Showing posts with label Malaysia - Shah Alam. Show all posts
Showing posts with label Malaysia - Shah Alam. Show all posts

Saturday, March 17, 2018

Pengalaman Uji Bakat Suara Upin & Ipin



Dapat lah jugak merasa temankan anak-anak untuk pergi ujibakat suara Upin & Ipin. Selama ni tengok kat TV je Upin & Ipin... lepas tu budak-budak ni bukak youtube tengok siapa pemilik suara kartun yang terkenal ni... hehe.. Sebagai ibu bapa... kita lebih tahu dan kenal tahap mana kemampuan anak kita dalam apa jua perkara... tapi yang penting pengalaman tu mahal.. betul tak?!

Nampak iklan kat FB berkenaan ujibakat suara ni... macam best je... kena try ni... why not? Tapi syaratnya ialah umur 7 hingga 9 tahun sahaja... nampaknya Hannah sorang je yang boleh. Tarikh ujibakat 25 Februari 2018... tapi skrip untuk peserta berlatih release di FB pada 24 Februari 2018 lebih kurang 10 malam... bagus jugak macam ni... takdelah semua peserta beriya praktis

Gigih jugak awal pagi gerak dari Cheras ke Shah Alam... jauh perjalanan luas pengalaman katanya.... hehe... Sampai di pejabat Les Copaque, kami terus breakfast di kedai berhampiran... Eksaited ler budak-budak nampak bangunan Upin & Ipin depan mata

Bergambar kenangan di hadapan bangunan Les Copaque Production Sdn Bhd

Lepas breakfast pergi ke tempat pendaftaran... antara yang terawal jugak sampai sebab dapat no 14 dan 15. Nak cuba daftarkan kakak jugak walaupun terlebih umur... dengan alasan kakak lahir bulan Disember... namun apakan daya... misi tak berjaya... macam sedih je kakak tapi dia ok...

Hannah konpem lepas sebab umurnya 8 tahun... Hasya pulak umur 6 tahun... cuba daftarkan dia tapi tak boleh... kakak bahagian pendaftaran cakap budak-budak kena pandai baca... dia tanya Hasya... adik pandai baca??? Terus Hasya angguk kepala dengan sebanyak-banyaknya... haha... Akhirnya berjaya daftarkan Hasya...

Hannah dan Hasya bersiap sedia untuk diujibakat
Ramai orang kat ruang menunggu... peserta yang dah nak sampai nombor gilirannya akan duduk di tempat yang disediakan... Kat dinding pun ada tampal skrip ayat...kalau ada orang yang masih nak berlatih. Boleh nampak lah ada parent yang terlalu bersungguh-sungguh latih anak mereka untuk berjaya ujibakat ni dan ada yang biasa-biasa je... dapat Alhamdulillah... tak dapat its ok dan move on... hehe...




Sambil menunggu sempat jugak borak dengan sorang brader yang dah kerja dengan Les Copaque selama 12 tahun... Ujibakat suara sebelum ni dia kata 3-4 tahun yang lepas... masa tu tak buat had umur... dari pagi sampai malam baru habis ujibakat. Tahun ni buat had umur... barulah tak ramai sangat orang.... dalam pukul 3 petang boleh habis dia kata..

Hanya 2 orang je boleh masuk ke dalam untuk tengok anak ujibakat sebab ruang agak kecil. Gilir-gilir masuk tengok Hannah dan Hasya beraksi. Hmmm.... keras dan kaku pulak diorang bila kena suruh buat suara watak-watak... Adoyaiii... takpelah bukan rezeki korang kat sini anak-anak... Selesai ujibakat suara diorang cakap peserta yang berjaya akan dihubungi melalui telefon... hehe




Terus bergerak ke sekolah si abang di Cheras sebab ada mesyuarat Agong PIBG... Dalam kereta tak sudah sudah diorang ni tak puas hati... ingatkan tak puas hati sebab apa, rupa-rupanya ada budak perempuan Cina yang dah besar... mungkin umur 12 atau 13 tahun... datang ujibakat untuk buat suara Mei Mei... cuba untuk justifikasikan konsep "general rule" dan "exception"... ialah mungkin tak ramai boleh buat suara Mei Mei... dan maybe jugak diorang ni jemputan khas... tetapi tetap tak berjaya untuk yakinkan diorang... haha... budak-budak kan?

Oh ye... kepada yang berjaya pada ujibakat suara ni tahniah ye kami semua ucapkan! Jumpa lagi kita untuk bercerita pengalaman yang lain....




Tuesday, December 9, 2014

Kenapa Anak Muda Zaman Sekarang Sanggup Meleburkan RMxx,xxx Untuk Dr Azizan Osman - Part 3



SELAMAT PAGI SHAH ALAM!


Day 3 - 30.11.2014

Hari terakhir program bermula.... Setelah breakfast di hotel, kami pergi ke SACC. Setelah parking di Anggerik Mall kami berjalan kaki ke SACC. Kami tiba agak lewat sehingga terlepas tarian "bara bara bere bere". Maklumlah nak packing lagi dan lepas tu check out hotel lagi...


Program pagi ini dimulakan dengan sedikit briefing daripada Haji Zafrul seorang akauntan berpengalaman berkenaan dengan asas-asas pengurusan sebuah syarikat daripada sekecil-kecil maklumat hinggalah ke sebesar-besar maklumat. Baru juga ku faham kenapa ada businessman akan tukar kereta setahun sekali.

FB Dr Azizan Osman

Haji Zafrul juga menekankan betapa pentingnya membayar cukai untuk membina kredibiliti sebagai seorang yang boleh dipercayai dari segi kewangan. Aku pun decide untuk join kelas Intensive Business Coaching (IBC) di bawah kendalian Haji Zafrul yang akan diadakan pada 13 hingga 14 Disember akan datang.


Sesi berikutnya adalah daripada Encik Zul dari ABC Mediaworks yang telah design brand Dr Azizan Osman dan juga Richworks. Oooo ye... masa hari pertama dulu semua peserta dikehendaki bagi name card masing-masing, kononnya ada hadiah best masa hari terakhir.



Wahh... memang betul best lah surprise daripada diorang ni... Rupa-rupanya daripada beribu-ribu name card yang diberikan, dia pilih satu yang paling cikai dan banyak mistake dari segi marketing, lepas tu dia transform jadi name card yang sangat hebat!


Name card yang terpilih tu, pemiliknya buat service air cond kat JB. Menjerit kekaguman satu dewan melihatkan name card baru yang sudah ditransform. Jadi semua artwork... bukan saja name card, tapi artwork-artwork yang berkiatan juga diorang dapat secara percuma daripada ABC Mediaworks.


Tak cukup dengan tu lagi... ada lagi kejutan kedua. Rupa-rupanya bukan satu name card terpilih, tapi ada name card kedua yang terpilih. Mereka yang terpilih ni adalah suami isteri yang buat bisnes bawa orang pergi umrah/ziarah. Menangis-nangis kegembiraan si isteri apabila melihat name card mereka dah ditransform menjadi lebih professional dan hebat!


Kelas Dr Azizan Osman bersambung semula sehingga waktu makan tengah hari. Waktu makan tengah hari kali ni kami makan KFC jer di PKNS Shah Alam. Kelas sesi petang juga diteruskan sehingga pukul 5.00 petang dan semua orang pulang ke sarang masing-masing.



Tempat makan selama 3 hari berturut-turut


Banyak sangat ilmu yang dapat dikutip sepanjang 3 hari program berjalan. Sebanyak mana ilmu yang dipelajari pun kalau tak dipraktikkan secepat mungkin, tak berguna juga. Proses belajar tidak berhenti setakat di situ sahaja. Ia berlanjutan selagi mana kita amalkan ilmu yang dipelajari.


Dapat otak pemikiranku berligat untuk memikirkan program-program yang selanjutnya untuk disertai seperti Master Your Business (MYB), Train the Trainers (TTT), Rahsia Minda JUtawan (RMJ) dan banyak lagi. Sehingga hari ketiga ini baru kufaham kenapa Anak Muda Zaman Sekarang Sanggup Meleburkan RMxx,xxx Untuk Dr Azizan Osman.


SELAMAT TINGGAL SHAH ALAM! 


Pengalaman Program Dr Azizan Osman Part 1

Pengalaman Program Dr Azizan Osman Part 2




Semoga bermanfaat kepada semua!
==================
Lin Chalo & Mohd Alizal,
Health Consultant &
Business Mentor
014.338.6810 - Lin
012.401.6683 - Alizal
==================


Thursday, December 4, 2014

Kenapa Anak Muda Zaman Sekarang Sanggup Meleburkan RMxx,xxx Untuk Dr Azizan Osman - Part 2



SELAMAT PAGI SHAH ALAM!


Day 2 - 29.11.2014

Pengalaman Program Dr Azizan Osman diteruskan lagi pada hari kedua. Setelah breakfast di hotel, kami bergegas ke SACC. Seperti dijangka memang tiada parking yang kosong, tapi kali ini kami parking di Anggerik Mall, takdelah jauh sangat dengan SACC.... 5 minit berjalan dah pun sampai.


Macam biasa... tarian "bara-bara bere-bere" dulu, membaca ikrar dan kelas dimulakan dengan celotehan Dr Azizan Osman berkenaan beberapa perkara berbangkit dan juga mengulangi rules and regulations sepanjang program berjalan.


Antara isu yang cuba dijelaskan ialah tarian "bara-bara bere-bere", kenapa perlu berdiri atas kerusi, kenapa perlu tepuk tangan kuat-kuat beserta suara dan banyak lagi. Korang nak tahu apa penjelasan Dr Azizan Osman? Korang join jer program diorang nanti taulah jawapannya.


Peserta MMM ni takdelah seramai program IMKK di Stadium Melawati sebanyak 6,000 orang dan IMKK di Mines seramai 8,000 orang. Seperti biasa, nak masuk dewan memanglah berebut-rebut sebab masing-masing nak duduk depan. Tapi kalau IMKK memang havoc sangat sehinggakan ada peserta yang mendapatkan bantuan kesihatan sebab ramai sangat orang.

Sumber : FB Dr Azizan Osman


Sumber : FB Dr Azizan Osman


Hari ke-2 juga adalah hari yang paling ditunggu-tunggu oleh para peserta sebab masa ni lah ada diberikan 200+ tips marketing yang tip top. Bukannya kesemua 200+ tips marketing tu kena buat, Insya Allah... buat satu cara pun dah boleh berjaya. Yang penting ikut contoh orang yang dah berjaya buat.... sebijik sebijik...

Bergambar kenangan bersama isteri


Kami semua dilepaskan agak lewat sikit untuk makan tengah hari kerana terlalu banyak input yang perlu diberikan di pagi hari. Seperti biasa, kami mencari tempat makan di dalam PKNS Shah Alam. Kami juga akan solat di PKNS Shah Alam kerana tidak cukup ruang untuk solat di SACC.


Peserta Super Premium lunch di tempat yang disediakan di SACC

Kembara menuntut ilmu diteruskan lagi di sebelah petang. Kalau diikutkan... memang dah tepu kepala otak ni, tapi bila difikirkan betapa berharganya ilmu yang dituntut sekarang, digagahkan juga diri ini. Dr Azizan Osman juga sangat gigih dalam mencurahkan ilmu kepada kami semua walaupun keadaan kesihatan dan suara beliau tidak berapa baik pada ketika ini.


Antara sikap beliau ialah akan mengarahkan semua peserta berdiri, jika ada yang tertidur... semuanya untuk memastikan semua orang memberikan tumpuan dalam kelas. Sering memastikan adanya interaksi dalam kelas walaupun jumlah peserta yang agak ramai. Beliau juga sangat tegas kepada peserta yang tidak mengikut tunjuk ajar beliau dengan serta merta.


Kelas petang berakhir lebih kurang jam 5.30 petang. Setelah selesai solat Asar kami makan malam lebih awal kerana kelas malam akan bermula jam 8.00 malam. Kami memilih untuk makan malam di Ayam Penyet Sumatera, PKNS Shah Alam.


Ihsan : Handphone Ainul Malik


Selesai solat maghrib di PKNS Shah Alam, kami bergegas ke SACC. Walaupun hujan lebat, kami redah jua.


Kelas malam agak menyeronokkan kerana inilah sesi "hot seats". Hot seats ni adalah sharing moment peserta-peserta lama program Dr Azizan Osman yang telah kaya dan berjaya. Sesi ini juga dikendalikan oleh Dato' Roslan Ab Hamid dan juga Saudara Afdlin Shauki. Seramai 15 orang telah berkongsi kejayaan mereka kepada semua peserta MMM malam itu.

Sumber : FB Dr Azizan Osman

Sumber : FB Douglas Su

Secara ringkasnya mereka adalah seperti berikut :-

1. Fiona Tahir -  seorang perunding kewangan yang mempunyai jualan kumpulan sebanyak 170 juta setahun.

2. Junaidy Abu Bakar - suami kepada Puan Anis, pengasas Anis Moist Choc yang bakal mencapai target jualan tahun 2014 sebanyak RM8 juta.

3. Eida Hasan - salah seorang jutawan online untuk pelbagai produk

4. Puan Aida - pengasas AIDAQ Services & Traders dengan sales hampir RM3 juta setahun.

5. Dr Aslan Bacho - telah mempunyai 6 buah klinik di bawah kendalian beliau.

6. Ummu Habibah - pengasas Muslimah4u.com yang kini menjana pendapatan sebanyak lebih kurang RM300,000.00 sebulan.

7. Raja Safuan - insan istimewa yang merupakan pengasas perniagaan internet ExtremeTech. Perniagaan beliau meningkat sebanyak 500% setelah menyertai program Dr Azizan Osman.

8. Ernayanee - pengasas oshien2u.com yang menjana pendapatan RM300,000.00 sebulan

9. Puan Azliza - Pembekal utama manik di GM Klang di bawah syarikat Othman Ali Sdn Bhd dengan hasil jualan sebanyak RM200,000.00 sebulan.

10. Mohd Khuzaimie - anak muda bekas buruh kasar yang kini CEO di Parota Rich

11. Tengku Shaheela - pengasas Zacheela

12. Baharom Ahmad dan Douglas Soo - rakan kongsi yang mempunyai 20 homestay di Melaka dan juga pengasas kepada Celop Celop

13. Keyn Aziz - perunding hartanah


Selepas mendengar sharing moments semasa hot seats ni, baru kufaham kenapa Anak Muda Zaman Sekarang Sanggup Meleburkan RMxx,xxx Untuk Dr Azizan Osman. Anak Muda seperti ini mempunyai pemikiran dan tindakan yang luar biasa sehingga RMxx,xxx mereka dileburkan begitu sahaja untuk mendapatkan hasil yang berganda-ganda di masa akan datang.


Kami semua hanya pulang pada jam 12.30 tengah malam. Sebelum ke hotel, aku sempat minum-minum dengan isteri di kedai mamak. Kepala pun masih ligat berpusing tentang potensi-potensi perniagaan yang bakal diceburi selain daripada bisnes yang sedia ada.


Jumpa lagi dalam sambungan pengalaman ini di Part 3 nanti...


SELAMAT MALAM SHAH ALAM! 



Semoga bermanfaat kepada semua!
==================
Lin Chalo & Mohd Alizal,
Health Consultant &
Business Mentor
014.338.6810 - Lin
012.401.6683 - Alizal
==================


Tuesday, December 2, 2014

Kenapa Anak Muda Zaman Sekarang Sanggup Meleburkan RMxx,xxx Untuk Dr Azizan Osman - Part 1



Alhamdulillah... Syukur...

Dah 3 hari berkampung di Shah Alam, lebih tepat lagi di Shah Alam Convention Centre untuk menyertai program Dr Azizan Osman iaitu program Millionaire Marketing Mastery (MMM) yang diadakan pada 28 hingga 30 November yang lalu.



Program MMM ni adalah 1st program yang aku join bawah Dr Azizan Osman. Klinik Usahawan aku tak pernah join, program Intensif Magnet Kekayaan dan Kejayaan (IMKK) pun aku tak pernah join lagi. Program MMM ni juga adalah gabungan daripada program Advance Marketing Power (AMP) dan program Intensif Jutawan Industri (IJI).


Aku pergi program ni berdua dengan isteri... selain dengan rakan-rakan bisnes yang lain. Walaupun program start hari Jumaat, sehari sebelum tu kami dah pergi lengkapkan pendaftaran di SACC. Jumaat keesokan harinya memang dijangkakan ramai sangat orang nanti.

Sticker biru bermaksud 1st time join program


Day 1 - 28.11.2014

Hari pendaftaran bermula dan berpusu-pusu manusia memenuhi SACC sedikit demi sedikit. Kami bertolak dari Cheras pada pukul 7.30 pagi dan tiba di Shah Alam pada pukul 8.30 pagi. Seperti yang dijangka tiada parking di SACC dan juga kawasan yang berhampiran. Kami tiada pilihan lain melainkan parking di Plaza Alam Sentral dan berjalan kaki ke SACC. Tak lama pun... 10 minit dah sampai SACC.

Sumber : FB Dr Azizan Osman

Sumber : FB Dr Azizan Osman

Program bawah Dr Azizan ni memang strict... masa memang kena punctual! Lepas tu, memang tak boleh ambil apa-apa gambar ataupun buat apa-apa rekod sepanjang program dijalankan. Sebab tu sebelum program bermula, Dr Azizan bagi chance kat semua orang untuk selfie dan update status masing-masing selama beberapa minit saja.




Mesti mereka ada sebab tersendiri kenapa tak boleh ambil gambar dan kenapa tak boleh buat recording. Even nota-nota dan handout pun dah clearly stated yang tak boleh nak diterbitkan semula tanpa kebenaran bertulis daripada Dr Azizan Osman. Dr Azizan Osman juga ada memberitahu semua rules ni dibuat setelah dia consult dengan lawyer dia.


Oo ye... setiap kali sebelum Dr Azizan Osman masuk untuk memulakan kelas, aktiviti memanaskan badan akan dimulakan dengan tarian "bara-bara bere-bere" yang dikendalikan oleh saudara Aizzuan Ali iaitu Marketing Manager di Richworks International Sdn Bhd.

Sumber : Aizzuan Ali twitter's profile

Off course tak semua orang bersetuju dengan tarian "bara-bara bere-bere" ni... maklumlah macam dangdut ada, macam lagha pun ada.... ditambah pula dengan lampu-lampu neon yang indah di sana sini dah macam dalam kelab pun ada... hehe.... Dan semestinya diorang ada justification kenapa kena buat tarian "bara-bara bere-bere" ni...


Dalam dewan kami semua telah diasingkan tempat duduk... Lelaki duduk sebelah kiri dan perempuan duduk sebelah kanan. Off course siapa yang sign up untuk pakej Super Supreme dapat duduk depan sekali.


Apa ye kandungan program hari pertama? Kalau korang nak tahu join sendirilah... tak aci kalau aku bagitau kat sini.... hehe.... Yang penting setiap kali sebelum kelas bermula semua orang kena baca ikrar dimana antara kandungannya ialah untuk menjadi "pakar pemasaran yang hebat!"


Kelas break awal sikit sebab solat jumaat. Kami pergi lunch di kedai makan nasi campur yang terletak dalam Masjid Shah Alam. Selepas makan, kami menunaikan solat jumaat dan kembali ke SACC.


Kelas bersambung di sebelah petang dan tamat lebih kurang pukul 5.30 petang. Setelah selesai solat Asar kami pergi makan malam lebih awal sebab kelas malam start pukul 8.00 malam. Kami makan di salah sebuah kedai di PKNS Shah Alam. Bagi mereka yang dah sign up untuk Super Supreme makanan telah termasuk dalam pakej dan mereka makan dengan tenangnya dalam SACC.


Sebelum solat Maghrib... aku patah balik ke Plaza Alam Sentral untuk ambil kereta dan alihkan parking ke SACC. Walaupun tengah hujan dan sejuk aku redah jer... tak sanggup tengah malam nanti jalan kaki ke Plaza Alam Sentral sebab kelas confirm habis lewat. Selepas solat maghrib kami kembali ke dewan, dan kelas bermula sehinggalah pukul 11.00 malam.

Sumber : FB Dr Azizan Osman

Sejujurnya, apa yang diajar oleh Dr Azizan Osman adalah sesuatu yang mudah difahami dengan merungkai semua persoalan dan masalah yang berlaku dalam perniagaan seseorang usahawan. Beliau juga berkongsi pengalaman jatuh bangunnya perniagaan beliau. Beliau juga berkongsi kegigihan beliau menuntut ilmu pemasaran di luar negara. Semua tips-tips yang diberikan telah dipecahkan dan disebarkan dalam bentuk formula-formula yang diciptakan beliau dengan sendiri.


Antara kata-kata Dr Azizan Osman yang masih terngiang-ngiang hingga kini ialah :-


"Kita buat bisnes bukan sebab kita nak kaya, tetapi kita buat bisnes sebab nak bantu orang lain, nak permudahkan hidup orang lain, nak selesaikan masalah orang lain, nak tambah nilai hidup orang lain. Kalau kita boleh buat bisnes sebab benda ini. Jangan risau, kita terpaksa jadi kaya."



"Kalau kita nak kaya, bantu orang lain untuk jadi kaya. Lagi ramai yang kita bantu, lagi cepat kita jadi kaya."


Apa yang dikatakan oleh beliau telah mengubah persepsi aku terhadap orang yang join business dan tak suka makan gaji. Aku juga dah faham bukan semua orang buat business ni mengejar keduniaan dan kemewahan seperti tanggapan sesetengah pihak. Bukannya aku tak tahu langsung sebelum ini... tapi aku semakin jelas apa yang perlu aku lakukan untuk terus berjaya dalam business.


Selepas habis hari pertama program, kami pergi Grand Bluewave Hotel untuk bermalam di situ. Berdasarkan pengalaman-pengalaman sebelum ini, menetap di hotel adalah pilihan terbaik berbanding dengan ulang alik ke rumah untuk program-program yang padat seperti MMM ini.


Selepas hari pertama program, baru kufaham kenapa Anak Muda Zaman Sekarang Sanggup Meleburkan RMxx,xxx Untuk Dr Azizan Osman.


Jumpa lagi dalam sambungan pengalaman ini di Part 2 nanti...


SELAMAT MALAM SHAH ALAM! 


Semoga bermanfaat kepada semua!
==================
Lin Chalo & Mohd Alizal,
Health Consultant &
Business Mentor
014.338.6810 - Lin
012.401.6683 - Alizal
==================



Menarik Untuk Dibaca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...