Tuesday, April 26, 2016

Program Kemahiran Amal Islami (KAMIL) Daerah Hulu Langat 2016 - Zon Kajang Muncul Juara Keseluruhan



Pada 23 April 2016 yang lalu dah berlangsung Program Kemahiran Amal Islami (KAMIL) Peringkat Daerah Hulu Langat 2016 yang telah diadakan di Sekolah Rendah Agama Integrasi Bandar Baru Bangi. Dalam daerah Hulu Langat ada 4 Zon yang masuk bertanding iaitu Zon Kajang, Zon Ampang, Zon Langat dan Zon Semenyih.




Baca : KAMIL Zon Langat 2016


Kesemua peserta terbaik daripada setiap Zon masuk bertanding dalam pelbagai acara yang dipertandingkan. Acara yang selalu menarik perhatian ramai ialah acara berkumpulan seperti Nasyid dan Kalam Jama'ie (Coral Speaking).

Kali ni Adam mewakili Zon Langat bertanding dalam pertandingan syarahan lelaki. Saingan juga semakin sengit kerana setiap Zon menghantar pasukan terbaik untuk mewakili daerah Hulu Langat kelak.




Suasana di kawasan sekolah juga dimeriahkan lagi dengan gerai-gerai yang menjual pelbagai barangan mainan dan juga makanan. Ahli keluarga para peserta yang datang memberikan sokongan juga turut membanjiri kawasan sekolah.




Setelah selesai semua acara dipertandingkan, para peserta berkumpul di dewan terbuka bersama dengan guru-guru pengiring untuk menantikan pengumuman keputusan pertandingan. Sementara menunggu para VIP tiba, para hadirin dihiburkan dengan persembahan nasyid dan juga kalam jama'ie daripada peserta tuan rumah.




Nampaknya bukan rezeki Adam kali ni untuk mewakili daerah Hulu Langat ke peringkat negeri yang dijadualkan pada 7 Mei 2016 di Shah Alam. Adam sudah berlatih dan membuat persembahan yang terbaik. Keputusan hakim juga adalah muktamad dan semestinya pihak hakim yang bijaksana akan menghantar peserta terbaik untuk mewakili daerah Hulu Langat ke peringkat negeri nanti.




Secara keseluruhannya... Zon Kajang diumumkan sebagai juara keseluruhan diikuti Zon Ampang, Zon Langat dan Zon Semenyih. Semoga setiap peserta yang telah terpilih akan membuat persembahan yang terbaik di peringkat negeri Selangor dan menaikkan nama daerah Hulu Langat!




No comments:

Post a Comment

Pandangan Anda Amat Dihargai :)

Menarik Untuk Dibaca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...