Thursday, November 27, 2014

Protein - Struktur Asas Kehidupan Anda



Apa itu Protein?

Protein ialah gabungan satu atau lebih rantaian panjang asid amino. Selain daripada Karbohidrat dan Lemak, Protein juga ialah sejenis Makronutrien. Protein sangat penting kerana ia membina sel-sel dalam tubuh dan juga membina serta mengekalkan struktur tubuh badan kita. Sumber Utama Protein ialah seperti daging, telur, kacang soya, kekacang, susu, legumes, kacang dan biji-bijian.





Apakah Fungsi Utama Protein?

Tidak dinafikan, sememangnya tubuh badan kita terbina dengan protein. Protein memainkan peranan penting seperti berikut :-

1) Rambut dan kuku - protein yang dikenali sebagai alpha- keratin membentuk rambut dan kuku

2) Darah - Protein hemoglobin dalam darah mengangkut oksigen dalam darah ke setiap bahagian dalam tubuh badan

3) Otak dan saraf - saluran ion protein mengawal isyarat otak dengan membenarkan molekul kecil keluar dan masuk ke dalam sel saraf

4) Enzim - enzim di air liur, perut dan usus kecil adalah protein yang membantu kita untuk menghadam makanan

5) Pembinaan peringkat sel - kelompok protein yang besar membentuk mesin molekular yang besar yang membuatkan sel-sel anda membuat kerja-kerja berat seperti penyalinan genetik ketika pembahagian sel dan juga membentuk protein baru

6) Antibodi - antibodi ialah sejenis protein yang membantu mempertahankan tubuh kita daripada pencerobohan bakteria dan virus

7) Penyampaian peringkat sel - reseptor protein stud di luar sel akan menyampaikan isyarat kepada rakan protein di dalam sel

8) Otot - protein otot yang dikenali sebagai actin dan myosin membolehkan semua pergerakan otot daripada mengenyit mata sehinggalah bernafas



Asid Amino : Struktur Asas Protein

Protein terbina daripada rangkaian Asid Amino. Terdapat 2 jenis Asid Amino iaitu Asid Amino Penting dan Asid Amino Tak Penting.



Asid Amino Penting diperolehi daripada pemakanan ataupun makanan tambahan seperti Leucine, Isoleucine, Caline, Histidine, Lysine, Methionine, Phenylalaine, Threonine dan Tryptophan

Manakala Asid Amino tidak penting dihasilkan oleh tubuh badan seperti Alanine, Arginine, Asparagine, Asid Aspatic, Cysteine, Asid Glutamic, Glutamine, Glycerine, Proline, Serine dan Tyrosine




Sebab itulah mengambil sumber ikan, daging, ayam, telur dan kekacang adalah Cadangan Keenam pakar-pakat nutrisi dalam Garis Panduan Diet Malaysia Tahun 2010.



Semoga bermanfaat kepada semua!
==================
Lin Chalo & Mohd Alizal,
Health Consultant &
Business Mentor
014.338.6810 - Lin
012.401.6683 - Alizal
==================


Wednesday, November 26, 2014

Lemak - Gudang Tenaga Anda



Apa Itu Lemak?

Sepertimana Karbohidrat, Lemak juga ialah sejenis makronutrien yang harus diambil dalam kuantiti yang selamat. Lemak adalah gudang penyimpanan tenaga anda. Terlalu banyak Lemak dalam tubuh pula akan mengundang kepada pelbagai jenis penyakit yang kronik. 60% daripada otak kita juga terdiri daripada lemak.

Apa Fungsi Utama Lemak?

Sepertimana Karbohidrat, Lemak juga ialah sumber tenaga kepada tubuh badan kita. Selain itu, lemak juga berfungsi untuk membina dinding-dinding blok untuk membran sel dan hormon. Lemak juga diperlukan oleh kita untuk membantu menyerap vitamin-vitamin yang larut lemak iaitu Vitamin A, D, E dan K.

Source : gallery


Lemak Baik dan Lemak Jahat

Lemak Baik atau dikenali sebagai Lemak Tak Tepu terdapat 2 jenis seperti berikut :-

1) Lemak Tak Tepu Mono-unsaturated
2) Lemak Tak Tepu Poly-unsaturated

Lemak Jahat pula terbahagi kepada 2 jenis iaitu :-

1) Lemak Tepu (Saturated)
2) Lemak Trans


Lemak Tak Tepu Mono-Unsaturated

- Minyak berperasa daripada tumbuhan, bewarna gelap keemasan hingga ke warna hijau
- Biasanya berbenuk cecair pada suhu bilik
- Membantu mengurangkan kolesterol LDL (jahat) dan kolesterol secara keseluruhan
- Contoh : Avocado, minyak zaitun, almond, minyak canola dan minyak bijan
Lemak Tak Tepu Poly-Unsaturated

- Warna minyak adalah cerah dan telus
- Daripada tumbuhan dan ikan seperti omega 3 dan omega 6 yang tubuh kita tidak boleh hasilkan sendiri
- Membantu mengurangkan kolesterol LDL (jahat) dan kolesterol secara keseluruhan
- Contoh : Ikan salmon, minyak bunga matahari, minyak soya, walnut, flaxseed dan biji labu
Lemak Tepu

- Berbentuk pepejal pada suhu bilik
- Biasanya daripada sumber haiwan
- Meningkatkan kolesterol dan kolesterol LDL (jahat)
- Contoh : Mentega, daging, kelapa, daging proses seperti sosej, coklat, keju, krim putar
Asid Lemak Trans

- Lemak yang dihidrogenkan pada makanan proses
- Biasanya terdapat pada makanan yang dibakar keras, makanan proses dan sesetengah marjerin
- Boleh menambahkan kolesterol LDL (jahat) dan mengurangkan kolesterol HDL (baik)
- jejari kentang, cips, donut, biskut, marjerin dan kek

Donat



Semoga bermanfaat kepada semua!
==================
Lin Chalo & Mohd Alizal,
Health Consultant &
Business Mentor
014.338.6810 - Lin
012.401.6683 - Alizal
==================


Tuesday, November 25, 2014

Karbohidrat - Sumber Tenaga Utama Anda



Karbohidrat ialah sejenis makronutrien dalam makanan yang diambil oleh kita seharian. Selain daripada Karbohidrat, Lemak dan Protein juga adalah makronutrien spesifik yang diperlukan oleh tubuh badan kita. Selain itu, air juga adalah makronutrien yang membantu kepada metabolisma tubuh badan.

Makronutrien

Sumber utama Karbohidrat boleh didapati daripada Gula Kompleks dan Kanji. Gula pasir, madu dan buah menghasilkan gula kompleks manakala kentang, nasi, pasta dan bijirin menghasilkan kanji. Karbohidrat lebih dikenali sebagai makanan pemberi tenaga.


Kekurangan karbohidrat akan menyebabkan kita menjadi lemah dan tidak berdaya. Sebaliknya, jika diambil secara berlebihan, pankreas tidak dapat mengeluarkan insulin yang cukup untuk menukarkan semua gula menjadi tenaga. Gula yang tidak ditukar menjadi tenaga samada akan menjadi lemak ataupun kekal sebagai gula dalam darah seterusnya menyebabkan penyakit yang kronik seperti kencing manis dan hati berlemak.


Justeru tidak hairanlah jika mengambil makanan dan minuman yang kurang gula adalah Cadangan Kesepuluh pakar-pakar nutrisi dalam 14 Cadangan Utama Garis Panduan Diet Malaysia Tahun 2010.


Bagaimana Karbohidrat Berfungsi Dalam Tubuh Badan Kita?

Terdapat 2 jenis asas karbohidrat iaitu Monosaccharides dan Disaccharides. Monosaccharides (juga dikenali sebagai gula ringkas) terdiri daripada glukosafruktosa dan galaktosa manakala Disaccharides (adalah kombinasi daripada gula-gula ringkas) terdiri daripada sukrosamaltosa dan laktosa.



Sumber karbohidrat yang masuk ke dalam badan akan dipecahkan menjadi gula ringkas seperti glukosa, sukrosa atau laktosa. Gula-gula ringkas ini kemudiannya akan ditukarkan oleh pankreas menjadi tenaga segera.



Apakah Kepentingan Tenaga?

Tenaga sangat penting kepada manusia seperti berikut :-

1) Membantu perkembangan, pertumbuhan dan pembaikan sel-sel dalam badan

2) Memastikan organ tubuh seperti hati, otak dan jantung bekerja seperti biasa

Koenzim Q10 adalah nutrien yang memberi tenaga kepada organ-organ dalam tubuh


Jenis Karbohidrat : Baik Dan Jahat

Karbohidrat baik ialah makanan yang kaya dengan serat, garam galian dan vitamin, mempunyai indeks glycemic yang rendah, rasa kenyang apabila dimakan dan rendah kalori. Contoh makanan yang menyediakan karbohidrat baik ialah roti berserat (bukan roti putih), bijirin penuh, beras coklat, buah-buahan dan sayur-sayuran.

Kenali jenis-jenis bijirin dengan lebih dekat lagi



Karbohidrat jahat pula ialah makanan yang rendah serat dan nutrisi, mempunyai indeks glycemic yang tinggi, banyak kalori dan menyebabkan kita rasa letih dan lapar setelah makan. Contoh makanan mempunyai karbohidrat jahat ialah roti putih, beras putih, biskut, air manis, donut, gula-gula dan sebagainya.


Apa Itu Indeks Glycemic?

Sekiranya sesuatu makanan mempunyai kandungan Indeks glycemic tinggi bermaksud makanan tersebut melepaskan tenaga dengan cepat, kita akan cepat rasa lapar, akan makan dengan lebih banyak sehingga meningkatkan kandungan gula dalam darah.


Sebaliknya jika makanan mempunyai kandungan Indeks glycemic yang rendah, makanan tersebut akan melepaskan tenaga dengan perlahan, kita akan rasa kenyang dengan lebih lama, berpotensi untuk makan dengan sikit serta mampu untuk mengawal gula dalam darah.




Oleh itu, pilihlah makanan khususnya sumber karbohidrat yang mempunyai Indeks glycemic yang rendah iaitu 54 dan ke bawah untuk kesihatan optimum anda dan keluarga. 


Semoga bermanfaat kepada semua!
==================
Lin Chalo & Mohd Alizal,
Health Consultant &
Business Mentor
014.338.6810 - Lin
012.401.6683 - Alizal
==================


Monday, November 24, 2014

Kenapa Orang Tidak Bersyukur Pun Boleh Jatuh Miskin?



Hati Kering adalah gelaran yang diberikan kepada orang yang tidak mempunyai hati dan perasaan ataupun dalam erti kata lain orang yang selamba ataupun "slumber". Orang yang Hati Kering ini biasanya tidak kisah apa yang berlaku di sekelilingnya.


Jadi, janganlah kita menjadi orang yang tidak bersyukur terhadap nikmat-nikmat yang kita kecapi selama ini. Mempunyai sifat Hati Kering seperti inilah yang sangat ditakuti kerana kita tidak menghargai nikmat kejayaan yang dikecapi.



Bukanlah sukar untuk menghargai nikmat kejayaan itu, cukup cuma dengan memanjatkan kesyukuran kepada Ilahi atas nikmat sementara yang dipinjamkan. Kesemua nikmat yang diberikan itu boleh ditarik pada bila-bila masa saja.


Janganlah merasakan hanya dengan usaha dan kerja keras kita semata-mata, kita mampu untuk mengecapi kejayaan yang kita inginkan. Tanpa rahmat dan izin Allah dan doa orang-orang di sekeliling, kita mungkin tidak berada di tempat kita berdiri sekarang.




Bersyukurlah.... dan terus bersyukur.... sepenuh hati kerana kita masih bernyawa, mempunyai keluarga yang bahagia dan rakan-rakan yang sentiasa positif bila bersama kita. Jika kita berjaya mencapai tahap kebebasan kewangan dan kebebasan masa, semua itu tidak bernilai jika kita tidak mampu untuk bersyukur.




Kadang-kadang baru saja diberikan nikmat yang sekelumit, kita sudah tidak bersyukur, mengeluh tidak tentu pasal dan pelbagai reaksi negatif yang lain. Belum lagi diberikan nikmat kejayaan yang besar, entah apa lagi reaksi yang tidak sepatutnya akan ditunjukkan.


Sebab itulah, tidak bersyukur adalah sebab mengapa anda tidak mencapai kebebasan masa dan kebebasan kewangan.


Kredit to Dr Azizan Osman


Semoga bermanfaat kepada semua!
==================
Lin Chalo & Mohd Alizal,
Health Consultant &
Business Mentor
014.338.6810 - Lin
012.401.6683 - Alizal
==================


Friday, November 21, 2014

Harga Sebuah Pengorbanan : Sebesar Iceberg Atau Seteguh Tembok Cina?



Semua orang nak berjaya, dan semestinya tidak ada orang yang mahu gagal. Ada yang bernasib baik lahir dalam keluarga yang hebat dan berjaya. Tetapi ada juga yang tidak bernasib baik yang dilahirkan dalam keluarga yang tidak berjaya.


Walau apa pun situasi keadaan kita, kejayaan tidak datang dengan percuma ataupun berdasarkan nasib semata-mata. Semua itu menuntutkan pengorbanan samada kita sedar ataupun tidak. Pengorbanan yang dibuat mungkin berusia beratus-ratus tahun lamanya.




Pengorbanan yang telah dibuat kadang kala hasilnya dapat dinikmati hingga beberapa generasi keturunan mereka. Itulah indahnya bila kita berjaya! Namun bagi mereka yang tidak bernasib baik, masih belum terlambat untuk kita memulakan perjalanan menuju kejayaan.




Mulakanlah niat untuk berjaya sekarang! Jangan tangguh lagi dan mudah rasa selesa dengan apa yang telah kita kecapi sekarang. Tuntutlah ilmu walaupun sampai ke negeri China. Tambah nilai diri kita dengan pelbagai ilmu yang bermanfaat. Jangan lalai dan buang masa dengan perkara-perkara remeh dan tidak berfaedah.



Bersiap sedia dan bertindak mengikut apa yang telah dirancangkan. Jangan sesekali rasa takut dan gentar untuk berkorban apa saja demi mencapai matlamat murni kita. Oleh itu, takut untuk berkorban adalah sebab mengapa anda tidak mencapai kebebasan kewangan dan kebebasan masa.


Kredit to Dr Azizan Osman


Semoga bermanfaat kepada semua!
==================
Lin Chalo & Mohd Alizal,
Health Consultant &
Business Mentor
014.338.6810 - Lin
012.401.6683 - Alizal
==================


Thursday, November 20, 2014

Alang-Alang Menyeluk Pekasam Biarlah Sampai Ke Pangkal Lengan!



Alang-alang menyeluk pekasam biarlah sampai ke pangkal lengan! Ya, ini adalah peribahasa positif yang wajar kita semua ikuti dan teladani. Jika kita buat sesuatu perkara, buatlah sampai habis dan jangan biarkannya terbiar separuh jalan.


Adalah jelas dan nyata bahawa antara sifat orang yang telah berjaya ialah memulakan sesuatu perkara dan meneruskannya sehingga habis dan berjaya. Momentum tindakan perlulah diteruskan kerana jika momentum tersebut terhenti di tengah jalan, seolah-olah kita harus bermula dari petak mula.



Adalah normal juga jika terdapat pelbagai cabaran dan rintangan sepanjang usaha kita untuk menuju kejayaan. Pelbagai ujian yang didatangkan juga cumalah bersifat sementara. Apa yang perlu dibuat ialah kuatkan semangat, cekalkan hati dan hadapai segala rintangan di hadapan dengan bijaksana.


Rintangan yang dihadapi oleh setiap orang daripada kita adalah tidak sama. Tidak dinafikan juga cabaran yang dihadapi kadang kala membuatkan kita jatuh terduduk malah ada juga yang sudah jatuh ditimpa tangga. Persoalannya adakah situasi ini meletakkan kita di kalangan orang-orang yang gagal? Tidak sama sekali!




Perniagaan yang tidak menjadi, bebanan hutang piutang yang semakin menggunung, kekangan masa, tekanan hidup, halangan daripada ahli keuarga dan sebagainya tidaklah sebesar mana jika dibandingkan dengan halangan daripada diri sendiri. Maka jangan tunggu lagi, bangun dan bangkitlah!


Pandanglah ke hadapan dimana kejayaan selalu menantikan kita. Kejayaan yang bukan bersifat sementara sebaliknya kejayaan tanpa henti yang kita impikan dan idamkan selama ini. Orang yang telah berjaya akan gembira untuk menerima cabaran kerana mereka yakin dan percaya bahawa kejayaan di hadapan mereka sangat manis untuk dikecapi.




Justeru, tidak kekalkan momentum tindakan adalah sebab mengapa anda tidak mencapai kebebasan kewangan dan kebebasan masa.


Kredit to Dr Azizan Osman


Semoga bermanfaat kepada semua!
==================
Lin Chalo & Mohd Alizal,
Health Consultant &
Business Mentor
014.338.6810 - Lin
012.401.6683 - Alizal
==================



Wednesday, November 19, 2014

Tiada Kelulusan Akademik, Duduk Rumah Jaga Anak, Pendapatan 5 Angka!



Ya, hidup adalah pilihan. Kitalah yang mencorakkan kehidupan kita samada kiri atau kanan, bawah atau atas, hitam atau putih. Jika kita mencorakkan kehidupan menggunakan aura positif maka baiklah hasilnya. Sebaliknya jika kita mencorakkan kehidupan dengan aura negatif, alangkah malangnya kita.




Sekiranya dalam keadaan terkawal, semestinya kita inginkan diri kita diselubungi dengan aura positif setiap masa dan setiap keadaan. Akan tetapi, kadang-kadang aura negatif datang dalam kehidupan kita tanpa dijemput dan dari sumber yang tidak disangka-sangka seperti musibah yang melanda keluarga dan sebagainya.




Sebaik-baiknya kawal emosi dan tenangkan fikiran dan seterusnya petik suis aura positif secepat mungkin. Ibarat nampak kotoran di pakaian, cepat-cepat kita cuci dan bersihkannya. Apa yang ditakuti, sekiranya kita terus biarkan diri dalam keadaan aura negatif, pelbagai penyakit fizikal mahupun penyakit spiritual akan datang menyerang.


Dari segi saintifik dan kesihatan juga terbukti bahawa orang yang sentiasa berfikiran negatif mahupun hidup dalam keadaan negatif amat mudah diserang dengan pelbagai jenis penyakit. Sistem imunisasi dalam tubuh menjadi lemah serta hormon-hormon sedia ada juga tidak dapat bekerja seperti biasa dan tidak menjalankan tugas mereka dengan sebaiknya.




Apabila kita diselubungi aura negatif, kita menjadi tidak kreatif, idea-idea kita tidak bernas, tidak bersemangat, tidak proaktif dan pelbagai lagi sifat negatif lain akan datang. Sifat-sifat negatif ini juga akan membataskan diri kita daripada terus maju ke hadapan.


Sebab itu, tidak hairanlah apabila semakin ramai orang yang bekerja di rumah saja tetapi menjana pendapatan sebanyak 5 angka! Ini kerana mereka sering diselubungi dengan aura positif, mempunyai semangat yang positif dan bertindak secara positif.

--> Pendapatan 5 angka dari rumah 


Oleh itu, diselubungi aura negatif sepanjang masa adalah sebab mengapa anda tidak mencapai kebebasan kewangan dan kebebasan masa.


Kredit to Dr Azizan Osman


Semoga bermanfaat kepada semua!
==================
Lin Chalo & Mohd Alizal,
Health Consultant &
Business Mentor
014.338.6810 - Lin
012.401.6683 - Alizal
==================


Friday, November 14, 2014

Orang Yang Suka Meniru Pun Boleh Berjaya



Model peranan (Role model) adalah batu asas kepada seseorang untuk dijadikan sebagai contoh tauladan dalam kehidupan orang lain dari segenap segi dan aspek. Semestinya model peranan ini adalah di sudut yang positif agar mereka jelas dengan matlamat dan tujuan mereka untuk berjaya.


Adalah suatu perkara biasa jika seseorang mempunyai lebih daripada seorang model peranan. Ini disebabkan oleh beberapa faktor antaranya ialah perbezaan bidang yang diceburi, minat dan bakat yang berbeza serta tahap kemampuan dan keupayaan yang berbeza.


Cipta Pemikiran Mereka Yang Telah Berjaya

Memilih model peranan yang tepat adalah satu kemestian agar usaha kita tidak sia-sia. Contohnya jika anda ingin berjaya dalam bidang masakan, jadikanlah Dato Chef Wan sebagai model kita. Bukan sahaja cara beliau kita ikuti tetapi juga cara beliau berfikir dan bertindak haruslah diikuti.


Justeru mencipta pemikiran orang berjaya adalah sangat penting untuk kita mencapai apa jua matlamat yang kita inginkan. Jika kebebasan kewangan yang anda pilih, carilah contoh orang yang telah berjaya dalam situasi ini. Begitu juga jika anda inginkan kebebasan masa.


Kebebasan Masa Adalah Pilihan Anda

Anda tiada pilihan lain melainkan terpaksa berjaya jika anda ingin meniru daya pemikiran model peranan yang anda pilih. Dan sudah tentu dan pasti anda akan gagal selama-lamanya jika anda tiada keinginan untuk meniru model peranan yang telah berjaya!


Oleh itu, tidak mencipta pemikiran orang berjaya adalah sebab mengapa anda tidak mencapai kebebasan kewangan dan kebebasan masa.


Kredit to Dr Azizan Osman


Semoga bermanfaat kepada semua!
==================
Lin Chalo & Mohd Alizal,
Health Consultant &
Business Mentor
014.338.6810 - Lin
012.401.6683 - Alizal
==================


Thursday, November 13, 2014

Punca Sebenar Ramai Ahli Shaklee Sesat



Mintak maaf lah ye... ni pulak cerita pasal Shaklee ajer.... Shaklee cawangan Wangsa Maju, Kuala Lumpur akhirnya sudah dipindahkan ke lokasi baru iaitu di Sri Rampai, Setapak, Kuala Lumpur lebih kurang pada bulan Mac 2014. 




Shaklee Wangsa Maju ni dah lama sangat berkhidmat dan bertapak kat Wangsa Maju. Seingat aku tahun 2000 aku pernah pergi Shaklee Wangsa Maju. Mungkin dah tiba masanya untuk ke lokasi baru yang lebih selesa.


Segala-galanya di Shaklee Sri Rampai amat bagus dan lebih selesa berbanding Shaklee Wangsa Maju seperti ruang menunggu yang lebih selesa, tandas yang lebih selesa dan juga ada dewan seminar yang baru.

Shaklee Wangsa Maju

Namun ada seperkara yang masih menyebabkan Shaklee Sri Rampai tidak bagus berbanding Shaklee Wangsa Maju iaitu sesuatu yang di luar kawalan apabila ramai orang yang datang ke sini akan sesat. Ini disebabkan oleh Google Map yang masih tidak update lagi lokasi Shaklee Sri Rampai.


Bukan itu saja... apabila kita cuba untuk Google Street View alamat Shaklee Sri Rampai iaitu Jalan Rampai Maju 3, Google juga masih tidak dapat mengesannya. Sebenarnya tidak jauh lokasi Shaklee Sri Rampai berbanding lokasi lama Shaklee Wangsa Maju. Walaupun ada banyak cara untuk ke situ, di bawah ini adalah antara salah satu caranya.




Inilah sebabnya aku buat entri ni sebab nak tolong mereka yang berhajat untuk ke Shaklee Sri Rampai pada masa-masa akan datang supaya tidak sesat dan masa terbuang begitu saja. Lebih baik makan langsat daripada sesat!


Semoga bermanfaat kepada semua!
==================
Lin Chalo & Mohd Alizal,
Health Consultant &
Business Mentor
014.338.6810 - Lin
012.401.6683 - Alizal
==================



Wednesday, November 12, 2014

Boss Jatuh Miskin Sebab Enggan Terima Nasihat Orang Lain



Ilmu adalah sesuatu nikmat yang tidak ternilai. Ilmu akan diperolehi apabila kita mencarinya dan menuntutnya daripada guru yang mampu memberikan penjelasan terhadap sesuatu perkara. Ilmu yang bermanfaat akan membezakan martabat antara seseorang dengan seseorang yang lain.


Tiada had masa untuk kita belajar dan menuntut ilmu. Belajarlah sehingga ke hembusan nafas yang terakhir. Hargailah ilmu yang diterima walaupun sedikit bak kata orang bijak pandai "Kalau dapat setitis ilmu, lautkanlah, Kalau dapat segumpal ilmu, gunungkanlah".


Allahyarham Dr Hamka

Setiap hari, setiap masa dan setiap keadaan kita harus mengakui bahawa kita masih kekurangan ilmu. Sikap sebegini akan menghindarkan kita daripada sikap ego dan sikap tidak menerima pandangan dan nasihat orang lain. Jika tidak, kitalah yang harus dipersalahkan kerana membataskan potensi diri kita.

Let it Go!

Berdamping dengan orang yang betul adalah sesuatu yang penting juga. Jika kita masih perlu dipimpin carilah orang yang mampu memimpin kita dan bukannya orang yang membataskan potensi diri kita dengan pelbagai alasan yang remeh temeh.



Boss vs Leader --> http://youtu.be/d0jHXn0YySw


Untuk mencapai kebebasan kewangan dan kebebasan masa yang sebenar, carilah dan tuntutlah ilmu daripada mereka yang terbukti telah berjaya. Ambil nasihat daripada mereka dan amalkan secepat mungkin untuk mengekalkan momentum kejayaan. Pilihan yang tepat adalah penting untuk anda pantas untuk berjaya dan kaya.

Choose mentors wisely

Sebab itu, ego terima nasihat orang lain adalah sebab mengapa anda tidak mencapai kebebasan kewangan dan kebebasan masa.


Kredit to Dr Azizan Osman


Semoga bermanfaat kepada semua!
==================
Lin Chalo & Mohd Alizal,
Health Consultant &
Business Mentor
014.338.6810 - Lin
012.401.6683 - Alizal
==================


Monday, November 10, 2014

Gaji Graduan Universiti Tidak Mampu Untuk Simpan Duit



Hujung bulan adalah saat-saat yang dinantikan oleh kebanyakan orang daripada kita. Pada waktu itu masing-masing akan menerima gaji hasil daripada titik peluh mereka sepanjang bulan. Walaupun kadang-kadang jumlah gaji kurang daripada RM1,000.00 namun perasaan syukur dan gembira memang tidak dapat dibayangkan.




Namun begitu, kegembiraan tersebut hanyalah bersifat sementara. Apa tidaknya, proses membayar hutang pun bermula dan wang yang tinggal hanyalah cukup-cukup untuk belanja makanan sekeluarga. Purata pendapatan isi rumah di Malaysia adalah seperti berikut :-

a) 33.6% untuk purata pendapatan melebihi RM5,000.00 sebulan
b) 27.8% untuk purata pendapatan antara RM3,000.00 hingga RM5,000.00 sebulan
c) 33.8% untuk purata pendapatan antara RM1,500.00 hingga RM3,000.00 sebulan
d) 5.0% untuk purata pendapatan kurang daripada RM1,500.00

Sumber : beritasemasa.com.my


Walau apa pun jumlah purata pendapatan mereka, jika rakyat Malaysia masih mengamalkan gaya hidup suka berhutang kerana ingin bergaya ditambah pula dengan kos sara hidup yang semakin meningkat setiap hari, mereka tidak akan mencapai kebebasan kewangan.

Berita Semasa

RM2,500 adalah standard gaji minimum graduan yang memiliki segulung ijazah. Segulung ijazah pada zaman sekarang juga masih tidak dapat menjamin untuk para siswazah mendapatkan kebebasan kewangan masing-masing.




Kenaikan inflasi negara sejak 10 tahun lepas adalah di antara 200% hingga 300%. Contohnya rumah yang berharga RM100,000.00 pada 10 tahun lepas kini bernilai RM300,000.00. Sedangkan kenaikan gaji standard di Malaysia ialah 4% setahun iaitu kira 40% sahaja untuk 10 tahun. Jika perkara ini berterusan, situasi yang membimbangkan pasti berlaku khususnya kepada mereka yang makan gaji.


Justeru, membelanjakan diri sendiri terlebih dahulu adalah langkah pertama sebagai penyelesaian masalah ini. Sumbangkanlah 10% daripada gaji anda untuk diri anda sendiri. Gunakanlah 10% daripada gaji anda untuk menambah ilmu menuju kepada kebebasan kewangan dan kebebasan masa. Jika wang tersebut dah banyak bolehlah anda laburkan untuk perniagaan ataupun hartanah.


Kurang kesedaran awal dalam perkara ini khususnya para graduan yang baru memasuki alam kerjaya telah menyebabkan mereka gagal menguruskan kewangan mereka. Sebaliknya mereka terjebak dengan rakan-rakan sebaya yang mengamalkan sikap "biar papa asalkan bergaya". Apabila hutang tidak terbayar, mereka terjerumus sebagai golongan yang muflis di usia yang sangat muda.




Bertindak sekarang adalah jawapannya. Tidak bayar diri sendiri dahulu adalah sebab mengapa anda tidak mencapai kebebasan kewangan dan kebebasan masa.


Kredit to Dr Azizan Osman


Semoga bermanfaat kepada semua!
==================
Lin Chalo & Mohd Alizal,
Health Consultant &
Business Mentor
014.338.6810 - Lin
012.401.6683 - Alizal
==================


Sunday, November 9, 2014

Orang Poyo Boleh Meramal Masa Depan?



Alangkah indahnya jika semua impian kita menjadi kenyataan. Kebanyakan orang tidak berjaya mencapai impian kerana mereka telah mengecilkan keupayaan dan kapasiti mereka sendiri. Sepatutnya impian dikekalkan sebagai impian tetapi kita berusaha untuk membesarkan kapasiti dan keupayaan kita untuk menggapai impian tersebut.




Salah satu caranya ialah dengan "visualised" setiap impian kita. Impian juga haruslah realisitik dan tidak mustahil. Nampak apa yang diinginkan dan diimpikan akan membuatkan semangat kita membara dan berkobar-kobar dan seterusnya kita berusaha untuk membesarkan keupayaan kita untuk mencapai impian tersebut.


"Visualised" impian bukanlah bermaksud kita boleh meramal masa depan sepertimana dakwaan sesetengah pihak. Sebaliknya orang yang inginkan kejayaan akan membayangkan dengan penuh bersungguh-sungguh masa depan yang diinginkan dan diimpikan. Apabila tiba masa yang ditetapkan kejayaan itu sudah ada dalam genggaman sepertimana yang dibayangkan!


Papan visi (vision board) adalah formula rahsia untuk kita mengejar impian untuk bebas kewangan dan bebas masa. Letaklah Papan visi kita itu di tempat yang mudah dilihat oleh kita. Ya... sesetengah orang akan memperlekehkan cara ini. Sesetengah orang juga akan mengatakan kita poyo, angan-angan mat jenin, mengejar keduniaan dan sebagainya. 


Vision Board


Tunggu dan lihatlah suatu masa apabila kita telah bejaya mencapai impian dan mereka yang memperlekehkan kita masih di takuk lama. Adakah mereka masih ingin menggelar kita poyo atau mat jenin? Adakah kita masih dikatakan mengejar keduniaan sedangkan kita boleh membantu orang lain dengan kebebasan kewangan yang kita perolehi?


Papan visi mampu menambahkan keyakinan dan menghapuskan kepercayaan karut 'mustahil' secara separa sedar. Ini adalah formula orang-orang yang telah berjaya. Secara tidak langsung juga Papan visi membantu untuk membuang unsur negatif dalam kita serta menambahkan unsur positif untuk menuju kejayaan!



Mulakanlah sekarang dan bertindak dengan bijak. Tidak nampak apa yang diimipikan adalah sebab mengapa anda masih tidak mencapai kebebasan kewangan dan kebebasan masa.


Kredit to Dr Azizan Osman



Semoga bermanfaat kepada semua!
==================
Lin Chalo & Mohd Alizal,
Health Consultant &
Business Mentor
014.338.6810 - Lin
012.401.6683 - Alizal
==================


Saturday, November 8, 2014

10 Tahun Bekerja Tetapi Masih Tiada Wang Dan Masa Untuk Keluarga?



Bekerja selama 10 Tahun. Tiada masa berkualiti bersama keluarga. Tiada duit simpanan untuk keluarga. Suatu fakta yang menakutkan. Suatu kebenaran yang harus diterima. Semua ini disebabkan oleh tiadanya perancangan dalam kehidupan. Berapa ramai daripada anda yang hidup tanpa perancangan?



Kebenaran tanpa perancangan akan ditewaskan oleh kebatilan yang terancang. Ya, begitulah hebatnya sesuatu perancangan sehinggakan tidak kenal mana satu hitam atau putih. Tidak kira betapa murninya impian kita, tanpa perancangan kita tidak akan ke mana.


Setelah memasang impian untuk bebas kewangan dan bebas masa, anda haruslah mempunyai perancangan untuk mencapai impian tersebut dalam masa contohnya setahun, 3 tahun dan 5 tahun. Perancangan yang dirancang haruslah realistik dan mudah dicapai mengikut masa.


Contoh Perancangan untuk bebas kewangan :-

1 tahun - menjual 500 botol produk kesihatan dan menikmati pendapatan sebanyak 3 angka

3 tahun - menjual 2000 botol produk kesihatan dan menikmati pendapatan sebanyak 4 angka

5 tahun - menjual 5000 botol produk kesihatan dan menikmati pendapatan sebanyak 5 angka


Contoh Perancangan untuk bebas masa :-

1 tahun - masih lagi bekerja dengan syarikat sedia ada
              - sekali sekala membawa keluarga bercuti

3 tahun - sudah menyatakan hasrat untuk berhenti kerja pada bila-bila masa dengan boss
              - mula bercuti di luar negara setahun sekali

5 tahun - sudah berhenti kerja dan menikmati kebebasan masa dengan sepenuhnya
              - mula mengaturkan percutian keluarga dengan sistematik


Contoh strategi dan pelan pelaksanaan agar impian anda terlaksana :-

1 tahun - menghadiri program-program ilmu perniagaan, mendapatkan pandangan dan khidmat nasihat daripada mentor-mentor yang berjaya, mula mempraktikkan ilmu-ilmu sedia ada dalam perniagaan yang diceburi

3 tahun - semakin berani untuk melangkah lebih jauh dan mencuba sesuatu yang baru, mula melatih perantis perniagaan untuk dipertanggungjawabkan menjaga cawangan-cawangan baru, membiasakan diri dengan masalah-masalah dan risiko-risiko yang bakal dihadapi

5 tahun - perniagaan semakin stabil, kepimpinan dalam diri perantis perniagaan semakin mantap, semakin matang dalam menghadapi sebarang masalah dan risiko


Ya, betul. Keinginan untuk mencapai impian kebebasan kewangan dan masa tidak akan tercapai jika anda mempunyai keinginan yang kuat semata-mata. Ia harus disertakan dengan perancangan dan seterusnya pelaksanaan kepada impian anda.


Bertindaklah sekarang dan jangan tunggu lagi. Selagi anda tidak mempunyai perancangan, selagi itulah anda tidak mencapai kebebasan kewangan dan masa.


Kredit to Dr Azizan Osman



Semoga bermanfaat kepada semua!
==================
Lin Chalo & Mohd Alizal,
Health Consultant &
Business Mentor
014.338.6810 - Lin
012.401.6683 - Alizal
==================


Friday, November 7, 2014

Impian Anda Tidak Mustahil Untuk Dicapai!



Adalah normal jika setiap manusia memasang impian hidup masing-masing samada impian itu sekadar imaginasi dan bermain-main di benak fikiran mereka ataupun impian yang telah diluahkan dan dikongsikan dengan orang di sekeliling mereka samada melalui percakapan mahupun perbuatan. Kesemua impian yang dipasang seharusnya impian yang baik dan positif samada untuk diri sendiri, keluarga dan masyarakat di sekeliling mereka.


Impian untuk bebas daripada masalah kewangan ataupun kesempitan kewangan adalah impian kebanyakan daripada kita. Sebenarnya impian begini tidak mustahil untuk dicapai dengan syarat kita tahu cara yang betul untuk mencapainya. Adakah ini bermakna kita mengejar kemewahan? Semestinya tidak!

Kebebasan Kewangan


Kebebasan Kewangan bermaksud anda mempunyai kebebasan untuk menentukan kemana anda ingin salurkan wang anda tanpa had. Dikala anda ditimpa musibah, anda juga tidak terkial-kial untuk meminta bantuan kewangan daripada sesiapa. Anda juga boleh membuat keputusan sendiri, pendidikan bagaimanakah untuk diberikan kepada anak anda. Anda juga mempunyai pilihan untuk membuat keputusan tanpa memikirkan risiko dari segi ekonomi. Dan alangkah baiknya jika anda semua akan bebas sepenuhnya daripada bebanan hutang!


Tidaklah sukar untuk mendapatkan kebebasan kewangan jika anda tahu caranya. Skil dan teknik untuk mengembangkan perniagaan boleh didapati di mana-mana sekarang. Pergilah berguru dan menuntut ilmu dengan orang yang telah berjaya membuktikan bahawa tidak mustahil untuk mendapatkan kebebasan kewangan yang diimpikan.


Impian untuk mempunyai kebebasan masa juga adalah merupakan satu impian yang tidak mustahil untuk dicapai. Mengapa pentingnya kebebasan masa? Adakah orang mempunyai kebebasan masa tergolong dalam mereka yang tidak berusaha? Semestinya tidak!

Kebebasan Masa

Kebebasan Masa bermaksud anda mempunyai masa yang fleksibel untuk menguruskan hidup anda. Pengurusan hidup seperti melakukan aktiviti fizikal untuk kesihatan, meluangkan masa bersama keluarga, mencari rezeki dengan cara yang lebih fleksibel dan efisyen adalah terhad jika anda tidak mempunyai kebebasan masa.


Bayangkan jika rutin harian anda ialah untuk bekerja di pejabat dari 9.00 pagi hingga ke 6.00 petang. Bagi mereka yang tinggal di Lembah Kelang pula waktu pejabat mereka bermula lebih awal iaitu ketika berada di dalam kenderaan, katakan pukul 7.00 pagi hingga 8.00 malam. Semestinya, anda tidak mempunyai kebebasan masa untuk anda melakukan aktiviti yang anda suka pada bila-bila masa.


Jika anda bekerja sendiri, semestinya masa yang beharga telah berada dalam genggaman anda. Semakin kuat anda berusaha, insya Allah semakin bertambah rezeki yang anda akan perolehi. Anda juga tidak akan rasa bersalah untuk bercuti dan melancong bersama keluarga pada bila-bila masa yang anda kehendaki.


Dengan gabungan kebebasan kewangan dan kebebasan masa, semakin banyak kerja-kerja amal yang boleh anda lakukan. Semakin ramai lagi orang susah anda boleh bantu dengan cara menghulurkan sumbangan mahupun memberikan peluang untuk berjaya seperti anda juga!




Keluarlah dari kepompong dan zon keselesaan anda. Ciptalah seberapa banyak peluang untuk anda berjaya. Anda kena fikir anda boleh melakukannya dengan bantuan daripada mentor-mentor dan rakan-rakan anda yang telah berjaya. Selagi anda fikir ianya adalah mustahil, selagi itulah mengapa anda masih tidak mencapai kebebasan kewangan dan masa.


Kredit to Dr Azizan Osman


Semoga bermanfaat kepada semua!
==================
Lin Chalo & Mohd Alizal,
Health Consultant &
Business Mentor
014.338.6810 - Lin
012.401.6683 - Alizal
==================


Thursday, November 6, 2014

Kepentingan Menggunakan Maklumat Nutrisi Dan Label Makanan



Setiap produk samada makanan ataupun minuman yang dijual mempunyai labelnya tersendiri yang dikeluarkan atau diisytiharkan oleh pengeluar produk berkenaan. Label Makanan ini mempunyai Maklumat Nutrisi yang menyenaraikan kandungan nutrisi sesuatu produk tersebut. 


Oleh itu, Menggunakan Maklumat Nutrisi Dan Label Makanan adalah Cadangan Keempat Belas Pakar-pakar Nutrisi dalam 14 Cadangan Utama Garis Panduan Diet Malaysia Tahun 2010 yang telah dibentangkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.


Menggunakan Panel Maklumat Pemakanan (NIP) Sebagai Panduan Dalam Membuat Pilihan Makanan

1) Dapatkan maklumat berkenaan jumlah tenaga dan nutrisi dalam produk yang hendak dibeli

2) Pertimbangkan bagaimana tenaga dan nutrisi dalam makanan menyumbang kepada jumlah nutrisi harian yang diambil

3) Bandingkan kandungan semua nutrisi untuk sesuatu produk dengan kandungan nutrisi jenama produk yang lain dan bukannya membandingkan setakat kepada satu kandungan nutrisi sahaja.


Menggunakan Maklumat Pemakanan Dengan Bijak

1) Lihat kandungan nutrisi yang dipamerkan dan bandingkan dengan kandungan nutrisi jenama lain dengan sewajarnya

2) Gunakan maklumat nutrisi bersama dengan NIP dalam memilih makanan yang hendak dibeli

3) Gunakan fungsi nutrisi sesuatu produk bersama-sama dengan maklumat nutrisi lain dari pelbagai sumber dalam membuat pemilihan makanan

4) Perlu diingatkan maklumat nutrisi yang dipamerkan tidak menjamin untuk merawat sesuatu penyakit atau melindungi anda dari sebarang penyakit

Mendidik Anak-Anak Tentang Penggunaan NIP

1) Didik anak-anak berkenaan NIP ketika bersama-sama membeli belah

2) Tunjukkan NIP kepada anak-anak berkenaan kesan sesuatu nutrien dan nilai kandungannya kepada pengguna

3) Biasakan anak-anak dengan maklumat nutrisi seawal mungkin bagi membolehkan mereka membuat pilihan tetap berkenaan pemakanan yang sihat sepanjang hidup mereka


Kanak-kanak suka makanan sihat


Contoh Perbandingan Maklumat Nutrisi

Terdapat pelbagai jenis suplemen dan vitamin yang ada di pasaran. Setiap syarikat atau pengeluar produk akan menjual suplemen atau vitamin masing-masing. Masing-masing juga akan mendakwa bahawa hanya produk merekalah yang terbaik dan terlaris di pasaran.




Sebagai contoh, B-Complex memang terbukti bagus dan berkesan kepada anda terutamanya kepada wanita mengandung bagi membekalkan Asid Folik untuk tumbesaran bayi di dalam perut. B-Complex yang terbaik adalah mengandungi semua jenis Vitamin B, Biotin dan Asid Folik. Jadi, peranan kita sebagai pengguna ialah membandingkan kandungan nutrisi B-Complex yang ada di pasaran dan membuat keputusan terbaik untuk anda dan keluarga.



Semoga bermanfaat kepada semua!
==================
Lin Chalo & Mohd Alizal,
Health Consultant &
Business Mentor
014.338.6810 - Lin
012.401.6683 - Alizal
==================




Menarik Untuk Dibaca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...