Saturday, December 20, 2014

Intensive Business Coaching - Cara Terbaik Untuk Kembangkan Perniagaan!



Alhamdulillah... syukur, kepala otak ni dah macam full sangat dengan input-input yang diberikan dalam coaching, ditambahkan lagi dengan idea-idea baru yang entah datang secara tiba-tiba dari sumber yang tidak diketahui.


Coaching yang dimaksudkan ialah Intensive Business Coaching yang diadakan selama 2 hari pada 13 dan 14 Disember 2014 di Regency Hotel Kuala Lumpur. Coaching ini juga adalah salah satu program Richworks di bawah kendalian Dr Azizan Osman.



Regency Hotel Kuala Lumpur bukanlah sebuah hotel yang moden. Terletak di kawasan Kg Baru, KL dan berhampiran dengan Chow Kit, ini adalah antara kawasan yang paling sesak di Kuala Lumpur. Di hadapan hotel ini juga terdapat tapak pasar sementara Jalan Raja Bot yang sedang dinaiktaraf dan dijangka siap sepenuhnya pada tahun 2018.


Projek naiktaraf ini menelan belanja sebanyak lebih kurang RM200 juta dengan harapan apabila siap sepenuhnya akan kelihatan seperti Queen Victoria Market di Melbourne Australia. Selain daripada kedai-kedai makan dan kedai jamu di sana sini, kawasan ini juga dikenali sebagai "Mini Acheh".

Queen Victoria Market, Melbourne, Australia





Pendaftaran dibuka seawal 7 pagi, walaupun secara tentatifnya program akan bermula jam 9 pagi. Dalam tempoh 2 jam itu, para peserta seramai lebih kurang 600 orang akan berkenalan sesama sendiri dan membina networking dengan saling berkongsi kepakaran bisnes masing-masing.


Secara ringkasnya program 2 hari ni berkisar kepada perbezaan membuat bisnes secara Enterprise dan Sdn Bhd samada dari segi jangka hayat, skala perniagaan, percukaian, liabiliti dan banyak lagi. Nak tahu lebih detail kenalah join sendiri program ni ye......



Hari pertama tidak banyak interaksi dan tidak banyak soalan yang ditanya oleh para peserta kepada kedua-dua orang speaker. Mungkin kerana masing-masing cuba untuk fokus pada point-point yang cuba disampaikan oleh speaker.


Akan tetapi, para peserta kelihatan bertenaga dan penuh dengan idea-idea pada hari ke-2. Pelbagai soalan telah diajukan kepada speaker-speaker tanpa putus, sehinggakan tidak cukup masa. Soalan dan jawapan yang telah diberikan secara terbuka juga sangat membantu kepada hadirin lain yang turut mendengar.


Boleh dikatakan kawasan sekitar Regency Hotel Kuala Lumpur ni adalah syurga makanan. Macam-macam jenis makanan dihidangkan khususnya makanan selera Indonesia. Hari pertama kami makan di warong sebelah hotel jer. Sayur pecal dan kari itik!!! Hari kedua pula kami makan di Restoran Nasi Padang Garuda yang menyediakan masakan Minang.



Program di sebelah petang tamat lebih kurang jam 6 petang. Kebanyakan peserta pulang ke rumah masing-masing kerana kebanyakan daripada mereka dari Lembah Kelang. Hanya segelintir saja yang tidur di Regency Hotel Kuala Lumpur dan juga di kawasan hotel lain yang berhampiran.


Yang penting, jangan tangguhkan tindakan kita. Terus amalkan apa-apa ilmu yang kita terima secepat mungkin. Ini adalah resepi orang yang berjaya. Terpulang pada kita samada untuk ikut ataupun tidak.






Friday, December 19, 2014

Sistem Saraf Manusia - Otak, Saraf Tunjang Dan Saraf-Saraf



Sistem Saraf Manusia



Sistem Saraf Manusia ialah sistem kawalan utama tubuh manusia yang berfungsi seperti berikut :-

- Pusat kawalan semua aktiviti tubuh badan
- Bertindak balas dan menyesuaikan diri kepada perubahan-perubahan yang berlaku samada di dalam ataupun di luar tubuh badan seperti sakit, suhu dan mengandung.

Minyak Ikan Omega-3 penting untuk kesihatan otak dan meningkatkan hubungan antara saraf



Sistem Saraf Manusia terbahagi kepada Otak, Saraf Tunjang dan Saraf-saraf


1) Sistem Saraf Pusat ialah Otak dan Saraf Tunjang


- Otak ialah pusat arahan untuk tubuh badan kita
- Saraf Tunjang ialah tiub neuron di sepanjang tulang belakang sehingga ke batang otak. Segala maklumat daripada saraf-saraf yang mencawang keluar ke seluruh tubuh akan melalui Saraf Tunjang


2) Sistem Saraf Periferal

- Sistem Saraf Somatik - mengawal otot rangka dan juga organ deria luaran



- Sistem Saraf Autonomik - mengawal otot sukarela seperti otot lembut dan otot jantung


a) Simpatetik - mengawal aktiviti yang meningkatkan perbelanjaan tenaga

b) Parasimpatetik - mengawal aktiviti yang memulihara perbelanjaan tenaga




Neuron Sel Saraf


Neuron-neuron dalam tubuh badan manusia adalah lebih banyak daripada bintang-bintang di galaksi Bima Sakti. Isyarat elektrik dalam serat saraf bergerak sangat pantas iaitu lebih kurang 280km sejam atau lebih lagi. Pesakit saraf mempunyai kelajuan pergerakan isyarat elektrik yang semakin berkurangan.

Sodium dan Potasium penting untuk saraf berfungsi dengan normal

Tidak semua neuron mempunyai saiz yang sama. Axon (serat neuron) terpanjang di dunia adalah lebih kurang 15 kaki!



Sinaps


Neurons TIDAK bersentuhan sesama sendiri. Ruang di antara neuron dipanggil sinaps. Dalam 1 neuron terdapat lebih kurang 1,000 hingga 10,000 neuron! Maklumat dihantar dan disampaikan melalui sinaps oleh bahan kimia khusus dipanggil neurotransmitters


Neurotransmitters



Neurotransmitters bertanggungjawab sepenuhnya terhadap tingkah laku, sikap dan tenaga manusia. Neurotransmitters juga mengawal kemampuan kita untuk fokus dan usaha kita untuk bekerja.

Vitamin B membina Neurotransmitters yang sihat dan mencegah tekanan

Jenis-jenis Neurotransmitters adalah seperti berikut :-

Acetylcholine - ingatan, perhatian, pembelajaran
Dopamine - kreatif, motivasi dan mengawal pergerakan
Serotonin - keinginan seksual dan membina keyakinan
Noradrenaline - tenaga, fokus dan kewaspadaan



Kesan kekurangan Dopamine dan Serotonin adalah tertekan, kebimbangan dan gementar.

Lecithin kaya dengan Choline untuk merangsang sel otak menghasilkan lebih banyak Acetylcholine

Pelepasan Dopamine ke dalam tubuh adalah berbeza mengikut sumber seperti berikut :-



Gangguan Biasa Sistem Saraf

Semakin tua dan berumur, otak kita akan menyusut sebanyak 1 gram setahun. Fungsi Otak dan ingatan semakin lemah akibat daripada tahap neurotransmitter Acetylcholine yang rendah. Tekanan, kebimbangan dan keletihan berlaku akibat kekurangan neurotransmitter serotonin, dopamine dan adrenaline :-

Coenzyme Q10 menghalang kemusnahan Neuron

1) Penyakit Lemah Daya Ingatan (Alzheimer)

- disebabkan oleh pengecutan neuron secara perlahan dalam otak


- gejala dan tanda-tanda - hilang ingatan, gangguan emosi, masalah pengiraan, tidak mampu mengurus diri sendiri, kekeliruan dan perangai pelik.


Resveratrol dan Polyphenols membantu melawan plak-plak pada neuron pesakit Alzheimer serta mengekalkan pertumbuhan neuron yang sihat


2) Penyakit Parkinson

- disebabkan oleh kemusnahan sel saraf yang mengeluarkan dopamine sehingga menyebabkan kesukaran otak untuk mengawal dan mengaturkan pergerakan otot
- gejala - gegaran fizikal yang kerap, otot yang tegar, gaya berjalan yang bergetar dan kehilangan ekspresi wajah
 - 10 tanda amaran - menggeletar, tulisan kecil, hilang deria bau, masalah tidur, masalah pergerakan dan berjalan, sembelit, suara lemah dan perlahan, muka ketat, pening serta pengsan dan bongkok


Pesakit Parkinson mempunyai kandungan Coenzyme Q10 yang sedikit dalam tubuh


Semoga bermanfaat kepada semua!
==================
Lin Chalo & Mohd Alizal,
Health Consultant &
Business Mentor
014.338.6810 - Lin
012.401.6683 - Alizal
==================


Thursday, December 18, 2014

Asas-Asas Badan Manusia - Kenali Dan Sayangi Mereka



Struktur Badan Manusia adalah sesuatu yang kompleks tetapi lengkap dan sempurna. Ia bermula dengan Sel, Tisu, Organ, Sistem dan akhir sekali Badan Manusia.




Apakah Itu Sel?

Semua benda hidup mempunyai Sel sebagai unit asas kehidupan. Sel ialah unit paling kecil dalam tubuh badan manusia yang mampu 'meniru' dengan sendirinya dan juga dikenali sebagai "building blocks of life". Terdapat 200 Sel-Sel yang berbeza dalam badan manusia yang memainkan fungsi dan peranan masing-masing dalam tubuh manusia.








Apakah Itu Tisu?

Tisu ialah himpunan Sel-sel yang sama, asal yang sama dan bersama-sama menjalankan fungsi yang khusus. Tisu adalah struktur di peringkat antara Sel dan Organ yang lebih lengkap.



Apakah Itu Organ?

Organ ialah koleksi tisu-tisu yang bergabung dalam struktur unit tertentu dengan membuat fungsi-fungsi tertentu.



Sistem Badan Manusia

Organ-organ dalam tubuh badan manusia membentuk sistem-sistem yang unik dan kompleks antaranya adalah seperti berikut :-

- sistem peredaran darah
- sistem saraf
- sistem pernafasan
- sistem penghadaman
- sistem rangka
- sistem otot



Kesihatan Badan

Oleh itu, amatlah penting untuk kita semua mengambil berat dan seterusnya menjaga kesihatan tubuh badan kita sendiri dengan mengamalkan gaya hidup sihat. Amalan gaya hidup yang sihat boleh dimulakan dengan makan pelbagai jenis makanan yang sihat.




Selain daripada pemakanan, kita seharusnya memastikan bahawa kita melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti fizikal yang menyihatkan.




Semoga bermanfaat kepada semua!
==================
Lin Chalo & Mohd Alizal,
Health Consultant &
Business Mentor
014.338.6810 - Lin
012.401.6683 - Alizal
==================


Wednesday, December 17, 2014

Phytonutrients - Antioksida Penentang Radikal Bebas



Phytonutrients tidaklah sepenting Vitamin dan Garam Mineral (Micronutrients) yang sangat diperlukan dalam kehidupan. Phytonutrients diperlukan oleh tubuh sebagai pencegahan daripada serangan pelbagai jenis penyakit dan juga untuk membolehkan tubuh badan kita berfungsi dengan normal.


"Phyto" diambil daripada perkataan Greek yang bermaksud tumbuh-tumbuhan. Oleh itu, nutrisi atau bahan kimia (Phytochemicals) yang terdapat dalam tumbuh-tumbuhan membantu tumbuh-tumbuhan daripada serangan kuman, kulat, serangga dan sebagainya.


Fungsi phytonutrients boleh diklasifikasikan mengikut warna-warna makanan seperti berikut :-


Faedah-faedah phytonutrients juga boleh diklasifikasikan mengikut warna-warna makanan seperti berikut :-




Apa Itu Radikal Bebas?


Radikal bebas ialah bahan kimia yang merosakkan sel-sel dalam tubuh badan kita. Contoh-contoh radikal bebas ialah radiasi, gelombang telefon dan internet, asap, sinaran UV matahari dan banyak lagi. Apabila sel-sel dan DNA telah rosak sistem imunisasi akan menjadi lemah dan kita mudah diserang dengan pelbagai jenis penyakit.







Bagaimanakah Antioksida Membantu Kita Melawan Radikal Bebas ?


Bertindak sebagai ejen Antioksida, phytonutrients menentang radikal bebas yang mampu merosakkan sel-sel dalam tubuh kita. Selain daripada phytonutrients, vitamin-vitamin lain seperti Vitamin A, Vitamin C dan Vitamin E juga bertindak sebagai ejen Antioksida yang kuat.


Di zaman serba moden dan canggih yang kaya dengan pelbagai jenis teknologi, adalah hampir mustahil untuk kita selamat daripada serangan radikal bebas yang berada di sekeliling kita. Sekurang-kurangnya gelombang telefon dan internet adalah radikal bebas yang paling hampir dengan kita sekeluarga.





Kita tiada pilihan lain selain daripada mengamalkan pemakanan seimbang, mengambil berat nutrisi yang diambil setiap hari dengan tidak meninggalkan phytonutrien atau antioksida untuk menentang radikal bebas dalam tubuh badan kita.









Semoga bermanfaat kepada semua!
==================
Lin Chalo & Mohd Alizal,
Health Consultant &
Business Mentor
014.338.6810 - Lin
012.401.6683 - Alizal
==================





Saturday, December 13, 2014

Program Cuti Sekolah AMPAC - Part 2



Program Cuti Sekolah AMPAC diteruskan lagi untuk hari ke-4 dan hari terakhir.


Day 4 - 10.12.2014

Sebelum bertolak ke Bandar Baru Bangi, budak-budak ni request untuk ambil gambar diorang dengan slogan "Saya Pelajar Cemerlang". Masa ni lah nak cuba mencuba kamera instant yang kitorang dapat secara percuma. Nak tahu macam mana kitorang dapat percuma? Nanti tunggulah entri terbaru dalam linchalo.com.

Rumah/Apartment Percutian Untuk Disewa Di Bangi

Instant Camera

Inilah hasil tangkapan daripada kamera instant kitorang. Not bad kan???






Debaran untuk budak-budak ni berpidato dan membuat persembahan di khalayak ramai semakin memuncak. Setiap malam sebelum tidur, tanpa diarahkan memang diorang sibuk training sesama sendiri tanpa disuruh. Mungkin diorang minat dan enjoy dengan apa yang diorang dapat dalam program AMPAC ni.

Myra dan sahabatnya
Source : FB PCS AMPAC

Ibu bapa juga digalakkan untuk melihat dan menyaksikan persembahan anak masing-masing besok. Jadual persembahan juga telah diberikan dalam grup wassup Program AMPAC.


Jadual Persembahan

Persembahan Peserta 8-9 Tahun

Persembahan Peserta 6-7 Tahun


Day 5 - 11.12.2014

Hari terakhir program ni jatuh pada hari cuti umum untuk negeri Selangor iaitu Hari Keputeraan DYMM Sultan Selangor. Tidak seperti hari-hari lain, perjalanan ke Bandar Baru Bangi agak lancar kerana kurang kesesakan jalan raya.

Hari ni juga budak-budak dikehendaki memakai baju melayu dan baju kurung sebagai pakaian tema. Lepas hantar budak-budak ni ke AMPAC, aku patah balik ke Cheras untuk ambil isteri dan dua orang anak lagi untuk menyaksikan persembahan abang dan kakak diorang.

Tepat jam 11.30 pagi kami sampai di M-Hall AMPAC, tapi malangnya anak lelaki kami dah selesai membuat persembahan. Atas budibicara pihak AMPAC, anak lelaki kami diberikan peluang sekali lagi untuk berpidato di hadapan kami. Terima kasih atas budi bicara AMPAC.





Selesai persembahan anak-anak umur 8-9 tahun, kami menikmati juadah makan tengahari di restoran berhampiran dan solat Zohor di masjid hijau Bandar Baru Bangi.

Kami kembali ke AMPAC, tapi kali ni di Dewan Az-Zahrah untuk menyaksikan persembahan anak gadis kami berpidato di sebelah petang untuk kategori 6-7 tahun. Alhamdulillah... dan memang tidak disangka-sangka semakin hari semakin meningkat dan bagus persembahan anak gadis kami ini.

Bak kata peneraju acara, saudara Mohd Aiman Hakimi dari AMPAC, untuk kategori 6-7 tahun ni jika anak-anak mampu tampil ke hadapan pun sudah cukup bagus untuk anak-anak ini memecah tembok ketakutan mereka.





Selesai persembahan kategori 6-7 tahun, semua ibu bapa turun ke bawah dan menunggu detik 4.30 petang untuk membawa pulang anak masing-masing ke pangkuan keluarga. Off course, apabila mereka pulang banyak 'buah tangan' yang mereka bawa dari AMPAC seperti sijil penyertaan dan beberapa dokumen berkenaan.

Program-program di tempat lain pun dapat sijil, tapi di AMPAC sijil budak-budak ni dah siap frame! Kami sebagai ibu bapa pun dapat melihat progres anak kami sepanjang 5 hari berprogram dengan adanya laporan ala-ala report card.







Dan yang paling unik kami juga dapat laporan "Ampachecker" eksklusif daripada AMPAC secara percuma iaitu analisis karakter anak-anak melalui cap ibu jari. Laporan ini sangat berguna untuk ibu bapa merancang dari sekarang cita-cita dan pekerjaan yang sesuai untuk anak masing-masing.

Insya Allah... semoga anak-anak kami dan juga anak-anak anda yang membaca blog ini sentiasa di bawah pandangan rahmat Allah swt dan akan menjadi generasi yang mencintai ilmu serta golongan yang akan berbakti kepada agama, bangsa dan negara.

Rumah/Apartment Percutian Untuk Disewa Di Bangi


Program Cuti Sekolah AMPAC - Part 1




Friday, December 12, 2014

Program Cuti Sekolah AMPAC - Part 1



Alhamdulillah... syukur.... Dua orang anak kami, Muhammad Adam Hakimi, 9 tahun dan A'isyah Humairah, 7 tahun telah selesai menamatkan Program Cuti Sekolah selama 5 hari di Az-Zahrah Multi-Intelligence Academy (AMPAC), Bandar Baru Bangi.

Rumah/Apartment Percutian Untuk Disewa Di Bangi



Sepertimana entri isteri saya berkenaan Program-Program Cuti Sekolah untuk dipertimbangkan sebelum ini, kami telah menghantar anak-anak kami ke Program Cuti Sekolah anjuran AMPAC bermula 7 hingga 11 Disember 2014.


Day 1 - 7.12.2014

Setelah pergi beberapa Program Cuti Sekolah sebelum ini seperti Summer Camp Super Muslim III dan Kem Funzania, budak-budak ni memang dah excited sangat dan tak sabar-sabar nak pergi program anjuran AMPAC ni. 



Seramai lebih kurang 110 orang peserta untuk batch ke-2 di Bandar Baru Bangi ini telah didaftarkan melalui ibu bapa mereka. Apa yang menariknya ialah peserta-peserta kali ini datang dari seluruh Malaysia dan yang paling jauh ialah dari negeri Sarawak!




Selain daripada PCS AMPAC Shah Alam yang dijalankan serentak, terdapat juga beberapa Program Cuti Sekolah anjuran AMPAC yang telah dan akan diadakan di merata tempat. Untuk maklumat lebih tepat bolehlah rujuk pada Facebook PCS AMPAC ataupun website PCS AMPAC.

Source : FB Badrul Sani

Lebih kurang pukul 4.30 hingga 5.00 petang budak-budak ni semua akan dilepaskan pulang ke pangkuan ibu bapa masing-masing. Ibu bapa akan menunggu di tingkat bawah dan memberitahu nama anak mereka kepada urusetia yang bertugas sebelum anak-anak mereka dilepaskan.




Sampai di rumah, budak-budak sibuk berceloteh dan bercerita tentang misi dan tugasan yang telah diberikan kepada mereka. Mereka juga bersemangat menghafal pidato yang telah diberikan kepada mereka.


Day 2 - 8.12.2014

Rutin biasa untuk 4 hari lagi iaitu menghantar anak-anak ke Bandar Baru Bangi dari Cheras. Mereka dikehendaki berkumpul pada pukul 8.45 pagi kerana program akan bermula pada pukul 9.00 pagi. Antara slot yang dilakukan pada hari ke-2 ialah Slot Brilliant Students' Skills, Slot English Cuti Sekolah dan Slot Pidato atau Sesi Bijak Berbicara.






Day 3 - 9.12.2014

Hari Ke-3 budak-budak ni dikehendaki memakai pakaian warna tema AMPAC iaitu warna merah. Selain itu, terdapat juga aktiviti-aktiviti fizikal dan mereka juga dikehendaki untuk memakai kasut sukan.

Untuk slot pidato pula, anak-anak ini dikehendaki untuk training di kawasan luar untuk menambahkan lagi keyakinan diri masing-masing iaitu di hadapan Hospital Az-Zahrah, Bandar Baru Bangi.

Source : FB Badrul Sani








Selepas 3 hari berprogram serba sedikit ada nampak kesan positif pada budak-budak ni. Mereka membuat latihan pidato di rumah bukan kerana terpaksa, tetapi kerana diorang belajar dan enjoy... Mereka selalu update bookwork yang diberikan dan keyakinan diorang dalam membuat sesuatu perkara juga bertambah.

Rumah/Apartment Percutian Untuk Disewa Di Bangi


Program Cuti Sekolah AMPAC - Part 2


Menarik Untuk Dibaca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...