Showing posts with label USA - Los Angeles. Show all posts
Showing posts with label USA - Los Angeles. Show all posts

Thursday, August 28, 2014

Summer in Long Beach/Los Angeles - Part 3



17.8.2014 - Day 4

Kembara kami di Los Angeles diteruskan lagi dengan melawat Hollywood Walk of Fame atau juga dikenali sebagai Hollywood Boulevard. Kesemua bintang-bintang Amerika telah dipahatkan nama mereka di atas kaki-kaki lima di sini. Tahniah dan syabas diucapkan kepada pihak berwajib di sini kerana telah mengecualikan nama "Muhammad Ali" daripada terpahat di atas laluan yang dipijak atas dasar sensitiviti.

Rumah/Apartment Percutian Untuk Disewa Di USA


* Nama-nama bintang USA yang terpahat di Hollywood Walk of Fame * 



* My name is Muhammad Ali * 



* Nampak tak perkataan "Hollywood" kat belakang tu? * 


Sebelum makan tengahari kami menyusuri pula kawasan kejiranan yang "glamour" iaitu di Beverly Hills. Undang-undang tempatan di sini menghendaki penduduk membina rumah dan menanam pokok atau tumbuh-tumbuhan dengan kadar sama rata iaitu 50-50.


* Papan tanda di laluan masuk utama * 



* Contoh rumah di Beverly Hills * 


Kemudian kami menyusuri pula kawasan membeli belah di Rodeo Drive. Anda kena rajin berjalan-jalan di sini untuk terserempak dengan mana-mana artis Hollywood. Nampaknya nasib tidak menyebelahi kami kali ini.


* Tanda jalan di persimpangan utama Rodeo Drive * 



* Welcome to Rodeo Drive * 


Makan tengah hari kami pula di Marrakesh iaitu sebuah restoran Maghribi (Morocco) di Ventura Boulevard Studio City, California. Di sini kami dihidangkan dengan kuskus. Nampaknya tidak semua orang boleh makan kuskus.


* Contoh hidangan kuskus * 


Di sebelah petang pula kami meneruskan perjalanan ke Farmers Market iaitu salah sebuah tempat pelancongan yang tertua di Los Angeles. Menempatkan lebih kurang 100 buah gerai yang kekal dan tetap, tidak seperti pasar yang lain, Farmers Market dibuka setiap hari kepada pengunjung.




Lawatan ke Santa Monica Pier telah dibatalkan akibat kesuntukan masa tetapi kami diberikan masa yang lebih panjang di Farmers Market untuk membeli belah di situ dan juga di kawasan sekitarnya. Santa Monica juga menarik perhatian pelancong kerana merupakan penghujung jalan di sebelah barat USA untuk lebuh raya Route 66 yang terkenal. Route 66 bermula di bahagian Timur iaitu di Chicago.


Perjalanan yang panjang hari ini diakhiri dengan makan malam di Belacan Grill sebelum pulang semula ke hotel untuk berehat.




SELAMAT MALAM LONG BEACH, CALIFORNIA!



18.8.2014 - Day 5

Hari terakhir kami di Long Beach dan Los Angeles diakhiri dengan lawatan ke Universal Studios Hollywood (USH). Pada asalnya USH hanyalah tempat set penggambaran artis Hollywood. Namun kini USH telah dinaiktaraf sebagai taman tema untuk peringkat umur remaja ke atas. Jika Disneyland adalah daya tarikan di Selatan Los Angeles maka USH adalah daya tarikan di Utara Los Angeles.



* Bergambar kenangan di USH * 


* Pemandangan lokasi penggambaran dari taman tema USH * 


* Studio Tour - bersiap sedia untuk naik tram * 


* Pemandangan dari dalam tram * 


* Hannibal! * 


* Ini bukan bangunan sebenar, hanyalah set penggambaran semata-mata! * 



* Tiba-tiba konon ada air mencurah-curah menghala ke tram kami * 


* Desperate Housewives - sekali lagi ini bukanlah rumah sebenar, hanya set semata-mata! * 



* Berlakon tak ajak pun! * 

Kebanyakan daripada lokasi penggambaran untuk filem-filem dari USA ini telah dibuat di USH atas faktor cuaca, geografi dan sebagainya. Ini akan menjimatkan kos pembikinan filem dan menjamin keuntungan yang maksimum. Kawasan-kawasan di utara Amerika Syarikat seperti di New York, Boston mahupun Seattle adalah tidak sesuai untuk dijadikan lokasi penggambaran kerana akan bersalji, musim siang yang pendek khususnya pada musim luruh dan sejuk. Oleh itu, Hollywood yang terletak di Los Angeles California adalah kawasan yang sesuai untuk penggambaran filem.

Setelah selesai Studio Tour lebih kurang 1 jam, kami semua berpecah untuk bermain di taman-taman tema USH. Sejujurnya taman tema Disneyland lebih menarik dan mencabar daripada di USH. Walaubagaimanapun, di sini anda boleh mencuba bermain Transformers, Jurassic Park, Waterworld dan Shrek 4D.










Lebih kurang jam 5.00 petang, kami telah keluar dari taman tema USH untuk membeli belah di downtown USH pula. Masa yang diberikan telah dimanfaatkan secukupnya sebelum bas tiba pada jam 7.00 petang. Setibanya di hotel masa untuk mem'packing' bermula kerana besok kami semua akan ke San Francisco.

Rumah/Apartment Percutian Untuk Disewa Di USA


 SELAMAT MALAM LONG BEACH, CALIFORNIA!


Bersambung San Francisco Trip Part 1....


* Trip ini 100% percuma dan ditanggung oleh pihak syarikat. PM kami di 
Facebook Kedai Vitamin Cheras Kajang untuk join trip seperti ini secara percuma * 


Teruskan juga membaca :


Semoga bermanfaat kepada semua!
==================
Lin Chalo & Mohd Alizal,
Health Consultant &
Business Mentor
014.338.6810 - Lin
012.401.6683 - Alizal
==================

Tuesday, August 26, 2014

Summer in Long Beach/Los Angeles - Part 2



15.8.2014 - Day 2

Hari Kedua di sini agak santai kerana tidak melibatkan apa-apa aktiviti yang formal dalam pusat konvensyen. Rutin yang biasa di pagi hari ialah sarapan di hotel. Tempat sarapan kami juga diasingkan dengan tetamu hotel yang lain untuk jaminan makanan yang halal dan baik dihidangkan khas untuk delegasi Malaysia. Perkara yang unik di Long Beach ialah kelambakan buah pisang yang merupakan ikon makanan di sini.

Rumah/Apartment Percutian Untuk Disewa Di USA


Delegasi Malaysia berpecah di sini dimana kebanyakannya pergi ke Disneyland yang terletak di Anaheim, California dan sebilangan kecil sahaja pergi membeli belah di factory outlet, Los Angeles. Mengikut sejarah sebahagian besar kawasan di selatan California adalah merupakan antara kawasan ladang oren yang terbesar termasuklah Disneyland. Justeru tidak hairanlah sekiranya ada tempat yang dinamakan sebagai Orange County di California.

Satu lagi keunikan Disneyland di sini adalah kerana keasliannya berbanding dengan Disneyland lain yang berada di seluruh dunia. Berusia lebih kurang 60 tahun Disneyland adalah taman tema hiburan berkonsepkan kekeluargaan. Dibahagikan kepada beberapa bahagian seperti Main Street USA, Adventureland, New Orleans Square, Frontierland, Critter County, Fantasyland, Mickey's Toontown dan Tomorrowland.

Selain daripada Disneyland Parade dan pertunjukkan bunga api di Sleeping Beauty Castle, kembara Indiana Jones dan Space Tours adalah tempat yang harus anda cuba sepanjang berada di Disneyland.


* Disneyland Parade * 


* Disneyland Fireworks * 


* Indiana Jones Adventure * 


* Star Tours * 
Dalam kegembiraan berhibur di taman tema, tanggungjawab sebagai seorang Muslim tidak pernah diabaikan. Walaupun Disneyland tidak menyediakan tempat untuk solat, namun kami semua mencari tempat yang sesuai untuk solat. Pengunjung yang lain juga menghormati tindakan kami seolah-olah mereka memahami apa yang sedang kami lakukan.



* Tiada alasan untuk meninggalkan solat * 


* Grupfie adalah satu kemestian di Disneyland * 


Kami juga memilih untuk pulang pada jam 10.00 malam untuk menyaksikan persembahan bunga api. Bagi mereka yang terlibat dengan program "Master Coordinator Black Tie Event" pada waktu malam, mereka telah pulang pada jam 3.30 petang manakala bagi mereka yang tidak ingin melihat persembahan bunga api, mereka telah pulang pada jam 7.00 petang.

Setibanya di hotel pada waktu malam, kami mengambil peluang untuk beristirehat sebelum menghadapi aktiviti pada keesokan harinya.


SELAMAT MALAM LONG BEACH, CALIFORNIA!



16.8.2014 - Day 3

Rutin harian yang biasa di pagi hari ialah sarapan di hotel. Tiada aktiviti khusus yang dijadualkan pada pagi ini dan masing-masing meneruskan dengan agenda masing-masing seperti membeli belah di kawasan berhampiran dan sebagainya. Walaubagaimanapun, kami semua dikehendaki berkumpul pada jam 10.00 pagi di lobi hotel untuk menuju ke tempat makan tengah hari yang agak jauh di Tustin, California.

Lebih kurang jam 12.00 tengah hari kami tiba di Belacan Grill, sebuah restoran milik rakyat Malaysia yang menetap di sini. Sedikit sebanyak makanan di sini dapat mengubati kerinduan kepada kami yang sudah mula merindui makanan di Malaysia.



* Bersiap sedia untuk menjamu selera di Belacan Grill * 

* Bergambar kenangan di Belacan Grill * 

Setelah makan tengah hari, kami semua dihantar semula ke pusat konvensyen Long Beach untuk program seterusnya yang lebih kepada sharing moment antara setiap wakil Shaklee di seluruh dunia. Selepas mengambil makan malam yang awal di hotel, kami kembali ke pusat konvensyen untuk malam pengiktirafan yang bermula pada pukul 7.00 petang.

Sekali lagi delegasi yang besar dari Malaysia telah mengibarkan jalur gemilang di negara Uncle Sam ketika malam pengiktirafan diadakan.










Pengiktirafan dan penghargaan yang diberikan oleh Shaklee kepada business leaders seluruh dunia amatlah dihargai. Semangat yang berkobar-kobar ini tidak sabar untuk dikongsikan bersama-sama dengan rakan-rakan lain di Malaysia.

Rumah/Apartment Percutian Untuk Disewa Di USA



SELAMAT MALAM LONG BEACH, CALIFORNIA!


* Trip ini 100% percuma dan ditanggung oleh pihak syarikat. PM kami di 
Facebook Kedai Vitamin Cheras Kajang untuk join trip seperti ini secara percuma * 


Teruskan juga membaca :

Summer In Long Beach/Los Angeles - Part 1

Summer In Long Beach/Los Angeles - Part 3





Semoga bermanfaat kepada semua!
==================
Lin Chalo & Mohd Alizal,
Health Consultant &
Business Mentor
014.338.6810 - Lin
012.401.6683 - Alizal
==================

Monday, August 25, 2014

Summer in Long Beach/Los Angeles - Part 1



Alhamdulillah... untuk tahun 2014 ni kami telah diberikan peluang untuk pergi ke Amerika Syarikat ataupun United States of America (USA) selama lebih kurang 10 hari iaitu dari 13 Ogos hingga 22 Ogos 2014. Kenapa ke USA? Kerana di sini diadakan persidangan antarabangsa Shaklee dan juga percutian antarabangsa untuk pengedar Shaklee yang telah dipilih.

Seramai lebih kurang 300 orang delegasi dari Malaysia menghadiri persidangan antarabangsa yang diadakan di Long Beach, California. Persidangan dwi tahunan ini dihadiri oleh delegasi tuan rumah USA, Canada, Mexico, China, Taiwan, Jepun dan Indonesia.


13.8.2014 - Travelling Day

Boleh dikatakan hari ini adalah hari perjalanan dimana para peserta akan menghabiskan masa dalam penerbangan. Semasa di KLIA semua peserta delegasi dikehendaki untuk bertemu dengan staff Shaklee, Encik Ethan untuk mengambil duit makan masing-masing sebanyak USD50 (kira-kira RM165.00) seorang untuk sekali makan sepanjang 10 hari berada di sana. Duit makan ini adalah sebagai ganti kepada makanan yang tidak disediakan oleh Shaklee untuk hari-hari tertentu sepanjang berada di USA.



* Kumpulan 3 tiba lewat di Long Beach - jadi dapat extra USD50 seorang sebab missed 1 dinner * 


Lebih kurang 300 orang delegasi Malaysia ini telah dibahagikan kepada 3 kumpulan iaitu Kumpulan 1 berlepas pada pukul 7.35 pagi menggunakan Singapore Airlines. Penerbangan yang panjang ini akan transit di Singapura, isi minyak kapal terbang di Jepun dan meneruskan penerbangan ke Los Angeles. Kumpulan 2 pula akan menggunakan Cathay Pacific telah berlepas pada pukul 10.40 pagi, transit di Hong Kong dan meneruskan perjalanan ke Los Angeles.

Kami telah ditempatkan dalam Kumpulan 3 yang berlepas pukul 2.10 petang menggunakan penerbangan China Airlines. Penerbangan kami mengambil masa lebih kurang 4 jam setengah akan transit di Taipei, Taiwan. Kami tiba di Taiwan Taoyuan International Airport pada pukul 7.00 petang waktu Taiwan iaitu sama waktu dengan Malaysia dan telah dinasihatkan untuk berehat-rehat sebelum meneruskan perjalanan yang panjang dari Taipei ke Los Angeles.

Walaubagaimanapun tempoh masa selama 5 jam itu telah dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya oleh kumpulan kami dengan membeli belah dalam kawasan airport dan juga menjamu selera. Tahniah dan terima kasih juga kepada kerajaan Taiwan kerana telah menyediakan ruang solat untuk orang Islam di airport walaupun Islam bukanlah agama utama di negara Taiwan.




Rumah/Apartment Percutian Untuk Disewa Di Taiwan

Setelah itu kami meneruskan perjalanan lebih kurang 12 jam dari Taipei ke Los Angeles. Perjalanan bermula jam 11.50 malam melintasi garisan masa antarabangsa dan telah tiba di Los Angeles jam 8.15 malam 13 Ogos 2014 waktu Los Angeles (back to the past).

Setibanya di Tom Bradley International Airport, terdapat 7 buah bas telah siap sedia menanti kami di airport untuk mengharungi perjalanan selama setengah jam lagi menuju ke hotel kami di Long Beach iaitu di Hilton Long Beach Hotel dimana sebahagian kecil lagi telah ditempatkan di Hyatt Regency yang lebih hampir dengan pusat konvensyen Long Beach yang mengadakan persidangan antarabangsa Shaklee.

Di hotel, kami telah disambut dengan meriah oleh Encik Victor Lim, Presiden Shaklee Malaysia bersama-sama dengan staff Shaklee. Setelah membasahkan tekak dan juga mendengar penerangan ringkas berkenaan program keesokan harinya, kami telah diberikan kunci bilik untuk merehatkan diri masing-masing.


SELAMAT MALAM LONG BEACH, CALIFORNIA!


14.8.2014 - Day 1


Subuh di sini agak awal iaitu lebih kurang pukul 5.00 pagi disebabkan oleh musim panas yang panjang. Perbezaan masa antara Kuala Lumpur dan California pula ialah 15 jam. Setelah bersarapan di hotel, kami menaiki bas menuju ke pusat konvensyen Long Beach untuk program Shaklee Live 2014. Suasana dalam dewan di pagi hari ini agak suram bagi delegasi dari Malaysia kerana seorang demi seorang tertidur dalam dewan akibat 'jetlag' ataupun keliru masa.



* Suasana dalam dewan sebelum masing-masing tertidur * 

Untuk makan tengah hari, delegasi Malaysia yang beragama Islam iaitu kira-kira 4/7 daripada 300 orang telah dibawa ke restoran makanan halal yang berhampiran di 4th Street Long Beach. Kami diberikan pilihan samada untuk makan di restoran chicken wing ataupun makanan India Pakistan yang terletak berhadapan sesama sendiri. Kami memilih untuk makan di Fresh Kabobs yang amat lazat.




Di USA terdapat dua syarikat telekomunikasi yang utama iaitu T-Mobile dan At & T. Setelah selesai makan tengah hari, kami mencuri masa ke outlet T-Mobile yang berhampiran untuk membeli simkad. Kami memilih untuk membeli data T-Mobile sebanyak 500mb untuk tempoh sebulan dengan harga 40USD (tidak termasuk cukai).

Kemudian kami dihantar semula ke dewan dengan bas untuk konvensyen sesi petang dimana delegasi dari Malaysia terlibat secara langsung. Seorang demi seorang bukan sahaja delegasi Malaysia malahan dari negara lain naik ke pentas memperkenalkan diri dan negara masing-masing. Sambil mengibarkan jalur gemilang kami memperkenalkan diri dan memberitahu mereka "we are from Malaysia".



* Skrin besar di dalam pusat konvensyen * 


Pada waktu ini juga di Malaysia telah masuk 15 haribulan Ogos (awal pagi). Terima kasih kepada rakan-rakan dan sahabat handai yang tidak putus-putus memberikan ucapan hari lahir. Tidak kira dalam bidang apa jua yang anda ceburi, buatlah dengan bersungguh-sungguh dan dengan seikhlasnya untuk mendapatkan keberkatan dan keredhaan Ilahi.

Tanggungjawab sebagai seorang Muslim tidak pernah dilupakan dan diabaikan. Kami mempunyai tempat dan ruang dalam pusat konvensyen untuk menunaikan solat. Terima kasih sekali lagi kepada Shaklee Malaysia yang telah menyediakan ruang untuk delegasi Muslim menunaikan solat.



* Ruang solat yang disediakan di pusat konvensyen Long Beach * 


Walaupun masih lagi ada program dalam dewan, kami membuat keputusan pulang ke hotel untuk berehat dengan berjalan kaki. Walaupun tidak berapa jauh dan hanya beberapa blok saja jarak perjalanannya tetapi akibat beberapa faktor seperti keletihan dan panas mentari yang terik, perjalanan yang dekat telah menjadi sangat memeritkan.

Setelah berehat di hotel kami dikehendaki turun pada pukul 6.00 petang untuk menaiki bas menuju ke tempat makan malam. Seperti biasa 4 bas untuk delegasi Muslim akan pergi ke restoran makanan halal kali ini di Ma's Islamic Chinese Restaurant di Anaheim, California.





Selesai makan malam terdapat satu lagi program di pusat konvensyen Long Beach iaitu Shaklee Future Leaders yang bermula jam 8.30 malam iaitu program suai kenal untuk mereka yang berumur 40 tahun dan ke bawah. Kami membuat keputusan untuk tidak menyertai program tersebut kerana keletihan dan jet lag yang masih belum hilang.

Rumah/Apartment Percutian Untuk Disewa Di USA


SELAMAT MALAM LONG BEACH, CALIFORNIA!


* Trip ini 100% percuma dan ditanggung oleh pihak syarikat. PM kami di 
Facebook Kedai Vitamin Cheras Kajang untuk join trip seperti ini secara percuma * 


Teruskan juga membaca :

Summer In Long Beach/Los Angeles - Part 2

Summer In Long Beach/Los Angeles - Part 3



Semoga bermanfaat kepada semua!
==================
Lin Chalo & Mohd Alizal,
Health Consultant &
Business Mentor
014.338.6810 - Lin
012.401.6683 - Alizal
==================

Menarik Untuk Dibaca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...