Monday, May 22, 2017

Tahniah Kedah... Juara Piala FA 2017!



Tahniah Kedah selaku juara baru Piala FA 2017 dan seterusnya layan ke kempen Piala AFC 2018 tahĂșn hadapan. Kali terakhir Kedah beraksi dalam Piala AFC ialah pada tahun 2008 setelah Kedah muncul sebagai juara berganda pada tahun 2007.

Baca : Sejarah Pasukan Dari Malaysia Dalam Piala AFC

Pada perlawanan akhir Kedah mengenepikan cabaran kuat dari Pahang dengan kemenangan tipis 3-2 setelah Kiko Insa dilayangkan kad kuning ke-2 seawal minit ke-33. Walaupun bermain dengan 10 orang pemain, Pahang nampak berbahaya terutama sekali dalam situasi bola mati dan set pieces.



Kedah nampak konsisten dan semakin kuat sejak dinaikkan ke Liga Super pada tahun 2016 di bawah bimbingan coach Tan Cheng Hoe. Tan Cheng Hoe telah meletakkan jawatan dan kini pasukan Kedah dibimbing oleh pembantunya Nizam Adzha Yusof.

Pelbagai spekulasi yang timbul akibat daripada perletakkan jawatan Tan Cheng Hoe yang pada mulanya dikaitkan dengan jawatan dalam FAM dan kemudiannya pula dikaitkan dengan JDT. Namun itu semua sama sekali tidak menggugat prestasi Kedah yang berada pada tahap prestasi terbaik mereka.



Kedah terus mengekalkan rentak kejuaraan mereka setelah menjadi juara Piala Malaysia pada tahun 2016 dan kini masih bersaing dengan Pahang dalam Liga Super 2017 untuk mencabar JDT di kedudukan teratas liga.



Friday, March 31, 2017

Belasungkawa : Nik Mohamed Adzhar bin Nik Mohamed Resli



Terkejut.... masih lagi terkejut... Itulah yang boleh digambarkan apabila mendapat berita dan perkhabaran dari Kelantan pada pagi hari Rabu 29 Mac 2017 apabila perginya seorang sahabat yang dikenali sejak zaman sekolah menengah lagi.

Allahyarham Nik Mohamed Adzhar bin Nik Mohamed Resli atau lebih dikenali sebagai Nik Adzhar atau Pok Nik ialah seorang guru atau ustaz di Sekolah Kebangsaan Sultan Ibrahim 2, Pasir Mas, Kelantan. Arwah merupakan senior setahun di Kolej Islam Sultan Alam Shah, Klang dan merupakan rakan sebilik di kampus utama Universiti Islam Antarabangsa di Gombak selama 4 tahun.

Allahyarham Nik Adzhar, dua dari kanan... Al-Fatihah

Sejak graduasi dari universiti memang tak pernah jumpa arwah secara berhadapan... cuma bertanya khabar dan menjenguk keadaan di laman muka buku sahaja. Rata-rata sahabat handai, rakan taulan dan tidak kurang juga anak murid arwah sangat terkejut dengan berita kematian arwah.

Nota yang pernah ditulis oleh arwah

Arwah ditemui lemas di Tasik Putra, Kg Kubang Panjang, Pasir Mas, Kelantan. Arwah dikatakan telah keluar rumah pada malam hari Isnin 27 Mac 2017 dan diberitakan tidak pulang ke rumah sehinggalah isteri arwah membuat laporan polis atas kehilangan arwah.

Berita kematian arwah ada dilaporkan di Sinar TV. Klik SINI.


Marilah sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah kepada Allahyarham Ustaz Nik Mohamed Adzhar bin Nik Mohamed Resli... dan semoga arwah tenang dan damai berehat di alam sana... Aminn...


Tuesday, March 28, 2017

Kelayakan Piala Asia 2019 Pusingan Akhir - Korea Utara, Lubnan dan Hong Kong Adalah Lawan Malaysia



Kalau tidak.... hari ni lah detiknya perlawanan Malaysia menentang Korea Utara di bumi Korea Utara. Perlawanan apa ye? Perlawanan bolasepak pusingan kelayakan akhir Piala Asia 2019. Kerajaan Malaysia enggan menghantar pasukan bolasepak Malaysia ke Korea Utara atas faktor keselamatan.

Apakan daya semuanya gara-gara kematian Kim Jong Nam iaitu abang tiri presiden Korea Utara di KLIA pada 13 Februari 2017 yang lalu. Detik-detik kematian Kim Jong Nam juga dapat dirakamkan melalui CCTV di KLIA. Namun, hubungan di antara Malaysia dan Korea Utara menjadi keruh kerana kematian Kim Jong Nam menjadi perhatian dunia serta pihak Korea Utara tidak mempercayai pihak Malaysia dalam mengendalikan siasatan kes kematian Kim Jong Nam ini.

Kim Jong Nam tiada kaitan dengan bolasepak Korea Utara

Berbalik pada perlawanan bolasepak antara Malaysia dan Korea Utara ni... perlawanan hari ini yang dijadualkan di Korea Utara telah dibatalkan dan ditunda ke 8 Jun 2017 di gelanggang berkecuali, Pihak FIFA juga menetapkan bahawa perlawanan pada 14 November 2017 yang sepatutnya diadakan di Malaysia juga ditukar ke gelanggang berkecuali demi memelihara nilai kesukanan.

Malaysia telah diundi bersama-sama dengan Korea Utara, Lubnan dan juga Hong Kong untuk kelayakan Piala Asia 2019 ini. 2 pasukan teratas dalam setiap kumpulan akan layak ke Piala Asia 2019 nanti yang akan diadakan di UAE pada bulan Januari 2019.

Boleh dikatakan Malaysia agak tidak bernasib baik kerana diundi bersama dengan pasukan kuat seperti Korea Utara dan Lubnan. Korea Utara dan Lubnan masing-masing mendapat tempat ke-2 dalam pusingan kelayakan kedua Piala Asia 2019.

Baca : Malaysia di tempat ke-4 daripada 5 pasukan dalam Kelayakan Piala Asia 2019

Hong Kong menduduki tempat ke-3 dalam kumpulan manakala Malaysia yang mendapat tempat ke-4 dalam kumpulan tempoh hari telah menewaskan Timor Leste dengan jaringan 3-0 pada perlawanan play-off pertama.

Baca : Malaysia layak ke pusingan akhir kelayakan Piala Asia 2019


Siapa Korea Utara?

Pada pusingan kelayakan pertama, Korea Utara mendapat tempat ke-2 di belakang Uzbekistan setelah tewas kepada Uzbekistan 1 kali, dan 2 kali dikejutkan Filipina apabila seri 0-0 di gelanggang sendiri dan tewas 2-3 di Filipina.

Pak Kwang Ryong sewaktu bersama FC Basel di Switzerland

Tidak banyak yang diketahui berkenaan pemain Korea Utara ini. Namun, pemain yang perlu diberikan perhatian dan kawalan ketat ialah bekas pemain remaja FC Basel Pak Kwang Ryong yang kini bermain dengan kelab Lausanne di Switzerland.


Siapa Lubnan?

Lubnan mendapat tempat ke-2 di belakang Korea Selatan dalam pusingan pertama kelayakan Piala Asia 2019. Lubnan juga dikira agak bernasib baik kerana satu lagi pasukan pilihan iaitu Kuwait telah digantung oleh FIFA dan seterusnya diisytiharkan tewas untuk 3 perlawanan terakhir mereka.

Ada beberapa pemain Lubnan yang tidak asing dengan bolasepak Malaysia seperti Mohammad Ghadar (Kelantan), Mootaz Junaidi (Felda United), bekas pemain Terengganu Hassan Chaito dan bekas pemain Sarawak Hassan Mohamad.

Youssef Mohamad dan Roda Antar bersama kelab terakhir mereka di Eropah FC Koln di Jerman

Lubnan dipimpin oleh ketua pasukan berpengalaman mereka Roda Antar yang pernah bermain dengan beberapa kelab Jerman seperti Hamburg, Freiburg dan FC Koln. Beberapa orang pemain lain juga ada berpengkalan di Eropah seperti Hilal El-Helwe (Wolfsburg II), Bassel Zakaria Jradi (Stromsgodset) dan Feiz Shamsin (FC Voluntari)


Siapa Hong Kong?

Hong Kong mendapat tempat ke-3 pada pusingan kelayakan pertama Piala Asia 2019 di belakang Qatar dan China. Walaupun berjaya mengejutkan gergasi Asia China dengan dua keputusan seri tanpa jaringan namun Hong Kong tidak mampu menandingi kepantasan pemain-pemain Qatar.

Hong Kong tidaklah sekuat mana namun Malaysia kelihatan agak sukar dan liat untuk menewaskan Hong Kong. Hong Kong juga banyak mengharapkan pemain-pemain naturalisasi mereka seperti Jack Sealy yang kini bermain dengan kelab China Changchun Yatai dan Jaimes McKee (Eastern). Hong Kong diterajui oleh ketua pasukan iaitu penjaga gol Yapp Hung Fai yang terkenal kerana kemampuan menyelamatkan beberapa sepakan penalti.

Yapp Hung Fai (kiri) telah beberapa kali menyelamatkan sepakan penalti penting

Kemampuan Hong Kong untuk mengejutkan pasukan yang tinggi ranking dan juga tidak mensia-siakan perlawanan persahabatan antarabangsa menyebabkan ranking Hong Kong meningkat dan memintas Vietnam sehinggakan kelab bolasepak mereka Eastern layak secara otomatik ke peringkat kumpulan Liga Juara Asia.


Semoga dengan perlantikan Mario Gomez sebagai jurulatih baru skuad kebangsaan Malaysia dan juga muka baru pentadbiran FAM akan memberikan sinar harapan baru kepada skuad negara.

Ayuh... Ayuh Malaysiaku!





Wednesday, February 15, 2017

Review Lexis Suites Penang - Private Pool Kegemaran Ramai



Kat Malaysia ni tak banyak lagi hotel yang menyediakan "private pool" ataupun kolam peribadi kepada penghuni bilik hotel. Kalau ada public pool atau kolam awam tu standard lah... memang banyak. Tempat yang paling terkenal menyediakan private pool kat bilik hotel ialah Grand Lexis Hotel di Port Dickson.

Selain Grand Lexis Hotel Port Dickson, ada satu lagi tempat yang menyediakan private pool walaupun tak se"grand" macam kat Port Dickson tu. Tempat yang dimaksudkan ialah Lexis Suites yang terletak di Teluk Kumbar, Pulau Pinang.

Alhamdulillah... masa road trip 2016 cuti sekolah yang lepas, kami sekeluarga sempat menginap di sini untuk 1 malam pada hari terakhir road trip merentasi Banjaran Titiwangsa.

Baca : Hari Ke-9 Road Trip 2016 - Sekinchan - Gambang - Pulau Duyong - Kota Jembal - Teluk Kumbar




Review untuk Lexis Suites Penang (Disember 2016)

Bila sebut Lexis mesti terbayang pool dalam bilik. Maka, sangat berbaloi sekali membawa anak-anak mandi 24 jam. Jadi mak pula boleh buat kerja kan. Hehehe.

Serba sedikit info pasal Lexis Penang:
- Hotel ni baru dibina dan terletak di Teluk Kumbar.
- Ada 2 jenis bilik:
Executive Pool Suites (RM399)*
Premium Pool Suites (RM499)*

* Harga melalui website Lexis:
- Rate cuti sekolah lagi mahal, jadi kalau anak tak sekolah lagi silakan pergi semasa hari bekerja.

Review Homestay Best di Sawah Padi:
Review Homestay View Putrajaya Cantik:

Homestay Cantik seluruh Malaysia:


video



Pastinya anak-anak paling happy. Kalau nak raikan anak-anak memang sangat sesuai pergi ke sini




Kami stay di Executive Pool Suites.

- Bilik ini kecil sedikit berbanding Premium Pool Suites.
- Harga lebih murah.
- Menghadap separuh laut & separuh daratan. Kalau Premium Suites fully seaview. Gittew.




Bilik kami di tingkat 22. Lagi tinggi lagi best tuan puan sekalian. Jadi lain kali boleh request tinggi-tinggi ya.






Antara aktiviti yang boleh dilakukan di Lexis Penang ni seperti tertera di direktori ini





Kalau pilih Executive Suites boleh nampak macam ni. Cantik kan.






Pusing kiri sikit nampak pula pemandangan ini.


Rumah/Apartment Percutian Untuk Disewa Di Pulau Pinang






Memandangkan hotel ini baru maka interiornya juga lebih cantik dan sleek gitu. TV tu memang build-in sekali dengan 'papan' hitam tu. 

Nak buat kerja pun duduk depan TV. Silakan bertabah bila anak-anak nak tengok kartun pula kan. Keh keh keh.





Macam biasa ada beberapa tea bags, nescafe sachets dan seangkatan dengannya. Semuanya untuk 4 orang. 

Bawah tu minibar.

Air dalam botol Shaklee tu eksklusif diri sendiri punya. Hihihi.





Okay dalam bilik ni ada 2 katil king bersama bantal-bantalnya yang empuk.


Serius empuk sangat sampai rasa nak beli pula bandal DAS yang tengah viral sekarang ni. Keh keh keh. 

Sekali letak kepala terus tertidur. Bahaya betul. Eceh





Okay di luar bilik (bahagian kedua sebelum sampai ke pool), ada almari ni. 

Macam biasa ada safe deposit box, ada bathrobe, ada slipper, ada penimbang berat badan (ekekeke), ada hanger ada iron.





Keklin paling suka yang ini - build in iron board. Iron tudung sambil nyanyi-nyanyi kecil. Hahaha.






Pastu ada toiletteries semua. Ada hair-dryer juga.






Siapa rajin sila kaut semua masa balik nanti. Wuhu.






Toilet asing daripada bathroom





Sini pula bathroomnya. Ada bathtub dan juga ada shower. Towel memang banyak. Keklin memang gembira melihatnya. Towel badan + towel muka + towel kecik + towel mandi kat pool.






Sebelah bath tub ada shower. Atas siling tu ada satu lagi shower yang besar. Puas mandi macam mandi hujan katanya.





Okay now kita ke bahagian ketiga (bahagian luar yang ada pool). 


Ini adalah steam room. Sejuk-sejuk mandi terus panaskan badan kat sini. Ala-ala sauna la gitu.

Hati-hati dengan benda kat bawah tu yang warna merah... panas dan boleh melekat kat tangan. Sila awasi anak-anak sepanjang berada di sini.





Overall, memang terbaik. Petang-petang sambil kau hirup kopi panas bolehlah melayan sunset di ufuk senja. 

Rumah/Apartment Percutian Untuk Disewa Di Pulau Pinang


Sekian semoga bermanfaat!

Review Homestay Best di Sawah Padi:
http://bit.ly/2jpolys

Review Homestay View Putrajaya Cantik:
http://bit.ly/2jaBnPo

Homestay Cantik seluruh Malaysia:
http://bit.ly/2izRE4v

Jangan lupa makan Laksa Tempurung Teluk Kumbar dekat je dengan Lexis ni:
http://bit.ly/2jmnA9A

Boleh rasa nasi kandar Taat seberang jalan Lexis ni.

Boleh juga google rasa makan Mee Udang Kak Ani.

***
For review email to: lin.sweetbonda@gmail.com





Sumber asal : Keklin Sweetbonda





Monday, February 13, 2017

Kenali Lawan JDT dan Felda United Dalam Piala AFC 2017



Piala AFC datang lagi... kali ini dengan format baru yang lebih kompetitif untuk tahun 2017. Pasukan-pasukan yang bertanding dibahagikan kepada 5 zon iaitu Zon Asia Barat, Zon Asia Tengah, Zon Asia Selatan, Zon Asia Tenggara dan Zon Asia Timur. Dari segi ranking, Malaysia adalah di belakang Vietnam setelah Indonesia menarik diri dalam Zon Asia Tenggara.

Juara bertahan, Al-Quwa Al-Jawiya (Iraq) tampil untuk mempertahankan kejuaraan yang dimenangi mereka tahun lepas setelah menewaskan Bengaluru FC (India) 1-0 di perlawanan akhir Piala AFC 2016.

Hasrat Kedah untuk bermain dalam Piala AFC 2017 sebagai "standby team" dari Malaysia tidak kesampaian apabila JDT gagal melayakkan diri ke peringkat kumpulan Liga Juara Asia 2017 setelah tewas kepada Gamba Osaka (Jepun) dengan jaringan 3-0 pada perlawanan play off.

Dua pasukan dari Malaysia yang bertanding untuk Piala AFC 2017 ialah JDT dan Felda United. JDT diletakkan dalam kumpulan F bersama-sama Magwe (Myanmar), Global (Filipina) dan Boeung Ket Angkor FC (Kemboja) manakala Felda United diletakkan dalam kumpulan G bersama-sama Hanoi T&T (Vietnam), Tampines Rovers (Singapura) dan Ceres-Negros (Filipina).


Siapa Magwe?

Magwe juga dikenali sebagai Magway FC. Ini ialah penampilan pertama Magwe dalam Piala AFC 2017 sebagai pemenang Piala Jeneral Aung San 2016. Dalam Liga Myanmar musim lepas pula, Magwe mendapat tempat ke-3.

Beberapa orang pemain tempatan Magwe beraksi dengan skuad kebangsaan Myanmar seperti penjaga gol, Kyaw Zhin Pyo, pemain pertahanan Nanda Kyaw dan Kyaw Zin Lwin. Magwe cuma menggunakan khidmat 3 orang pemain import sahaja iaitu pemain tengah kiri, Michael Henry Alloysius (Nigeria), penyerang Sylla Seikou (Guinea) dan pemain pertahanan baru, Jean Hilako (Mali).

Nanda Kyaw ialah ketua pasukan Myanmar semasa kejohanan
Piala Dunia bawah 20 tahun di New Zealand 2 tahun lepas


Siapa Global?

Ini ialah penampilan kali ke-2 Global dalam kempen Piala AFC. Global tampil sebagai juara berganda Filipina dan layak juga ke kelayakan Liga Juara Asia sebelum dibelasah Brisbane Roars (Australia) dengan jaringan 6-0.

Global menamakan pemain import seperti pertahanan kanan Louis Serge Kaole (Cameroon) untuk kempen Piala AFC 2017. Selain itu Global juga baru saja mendapatkan 2 orang pemain import baru dari Liga Australia iaitu Shu Sasaki (Jepun) dari kelab B. Spartans dan Ahamad Azzawi (Jepun/Iraq) dari kelab Capalaba Bulldogs.

Pemain Iraq warganegara Jepun, Ahamad Azzawi menewaskan Izwan Mahbud (Tampines Rovers)

Seperti biasa Filipina terkenal dengan lambakan pemain naturalisasi seperti Mark Winhoffer dan Charley Pettys (kedua-duanya dari USA), Paul Mulders (Belanda), Nick O'Donnell (Kanada), Hikaru de Asis Minegeshi (Jepun), Matthew Hartmann (England), Dennis Villanueva (Itali), Andreas Esswein (Jerman) dan Misagh Bahadoran (Iran).

Siapa Boeung Ket Angkor?

Boeung Ket Angkor dahulunya dikenali sebagai Boeung Ket Rubber Field ialah kelab bolasepak yang terletak di Kampung Cham, Kemboja yang mempunyai ramai etnik Melayu Champa beragama Islam di situ. Ini adalah penampilan kali pertama mereka dalam kejohanan Piala AFC dan mereka tampil atas tiket juara Liga Kemboja 2016 dan melepasi pusingan playoff dengan menewaskan naib juara Liga Laos, Lao Toyota dengan agregat 2-1.

Kali ini mereka agak kurang berbisa kerana pemain muda bintang mereka, Chan Vathanaka yang menjaringkan 2 gol ketika menentang Malaysia dalam Piala AFF Suzuki tahun lepas, telah dipinjamkan ke kelab divisyen 3 Jepun, Fujieda MYFC. Namun ketua pasukan mereka yang berpengalaman, Khuon Laboravy akan mengetuai jentera serangan bersama-sama tonggak import dari Brazil, Maycon Silva Calijuri.

Ly Mizan - anak muda Kampung Cham yang semakin meningkat naik

Di bahagian tengah dan sayap, 2 tonggak import dari Jepun iaitu Hikaru Mizuno dan Tomoki Muramatsu memainkan peranan penting. Selain beberapa tonggak pasukan kebangsaan Kemboja dalam skuad ini, kelibat pemain muda anak tempatan seperti Ly Mizan, Ly Vahed dan Seth Rosib pasti dinanti-nantikan oleh peminat mereka.

Baca : Piala AFC 2016 - Kenali Lawan JDT Dan Selangor



Siapa Hanoi T&T?

Hanoi T&T ialah juara Liga Vietnam pada musim lepas. Hanoi T&T tak pernah terlepas daripada 2 tangga teratas dalam Liga Vietnam. Hanoi T&T bermain dalam Piala AFC apabila dikejutkan Kitchee (Hong Kong) dalam perlawanan kelayakan Liga Juara Asia 3-2 selepas masa tambahan.

Pemain import yang bermain untuk Hanoi T&T ialah Gonzalo Marronkle (Argentina) sebagai ketua pasukan. Pemain ini bergandingan dengan pemain naturalisasi iaitu Hoang Vu Samson atau Samson Olaleye (Vietnam/Nigeria) membentuk jentera serangan berbisa Hanoi T&T. Moses Oloya (Uganda) menggerakkan jentera tengah Hanoi T&T manakala Alvaro Silva (Filipina/Sepanyol) kental di bahagian pertahanan.

Samson sentiasa berharap untuk mewakili Vietnam suatu hari nanti

Pemain tempatan yang perlu diberikan perhatian ialah pertahanan berpengalaman, Nguyen Van Bien dan juga pemain muda yang sedang meningkat naik iaitu Nguyen Van Quret yang beraksi di bahagian tengah dan serangan. Pemain sayap Pham Thanh Lurong pula telah menggantungkan boot untuk pasukan kebangsaan Vietnam.


Siapa Tampines Rovers?

Ini adalah penampilan kali ke-9 Tampines Rovers dalam kempen Piala AFC. Tampines Rovers telah diberikan satu slot kelayakan ke Liga Juara Asia sebelum ini tetapi telah ditewaskan Global (Filipina) dalam pusingan kelayakan dengan jaringan 2-0. Tampines Rovers ialah naib juara Liga Singapura musim lepas di belakang Albirex Niigata, kelab Jepun yang berpengkalan di Singapura.

Tampines Rovers merekrut bekas penyerang dan kapten Croatia bawah 17 tahun, Ivan Jakov Dzoni, graduan universiti yang baru habis belajar iaitu Ryutaro Megumi (Jepun) dan juga bekas pemain import serba boleh dari kelab Ceres-Negros iaitu Son Yong Chan (Korea Selatan). Tampines Rovers juga baru mendapatkan Raspreet Sandhu (USA), graduan universiti yang baru saja tamat belajar. Raspreet Sandhu dalam proses untuk dinaturalisasikan kerana ayahnya berasal dari Singapura.

Ivan Jakov Joni (No 9) dalam perlawanan menentang Belanda

Tampines Rovers kehilangan Hafiz Sujad yang telah berhijrah ke kelab divisyen 2 Thailand serta beberapa orang pemain tempatan seperti Izzdin Shafiq dan Afiq Yunos. Namun, pengganti mereka bukan calang-calang orangnya seperti Daniel Bennett, Madhu Mohana dan Khairul Amri.


Siapa Ceres-Negros?

Ceres-Negros juga dikenali sebagai Ceres La Salle atau Ceres FC membuat penampilan kali ke-3 Piala AFC sebagai naib juara Liga Filipina. Ceres FC nampak serius musim ini dengan kehadiran beberapa orang pemain baru yang berkaliber.

Pemain sayap, Bienvenido Maranon (Sepanyol) kekal sebagai pemain import mereka. Pemain import baru pula ialah Kota Kawase (Jepun) dari divisyen 2 Liga Australia serta Manuel Hererra Lopez (Sepanyol) dan Fernando Rodriguez (Sepanyol) kedua-duanya dari divisyen 2 Liga Sepanyol.

Pemain baru lain pula ialah pemain naturalisasi seperti Simone Rota (Itali), OJ Porteria (USA), 3 orang pemain kacukan Belanda iaitu Jason de Jong, Jim Junior Munoz dan Joshua Grommen, pemain kacukan Soctland-Filipina warganegara Australia iaitu Iain Ramsay dan juga penjaga gol kacukan Jerman dari kelab Switzerland Servette FC iaitu Roland Muller.

Roland Muller semasa bersama Servette FC

Selain pemain baru, pemain lama sedia ada juga hampir semua ialah pemain naturalisasi seperti Manuel Ott, Kevin Ingresso dan Patrick Reichelt (kesemuanya dari Jerman), Jeffrey Christiaens (Belgium), Martin Steuble (Switzerland) dan Carli de Murga (Sepanyol).



Peluang JDT untuk ke peringkat kalah mati agak cerah memandangkan lawan JDT agak kurang pengalaman berbanding lawan Felda United seperti Hanoi T&T yang lebih berpengalaman dalam pentas bolasepak kelab Asia.

Semoga kehadiran JDT dan Felda United dalam Piala AFC 2017 kali ini bukan sekadar pelengkap pasukan dan jadual kejohanan, sebaliknya benar-benar serius untuk menaikkan nama pasukan masing-masing dan juga nama negara

Ayuh... Ayuh... JDT dan Felda United!





Thursday, February 2, 2017

Pemain Import Liga Super 2017 - Tiada Pemain Import Lama Yang Kekal Di Sarawak Dan Pahang



Sepakmula Liga Super Malaysia 2017 telahpun bermula sejak 21 Januari 2017. Kelibat pemain-pemain import baru kali ini sangat ramai dan hanya beberapa orang pemain import lama saja yang dikekalkan. Pendatang baru seperti Melaka United dan PKNS juga tidak kurang hebatnya.


Johor Darul Takzim

JDT mengekalkan Marcos Antonio (Brazil) sebagai pemain import mereka. Pemain import baru JDT ialah :-

1) Gonzalo Cabrera (Argentina) - bekas pemain remaja Boca Juniors, pemain sayap berpengalaman dan pernah bermain dalam Liga Argentina, Liga Colombia, Liga Cyprus, Liga Romania dan Liga Arab Saudi
2) Jeronimo Barrales (Argentina) - penyerang tegap yang pernah bermain dalam Liga Argentina, Liga Sepanyol, Liga Chile, Liga Greece dan Liga Turki. Sama pasukan dengan Nico Gonzalez (JDT II) semasa di Asteras Tripolis (Greece)
3) Brian Ferreira (Iraq/Argentina) - bekas pemain remaja Argentina yang menjaringkan gol menarik ketika menentang Jepun dalam Piala Dunia bawah 17 tahun. Masih berusia 22 tahun dah telah mewakili beberapa kelab ternama dalam Liga Argentina.

Brian Fereirra (tengah) cuba melepasi halangan pemain Uruguay

* Hariss Harun (Singapura) - pemain tengah ini tidak didaftarkan dan dalam proses untuk dipinjamkan samada dengan kelab Jepun atau kelab Portugal

Edit 2.2.2017 - Hariss Harun sah dipinjamkan ke kelab CE L'Hospitalet iaitu kelab Sepanyol di Segunda Divisyen B (Divisyen 3 Liga Sepanyol)


Felda United

Felda United mengekalkan khidmat Zah Rahan Krangar (Liberia) untuk musim baru ini. Pemain import baru Felda United ialah :-

1) Gaston Cellerino (Argentina) - bekas pemain remaja Boca Juniors, penyerang berpengalaman yang mempunyai kewarganegaraan Itali. Gaston Cellerino pernah bermain dalam Liga Argentina, Liga Peru, Liga Uruguay, Liga Itali, Liga Sepanyol, Liga Amerika Syarikat dan Liga Bolivia.
2) Lucas Cano (Argentina) - penyerang muda yang dipinjamkan dari kelab Argentinos Juniors
3) Mootaz Jounaidi (Lubnan) - Pertahanan kebangsaan Lubnan yang pernah bermain dalam Liga Lubnan, Liga UAE dan Liga Iraq

Gaston Cellerino (kiri) pernah bermain untuk Celta Vigo di Liga Sepanyol


Kedah

Kedah mengekalkan Liridon Krasniqi (Kosovo/Albania) sebagai pemain import mereka. Pemain import baru Kedah ialah :-

1) Sandro Mendonca (Brazil) - Kembali didaftarkan sebagai pemain import setelah pulih dari kecederaan yang panjang. Penyerang berpengalaman yang pernah main dalam Liga Brazil, Liga Turki dan Liga Korea Selatan.
2) Ken Ilso Larsen (Denmark) - penyerang prolifik yang pernah bermain dalam Liga Belanda, Liga Denmark, Liga Jerman, Liga China dan Liga Singapura.
3) Zachary Michael Anderson (Australia) - Pertahanan tinggi lampai yang pernah bermain dalam Liga Australia dan Liga UAE

Ken Ilso semasa di zaman kemuncaknya bersama Fortuna Dusseldorf di Liga Jerman


Kelantan

Morgaro Gomis (Perancis/Senegal) kekal sebagai pemain import Kelantan. Pemain import baru Kelantan ialah : -

1) Mamadou Danso (Gambia) - Pertahanan berpengalaman dari Liga Amerika Syarikat
2) Alessandro Celin (Brazil) - penyerang ini juga mempunyai kewarganegaraan Itali dan pernah bermain di Liga Korea Selatan, Liga Hong Kong, Liga Ukraine, Liga Itali dan Liga Romania
3) Mohammed Ghaddar (Lubnan) - penyerang pengalaman Lubnan ini kembali bermain untuk Kelantan. Di Malaysia Mohammed Ghaddar juga pernah bermain untuk Felda United. Pemain ini pernah menabur bakti di Liga Lubnan, Liga Bahrain, Liga Mesir, Liga Syria, Liga Jordan dan Liga Iraq

Alessandro Celin (kanan) ketika mewakili Juve Stabia dalam Liga Itali


* Okiki Afolabi (Nigeria) - bekas penyerang remaja Nigeria ini pernah bermain di Liga Argentina. Pemain ini terpaksa disingkirkan sebelum sepakmula akibat masalah kecederaan dan kesihatan
* Cedric Djeugoue (Cameroon) - pertahanan muda ini juga disingkirkan sebelum sepakmula disebabkan masalah dokumen pendaftaran pemain.


Selangor

Ugo Ukah (Itali/Nigeria) kekal sebagai pemain import Selangor. Pemain import baru Selangor ialah :-

1) Victoras Astafei (Romania) - pemain sayap dari Liga Romania ini juga pernah bermain di Liga Turki
2) Francis Forkey Doe (Liberia) - Forkey Doe kembali bermain untuk Selangor. Di Malaysia, Forkey Doe pernah juga bermain untuk Terengganu, Kelantan, NS Matrix dan Felda United. Sebelum bermain di Malaysia, Forkey Doe bermain di Liga Amerika Syarikat, Liga Greece dan Liga Mesir.
3) Juliano Mineiro (Timor Leste/Brazil) - Pemain tengah naturalisasi Timor Leste dan juga bekas pemain remaja Fluminese. Berpengalaman main dalam Liga Brazil, Liga Portugal, Liga Arab Saudi, Liga Thailand dan Liga Jepun.

Juliano Mineiro semasa muda dengan jersi Fluminese

* Andik Vermansyah (Indonesia) - pemain sayap ini masih lagi bersama Selangor dan direhatkan akibat masalah kecederaan panjang. Pemain ini hanya akan didaftarkan sebagai pemain import setelah pulih dari kecederaan dan jika mana-mana pemain import lain ditamatkan kontrak akibat masalah prestasi.


Perak TBG

Thiago Junio (Brazil) kekal sebagai pemain import Perak. Pemain import baru Perak ialah :-

1) Faton Toski (Kosovo/Jerman) - bekas pemain tengah remaja Jerman ini adalah produk akademi bolasepak Frankfurt. Selain Liga Jerman, pemain ini juga pernah bermain dalam Liga Albania.
2) Vladislav Mirchev (Bulgaria) - bekas penyerang remaja Bulgaria ini berpengalaman main di Liga Bulgaria, Liga Belarus, Liga Itali, Liga Belgium, Liga Kazakhstan, Liga Cyprus dan Liga Maldives.
3) Yashir Pinto Islame (Palestin/Chile) - penyerang Palestin ini pernah mewakili pasukan remaja Chile. Yashir Pinto bermain untuk pasukan Melaka United musim lepas. Sebelum ini Yashir Pinto bermain dalam Liga Chile, Liga Amerika Syarikat dan Liga Jerman.

Faton Toski (hitam) semasa mewakili Frankfurt cuba melepasi pemain-pemain Real Madrid


T-Team

Abdoulaye Maiga (Mali) dan Dilshod Sharofetdinov (Uzbekistan) kekal sebagai pemain import T-Team. Pemain import baru T-Team ialah :-

1) Mamadou Samassa (Mali) - penyerang kebangsaan Mali ini pernah bermain untuk pasukan remaja Perancis dan merupakan produk akademi bolasepak Le Mans di Perancis. Selain di Liga Perancis, Mamadou Samassa pernah juga bermain di Liga Itali.
2) Farhod Tadjiyev (Uzbekistan) - Penyerang Uzbekistan ini kembali mewakili T-Team, pasukan yang dibantunya naik ke Liga Super satu ketika dahulu. Selain di Liga Uzbekistan, pemain ini juga pernah bermain di Liga China.

Mamadou Samassa mewakili Mali berentap dengan pemain Afrika Selatan
semasa kejohanan Piala Bangsa Afrika 2013


Sarawak

Sarawak menampilkan 4 orang pemain import baru musim ini iaitu :-

1) Demerson (Brazil) - pemain pertahanan berpengalaman ini mewakili beberapa kelab di Liga Brazil dan pernah juga bermain di Liga China
2) Lee Jong-ho (Korea Selatan) - Ini bukannya Lee Jong-ho yang bermain dengan Jeonbuk Hyundai Motors musim lepas. Tetapi ini ialah Lee Jong-ho bekas pemain penyerang remaja Paris St Germain dan pernah bermain di Liga Korea Selatan dan Liga Kemboja.
3) Mateo Roskam (Croatia) - seorang lagi penyerang berpengalaman yang pernah bermain untuk Sime Darby di Malaysia. Sebelum ini Mateo Roskam bermain dalam Liga Croatia, Liga Sepanyol, Liga Bosnia dan Liga Singapura.
4) Mark Hartmann (Filipina/England) - penyerang kacukan Inggeris-Filipina ini pernah bersama dengan pasukan remaja Porstmouth dan Swindon Town di Liga Inggeris. Pemain ini juga bermain di Liga Filipina dan juga Liga Singapura.

Lee Jong Ho - penyerang berpengalaman


Pahang

Pahang menampilkan 4 orang muka baru sebagai pemain import iaitu :-

1) Bright Dike (Nigeria/USA) - Penyerang Nigeria warganegara Amerika Syarikat ini pernah juga bermain di Liga Rusia selain di Liga Amerika Syarikat
2) Mohamadou Sumareh (Gambia) - Bekas pemain tengah Terengganu, PDRM dan Perlis. Desas-desus mengatakan pemain ini bakal dinaturalisasikan kerana telah bermain selama 5 tahun dalam Liga Malaysia
3) Matheus Alves Leandro (Brazil) - penyerang muda ini dipinjamkan dari kelab Fluminese, Brazil. Selain bermain di Liga Brazil, Matheus Alves juga pernah juga dipinjamkan ke kelab Perancis, kelab Finland dan kelab Korea Selatan.
4) Heo Jae-won (Korea Selatan) - pertahanan berpengalaman yang pernah bermain di Liga Korea Selatan, Liga Qatar dan Liga UAE

Matheus Alves ketika dipinjamkan ke kelab FC Istres di Liga Perancis satu ketika dahulu


* Julius Oiboh (Nigeria) - penyerang yang pernah bermain dalam Liga Thailand dan Liga Kemboja ini disingkirkan sebelum sepakmula disebabkan masalah kesihatan
* Kiko Insa (Sepanyol) - pemain tengah berpengalaman ini pada mulanya didaftarkan sebagai pemain import tetapi telah berjaya dinaturalisasikan sebelum sepakmula. Kiko Insa mendapat kerakyatan Malaysia kerana bapanya lahir di Sabah. Kiko Insa ialah bekas pemain remaja Valencia dan pernah bermain dalam Liga Sepanyol, Liga Belgium, Liga Jerman, Liga Iceland, Liga Latvia, Liga Inggeris dan Liga Indonesia


Pulau Pinang

Reinaldo Lobo (Brazil) kekal sebagai pemain import Pulau Pinang. Pemain import baru Pulau Pinang ialah :-

1) Diogo Fereirra (Australia/Portugal) - bekas pemain tengah remaja Porto ini lahir di Australia. Sebelum ke Pulau Pinang, pemain ini bermain di Liga Portugal, Liga Australia dan Liga Indonesia.
2) Nigel Dabinyaba (Papua New Guinea) - penyerang sayap PNG ini juga pernah bermain di Liga Australia dan Liga New Zealand
3) Andy Russell (Hong Kong/England) - pemain pertahanan naturalisasi Hong Kong ini pernah bermain di Liga Inggeris dan Liga Hong Kong

Diogo Fereirra bersama skuad Olimpik Australia


Melaka United

Ilija Spasosevic (Montenegro) kekal sebagai pemain import Melaka United. Pemain import baru Melaka United ialah :-

1) Godwin Antwi (Ghana/Sepanyol) - bekas pertahanan remaja Liverpool ini pernah bermain dengan pasukan remaja Sepanyol. Selain di Liga Inggeris, Godwin Antwi pernah bermain di Liga Sepanyol, Liga Denmark, Liga Norway dan Liga Thailand. Di Malaysia, Godwin Antwi pernah bermain untuk DRB-Hicom.
2) Sergio Aguero (Argentina) - Ini bukan penyerang Manchester City mahupun penyerang utama Argentina. Ini ialah penyerang muda yang pernah bermain di Liga Argentina dan Liga Hungary
3) Jeon Woo-young (Korea Selatan) - pemain tengah bertahan dari Liga Korea Selatan

Godwin Antwi - bekas pemain remaja Liverpool


* Omid Nazari (Filipina/Iran) - bekas pemain tengah remaja Malmo FF dari Sweden ini terpaksa disingkirkan akibat masalah kesihatan dan kecergasan. Omid Nazari cuma pernah bermain di Liga Sweden dan Liga Filipina dan pernah juga menyarung jersi Iran dalam beberapa perlawanan persahabatan. Adiknya Amin Nazari lebih menyerlah dan sudah beberapa kali bermain untuk pasukan remaja Sweden.


PKNS

PKNS mengekalkan Gonzalo Soto (Argentina) dan Matias Jadue (Palestin/Chile) sebagai pemain import mereka. Pemain import baru PKNS ialah :-

1) Patrick Ronaldinho Wleh (Liberia) - Kembali bersama PKNS setelah dipinjamkan ke Selangor musim lepas. Selain bermain di Liga Liberia, penyerang tinggi lampai ini juga pernah bermain bersama Sime Darby
2) Lucas Espindola (Argentina) - penyerang muda ini pernah bermain di Liga Argentina dan Liga Honduras

Lucas Espindola dari All Boys Argentina



Diharapkan kualiti pemain import yang bermain dalam Liga Super Malaysia 2017 semakin baik berbanding musim lepas untuk merancakkan lagi kancah bolasepak Malaysia. Pasukan seperti JDT juga tidak mampu untuk mengekalkan pemain import terbaik mereka seperti Jorge Pereyra Diaz (masalah terma kontrak) dan Juan Martin Lucero (tawaran lumayan dan lebih baik dari kelab Mexico).

Baca : Pemain Import Liga Super Malaysia 2016








Menarik Untuk Dibaca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...