Thursday, June 29, 2017

Pemain Import Baru Liga Super 2017 - Hanya Kedah Kekal Dan Percaya Dengan Pemain Import Mereka



Liga Super Malaysia juga akan bersambung pada 1 Julai 2017. Setiap pasukan sedang membaiki kualiti pasukan bolasepak masing-masing agar menepati sasaran yang ditetapkan. Beberapa pemain baru telah diambil termasuk juga pemain import dan ada juga pemain yang disingkirkan.


Johor Darul Ta'zim

Gonzalo Cabrera dan Marcos Antonio kekal sebagai pemain import JDT. Pada awal musim Jeronimo Barrales telah diturunkan ke JDT II manakala Gabriel Guerra telah dinaikkan ke JDT. Khidmat penyerang Argentina warganegara Iraq, Brian Ferreira telahpun ditamatkan.

Mohammed Ghaddar - penyerang prolifik Lubnan

Sebagai ganti JDT telah membeli penyerang import prolifik Lubnan, Mohammad Ghaddar dari Kelantan. Mohammed Ghaddar mula bermain di Liga Malaysia sejak musim 2012-2013.


Pahang

Matheus Alves, Mohamadou Sumareh dah Heo Jae-Won terus berkhidmat dengan Pahang untuk musim 2017 ini. Pahang terpaksa melepaskan Bright Dike yang bergelut dengan prestasi sendiri.

Yamil Romero dan Carlos Tevez di Boca Juniors

Sebagai ganti Pahang mendapatkan khidmat Yamil Romero dari pasukan simpanan Boca Juniors. Tapi... apa kaitan pemain tengah menyerang dari Argentina ini dengan penjaga gol Manchester United, Sergio Romero?


Kedah

Kedah mengekalkan keempat-empat pemain import mereka.


Perak TBG

Mehmet Durakovic mengekalkan Thiago Junio dan Yashir Pinto bagi menghadapi baki saingan Liga Super Malaysia 2017. Pemain yang dipilih mendiang Karl Henz Weigang iaitu Faton Toski dan Valdislav Mirchev dilepaskan Perak TBG. Pemain import baru mereka ialah :-

Gilmar - bekas penyerang berbisa Kelantan

i) Gilmar Jose da Silva Filho - penyerang dari Brazil yang pernah bermain untuk Kelantan dan Sarawak
ii) Leandro Dos Santos Oliveira - pemain sayap dari Brazil yang pernah bermain untuk T-Team dan Selangor


Selangor

Hanya Francis Forkey Doe dan Ugo Ukah kekal dengan Selangor. Seperti yang dijangka khidmat Victoras Astafei tidak diperlukan apabila Andik Vermansyah pulih dari kecederaan manakala pemain tengah Juliano Mineiro juga mengalami nasib yang sama. Pemain import baru Selangor ialah :-

Rufino semasa bersama Atletico Madrid

i) Andik Vermansyah - pemain sayap Indonesia kembali bermain untuk Selangor setelah berehat lama akibat kecederaan panjang
ii) Rufino Segovia del Burgo - bekas penyerang Kitchee SC ini berpengalaman luas dalam Liga Sepanyol termasuk bermain untuk pasukan remaja Rayo Vallecano, Atletico Madrid dan Valladolid.


Felda United

Hanya Zah Rahan Krangar dikekalkan bersama Felda United oleh B Sathianathan. Penyerang Gaston Cellerino, pemain muda Lucas Cano dan pertahanan Mootaz Junaidi telah dilepaskan. Sebagai ganti Felda United telah mengambil pemain berikut :-

Dino Djulbic ketika bermain dengan pasukan kebangsaan Australia

i) Thiago Augusto - penyerang berbahaya dari Brazil ini kembali bersama Felda United setelah dipinjamkan ke Kedah pada musim lepas.
ii) Dino Djulbic - pertahanan veteran dari Australia keturunan Bosnia ini berpengalaman luas dalam Liga Australia, Liga Jerman, Liga China dan Liga UAE.
iii) Ifedayo Olusegun - penyerang sayap dari Nigeria yang pernah bermain di Liga Bahrain


T-Team

T-Team mengekalkan Abdoulaye Maiga, Dilshod Sharofetdinov dan Mamadou Samassa sebagai pemain import mereka. Penyerang Uzbekistan Farhod Tadjiyev disingkirkan dan sebagai ganti mereka mendapatkan bekas penyerang kebangsaan Cameroon, Yannick N'Djeng yang berpengalaman bermain dalam liga Afrika seperti di Algeria dan Tunisia.

Yannick N'djeng (kanan) mewakili Cameroon ketika menentang Congo

Kelantan

Morgaro Gomis dan Mamadou Danso kekal sebagai pemain import Kelantan. Penjaring terbanyak Mohammed Ghaddar telah berhijrah ke JDT manakala Alessandro Celin cuba untuk dijual. Pemain import baru Kelantan ialah :-

Bako dalam perlawanan pertamanya menentang Pulau Pinang


i) Abou Bakr Al-Mel - penyerang muda Lubnan yang dikenali sebagai "Bako" ini dicadangkan oleh Mohammed Ghaddar
ii) L'Imam Seydi - penyerang tegap Senegal kelahiran Perancis yang pernah bermain di Liga Slovakia, Liga Hungary, Liga Azerbaijan dan Liga Malta.

* L'Imam Seydi gagal didaftarkan sebagai pemain import Kelantan kerana sekatan pendaftaran pemain import akibat isu tunggakan gaji pemain masih berkuatkuasa.
* Kelantan mendaftarkan semula Alessandro Celin setelah gagal mendaftarkan L'Imam Seydi


PKNS

Setakat ini Gonzalo Soto, Lucas Espindola dan Matias Hadwa tidak akan bermain untuk PKNS manakala Patrick Wleh masih kekal. Pemain import baru PKNS ialah :-

Fabio Ferreira - bekas anak didik Jose Mourinho

i) Fabio Ferreira - pemain sayap dari Portugal ini bernah bermain dengan pasukan remaja Sporting Lisbon dan kemudian dibawa oleh Jose Mourinho untuk bersama pasukan remaja Chelsea. Fabio Ferreira berpengalaman luas bermain di Liga Australia.
ii) Park Kwang-il - pemain tengah dari Korea Selatan ini pernah bermain di Liga India dan berpengalaman luas bermain di Liga Jepun.
iii) Abdou Jammeh - bekas pemain pertahanan kebangsaan Gambia yang pernah bermain di Liga Tunisia, Liga Rusia, Liga Belgium, Liga Cyprus, Liga Kuwait, Liga Gambia, Liga Finland dan Liga Qatar.


Sarawak 

Demerson dan Mateo Roskam kekal sebagai pemain import Sarawak. Bintang Filipina Mark Hartmann telah berhijrah ke Pulau Pinang, manakala pemain Korea Lee Jong Ho telah ditamatkan kontrak. Pemain import baru Sarawak ialah :-

Sahil Suhaimi - bintang muda Singapura yang mencuba nasib di Burnley FC

i) Milos Raickovic - bekas pemain remaja Montenegro berusia 23 tahun yang bermain di posisi tengah. Sebelum ini bermain dengan kelab Buducnost dalam Liga Montenegro.
ii) Sahil Suhaimi - penyerang muda Singapura dari kelab Tampines Rovers. Pernah bersama dengan kelab Liga Perdana Inggeris, Burnley FC untuk tempoh percubaan tapi gagal untuk mendapatkan kontrak.


Melaka United

Hanya Jeon Woo-young kekal sebagai pemain import Melaka United. Pertahanan berpengalaman Godwin Antwi, penyerang Sergio Ezequiel Aguero dan Ilija Spasojevic telah ditunjukkan jalan keluar oleh Melaka United. Pemain import baru mereka ialah :-

Jasmin Mecinovic (6) ketika bersama pasukan remaja Macedonia

i) Jasmin Mecinovic - Pertahanan tinggi lampai, bekas pemain remaja Macedonia ini pernah bermain di Liga Macedonia, Liga Moldova, Liga Norway, Liga Hungary dan Liga Armenia.
ii) Felipe Almeida de Souza - pemain tengah menyerang dari kelab Brazil, Oeste FC
iii) Marko Simic - bekas penyerang Negeri Sembilan dari Croatia


Pulau Pinang

Zainal Abidin Hassan hanya mengekalkan Nigel Dabinyaba sebagai pemain import Pulau Pinang. Diogo Ferreira dan Andy Russell telah ditamatkan kontrak mereka manakala Reinaldo Lobo akan direhatkan. Pemain import baru Pulau Pinang ialah :-

Brandon McDonald (14) berentap dengan penyerang India Robin Singh

i) Mark Hartmann - penyerang Filipina ini berhijrah dari Sarawak
ii) Brandon McDonald - pertahanan Guam ini berasal dari Amerika Syarikat, berpengalaman luas di Liga Amerika Syarikat dan pernah bermain di Liga Sweden dan Liga Thailand.
iii) Sanna Nyassi - pemain tengah Gambia warganegara Amerika Syarikat yang berpengalaman luas di Liga Amerika Syarikat


Semoga dengan kehadiran pemain import baru ini akan merancakkan semula kancah bolasepak tempatan yang akan bersambung pada bulan Julai 2017 nanti. Kualiti dan profesional mereka diperlukan untuk diserapkan dalam pasukan Liga Super Malaysia.




Wednesday, June 28, 2017

Pemain Import Baru Liga Perdana 2017 - Sabah dan MISC-MIFA menampilkan 100% Pemain Import Baru



Tempoh berehat Liga Perdana Malaysia 2017 bakal berakhir dan akan memulakan sepak mula pada 30 Jun 2017. Negeri Sembilan, Kuala Lumpur, Terengganu dan PKNP sedang bersaing sesama sendiri dan cuba meningkatkan kualiti pasukan masing-masing untuk menerajui Liga Perdana 2017. Paling ketara ialah perubahan dan penukaran beberapa orang pemain termasuk pemain import.


Negeri Sembilan

Khidmat Nemanja Vidic, Lee Tuck dan Bruno Castanheira masih diperlukan oleh Negeri Sembilan. Namun begitu penyerang dari Croatia, Marko Simic dilepaskan ke Melaka United di Liga Super Malaysia 2017.

Jonathan Behe ketika mewakili Sabah diasak pertahanan ATM

Sebagai ganti, penyerang keturunan Ivory Coast kelahiran Perancis, Jonathan Behe dibawa masuk menggantikan Marko Simic. Jonathan Behe pernah bermain untuk Sabah.


Kuala Lumpur

Guilherme de Paula, Nicolas Dul dan Bobur Akbarov kekal bersama Kuala Lumpur manakala pemain tengah dari Mali, Modibo Konte dipinjamkan ke Perlis.

Paulo Josue bersama kelab lamanya di Brazil

Sebagai ganti, Kuala Lumpur mendapatkan pemain tengah dari Brazil, Paulo Josue. Pemain ini pernah bermain di Liga Brazil dan Liga UAE.


Terengganu

Lutfulla Turaev dan Frederic Falcone telah digugurkan oleh Irfan Bakti daripada skuad baru Terengganu. Issey Nakajima-Farran dan Lazaro masih dikekalkan. Sebagai ganti Terengganu mendapatkan khidmat pemain import baru berikut :-

Tche Tche ketika bersama kelab Tanzania

i) Gabriel Davis Dos Santos - pemain tengah menyerang ini berpengalaman luas bermain di Liga Brazil dan pernah bermain di Liga Thailand.
ii) Kepre Brice Hermann Tchetche - penyerang dari Ivory Coast ini dikenali sebagai Tche Tche pernah bermain di kelab Afrika dan muncul sebagai pemain paling bernilai dalam Liga Tanzania. Pemain ini hampir menyertai Kelantan pada tahun 2014 tetapi tidak jadi. Kelab terakhirnya adalah di Liga Oman.


PKNP

Selama ini PKNP cuma menggunakan khidmat 3 orang pemain import sahaja dan ketiga-tiga mereka masih dikekalkan. PKNP menambah seorang lagi pemain import iaitu Kim Hyun-woo penyerang dari Korea Selatan yang pernah bermain di Liga Kemboja dan Liga Myanmar.

Kim Hyun Woo (merah) bersama kelab Shan United di Liga Myanmar


UiTM

UiTM mengekalkan keempat-empat pemain import mereka


JDT II

Pada awal musim Jeronimo Barrales telah diturunkan ke JDT II manakala Gabriel Guerra telah dinaikkan ke JDT. Setakat ini, JDT II masih memberikan kepercayaan kepada pemain import mereka.


PDRM

Safuwan Baharudin, Dao Bakary dan Souleymane Konate kekal sebagai pemain import PDRM untuk baki saingan Liga Perdana Malaysia.

Yassir Hanapi (kiri) bersama pasukan Singapura

PDRM mendapatkan pemain import baru dari Singapura, Yasir Hanapi untuk menggantikan Frederic Pooda.


Kuantan

Pada awalnya Kuantan mengekalkan keempat-empat pemain import mereka namun di saat-saat akhir mereka terpaksa melepaskan Shim un-Seob, pemain tengah Korea Selatan kepada kelab Vietnam, Long An FC yang memberikan tawaran yang lebih baik,


Sabah

Dengan barisan pengurusan baru, Sabah melepaskan keempat-empat pemain import lama mereka. Pemain import baru Sabah ialah :-

Francis Kasonde semasa mewakili pasukan Zambia

i) Francis Kasonde - bekas pertahanan kebangsaan Zambia yang berpengalaman luas.
ii) Rodoljub Paunovic - penyerang berpengalaman yang bermain di Liga Serbia, Liga Thailand dan Liga Montenegro.
iii) Lee Kil-hoon - bekas pemain tengah remaja Korea Selatan dan pernah bermain untuk Pulau Pinang dan Sime Darby
iv) Heo Jae-nyeong - pemain tengah bertahan dari Korea Selatan


MISC-MIFA

Kesemua pemain import MISC-MIFA telahpun disingkirkan dan sebagai ganti mereka mengambil pemain-pemain import baru berikut :-

i) Luiz Eduardo Purchino - pemain ini dikenali sebagai "Dudu", bermain di posisi penyerang sayap dan berpengalaman bermain dalam Liga Thailand
ii) Mohamed Talaat - bekas penyerang remaja Mesir yang pernah bermain dalam Liga Mesir dan liga lain di Timur Tengah
iii) Kpah Sean Sherman - bekas penyerang kebangsaan Liberia yang pernah bermain dalam Liga Cyprus dan Liga Afrika Selatan
iv) Shin Jae-Pil - bekas pemain pertahanan berpengalaman dari Melaka United.


Mohamed Talaat berentap dengan pemain Itali semasa Piala Dunia bawah 20 tahun

Perlis

Brandon Adams yang dipinjamkan dari QPR masih kekal bersama Perlis. Sebaliknya, Perlis menyingkirkan Damion Stewart, Oh Kyu-bin dan Park Yong-joon bagi menghadapi baki saingan liga. Pemain import baru Perlis ialah :-

Maksimilian Fomin (6) bersama pasukan Uzbekistan

i) Modibo Konte - pemain tengah dari Mali yang telah dipinjamkan oleh Kuala Lumpur
ii) Ndumba Makeche - bekas penyerang Felda United dan Sarawak berkuturunan Zambia warganegara Australia
iii) Maksimilian Fomin - Pemain pertahanan muda Uzbekistan


ATM

ATM mengekalkan keempat-empat pemain import mereka.


Kualiti setiap pasukan dipertingkatkan bagi menghadapi baki saingan liga. Perlis dan ATM bergelut supaya tidak disingkirkan ke Liga FAM. Saingan untuk ke Liga Super 2018 juga tidak kurang hebatnya.


Thursday, June 22, 2017

Sustained Release Vitamin-C Plus - Vitamin C Semula Jadi



Vitamin - Alami semula nikmat kesihatan. Nutrien yang betul memainkan peranan penting untuk keseluruhan kesihatan dan kesejahteraan.

Vitamin C adalah vitamin penting yang larut air dan mempunyai pelbagai fungsi kepada tubuh, dengan fungsi utama sebagai antioksida yang baik. Ia juga memainkan peranan yang penting untuk menggalakkan kesihatan gigi, gusi, tulang dan secara umumnya, semua yang membentuk tubuh anda.*

Buah-buahan sitrus - sumber utama Bioflavanoids


Tahukah anda?

Tubuh anda mampu melakukan pelbagai perkara, tetapi ia tidak dapat menghasilkan atau menyimpan vitamin C. Oleh itu, anda perlu sentiasa mengambil vitamin C untuk tubuh anda melalui pemakanan harian dan suplemen.


MAL 13085068NC
#10104/180 tablet/180 hidangan

Saranan penggunaan : Untuk dewasa sahaja. Ambil 1 tablet sehari selepas makan.

Kandungan nutrisi dalam Sustained Release Vita-C Plus



Keistimewaan Shaklee

Sustained Release Vita-C Plus adalah produk semulajadi yang diperolehi daripada ekstrak jagung yang sesuai untuk mereka yang mempunyai perut sensitif.

Ia mempunyai sistem pelepasan berperingkat yang melepaskan 500mg vitamin C dalam masa lima jam untuk meningkatkan penggunaan vitamin C dan mengurang pembaziran. Ini bersamaan dengan pengambilan satu setengah biji oren setiap jam selama 5 jam.

Diperkayakan dengan 120mg bioflavanoid sitrus yang bertindak secara sinergi dengan vitamin C, untuk meningkatkan lagi keberkesanannya.


* Produk-produk ini tidak bertujuan untuk membuat diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.
Ini adalah iklan produk suplemen.

KKLIU 0611/2017

Klik sini >>> TANYA.WASAP.MY <<< untuk sebarang pertanyaan

Like dan Follow FB : Kedai Vitamin Cheras Kajang

Semoga bermanfaat kepada semua!

Wednesday, June 21, 2017

Vivix - Minuman Botani Yang Lazat



Penuaan Sihat - Rasa lebih muda, lebih sihat. Alami hidup yang lebih bermakna, bahagia dan bertenaga.

Minuman botani lazat yang mengandungi campuran botani khas Shaklee termasuk ekstrak Polyganum Cuspidatum, Anggur Muscadine, Eldeberi Eropah dan Lobak Ungu. *

Anggur Muscadine yang sukar didapati


Keistimewaan Shaklee

Campuran proprietari saintifik termaju kami adalah berasaskan anggur muscadine - salah satu buah-buahan semulajadi yang sukar diperolehi dan paling berkuasa. Anggur muscadine mengandungi rangkaian lengkap polifenol yang ditemui dalam anggur lain. Tidak seperti anggur lain, muscadine mengandungi pekatan luar biasa asid alegik dan elagitanin yang apabila digabungkan dengan polifenol lain, menghasilkan kuasa antioksidan yang sangat hebat.

Di Shaklee, kami memanfaatkan keberkesanan anggur muscadine ini ke dalam setiap botol Vivix menggunakan proses pengekstrakan berpaten untuk mendapatkan kepekatan yang tinggi dan mengekalkan bioaktif polifenol.

#10320/150ml/30 hidangan

Saranan penggunaan : Goncang sebelum guna. Minum 1 sudu teh secara terus atau campurkan dengan minuman kegemaran anda. Sedap dihidangkan sejuk. Simpan dalam peti sejuk.

Kandungan nutrisi dalam Vivix


* Produk-produk ini tidak bertujuan untuk membuat diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.

Klik sini >>> TANYA.WASAP.MY <<< untuk sebarang pertanyaan

Like dan Follow FB : Kedai Vitamin Cheras Kajang

Semoga bermanfaat kepada semua!

Tuesday, June 20, 2017

ESP Mixed Soy Protein Isolate Powder - Memberikan Tenaga Berterusan, Berasaskan Protein Tumbuhan Yang Berkualiti Tinggi



Kuasa Protein Untuk TENAGA Lebih Lama

Kebanyakan orang tidak dapat mengekalkan tenaga atau stamina mereka sepanjang menjalani kehidupan seharian. Tingkatkan tenaga harian anda dengan minuman protein kami yang mempertingkatkan TENAGA-stamina anda. Protein soya berasaskan tumbuhan untuk tenaga yang lebih lama.



Protein adalah seperti blok yang membina tubuh anda, seperti batu bata yang membina rumah anda. Ia memainkan peranan penting bagi setiap fungsi tubuh untuk pertumbuhan dan perkembangan. Shaklee ESP Mixed Soy Protein Isolate Powder adalah makanan lazat yang kaya dengan kalsium dan protein.*

Tahukah anda?

Dr. Forrest C. Shaklee mencipta formula protein soya isolat pertama pada tahun 1961.



Keistimewaan Shaklee

  • Shaklee menggunakan protein soya yang tidak diubahsuai secara genetik (bukan GMO) di bawah Program Pengekalan Identiti (IPP).
  • Setiap hidangan membekalkan 14 gram protein berasaskan tumbuhan. Protein soya membantu menurunkan paras kolesterol.*
  • Mempunyai skor PDCAAS (Protein Digestibility Corrected Amino Acid Score) 1.0 - penarafan yang tertinggi dan bersamaan dengan skor yang diberikan pada protein haiwan.
  • Membekalkan 9 asid amino.
  • Tinggi dengan kalsium yang membantu perkembangan tulang dan gigi yang kuat.
Nota : Jumlah protein soya yang disyorkan untuk memberikan kesan penurunan terhadap kolesterol darah adalah 25g sehari.

#11003/850 gram/30 hidangan

Saranan penggunaan : Campurkan 28g atau 3 sudu besar serbuk ESP dengan segelas susu, jus, air atau minuman kegemaran anda. Pilihan : tambahkan buah dan kisar.

Kandungan nutrisi dalam ESP Shaklee


Indeks Glisemik (GI) menunjukkan kesan makanan ke atas gula darah. Karbohidrat yang terurai dengan cepat menyebabkan paras gula anda naik mendadak dan kemudiannya menurun dengan pantas, menjadikan anda letih. mudah rasa terganggu dan lapar. Makanan Protein Soya Segera juga mempunyai tindak balas "turun-naik" manakala untuk Makanan protein soya segera dengan indeks glisemik rendah, paras gula darah kekal stabil, membantu mengekalkan tenaga, mengekalkan rasa kenyang yang lebih lama dan bermanfaat untuk mengurangkan berat dan mengekalkan kesihatan jangka panjang.*



* Produk-produk ini tidak bertujuan untuk membuat diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.

Klik sini >>> TANYA.WASAP.MY <<< untuk sebarang pertanyaan

Like dan Follow FB : Kedai Vitamin Cheras Kajang

Semoga bermanfaat kepada semua!

Monday, June 19, 2017

Vita-Lea Iron Formula - Nutrien Penting Untuk Kesihatan Optimum



Keperluan Harian - Menyokong kesihatan optimum. Nutrien penting untuk kesihatan dan kesejahteraan optimum.



Vita-Lea adalah formulasi dicipta khas untuk menyokong keperluan khusus lelaki dan wanita. Setiap hidangan memberikan 28 jenis vitamin penting dan mineral kritikal, termasuk Vitamin C dan Beta Karotena untuk perlindungan antioksidan.

Vitamin dan Mineral yang terkandung dalam Vita-Lea

Vita-Lea Iron Formula mengandungi 400mcg asid folik, Vitamin B yang diperlukan untuk tubuh yang sihat, melalui sistem pengangkutan mikrosalutan berpaten, direka untuk memastikan penyerapan asid folik.*

MAL07081506XC
#10131/120 tablet/60 hidangan

Saranan penggunaan : Untuk dewasa sahaja. Ambil 2 tablet sekali sehari selepas makan

Keistimewaan Shaklee

Pada tahun 1915, Dr. Forrest C, Shaklee mencipta salah satu multivitamin pertama di A.S. Dari asas inilah terhasilnya Vita-Lea.



* Produk-produk ini tidak bertujuan untuk membuat diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.
Ini adalah iklan produk suplemen.

KKLIU 0609/2017

Klik sini >>> TANYA.WASAP.MY <<< untuk sebarang pertanyaan

Like dan Follow FB : Kedai Vitamin Cheras Kajang

Semoga bermanfaat kepada semua!

Friday, June 16, 2017

Cara Didik Anak Dan Keluarga



Salam Jumaat semua.....

Cara halus dalam menyentuh hati dan jiwa anak-anak ada pelbagai. Berbanding kekerasan, kaedah yang Keklin nak kongsikan ini lebih mudah hendak dilakukan kerana ia berkaitan dengan emosi.
Satu cara yang paling efektif ialah melalui doa selepas solat bersama-sama.
Caranya,
Selepas solat, berdoalah dalam bahasa Melayu/bahasa yang digunakan di rumah. Gunakan bahasa mudah yang difahami oleh anak-anak.
Nyatakan dengan penuh perasaan apa yang kita mahu sampaikan kepada anak tetapi melalui pengharapan/permohonan yang ikhlas kepada Allah.
Lunakkan suara dan ulang 3 kali di ayat yang kita mahu tekankan. Sebut nama anak-anak. Dan spesifikkan doa.


Contohnya,
"Ya Allah.. Ya Rahman, Ya Rahim, Ya Hayyu, ya Qayyum, Ya Badi'us Samawaati wal 'Ard.
Duhai Tuhan kami yang Maha Baik.. Jadikanlah Adam Hakimi, Aisyah Humairah, Azzalea Hannah dan Amani Hasya anak-anak yang baik dan soleh ya Allah (ulang 3 kali)..
Jadikanlah mereka rajin mengemas bilik ya Allah.. Kalau azan cepat-cepat ambik wuduk dan solat ya Allah.. Sentiaaaasa sayang menyayangi antara sama lain ya Allah..." (sambung)
Kalau boleh, masukkan elemen emosi.. seperti suara yang sedih.. kalau dapat menangis lagi baguihhh..
Cara ini sangat menyentuh hati. Serius. Nanti anak kau pun menangis bersama-sama. Sentuh jiwa kan.
Ala, kau bayangkan je masa zaman-zaman sekolah dulu. Bila abang kakak fasi buat 'recall sejuk' selepas beria marah-marah dalam 'recall panas', kau menangis sungguh-sungguh kan masa berdoa dalam gelap? Terus terbayang wajah mak ayah dan taubat nasuha nak jadi anak solehah. Kannn?
Ha, begitulah juga dengan anak-anak. Daripada kau membuang tenaga dan merosakkan the so called bulatan aura positif kau itu dengan menjerit-jerit dan marah-marah anak, kaedah ini lebih relax dan tenang.
Kau bayangkan kalau kau kerap berdoa begini, anak kau dengar benda yang baik-baik.. dan dia tahu betapa sayangnya kau kepada mereka kerana memohon begini begitu yang indah-indah dari Allah.. pasti hati mereka lembut kan. Saiko habis! Haha.


Eh, cara ni macam sesuai juga untuk isteri yang gitu-gitu kan. Hehehe.
Kalau suami? Ni ramai dah selalu buat kan. Masa masak tu basahkan bibirmu dengan zikir, doa, surah dan niat untuk mengikat kasih sayang suami dan anak-anak. Semoga kasih sayang terus subur gitu. Cewah.
Semoga sharing ini bermanfaat buatmu di pagi Jumaat ini. Yeahh!
---------
Keklin is Momster 
--------

Sumber Asal : Keklin Sweetbonda



Thursday, June 15, 2017

Kelayakan Piala Asia 2019 - Malaysia (1) Lubnan (2)



Tewas 1-2 kepada Lubnan di tempat sendiri... apa-apa pun, tahniah Malaysia! Walaupun tewas, namun nampak semangat juang yang tinggi dan juga corak permainan berani menyerang pihak lawan adalah satu tanda positif. Move on..... itu saja yang boleh dikatakan.

Serba-serbi adalah baru bagi pasukan kebangsaan Malaysia, bermula dari pucuk pimpinan FAM yang baru dikendalikan oleh Tengku Mahkota Johor (TMJ), jurulatih kebangsaan baru, Nelo Vingada dari Portugal yang pernah menjadi pembantu Carlos Queiroz satu ketika dahulu dan juga pembantu jurulatih Tan Cheng Hoe, bekas jurulatih Kedah.

Viganda dan Queiroz ikon jurulatih bolasepak Portugal

Ini adalah perlawanan pertama Malaysia untuk kempen kelayakan Piala Asia 2019 setelah perlawanan dengan Korea Utara tempoh hari ditangguhkan akibat isu diplomatik. Presiden FAM juga berhasrat untuk mengadakan perlawanan antarabangsa di stadium pilihan seluruh negara bermula dengan Stadium Larkin menentang Lubnan.

Baca : Kenali lawan Malaysia dalam Kelayakan Piala Asia 2019


Pasukan Lubnan turun tanpa Mohammed Ghaddar yang minta untuk tidak diturunkan menentang Malaysia akibat masalah dalaman. Bekas penyerang remaja USA, Hassan Ali Saad (Soony Saad) mengetuai jentera serangan sambil dibantu ketua pasukan Hassan Maatouk. Bekas pemain import Felda United, Mootaz Junaidi mengetuai bahagian pertahanan. Di bahagian tengah pula, bekas pemain remaja Bulgaria, Samir Ayass kerap kali membuat gerakan dan percubaan berbahaya.

Soony Saad - penyerang utama Sporting KC di Liga Amerika Syarikat

Samir Ayass (kanan) menghalang kemaraan ketua pasukan Ludogorets di Liga Bulgaria

Seperti biasa pasukan dari Timur Tengah memang terkenal dengan kepantasan larian mereka terutama sekali ketika membuat serangan mengejut dan juga serangan balas. Namun, pasukan negara terlebih dahulu membuat kejutan dengan mendahului 1-0 pada separuh masa pertama. 

Bermula dengan gerakan Syazwan Zainon dari kiri membuat hantaran lintang yang gagal disambut Hazwan Bakri. Penjaga gol Lubnan pula gagal menangkap kemas bola dan Mahali Jasuli dengan tenang memanfaatkan peluang untuk menjaringkan gol.

Mahali Jasuli kembali ke skuad kebangsaan dengan jaringan gol

Separuh masa kedua, pasukan Lubnan membuat keputusan drastik setelah ketinggalan 0-1 dengan mengeluarkan pemain tengah Mohamad Haidar dan memasukkan pemain sayap menyerang, Rabih Ataya. Gagal menjaringkan gol, Lubnan mengeluarkan Hassan Ali Saad dan memasukkan penyerang muda, Hilal El-Helwe yang pernah bermain untuk pasukan simpanan Wolfsburg di Liga Jerman. Masih lagi gagal menjaringkan gol, Lubnan menukar formasi kepada serangan dengan mengeluarkan Mootaz Junaidi dan memasukkan penyerang import baru Kelantan, Abou Bakr Al Mel.

Hilal El-Helwe

Semuanya nampak bakal memihak kepada pasukan negara sehinggalah pada 10 minit terakhir. Bermula dengan satu sepakan percuma akibat kekasaran Amri Yahyah kepada pemain lawan. Amri gagal untuk "track back" Rabih Ataya yang membuat larian di tepi padang dan terus menyepak masuk bola ke dalam gawang dari tepi padang yang sama sekali mengelirukan Azhan.

Pada masa kecederaan pula sekali lagi Amri diperdaya oleh larian mengelirukan Rabih Ataya yang bijak memanfaatkan peluang untuk menjaringkan gol kemenangan Lubnan dan seterusnya mengutip 3 mata penuh yang sangat berharga. Rabih Ataya ialah pemain sayap kelab Zob Ahan (Iran) yang menduduki tangga ke-4 liga bolasepak Iran.

Segala-galanya belum berakhir buat pasukan negara kerana ada 5 perlawanan lagi yang akan berakhir pada bulan Mac 2018. Lagipun juara dan naib juara kumpulan ini akan layak ke Piala Asia 2019 pada bulan Januari di UAE.

Ayuh... Ayuh Malaysiaku!


Wednesday, June 14, 2017

Pengalaman Keklin Bercuti Di Jepun Pada Hujung Musim Bunga - Episod 3



Jepun adalah sebuah negara di Asia Timur yang terdiri daripada 8 kawasan utama iaitu dari utara Hokkaido, Tohoku, Kanto, Chubu, Kansai, Chugoku, Shikoku dan Kyushu/Okinawa di selatan.

Trip ke Jepun kali ini banyak di kawasan Chubu iaitu wilayah Aichi (Nagoya), wilayah Gifu (Toki, Gero, Takayama dan Shirakawa), wilayah Toyama dan wilayah Nagano (Alpine Route) dan wilayah Yamanashi (Yatsugatake, Ishihara Nojo, Fuji Motosu dan Oshino Ninja Village).

Baki 3 hari trip barulah berada di wilayah Tokyo yang terletak dalam kawasan Kanto.


18.5.2017 (Day 6)

OHAYOGOZAIMASU!

SELAMAT PAGI TOKYO!

Alhamdulillah... lama-lama tubuh badan ni dah dapat biasakan dengan solat subuh pukul 3.00 pagi di musim panas dan juga hujung musim bunga. Tabik spring pada umat Islam yang tinggal di Jepun dan juga di negara-negara lain yang ada pelbagai musim dengan sinaran matahari yang tidak menentu.

Suhu di Tokyo pada hari ini ialah 15 C - 24 C, agak panas berbanding dengan kawasan perkampungan dan pedalaman Jepun... fenomena rumah hijau dan hutan bandar katanya... Selesai sarapan, Keklin dan kawan-kawan bersiap-siap ke lobi hotel untuk ke destinasi seterusnya.

Plan asal ialah nak ke Asakusa Kannon Temple dan Nakamise Street iaitu sebuah tempat yang dianggap sebagai landmark kat Tokyo ni. Tapi memandangkan Mr Presiden Shaklee Jepun semasa dinner malam semalam dah invite kami semua untuk melawat Shaklee Jepun dan telah dipersetujui oleh semua ahli delegasi, maka kami semua bergerak ke Shaklee Jepun yang terletak tak sampai setengah jam perjalanan dari hotel.

Rumah/Apartment Percutian Untuk Disewa Di Jepun

Asakusa Kannon Temple
Nakamise Street

Memandangkan ramai delegasi dari Malaysia ni... tak muat Shaklee Jepun kalau semua orang masuk sekaligus. Bas pertama yang sampai Shaklee Jepun dapat masuk dulu. Sementara itu, Keklin dan yang lain ni berjalan-jalan di kawasan sekitar dan sempat jugak naik ke Tokyo Metropolitan Government Building No 1 yang juga dikenali sepagai "Tocho" tak jauh dari situ.

Tocho
Ini adalah bangunan tertinggi di Tokyo pada tahun 1990-an dan kini adalah bangunan ke-3 tertinggi di Tokyo. Bangunan ini setinggi 48 tingkat dan dari sini boleh nampak pemandangan kota Tokyo yang padat. Selesai meninjau dari awan biru Keklin dan kawan-kawan turun dan berjalan kaki menuju ke Shaklee Jepun.

Di awan biru... di belakang kami ialah kota Tokyo yang padat

Di Shaklee Jepun, para delegasi dijemput untuk membuat tour di dalam pejabat, melihat pelbagai produk Shaklee yang dijual di negara Jepun dan macam-macam lagi. Satu perkara yang ketara ialah produk Shaklee setiap negara adalah tak sama... contohnya protein soya di Jepun dibuat dengan pelbagai perisa, kolagen sisik ikan merah yang lebih murah di Jepun sebab dibuat di sini dan juga lambakan produk kosmetik di Shaklee Jepun.

Staff Shaklee Jepun menyambut ketibaan delegasi Malaysia

Produk kosmetik Shaklee Jepun sedang dikerumuni

Bergambar dengan Presiden Shaklee Jepun

Selesai tour di Shaklee Jepun, Keklin dan kawan-kawan naik bas semula menuju ke tempat makan tengahari di restoran King Crab terkenal iaitu Kani Doraku (Kani Douraku) terletak lebih kurang 5 minit perjalanan dengan bas dari Shaklee Jepun.

Yang ada ketam besar tu terletaknya Kani Doraku

Di dalam Kani Doraku

Harga makanan di Kani Doraku

Makan kat Kani Doraku ni adalah satu pengalaman baru yang tak boleh dilupakan... harga tak payah cakap lah... mujur ditaja... syukur Alhamdulillah. "Kani" dalam bahasa Jepun maksudnya ialah ketam. Maksud nama kedai Kani Doraku ni ialah "harmoni bersama ketam". Selesai makan tengahari dan solat jamak di sini, Keklin dan kawan-kawan naik bas semula menuju ke terminal untuk naik Sumida River Cruise yang terletak tak sampai setengah jam perjalanan dari Kani Doraku.

Rumah/Apartment Percutian Untuk Disewa Di Jepun

Sumida River Cruise

Sumida River Cruise juga dikenali sebagai Tokyo Cruise. Terdapat persamaan antara Sumida River Cruise ni dengan Han River Cruise di Seoul, Korea iaitu ada beberapa jambatan yang merentasi di sepanjang sungai. Cuma bezanya jambatan di Sungai Sumida ni diwarnakan dengan beberapa warna yang berbeza untuk setiap jambatan.


Keklin dengan anak saudara Keklin di Tokyo Cruise
Jambatan diwarnakan dengan merah

Selesai Sumida River Cruise, Keklin dan kawan-kawan diberikan waktu bebas, free and easy di kawasan Odaiba. Odaiba ni ialah pulau buatan manusia dimana terkenal sebagai tempat membeli-belah dan juga bersiar-siar. Keklin jalan kaki je dari deck terakhir cruise ke Odaiba sambil menikmati pemandangan di sekeliling, suasananya macam kat sebuah taman. Selain tu, ada juga beli beberapa barang keperluan kat sini.

Odaiba - kelihatan rainbow bridge yang akan colourful pada waktu malam

Selesai aktiviti bebas di Odaiba, Keklin dan kawan-kawan naik bas untuk makan malam di sebuah restoran bernama Bombay Cafe lebih kurang 15 minit perjalanan dari Odaiba. Masa kami makan kat sini, delegasi Shaklee yang non-Muslim pergi makan tempat lain di restoran non-halal. Fuhh... walaupun tak sama, tapi makan kat Bombay Cafe dah rasa macam makan kat kedai mamak di Malaysia. Terubat sikit kerinduan kat tanahair....

Keklin dan kawan-kawan di Bombay Cafe

Selepas makan malam kami semua dihantar ke hotel. Tapi... kami ada plan tersendiri malam ni iaitu pergi ke Hard Rock Cafe Tokyo. Ada sorang kawan Keklin ni pernah pergi Tokyo... tapi dia pun tak pasti sangat cara nak pergi ke Hard Rock Cafe Tokyo.... kami redah je follow dia naik subway. Lebih kurang 20 minit iaitu bersamaan 3 station sampai jugak akhirnya kat Hard Rock Cafe Tokyo....

Naik subway di Tokyo
Hard Rock Cafe Tokyo

Selesai membeli barang dan souvenirs di HRC Tokyo, Keklin dan kawan-kawan kembali ke hotel dengan menaiki subway. Pengalaman berjalan-jalan waktu malam kat negara asing memang seronok. Kat Jepun ni lain sangat... rasa selamat dan mudah untuk ke mana-mana destinasi. Sampai di hotel kami terus merehatkan diri.


OHAYOGOZAIMASU!

SELAMAT MALAM TOKYO!



19.5.2017 (Day 7)

OHAYOGOZAIMASU!

SELAMAT PAGI TOKYO!

Semakin hari semakin panas di Tokyo... maklumlah musim bunga bakal berakhir dan musim panas pula bakal menjelang. Bagi orang Jepun musim panas amat dinantikan, lebih best dan selesa, boleh pakai pakaian yang simple, tak perlu risau cuaca sejuk yang boleh sebabkan demam selesema dan boleh main air. Suhu hari ini lebih kurang 15 C - 26 C.

Oh ya... hotel tempat Keklin tinggal ni sangat dekat dengan Tokyo Imperial Palace iaitu kediaman rasmi kerabat diraja Jepun. Tokyo Imperial Palace ni terletak di kawasan Chiyoda yang kelihatan seperti taman di atas tasik.

Rumah/Apartment Percutian Untuk Disewa Di Jepun

Tokyo Imperial Palace

Aktiviti hari ini ialah berjalan dan berjoging di sebuah taman yang dikenali sebagai Hibiya Park seawal 6 pagi. Hibiya Park ni tak jauh dari Tokyo Imperial Hotel... jalan kaki je dah sampai. Kalau pusing satu taman Hibiya Park ni makan masa antara setengah hingga 1 jam.

Beriadah di Hibiya Park

Keklin dan kawan-kawan di Hibiya Park

Selesai mandi peluh di Hibiya Park, Keklin dan kawan-kawan pulang ke hotel untuk sarapan pagi. Selepas sarapan kami semua naik ke bilik masing-masing dan bersiap-siap untuk turun semula menuju ke destinasi berikutnya.

Destinasi berikutnya ialah tempat riang ria kesukaan anak-anak iaitu Tokyo Disneyland. Jarak dari hotel Keklin ke Disneyland tak lah jauh sangat... tak sampai setengah jam pun. Bertebaranlah kami semua di Tokyo Disneyland yang boleh dikatakan Disneyland paling bersih dan cantik.

Keklin di Tokyo Disneyland

Bergambar kenangan lagi... entah bila lagi akan ke sini

Bagi mereka yang bawa anak-anak kecil, paling gigih di sini sebab nak beratur panjang dan layan kerenah anak masing-masing untuk main itu dan ini. Kami yang lain ni just enjoy ourselves... tengok Disneyland Parade, tengok gelagat manusia dan macam-macam lagi.

Oh ye... sebelum datang Jepun lagi Keklin dah deal dengan Malaysian yang tinggal kat Jepun ni untuk prepare meal lunch untuk kami. Keklin pun open order pada kawan-kawan yang berminat untuk dapatkan Halal Bento yang disediakan oleh rakyat Malaysia di sini. Tiba masa yang dijanjikan meal box Bento kami pun tiba.

Nasi Ayam Bento Japanese style... yummy!

Satu lagi... makanan luar memang takleh bawak masuk dalam Disneyland. Jadi kami keluar sekejap untuk mengambil makanan tengahari kami dan menikmati lunch di taman-taman kat luar Disneyland. Jadi, kalau sesiapa yang ke Tokyo dan berminat untuk dapatkan Halal Bento yang sama... roger jer Tokyo Halal Bento ok? hehe.....

Keklin dan beberapa orang kawan balik awal dari Disneyland... naik bas pertama. Tak larat nak tunggu sampai malam dan tengok fireworks. Lagipun, dah pernah tengok fireworks masa kat Disneyland Anaheim, California dan Disneyland Orlando, Florida dulu.

Kami mintak driver bus turunkan kami kat Ginza Street dan bukannya hotel. Ginza Street ni ala ala Bukit Bintang lah kalau kat Malaysia. Jalan-jalan makan angin kat tempat orang... free and easy. Kat sini Keklin jumpa satu mart ala ala Mydin yang jual barang dengan harga mampu beli... hehe... Nama kedai ni Don Quijote.

Rumah/Apartment Percutian Untuk Disewa Di Jepun

Termos Malaysia - kilang di Shah Alam katanya
Timbunan coklat Jepun
Anello - Beg dari Jepun yang sedang trendy sekarang

Alhamdulillah..... kat kedai Don Quijote ni Keklin jumpa banyak barang yang diperlukan macam coklat, beg, souvenirs dan macam-macam lagi. Ok... berbaloi-baloi jalan-jalan sini. Dari kawasan Ginza Street ke hotel kami, Keklin jalan kaki je lebih kurang 15 minit dah sampai hotel. Setibanya di hotel.. gigih kami semua mengemas dan packing barang masing-masing untuk pulang ke tanahair besoknya.


OHAYOGOZAIMASU!

SELAMAT MALAM TOKYO!


20.5.2017 (Day 8)

OHAYOGOZAIMASU!

SELAMAT PAGI TOKYO!

Alhamdulillah.... hari terakhir di kota Tokyo dan bumi Jepun, negara matahari terbit ini. Awal-awal pagi dah bawak beg turun, check out dan bersarapan di hotel. Suhu hari ini semakin panas iaitu sekitar 16 C - 29 C. Sekejap lagi dah nak naik bas untuk pergi ke airport yang terletak lebih kurang 1 jam perjalanan dari hotel.

Flight Keklin dan kawan-kawan yang naik Thai Airways ni dijadualkan pukul 10.50 pagi (9.50 waktu Malaysia). Kena ada di airport 3 jam sebelum berlepas untuk urusan luggage, imigresen dan lain-lain. Syukur sangat dapat becuti di negara Jepun ni. Banyak Keklin belajar sepanjang ada kat sini

# Orang Jepun sangat bangga dengan bahasa mereka. Berbual dalam bahasa Jepun dengan foreigner walaupun macam itik dan ayam bercakap. Akhirnya mesej dan persefahaman tercapai... hehe.

# Cashier Jepun sangat laju dan tuntas. Setiap customer akan di'greet' dengan ayat yang sama. Ceria. Akan menyebut total harga dan menunjukkan harga di skrin. Tangan pun lincah masukkan barang dalam beg plastik.
Takdelah kau menjeruk perasaan berbaris lama gila sambil melihat si cashier mengira barang-barang kau dengan penuh keayuan dan kelembutan sambil berborak dengan kawan sebelah. Hehe...

# Sentiasa mematuhi undang-undang. Berbaris dengan sabar. Tiada marah-marah. Senang je. Just follow the rules.

# Sangat bersih. Seriously. Contoh dalam bas kau jangan nak sepah-sepah sangat. Ada plastik okay. Kau masukkan sampah dalam plastik tu, pastu turun nanti jangan lupa bawa sekali.
Kat sini tong sampah recycle ada banyak sangat.
Sawah padi dan sungainya juga sangat bersih. Kemas. Tersusun, Even air longkangnya pun bersih okay. Hampir menangis mengenangkannya.

Sawah padi yang bersih dan tenang

Air longkang yang bersih

# Budaya dan adab bercakap dengan perlahan dan menghormati orang lain

Kami dilambai oleh staff dan pekerja hotel semasa menuju ke airport

# Makanan Jepun oishi! Walaupun tekak Melayu tapi kalau ke luar negara pastilah tidak melepaskan untuk rasa apa-apa jua makanan yang dihidangkan. Patutlah kulit orang Jepun cantik dan badan slim, makanan mereka banyak yang rebus dan bakar. Simple tapi sedap.

# Tandas mereka OHSEM!
Teruja betul bila nak ke tandas. Kalau dulu nak cari toilet cangkung, Kat sini pula nak toilet duduk je. Tandas diorang ni lah yang paling best setakat pernah pergi ke beberapa buah negara luar.
Kat Jepun toiletnya memang canggih. Tempat duduk hangat, Ada bidet. Certain toilet ada option untuk pasang muzik (bunyi-bunyian air mengalir) semasa menyahut panggilan alam. Hehe...
Tisu tandas dah dicipta khas untuk dibuang ke dalam lubang tandas (mudah hancur). Dan sepanjang berada di Jepun tak pernah ada masalah kehabisan tisu.
Tempat duduk lantai. Sentiasa kering. Bahagia kan? hehe...

Tandas yang canggih

Kertas tisu khas

Cukuplah kat sini dulu yang dapat dicoretkan. Banyak lagi nilai-nilai positif dan baik yang kita patut contohi daripada orang Jepun ni. Penerbangan dari Narita airport ke Bangkok akan ambil masa lebih kurang 6 jam setengah.

Antara makanan Keklin dalam Thai Airways

Rumah/Apartment Percutian Untuk Disewa Di Jepun

TOKYO SAYONARA!

SELAMAT TINGGAL TOKYO!


Keklin dan kawan-kawan selamat mendarat di Suvarnabhumi Airport lebih kurang pukul 3.30 petang waktu Bangkok (4.30 petang waktu Malaysia). Tak banyak masa yang tinggal sebab pukul 4.40 nanti (5.40 petang waktu Malaysia) pesawat Keklin dari Bangkok akan berlepas ke Kuala Lumpur.

SELAMAT TINGGAL BANGKOK!



SELAMAT DATANG KUALA LUMPUR!


Alhamdulillah... selepas penerbangan lebih kurang 2 jam, Keklin dan kawan-kawan selamat tiba di KLIA lebih kurang pukul 7.30 malam.


Setiap kali Keklin join trip yang Shaklee sediakan memang tak mengecewakan, layanan 1st class, kemudahan 5 bintang, makanan halal yang disediakan untuk delegasi Muslim dan banyak lagi. Syukur... sebab terpilih sekali lagi... lagi dan lagi....

2013 - Kota Kinabalu, Sabah
2014 - Los Angeles dan San Francisco, California, USA
2015 - Milan, Florence, Rom Itali
2016 - Orlando, Florida, USA
2017 - Takayama, Shirakawa-Go, Alpine Route, Tokyo, Jepun

Mudah-mudahan akan terpilih sekali lagi untuk trip percuma ini pada tahun 2018 untuk menjelajah negara Mediterranean seperti Sepanyol, Perancis dan Itali menggunakan kapal persiaran dengan konsep Mediterranean Cruise... Insya Allah. Anda juga boleh join bersama-sama kami pada trip akan datang.





* Trip ini 100% percuma dan ditanggung oleh pihak syarikat. PM kami di Facebook Kedai Vitamin Cheras Kajang untuk join trip seperti ini secara percuma *

Teruskan juga membaca :


Bercuti di Jepun Pada Hujung Musim Bunga - Episod 1

Bercuti di Jepun Pada Hujung Musim Bunga - Episod 2




Semoga bermanfaat kepada semua!
==================
Lin Chalo & Mohd Alizal,
Health Consultant &
Business Mentor
014.338.6810 - Lin
012.401.6683 - Alizal
==================



Menarik Untuk Dibaca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...