Sunday, September 28, 2014

Pengalaman Pertama Menghantar Anak Ke Kem Cuti Sekolah



Pada 19 hingga 21 November 2013, itulah Pengalaman Pertama Menghantar Anak Ke Kem Cuti Sekolah. Kem yang dimaksudkan ialah Summer Camp Super Muslim III anjuran CSQ Training Centre yang diadakan di Masjid Saidina Othman bin Affan, Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur.


Teringin juga nak cuba hantar anak pergi Kem Cuti Sekolah sebagai pendedahan awal untuk anak mendapatkan ilmu selain di rumah dan juga di sekolah. Semasa hantar anak memang tak risau pun sebab dia ni jenis yang berdikari dan boleh bawa diri ke mana-mana, Insya Allah.


Untuk packing baju seperti biasa pakaian untuk 3 hari 2 malam. Pihak urusetia program juga dari semasa ke semasa akan berkomunikasi dengan ibu bapa menggunakan emel untuk memaklumkan keperluan-keperluan ketika program berjalan. Selitkanlah sedikit roti-roti atau apa-apa makanan ringkas, mana tau tengah malam nanti kelaparan. Tidak ketinggalan juga vitamin kesihatan seperti Vitamin C.



Memandangkan tempat program dekat dengan pejabat masa tu, ada masa terluang jengah-jengah juga lah keadaan anak di situ. Ternyata tidak ada apa yang perlu dirisaukan pun dan semuanya under control. Bukan risau apa, kadang-kadang kesihatan anak-anak ni tidak menentu bila berjauhan dengan ibu bapa. Alhamdulillah....



Hari terakhir program adalah slot untuk ibu bapa. Dengan bantuan para urusetia dan fasilitator, anak-anak yang menyertai program ini mebuat persembahan nasyid yang membanggakan.



Kemudian pihak urusetia menayangkan pula video-video yang berunsurkan kebapaan... Sob... Sob....





Kemudian terfikirlah betapa cetek dan kurangnya ilmu keibubapaan kita dan banyak lagi ilmu dan perkara yang perlu dipelajari. Benarlah tiada had ilmu untuk belajar. Tuntutlah ilmu dari buaian hingga ke liang lahad!


Tidak banyak harapan yang diletakkan pada anak apabila pulang daripada program dari segi keberkesanannya, hanya memberikan pendedahan awal kepada program di luar "comfort zone". Insya Allah... ada rezeki dan jika diizinkan-Nya akan hantar anak-anak ke Kem Cuti Sekolah dan program-program yang lain pula.







No comments:

Post a Comment

Pandangan Anda Amat Dihargai :)

Menarik Untuk Dibaca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...