Showing posts with label Set D (Skincare Set). Show all posts
Showing posts with label Set D (Skincare Set). Show all posts

Friday, November 20, 2015

Kombinasi Vitamin C dan Vitamin E - Kulit Cantik Melambangkan Kesihatan Tubuh Badan Seseorang???



Umum mengetahui bahawa selain daripada Vitamin A.... Vitamin C dan Vitamin E juga merupakan antioksida yang kuat. Peranan Antioksida dalam menentang Radikal Bebas telahpun diterangkan sebelum ini.

Gabungan antara Vitamin C dan Vitamin E juga berkait rapat dengan kecantikan kulit. Bagaimana ia boleh berlaku??? Ini kerana radikal bebas adalah salah satu ejen yang mencepatkan proses penuaan. Ini bermaksud kita akan nampak lebih tua daripada usia kita. 

Oleh itu suatu antioksida yang sangat kuat diperlukan bagi menyingkirkan radikal bebas yang mencepatkan proses penuaan kita semua. Bukan muka kita nampak tua sahaja menjadi masalah... tetapi apabila semua organ dalam badan kita menjadi tua sebelum usia sebenar... itulah masalah utamanya.



Faedah-faeadah lain kombinasi Vitamin C dan Vitamin E

Selain daripada apa yang telah dinyatakan di atas, Vitamin C dan Vitamin E juga berperanan seperti berikut :-

1) mengelakkan kehilangan tulang - kajian menunjukkan bahawa kombinasi 2 antioksida kuat ini membantu pada ketumpatan tulang

2) melindungi arteri - kolesterol LDL (jahat) yang terkumpul boleh menyebabkan oksidasi pada arteri dan boleh menyebabkan arteri pecah. Arteri pecah boleh menyebabkan penyakit seperti strok. Vitamin C dan Vitamin E juga menghalang pengumpulan kolesterol dalam salur darah

3) menghalang penyakit AMD (Age-related Macular Degeneration) - sejenis penyakit yang berkait rapat dengan kebutaan. Kurang antioksida dalam tubuh boleh sebabkan penyakit ini.

4) mengurangkan risiko penyakit Alzheimer - sejenis penyakit nyanyuk atau hilang ingatan ini disebabkan oleh sel-sel otak dan memori telah rosak disebabkan oleh serangan radikal bebas. Kurang antioksida dalam tubuh boleh menyebabkan penyakit Alzheimer ini.

5) membantu menentang penyakit kanser - kajian menunjukkan pengambilan Vitamin C yang banyak boleh menentang kanser. Begitu juga dengan darah yang mengandungi kandungan Vitamin E yang tinggi boleh mencegah kanser



Jadi, kita sebenarnya bukanlah hanya mementingkan kecantikan dan ingin nampak muda semata-mata, sebaliknya kesihatan sejagat adalah lebih penting daripada itu. Radikal bebas akan menyebabkan sel-sel dalam badan menjadi keliru dan rosak serta tidak menjalankan fungsi tubuh yang sebenar.



Organ-organ tubuh kita yang terbina daripada sel-sel yang sudah rosak menjadi tidak bermaya serta menajdi lemah. Itulah yang menyebabkan kita nampak lebih tua daripada biasa. Organ paling ketara dan paling mudah dilihat ialah kulit kita sendiri.

Ini bermaksud jika kulit kita tidak sihat dan nampak tua, perkara yang sama juga berlaku kepada organ-organ kita yang lain seperti mata, telinga dan juga organ dalaman seperti jantung, hati, usus dan lain-lain lagi. Sebab itu orang yang kulitnya cantik secara semulajadi adalah lebih sihat daripada orang yang kulitnya tidak berapa cantik.


Jadi, sudahkah anda mengambil Vitamin C dan Vitamin E harian anda?

Jika sudah, adakah pengambilan Vitamin C dan Vitamin E menepati sukatan minimum yang perlu anda ambil?

Adakah Vitamin C dan Vitamin E yang anda ambil benar-benar semulajadi, selamat dan berkesan?





Semoga bermanfaat kepada semua!
==================
Lin Chalo & Mohd Alizal,
Health Consultant &
Business Mentor
014.338.6810 - Lin
012.401.6683 - Alizal
==================


# Artikel ini telah diubah dan diterbitkan semula dengan kebenaran daripada www.sweetbonda.my


Tuesday, July 1, 2014

Petua Penjagaan Kulit Bersih, Cantik dan Mulus


Disclaimer: The information on this site is for educational purposes only. It is not intended to be a substitute for professional medical advice. None of the opinions are meant to diagnose or treat any disease or illness. You should always consult your healthcare provider.


Ingat tak masa belajar Sains zaman sekolah dulu-dulu pasal KULIT. Mesti korang ingat kan... hehe...




Basically, kulit ni adalah organ terbesar pada badan manusia dan ada dua (2) bahagian utama iaitu lapisan epidermis (bahagian paling luar) dan lapisan dermis. Lapisan epidermis adalah lapisan yang tidak mempunyai saluran darah dan bergantung kepada bekalan darah daripada lapisan dermis.


Kulit ini haruslah dibersihkan setiap hari kerana para saintis telah menganggarkan bahawa terdapat lebih kurang 500 juta bakteria pada setiap inci persegi kulit kita. Mujurlah, kita semua telah mengambil wudhuk paling kurang 5 kali sehari dan kita semua telah mandi paling kurang 2 kali sehari.


Walaubagaimanapun, kekadang kita mungkin sudah 'terlewat' untuk menjaga kulit kita sehingga kulit kita telahpun dijangkiti dengan pelbagai jenis penyakit. Di sudut yang kurang serius pula, kita mungkin tidak menghadapi masalah kulit, tetapi kulit kita nampak tidak bermaya, kusam dan tidak 'glow'... kata orang.


Penting ke kulit yang sihat ni? Ye, mungkin pada sesetengah orang sangat penting kerana kerjaya mereka melibatkan penampilan di khalayak ramai, offline merketing dan sebagainya. Secara tidak langsung kulit yang cantik dan sihat akan meningkatkan keyakinan diri, sentiasa rasa selesa dan tiada kegatalan di sana sini.


Di Shaklee, kami telah menawarkan dan mencadangkan beberapa suplemen untuk penjagaan kulit yang bersih dan cantik dan terbukti keberkesanannya seperti di bawah :-



SweetBonda Stories: SET D: SET PENJAGAAN KULIT UNTUK ANDA!: * * * * *   These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration.  These products are not intended to diagnos...



Justeru, yang penting ialah mencegah lebih baik daripada merawat. Pastikan kita membuat keputusan yang terbaik untuk diri kita dan keluarga dalam apa jua perkara, apalagi perkara-perkara yang berkaitan dengan kesihatan dan penjagaan diri.

Jom sihat!


Sila klik ORDER untuk belian atau hubungi kami seperti di bawah :-


Semoga bermanfaat kepada semua!
==================
Lin Chalo & Mohd Alizal,
Health Consultant &
Business Mentor
014.338.6810 - Lin
012.401.6683 - Alizal
==================



Menarik Untuk Dibaca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...