Monday, May 22, 2017

Tahniah Kedah... Juara Piala FA 2017!



Tahniah Kedah selaku juara baru Piala FA 2017 dan seterusnya layan ke kempen Piala AFC 2018 tahĂșn hadapan. Kali terakhir Kedah beraksi dalam Piala AFC ialah pada tahun 2008 setelah Kedah muncul sebagai juara berganda pada tahun 2007.

Baca : Sejarah Pasukan Dari Malaysia Dalam Piala AFC

Pada perlawanan akhir Kedah mengenepikan cabaran kuat dari Pahang dengan kemenangan tipis 3-2 setelah Kiko Insa dilayangkan kad kuning ke-2 seawal minit ke-33. Walaupun bermain dengan 10 orang pemain, Pahang nampak berbahaya terutama sekali dalam situasi bola mati dan set pieces.



Kedah nampak konsisten dan semakin kuat sejak dinaikkan ke Liga Super pada tahun 2016 di bawah bimbingan coach Tan Cheng Hoe. Tan Cheng Hoe telah meletakkan jawatan dan kini pasukan Kedah dibimbing oleh pembantunya Nizam Adzha Yusof.

Pelbagai spekulasi yang timbul akibat daripada perletakkan jawatan Tan Cheng Hoe yang pada mulanya dikaitkan dengan jawatan dalam FAM dan kemudiannya pula dikaitkan dengan JDT. Namun itu semua sama sekali tidak menggugat prestasi Kedah yang berada pada tahap prestasi terbaik mereka.



Kedah terus mengekalkan rentak kejuaraan mereka setelah menjadi juara Piala Malaysia pada tahun 2016 dan kini masih bersaing dengan Pahang dalam Liga Super 2017 untuk mencabar JDT di kedudukan teratas liga.



Menarik Untuk Dibaca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...