Thursday, June 18, 2015

Kejohanan Eropah Bawah 21 Tahun 2015



Sekarang ni tengah berlangsung Kejohanan Eropah Bawah 21 tahun 2015 kat Republik Czech dari 17 sampai 30 Jun 2015. Juara bertahan iaitu Sepanyol tidak turut serta sebab telah dikejutkan oleh Serbia dengan agregat 1-2 di peringkat kelayakan tempoh hari.

4 pasukan terbaik keseluruhan kejohanan ini akan layak secara automatik ke Sukan Olimpik Brazil 2016. Tapi.... sekiranya England adalah salah satu daripada 4 pasukan tu, maka pasukan ke-3 dalam setiap kumpulan akan berentap sesama sendiri untuk mendapatkan satu slot lagi ke Sukan Olimpik Brazil 2016.

Kenapa macam tu??? Sebab England tak boleh sertai untuk ke Sukan Olimpik. Diorang akan masuk Sukan Olimpik atas kapasiti Great Britain iaitu bergabung dengan Wales dan Scotland.


Republik Czech

Walaupun pemain Chelsea Tomas Kalas adalah berprofil tinggi, tetapi pemain yang baru sahaja menandatangani kontrak dengan Hoffenheim, Pavel Kaderabek dilihat lebih menonjol. Beraksi di posisi bek kanan, pemain ini rajin naik ke depan dan membuat assist kepada pemain penyerang.



Namun begitu, penyerang prolifik mereka Vaclav Kadlec yang dipinjamkan ke Sparta Prague dari Frankfurt dilihat sebagai ancaman utama dari pasukan tuan rumah ini. Pemain sayap Ladislav Krejci juga telah beberapa kali membuat penampilan dengan pasukan senior mereka.

- tampil sebagai tuan rumah


England

Terlalu kuat dan prolifik. Itulah yang boleh digambarkan kepada gandingan serangan England, Harry Kane (Tottenham Hotspurs), Saido Berahino (West Bromwich Albion) dan Danny Ings (Burnley). 



Penjaga gol Stoke City, Jack Butland adalah antara pemain pengalaman skuad England ini. Gandingan pertahanan England juga nampak ampuh dengan diketuai John Stones (Everton) dan dibantu oleh 2 orang pemain Arsenal, Carl Jenkinson dan Calum Chambers.

- tampil setelah menewaskan Croatia dengan agregat 4-2 di peringkat kelayakan


Itali

Walaupun kesemua skuad Itali ini tiada pengalaman bermain dengan skuad senior Itali, namun bakat mereka adalah luar biasa. Domenico Berardi (Juventus) dan Andrea Belotti (Palermo) adalah gandingan serangan yang mantap buat Itali.



Selain itu, salah seorang pertahanan muda terbaik Eropah baru saja menyertai Juventus dari Empoli iaitu Daniel Rugani. Mankala Stefano Sturaro (Juventus) akan mengemudi bahagian tengah Itali.

- tampil setelah menewaskan Slovakia dengan agregat 4-2 di peringkat kelayakan


Jerman

Terlalu ramai pemain berbakat dalam pasukan Jerman ini. Daripada penjaga gol sehinggalah ke bahagian penyerang. Skuad Jerman kali ini dipimpim oleh penyerang berbakat Hoffenheim iaitu Kevin Volland. Pemain Dortmund yang dipinjamkan ke Stuttgart iaitu Moritz Leitner adalah antara yang paling berpengalaman.



Bahagian gawang mereka nampak stabil dengan kehadiran Penjaga gol Barcelona, Marc-Andre ter Stegen. Matias Ginter (Dortumund) akan menjadi benteng utama pertahanan mereka sambil jentera tengah dikemudi oleh Max Meyer (Schalke)

- tampil setelah menewaskan Ukraine dengan agregat 5-0 d peringkat kelayakan


Portugal

Selain daripada bintang Sporting Lisbon yang tidak asing lagi iaitu William Carvalho, ancaman daripada Portugal adalah pemain muda mereka yang beraksi di bahagian tengah iaitu Bernardo Silva yang baru saja menandatangani kontrak tetap bersama Monaco.



Bahagian serangan Portugal juga nampak berbisa dengan gandingan penyerang Benfica Ivan Cavaleiro dan juga penyerang Malaga Ricardo Horta.

- tampil setelah menewaskan Belanda dengan agregat 7-4 di peringkat kelayakan


Denmark

Viktor Fischer (Ajax) dan Pierre Hojbjerg (Bayern Munich) adalah 2 bintang yang mengetuai skuad Denmark kali ini. Denmark juga mempunyai barisan sayap dan serangan yang ramai dan boleh bertukar ganti.



Di bahagian pertahanan, Denmark nampak kuat dengan kehadiran Frederik Sorensen (Juventus) dan Jannik Vestergaard (Werder Bremen). Pemain muda Fulham, Lasse Christiansen akan membantu Pierre Hojbjerg di bahagian tengah.

- tampil setelah menewaskan Iceland berdasarkan peraturan gol tempat lawan setelah agregat terikat 1-1 di peringkat kelayakan


Sweden

Kelebihan pasukan Sweden kali ini ialah separuh daripada mereka mempunyai pengalaman mewakili skuad kebangsaan Sweden. Kapten pasukan Oscar Hiljemark yang beraksi bersama PSV Eindhoven adalah pemain paling berpengalaman dibantu oleh bekas pemain muda Bayern Munich Oscar Lewicki mengemudi bahagian tengah.



Penyerang berbahaya John Guidetti nampak berbahaya apabila bergandingan dengan penyerang Bordeaux, Isaac Kiese Thelin. Selain daripada mereka, gandingan Mikael Ishak (Randers FC) dan juga Branimir Hrgota (Monchengladbach) boleh diharapkan.

- tampil setelah mengejutkan Perancis dengan agregat 4-3 di peringkat kelayakan


Serbia

Bintang utama yang mengetuai Serbia kali ini ialah Filip Duricic (Benfica) dan Milos Jojic (Dortmund).



Namun begitu, Serbia bakal terasa kehilangan bintang-bintang utama lain yang tidak dapat menyertai skuad mereka kali ini iaitu Matija Nastasic (Schalke), Lazar Markovic (Liverpool) dan penyerang prolifik Anderlecht, Aleksandar Mitrovic.

- tampil setelah mengejutkan juara bertahan Sepanyol dengan agregat 2-1 di peringkat kelayakan


Di atas kertas, England dilihat berpeluang besar untuk memenangi trofi kali ini. Namun begitu, Itali dan Jerman sudah pasti tidak akan memberikan England laluan yang mudah untuk muncul sebagai juara. Pasukan Portugal juga pasti mengintai peluang untuk sama-sama menjadi pasukan pilihan.




No comments:

Post a Comment

Pandangan Anda Amat Dihargai :)

Menarik Untuk Dibaca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...