekali lagi adalah wakil tunggal negara dalam kempen kelayakan Liga Juara Asia 2017. Kempen kelayakan tahun 2017 tampak lebih sukar berbanding tahun 2016 kerana lawan yang bakal dihadapi ialah kelab dari Thailand dan Jepun.



Pusingan Awal Pertama Liga Juara Asia 2017

Pusingan ini hanya melibatkan satu perlawanan dimana Global FC (Filipina) telah menewaskan Tampines Rovers (Singapura) dengan jaringan 2-0

Pusingan Awal Kedua Liga Juara Asia 2017

Lawan JDT kali ini ialah pasukan Bangkok United (Thailand) yang merupakan naib juara Liga Thailand musim lepas dan membuat penampilan kali ke-2 dalam Liga Juara Asia. Kebanyakan perlawanan berlangsung pada 31 Januari 2017. Selain daripada perlawanan Bangkok United dan JDT, Yadanaborn (Myanmar) akan bertandang ke tempat Sukhotai (Thailand), Global (Filipina) akan bertandang ke Brisbane Roar (Australia), Bengaluru (India) akan bertandang ke Al-Wehdat (Jordan) dan Al-Hidd (Bahrain) akan bertandang ke Nasaf Qarshi (Uzbekistan).

Dalam perlawanan yang lebih awal di Hong Kong, Kitchee FC telah membuat kejutan apabila menewaskan pasukan pilihan Hanoi T&T (Vietnam) dengan jaringan 3-2 setelah masa tambahan. Ini bermakna pasukan Vietnam yang tewas ini akan sekumpulan dengan Felda United dalam peringkat kumpulan Piala AFC 2017.

Pusingan Play-Off Liga Juara Asia 2017

Sekiranya JDT berjaya menumpaskan Bangkok United, JDT bakal berhadapan dengan gergasi Asia iaitu pasukan Gamba Osaka (Jepun). Pasukan-pasukan besar lain yang ada dalam pusingan play-off ini ialah Ulsan Hyundai (Korea Selatan), Shanghai SIPG, Shanghai Shenhua (kedua-duanya China), Esteghlal (Iran) dan Bunyodkor (Uzbekistan).

Sekiranya berlaku keajaiban dan JDT mampu menewaskan Gamba Osaka, JDT akan layak ke peringkat kumpulan Liga Juara Asia 2017 dan akan bersaing dalam peringkat kumpulan dengan Adelaide United (Australia), Jiangsu Suning (China) dan Jeju United (Korea Selatan).


Siapa Bangkok United?

Kekuatan Bangkok United ternyata bergantung kepada pemain-pemain import mereka. Walaupun liga Thailand tidak dihabiskan pada musim lepas akibat kemangkatan raja Thailand, mendiang Raja Bhumibol Adulyadej, Bangkok United muncul naib juara dengan hanya 2 kekalahan sahaja.

Trio import mereka yang berbisa ialah Dragan Boskovic (Montenegro), Jaycee John (Bahrain) dan Mario Gjurovski (Macedonia). Dragan Boskovic muncul penjaring terbanyak Bangkok United walaupun bermain di posisi tengah menyerang diikuti penyerang naturalisasi Bahrain, Jaycee John yang berasal dari Nigeria. Mario Gjurovski adalah top assist dalam pasukan Bangkok United.

Bangkok United baru saja mendapatkan pertahanan import berprofil tinggi iaitu Yohan Tavares (Portugal) yang pernah bermain di Liga Perancis, Belgium dan Portugal. Selain itu, pemain tengah kebangsaan Thailand, Pokklaw Anan juga baru berpindah ke Bangkok United dari Chonburi.

Satu lagi fakta menarik Bangkok United ialah mereka mempunyai ramai pemain naturalisasi dalam skuad mereka seperti bekas pemain remaja USA, Anthony Petch Ampaipitakwong, pemain kacukan Sepanyol-Thai, Ernesto Amantegui Phumipha, bekas pemain remaja Wales dan Cardiff City, Mika Chunuonsee, pemain kacukan Jerman-Thai yang pernah bersama skuad remaja Stuttgart, Manuel Bihr dan yang terbaru ialah pemain kacukan Sweden-Thai, Oscar Kahl.


Mika Chunuonsee (no 15) bersama skuad Wales bawah 17 tahun.
Turut kelihatan Gareth Bale (no 6) dan Aaron Ramsey (no 10)
Anthony Ampaipitakwong ketika bersama pasukan San Jose Earthquakes di USA

Tidak lupa juga pemain pengalaman Bangkok United yang pernah menyertai akademi bolasepak di England seperti Everton dan Crystal Palace iaitu Teeratep Winothai dan Sompong Soleb. Adunan pelbagai kepakaran ini membuatkan Bangkok United sebuah pasukan yang unik.


Siapa Gamba Osaka?

Pada musim lepas Gamba Osaka cuma menduduki di tangga ke-4 liga. Gamba Osaka diterajui oleh legenda bolasepak Jepun yang beraksi di bahagian tengah iaitu Yasuhito Endo yang kini berumur 37 tahun. Pemain serba boleh Yasuyuki Konno yang berumur 34 tahun juga adalah watak penting di bahagian tengah.

Gamba Osaka akan terasa kehilangan bintang mereka iaitu Takashi Usami yang telah berhijrah ke Jerman bersama FC Ausburg. Sebelum ini Takashi Usami pernah dipinjamkan ke Bayern Munich dan Hoffenheim.

Takashi Usami telah berhijtah ke FC Augsburg di Jerman

Gamba Osaka juga berjaya mendapatkan Ademilson, penyerang Brazil dari Sao Paulo secara kekal yang sebelum ini cuma dipinjamkan. Pertahanan Brazil, Fabio juga baru berhijrah ke Gamba Osaka dari Yokohama F Marinos.

Antara pemain bernilai dalam skuad Gamba Osaka ialah Masaaki Higashiguchi (penjaga gol), Shu Kurata (sayap kiri), Daiki Niwa (pertahanan tengah) dan Hiroki Fujiharu (pertahanan kiri). Tidak lupa juga bintang muda yang sedang meningkat naik iaitu Yosuke Ideguchi yang mendapat anugerah "rookie of the year" untuk tahun 2016.

Yosuke Ideguchi (No 20)


Berbanding tahun lepas, misi JDT untuk ke juara Liga Asia tampak lebih sukar kali ini kerana bertemu dengan lawan yang lebih kuat, Namun, semuanya bakal ditentukan di atas padang walaupun di atas kertas sudah boleh ucapkan selamat tinggal kepada Liga Juara Asia.

Liga Juara Asia 2017 juga dikejutkan dengan ketiadaan Jeonbuk Hyundai Motors (Korea Selatan) selaku juara bertahan untuk mempertahankan kejuaraan akibat skandal rasuah. Tempat Jeonbuk Hyundai Motors diambil alih oleh Jeju United yang bakal menjadi lawan samada JDT, Bangkok United atau Gamba Osaka ini.

All the best JDT!








Thursday, January 26, 2017

Piala Bangsa Afrika 2017 - Peluang Untuk Bintang Muda Afrika Menyinar



Piala Bangsa Afrika 2017 ataupun 2017 Africa Cup of Nations sedang berlangsung sekarang di Gabon yang dipilih sebagai tuan rumah untuk edisi kali ke-31 ini. Juara bertahan untuk kejohanan dwi tahunan ini ialah Ivory Coast yang telah menewaskan Ghana menerusi sepakan penalti di perlawanan akhir tahun 2015.

Tamatnya peringkat kumpulan maka bermulalah peringkat suku akhir. Tuan rumah Gabon gagal ke suku akhir selain pasukan besar seperti Algeria, Ivory Coast dan Mali. Pasukan yang berjaya melangkah ke suku akhir Piala Bangsa Afrika 2017 ialah Burkina Faso, Cameroon, Senegal, Tunisia, DR Congo, Morocco, Egypt dan Ghana.


Burkina Faso

Setiap bahagian Burkina Faso diketuai pemain berpengalaman mereka iaitu ketua pasukan Charles Kabore (Krasnodar) mengemudi bahagian tengah, Bakary Kone (Malaga) di bahagian pertahanan dan Jonathan Pitroipa (Al-Nasr) di bahagian serangan. Pemain muda Burkina Faso yang pastinya bakal menyinar ialah Bertrand Traore, pemain remaja Chelsea yang kini dipinjamkan kepada Ajax Amsterdam.

Bertrand Traore (Chelsea/Ajax)


Cameroon

Kelebihan Cameroon ialah mempunyai trio penyerang yang berpengalaman seperti Vincent Aboubakar, pemain Porto yang dipinjamkan kepada Besiktas, Benjamin Moukandjou (Lorient) dan juga Edgar Salli (FC Nurnberg). Di bahagian pertahanan Nicolas Nkoulou (Lyon) kental mengawal benteng di samping penjaga gol muda Fabrice Ondoa (Sevilla Atletico) yang merupakan bekas graduan akademi bolasepak Barcelona.

Fabrice Ondoa (Sevilla Atletico)


Senegal

Sama seperti Cameroon, Senegal mempunyai penyerang berpengalaman seperti Moussa Sow (Fenerbache) dan Mame Biram Diouf (Stoke City). Kehadiran penyerang Liverpool iaitu Sadio Mane tambah menggerunkan lagi keadaan. Senegal juga mempunyai pemain tengah yang matang seperti Idrissa Gana Gueye (Everton), Mohamed Diame (Newcastle United) dan ketua pasukan Cheikhou Koyate (West Ham United). Penyerang muda seperti Moussa Konate (Sion) dan Keita Balde (Lazio) pasti berusahah untuk mencuri tumpuan.

Keita Balde (Lazio)


Tunisia

Tunisia bergantung kepada pemain berprofil tinggi mereka seperti pertahanan Valencia, Aymen Abdennour dan pemain tengah Sunderland, Wahbi Khazri. Penjaga gol berpengalaman Aymen Mathlouthi diamanahkan sebagai ketua pasukan untuk edisi kali ini. Pemain muda Naim Sliti (Lille) yang beraksi di bahagian tengah cuba untuk mencuri tumpuan dalam edisi kali ini.

Naim Sliti (Red Star/Lille)


DR Congo

Walaupun mempunyai penyerang bintang Cedric Bakambu (Villareal) dan juga penyerang berpengalaman Diumerci Mbokani (Hull City), namun gandingan penyerang muda Ndombe Mubele (Al Ahli SC) dan Junior Kabananga (Astana) tampak lebih berbisa. Pertahanan Newcastle United, Chancel Mbemba kental di bahagian pertahanan sambil dibantu oleh pemain kacukan Perancis, Marcel Tisserand (FC Ingolstad 04)

Junior Kabananga (Astana)


Morocco (Maghribi)

Pertahanan Morocco diterajui ketua pasukan berpengalaman iaitu Mehdi Benatia, pertahanan Bayern Munich yang dipinjamkan ke Juventus dan dibantu oleh Manuel Da Costa atau dikenali sebagai Marouane Da Costa (Olympiacos). Bahagian tengah juga kaya dengan pengalaman seperti Karim El Ahmadi (Feyenoord) dan Mbark Boussoufa (Al-Jazira). Pemain muda seperti Youssef En Neysri (Malaga) dan Hamza Mendyl (Lille) dijangka bakal menyinar dalam kejohanan ini.

Hamza Mendyl (Lille)




Egypt (Mesir)

Ketua pasukan dan penjaga gol Egypt Essam El Hadary muncul sebagai pemain tertua kejohanan pada umur 44 tahun. Selain itu, Ahmed Fathy (Al-Ahly) dan Mohamed Abdel Shafy (Al-Ahli) ialah 2 orang lagi veteran di benteng pertahanan. Mohamed El Nenny (Arsenal) dan Mohamed Salah (Roma) muncul sebagai pemain muda berpengalaman dalam skuad Egypt. Namun, kemunculan penyerang muda Anderlecht yang dipinjamkan ke Mouscron iaitu Trezeguet atau Mahmoud Hassan pastinya akan mencuri tumpuan kali ini.


Trezeguet (Anderlecht/Mouscron)


Ghana

Asamoah Gyan (Al-Ahli) sekali lagi mengemudi serangan dan pasukan bolasepak Ghana. Dua beradik Andre Ayew (West Ham United) dan Jordan Ayew (Aston Villa) juga membantu di bahagian serangan. Pemain-pemain muda seperti Baba Rahman, pertahanan Chelsea yang dipinjamkan ke Schalke 04, Frank Acheampong (Anderlecht) dan Daniel Amartey (Leicester City) perlu mengambil kesempatan untuk menonjolkan diri mereka dalam kejohanan ini.

Baba Rahman (Chelsea/FC Schalke 04)


Dengan tersingkirnya beberapa pasukan dengan nama besar, maka tiadalah kelibat Patrick Aubemayang (Gabon), Wilfred Zaha (Ivory Coast), Islam Slimani dan Riyad Mahrez (kedua-duanya Algeria). Juara bertahan Ivory Coast tersingkir, makan peluang untuk menjadi juara kembali terbuka sama rata untuk kesemua pasukan.





Tuesday, January 24, 2017

Mudahnya Belajar Bahasa Arab... Soutun Najah.... Mumtaz!



Semasa musim Ceria i-Star yang lepas, anak gadis dalam rumah ni sangat mengidolakan sebuah kumpulan gegel bernama Soutun Najah.



Bila mama bagi can pegang smartphone, mereka bertiga akan buka Youtube dan tengok berulangkali kesemua klip persembahan Soutun Najah ni.

Berulangkali okay.

Akibatnya, terpaksa pandai Bahasa Arab. Sikit-sikit je tapi tak sangka boleh tiru Soutun Najah.

Pengaruh rakan sebaya sangat ni.. Hehehe.
(Dan sebenarnya membuktikan anak-anak mudah sangat nak belajar sesuatu, otak macam span!)


Bicara Berirama/Kalam Jama'ie Soutun Najah asal --> https://www.youtube.com/watch?v=FF02Pa7zimg

Bicara Berirama/Kalam Jama'ie #AH.Siblings --> https://www.youtube.com/watch?v=xbuwr6FFYYw



All the best Soutun Najah! Semoga terus cemerlang.
We love you!

Friday, January 20, 2017

Wahai Ibu Bapa Hargailah Masa Bersama Anak Anda - Paling Tidak Pun 12 Tahun Pertama Sahaja....



"Mama, tak lama lagi Adam akan tinggal jauh dari mama. Dah jarang jumpa keluarga".

Gulp. Mama telan air liur.

"Aah. Tahun depan Adam dah masuk sekolah menengah. Kalau masuk asrama jarang-jaranglah kita jumpa".

Kontrol macho sambil terus drive kereta.

Padahal dalam hati mama dah rasa sebak. 

Kemon mama!

Beginikah katil asrama anak kita?


Rasanya dari kecil memang betul-betul dah ambil kesempatan masa dan peluang yang ada untuk menyayangi anak ini sepenuh hati.

Sebab 12 tahun pertama adalah masa yang paling berharga.

Kau nak marah, marahlah bila anak buat silap. 
Kau nak belai, belailah dengan penuh kasih. 
Kau nak cubit, cubitlah biarpun berbekas.


Kau nak manjakan, manjakanlah dengan apa yang ada. 
Kau nak didik dan ajar macam-macam, ajarlah selagi ada kesempatan. 
Kau nak bawak anak berjalan, masa nilah kau boleh bawak anak sebelum beliau lebih memilih untuk tinggal di rumah. Eh?


12 tahun je weh anak betul-betul depan mata.
Lepas ni anak dah semakin membesar dan dia akan kenal lebih ramai orang di luar sana.


Start umur 13 tahun dah masuk sekolah menengah.
5-6 tahun lagi sambung lagi belajar.
Lepas tu bekerja dan membina keluarga sendiri.


Kanak-kanak melambai kepada kita sebagai ibu bapa


Hargailah masa yang ada.
Sebab masa takkan berulang.


Anak semakin membesar weh!
Wuuuu.

--------
Keklin Sendu Malam Ini.
--------




Thursday, January 19, 2017

Pengalaman Kerja Sambilan Dengan Uber



Uber, uber, uber.... meh nak cerita sikit pasal Uber. Ni semua gara-gara menggatal nak cuba jadi driver Uber kononnya. Akhirnya terjebak juga mendaftar jadi driver Uber. Maklumlah tak perlukan modal pun nak daftar Uber ni. Cuma daftarkan diri dengan nama penuh, no kad pengenalan dan dokumen-dokumen berkenaan kereta kita.

Tan Sri Dato' Sri Abdul Wahid Omar buat part time Uber sampai tular



Kereta kena pakai kereta yang bagus dan baik keadaannya, kereta yang dah banyak rosak tak boleh pakai... takde kereta yang sesuai? Jangan risau company akan sediakan kereta beserta dengan syarat-syaratnya. Handphone tak power dan selalu 'hang'? Jangan risau company pun akan sediakan handphone beserta dengan syarat-syaratnya. Nak daftar banyak kereta pun boleh...
Ini jer syaratnya....
Selain daripada tak perlukan modal untuk buat Uber ni, ramai orang suka sebab masa yang fleksibel... ikut suka kitalah masa bila nak buat. Pendek cerita kitalah bos.... malas bawak tak dapat apa-apa, kalau rajin dapatlah hasilnya. Banyak kali jugak dapat mesej atau email daripada Uber suruh kita keluar bawak Uber, ada promotion itu inilah, ada surge (pusuan) sana sinilah... tapi kalau kita tak nak buat pun takpe.... hehe... Macam tulah sistem kerja Uber...

Dulu memang terkenal dengan sikap gopoh gapah semasa memandu... bawak kereta memang tak pernah perlahan... laju tak ingat... ni mungkin sebab faktor kerja dulu. Takut sangat lambat sampai mahkamah, nak cari parking lagi, nak prepare kes lagi. Tapi sejak bawak Uber... tiba-tiba dah jadi pemandu yang berhemah... dan sopan santun. Silap besarlah kalau bawak Uber dengan cara berbahaya... memang jatuh rating driver sebab rider tak puas hati.




So far... Alhamdulillah lepas 100 trip buat Uber dapatlah jugak 72 five star rated daripada rider... Ok kan? Rating keseluruhan pun 4.71 daripada 5.00. Penting ke rating ni? Penting jugak.... katakan kita sebagai rider atau penumpang, bila nampak rating Uber driver kita tinggi... kuranglah kerisauan kita untuk naik kereta dengan dia. Tapi kalau rating driver rendah... contoh bawah 4 ke... abam pun risau nak naik.

Bukan selalu pun bawak Uber ni... nama pun part time dan kerja sambilan. 100 trip ni pun sekejap sekejap jer... untuk tempoh 6 bulan kalau tak silap, biasanya pagi sampai petang jer buat. Lepas ambik anak balik sekolah terus stop... spend masa dengan family pulak.

Klik Dan Daftar Sini Untuk Jadi Pemandu Uber



Pasal pendapatan Uber ni tak payah ler abam share kat sini sebab ramai lagi otai otai Uber yang buat full time dan income boleh mencecah minimum sebulan RM4,000! Jadilah kan.... Abam buat part time jer... suka suka... cuba cuba dan enjoy, isi masa terluang dan korek sikit pengalaman... Abam pun tak pernah try lagi insentif Uber yang masyuk macam ambil rider atau penumpang kat airport ataupun Genting Highland.

Korang jangan tak tau... Uber ni worldwide... maksudnya seantero dunia memang ada servis ni. Sebab tu foreigner kalau datang Malaysia suka naik Uber sebab diorang dah biasa kat negara diorang dengan servis Uber. Malah negara macam Indonesia, Thailand dan Vietnam pun dah start dengan Uber Motor... sesuai sangat dengan bandar diorang yang terlalu sesak tu.




Jadi, kalau nak tau kita ni sesuai ke tak jadi Driver Uber kena try dululah... paling kurang pun 50 trip lah... pastu baru decide nak teruskan ataupun tak... Ada sesetengah orang dilahirkan memang suka berjalan ke sana sini, memandu, tengok ragam manusia, berbual dengan macam-macam orang dan sambil-sambil tu buat duit.

Jadi best ke sebenarnya bawak Uber? Mesti best.... kalau tak percaya cuba kita jadi penumpang dulu, baru kita tau betapa coolnya jadi Uber Driver. Sebab tu lah Uber Driver ni kadang kala digelar sebagai "kerja sambilan dengan pendapatan yang mewah". Yang penting jangan kerja keras sangat... kena pandai atur strategi untuk dapat pendapatan yang maksimum. Nak tau camne? Haa... kena daftar dulu barulah tau macam mana pendapatan Uber Driver ni....

Klik Dan Daftar Sini Untuk Jadi Pemandu Uber


Ada sesetengah Uber Driver bagi air mineral free lah atau ada makanan dalam kereta dan macam-macam layanan lagi. Sebenarnya tak perlu pening kepala... yang penting penumpang rasa selesa dan selamat apabila berada dalam kereta kita... barulah kita akan dapat rate 5 star daripada diorang. Ok... selamat mencuba dan drive safely!



Menarik Untuk Dibaca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...