Showing posts with label Puasa. Show all posts
Showing posts with label Puasa. Show all posts

Friday, July 10, 2015

Kadar Bayaran Zakat Fitrah 2015



Alhamdulillah.... pejam celik pejam celik, minggu depan kita semua akan menyambut Hari Raya Aidilfitri. Sedikit demi sedikit Ramadhan yang mulia sedang meninggalkan kita dan kita bakal dipertemukan dengan bulan Syawal iaitu bulan menyambut hari kemenangan. Semoga kita semua akan dipertemukan dengan bulan Ramadhan sekali lagi... Insya Allah.



Dalam persediaan kita membuat persiapan menjelang Hari Lebaran, kita telah diajar untuk tidak melupakan mereka yang tidak bernasib baik. Proses penyujian jiwa ini harus diterjemahkan dalam bentuk praktikal yang telah disyariatkan iaitu dengan cara membayar Zakat Fitrah.

Berikut merupakan senarai Kadar Bayaran Zakat Fitrah 2015 untuk semua negeri dalam Malaysia :


Justeru, sebagai ketua keluarga, janganlah kita mengabaikan tanggungjawab dan kewajiban kita ini. Sebaik-baiknya (afdhal) ialah sebelum solat sunat Hari Raya. Sunat hukumnya membayar Zakat Fitrah di sepanjang bulan Ramadhan dan wajib hukumnya apabila terbenam matahari akhir 30 Ramadhan sehingga terbit matahari esoknya.

Semoga bermanfaat!



Tuesday, July 1, 2014

Adakah Perut Buncit Merupakan Tanda-Tanda Sembelit?


Disclaimer: The information on this site is for educational purposes only. It is not intended to be a substitute for professional medical advice. None of the opinions are meant to diagnose or treat any disease or illness. You should always consult your healthcare provider.


Alhamdulillah, hari ke-3 puasa merangkap hari pertama bulan Julai. Walaupun, tujuan puasa ni lebih kepada unsur-unsur kerohanian dan spiritual namun ada juga yang mengambil kesempatan untuk membentuk semula fizikal dan jasmani masing-masing.

Persoalan yang timbul untuk kaum Adam khususnya ialah adakah perutku masih buncit selepas berpuasa? Kenapa ada orang boleh kempis perut tapi ada yang tidak? Adakah masalah sembelit menyebabkan perutku susah nak kempis? Ataupun adakah sampai bila-bila kita akan menyalahkan lemak semata-mata?

*Buncit - kelebihan atau kekurangan?*

*Even budak-budak pun sengsara ketika sembelit*


Pengambilan diet makanan yang betul dan seimbang amat penting untuk mencegah masalah buncit mahupun sembelit. Pengambilan makanan tambahan dalam bentuk supplemen amatlah disarankan. Mungkin dengan membaca entri di bawah ini akan terjawab sedikit sebanyak soalan yang bermain di benak fikiran anda. Selamat membaca dan selamat mencuba!



SweetBonda Stories: Elakkan SEMBELIT dan PERUT BUNCIT dengan Shaklee!: Alhamdulillah. Hari ini sudah hari ke 4 kita berpuasa dalam bulan Ramadhan yang penuh berkat ini. Semoga amalan berpuasa kita dapat dilaku...



Umum mengetahui bahawa mencegah lebih baik daripada merawat. Oleh itu, hendaklah kita semua berjaga-jaga dalam pemilihan makanan dan juga memilih gaya hidup yang sihat.

Jom sihat!


Sila Klik ORDER untuk belian atau hubungi kami seperti di bawah :)


Semoga bermanfaat kepada semua!
==================
Lin Chalo & Mohd Alizal,
Health Consultant &
Business Mentor
014.338.6810 - Lin
012.401.6683 - Alizal
==================




Sunday, June 29, 2014

Senarai Lokasi Bazaar Ramadhan 2014

Assalamualaikum wbt...

Seperti yang kita ketahui bahawa ada 2 kegembiraan bagi orang yang berpuasa iaitu ketika BERBUKA puasa dan juga ketika bertemu Allah swt.




Pesanan untuk diri saya sendiri bahawa janganlah kita terlebih over gembira ketika berbuka puasa khususnya ketika memilih juadah untuk berbuka puasa di bazaar Ramadhan. Bagi yang memasak dan menyediakan sendiri juadah berbuka puasa, tahniah saya ucapkan. Ambillah kesempatan jika mempunyai kelapangan masa untuk menyediakan sendiri juadah untuk keluarga tercinta dan tambahkan lagi pahala :)

Bagi yang tidak berkesempatan, jangan bersedih sebab di sini saya sertakan senarai bazaar Ramadhan di Negeri Selangor tahun 2014 untuk dikunjungi. Elakkan pembaziran adalah tips utama ketika membeli juadah. Kenalpasti kuantiti orang yang hendak makan, kenalpasti kuantiti makanan yang hendak dipilih. Kalau tak dapat nak beli sesuatu makanan, jangan risau, simpankan keinginan anda dan yakin anda boleh beli lagi sekiranya esok lusa masih ada.

Pastikan juga KURMA dan/atau buah-buahan berada di sisi anda. Bukan sekadar menambah pahala kerana mengamalkan amalan sunat bahkan boleh membantu sistem penghadaman kita setelah seharian berpuasa.

Tingkatkan juga amalan kerohanian dan spiritual untuk mengimbangi segala aktiviti kita di bulan Ramadhan Yang Mulia ini. Mudah-mudahan kita semua akan menjadi orang yang GEMBIRA bukan sahaja ketika berbuka puasa tetapi ketika bertemu dengan Allah swt kelak. Amin Ya Rabb!


Saturday, June 28, 2014

Selamat Datang Ramadhan!

Alhamdulillah.... pejam celik pejam celik kita semua dipertemukan sekali lagi dengan bulan Ramadhan pada tahun 1435 Hijrah. Marilah sama-sama kita semua mengambil kesempatan yang ada untuk menambahkan lagi amalan-amalan sedia ada.

Tingkatkanlah kekuatan rohani dan spiritual kita dengan berpuasa, mengelakkan diri daripada perbuatan sia-sia, membuat pelbagai amalan dan ibadah samada umum ataupun khusus dan sebagainya. Sentiasalah juga menghubungkan diri kita dengan Allah swt. pencipta sekalian alam dan isi-isinya.

Hubungan sesama manusia juga jangan dilupakan. Ambil jugalah kesempatan ini untuk saling memaafi, hapuskan segala sifat negatif dalam diri, dan digantikan dengan pelbagai amalan baik untuk meningkatkan lagi sifat positif dalam diri kita.

Malam ini sudah pastu masjid dan surau akan penuh dengan jamaah, mudah-mudahan berterusan sehingga ke akhir Ramadhan.

Oo ye... niat puasa jangan lupa ya... selamat beramal!





p/s : Pesanan untuk diri sendiri yang serba kekurangan ini.

Menarik Untuk Dibaca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...