Showing posts with label Afghanistan. Show all posts
Showing posts with label Afghanistan. Show all posts

Wednesday, December 30, 2015

Kejohanan Bolasepak Piala Asia Selatan 2015 - Afghanistan mula mencabar kehebatan India



Sekarang ni tengah berlangsung kejohanan bolasepak Asia Selatan 2015 yang diadakan di India dari 23 Disember 2015 hinggalah 3 Januari 2016. Kejohanan bolasepak Asia Selatan 2015 juga dikenali dengan nama SAFF Suzuki Cup 2015. Kejohanan ini diadakan 2 tahun sekali dimana pada edisi lepas tahun 2013 Afghanistan muncul juara setelah menewaskan India dengan 2-0.

Afghanistan - Juara Bolasepak Asia Selatan 2013

Secara keseluruhannya India adalah jagoan Asia Selatan dan merupakan pasukan paling berjaya di rantau Asia Selatan dengan 6 kejuaraan yang telah dimenangi oleh India. Pasukan-pasukan lain hanya sekali jer menjadi juara seperti Sri Lanka, Bangladesh, Maldives dan Afghanistan.

Ramai yang menyangkakan Pakistan menarik diri dari kejohanan SAFF Suzuki Cup 2015 ni disebabkan ketegangan politik antara India dan Pakistan yang masih bertelagah berkenaan garisan sempadan kedua-dua negara itu. Namun pada hakikatnya terdapat masalah dalaman dan kemelut dalam Persatuan Bolasepak Pakistan itu sendiri menyebabkan bukan sahaja mereka tarik diri dalam SAFF saja tapi Pakistan juga tarik diri dalam kejohanan AFC.

Selain daripada pasukan-pasukan yang disebutkan di atas, Nepal dan Bhutan juga adalah ahli dalam bolasepak Asia Selatan ini. Tamat peringkat kumpulan dan 4 pasukan telah melayakkan diri ke peringkat separuh akhir yang dijadualkan berlangsung pada 31 Disember 2015.


India

Tidak menghadapi masalah untuk layak ke separuh akhir mengatasi Sri Lanka dan Nepal. India dijadualkan menentang Maldives di peringkat separuh akhir.

Penjaga-penjaga gol India nampak handal samada Gurpeet Singh Sandhu yang cemerlang bersama kelab Stabaek yang mendapat tangga ke-3 dalam liga utama Norway ataupun Subrata Paul yang pernah bermain dengan kelab FC Vestsjaelland dalam liga utama Denmark pada tahun 2014.

Gurpeet Singh Sandhu beraksi bersama pasukan Stabaek

Bekas pemain Sporting Lisbon B, Sunnil Chhetri menerajui pasukan India sebagai kapten dengan dibantu oleh beberapa orang pemain berpengalaman yang lain. Pemain muda India yang perlu diberi perhatian ialah pemain berusia 18 tahun, Lallianzuala Chhangte


Maldives

Layak ke separuh akhir di belakang juara bertahan Afghanistan. Maldives akan menentang India dalam perlawanan separuh akhir.

Penyerang sensasi Ali Ashfaq merupakan ketua pasukan dan bermain dalam liga Malaysia bersama PDRM. Seorang lagi pemain Maldives yang bermain di luar ialah Mohamed Arif yang bermain dalam liga Myanmar bersama Kanbawza.

Naaiz Hassan menjaringkan gol ketika menewaskan Bangladesh

Setakat ini tidak ramai pemain muda Maldives yang betul-betul berwibawa dan menonjol dalam kejohanan kali ini melainkan pemain muda mereka, Naaiz Hassan yang menjaringkan gol pada saat-saat akhir ketika menewaskan Bangladesh 3-1.


Afghanistan

Layak ke separuh akhir dengan cemerlang mengatasi Maldives, Bangladesh dan Bhutan. Afghanistan akan menanti cabaran Sri Lanka di separuh akhir.

Kebanyakan pemain Afghanistan lahir di Jerman dan juga negara Eropah lain. Pemain yang lahir di Afghanistan pula kebanyakan daripada mereka berpengkalan di liga-liga Eropah seperti di Jerman, Belanda dan negara-negara Scandinavia.

Omid Popalzay (kiri) meraikan gole bersama ketua pasukan Faysal Shayesteh (kanan)

Ketua pasukan Faysal Shayesteh pula bermain dalam liga Thailand bersama Songkhla United FC dan merupakan bekas pemain remaja FC Twente dan SC Henreeven dalam liga utama Belanda. Penyerang Afghanistan, Khaibar Amani muncul penjaring terbanyak setakat ini walaupun banyak bermula dari bangku simpanan. Sementara itu, pemain muda yang perlu diberi perhatian ialah Omid Popalzay yang berpengkalan di liga Belanda.


Sri Lanka

Layak ke separuh akhir di belakang India. Sri Lanka akan berhadapan dengan juara bertahan Afghanistan di peringkat separuh akhir.

Mohamed Rifnas (No 14) menjaringkan gol pada masa kecederaan untuk menewaskan Nepal

Tidak banyak yang diketahui mengenai pasukan Sri Lanka ini. Satu-satunya pemain Sri Lanka yang telah menjaringkan gol dalam kejohanan ini ialah pemain muda mereka yang berusia 20 tahun Mohamed Rifnas


Di kawasan Asia Selatan, sukan bolasepak tidaklah semeriah sukan kriket. Teringat masa zaman belajar dulu, student foreigner dari Asia Selatan sanggup kongsi-kongsi duit sesama mereka dan bayar kat owner cafe untuk beli channel sukan Astro yang mahal tu sebab nak tengok world cup kriket.

Sebab tu tak hairanlah kalau stadium bolasepak pun tak penuh walaupun SAFF Suzuki Cup ni adalah antara sukan bolasepak yang terbesar di rantau Asia Selatan. Mampukah Afghanistan mengekalkan kejuaraan atau India akan terus digelar jagoan Asia Selatan?



Wednesday, November 11, 2015

5 Pemain Asia Yang Kini Bermain Untuk Pasukan Eropah Bawah 21 Tahun



Selain daripada kejohanan kelayakan Piala Dunia dan juga perlawanan kelayakan untuk benua-benua lain seperti Eropah dan Asia, perlawanan kelayakan di peringkat remaja iaitu bawah 21 tahun juga tidak kurang hebatnya.

Apa yang menarik di sini, kesemua pemain remaja ini belum tentu akan bermain dengan skuad senior kebangsaan masing-masing apabila melepasi umur 21 tahun disebabkan oleh faktor keturunan, semangat patriotik dan juga masih tidak dipanggil oleh pasukan kebangsaan asal.

Baca : Boleh Ke Pemain Asing Sarung Jersi Malaysia?


Berikut adalah beberapa orang pemain Asia ataupun keturunan Asia yang sedang mewakili pasukan remaja kebangsaan Eropah bawah 21 tahun :-


Ghayas Zahid (Norway/Pakistan)


Umur : 21 tahun
Posisi : Tengah
Pasukan : Valerenga (Norway)

Zahid sedang mengejar Messi dalam perlawanan antara Valerenga dan Barcelona

Kini Zahid mewakili pasukan Norway bawah 21 tahun. Pemain keturunan Pakistan ini boleh bermain untuk skuad senior Pakistan


Patrick Aaltonen (Finland/Thailand)


Umur : 21 tahun
Posisi : Pertahanan Kanan
Pasukan : Ubon UMT United (Thailand)

Patrick Aaltonen ketika menyarung jersi HIFK Fotboll


Pemain kacukan Thailand-Finland ini mewakili pasukan Finland bawah 21 tahun. Sudah pasti pemain ini layak juga untuk bermain dengan pasukan kebangsaan Thailand



Moustagh Yaghoubi (Finland/Afghanistan)


Umur : 21 tahun
Posisi : Tengah
Pasukan : RoPS (Finland)

Moustagh menjadi jeneral di tengah padang

Lahir di Kabul Afghanistan dan membesar di Finland. Moustagh Yaghoubi juga kadang kala diamanahkan menjadi ketua pasukan Finalnd bawah 21 tahun. Moustagh masih boleh menyertai skuad senior Afghanistan



Dzhamaldin Khodzhaniyazov (Rusia/Turkmenistan)


Umur : 19 tahun
Posisi : Pertahanan
Pasukan : AGF (Denmark)

Dzhamaldin ketika beraksi menentang pasukan Sevilla dalam Piala UEFA


Pemain ini lahir di Turkmenistan tetapi bermain untuk pasukan Rusia bawah 21 tahun. Pemain ini juga pernah mewakili kelab besar Rusia iaitu Zenit St Petersburg dan beraksi dalam Piala UEFA. Dzhamaldin masih boleh untuk mewakili skuad senior Turkmenistan



Thom Haye (Belanda/Indonesia)


Umur : 20 tahun
Posisi : Tengah bertahan
Pasukan : AZ (Belanda)

Thom Haye berentap dengan pemain Jerman


Pemain ini mempunyai darah dari keturunan Indonesia yang membolehkannya untuk wakil Indonesia. Kini, pemain ini mewakili pasukan Belanda bawah 21 tahun


Buat masa ni belum ada tanda-tanda pemain kelahiran Malaysia, Dion Cools yang sedang mewakili pasukan Belgium bawah 19 tahun akan dipanggil ke skuad Belgium bawah 21 tahun.

Dion Cools (kanan) bersama bapa dan ibunya yang berasal dari Sarawak

Skuad Belgium bawah 21 tahun juga sedang beraksi cemerlang dengan menang 3 perlawanan dan masih belum tewas di hadapan Republik Czech.





Menarik Untuk Dibaca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...