Showing posts with label Dr Azizan Osman. Show all posts
Showing posts with label Dr Azizan Osman. Show all posts

Saturday, December 20, 2014

Intensive Business Coaching - Cara Terbaik Untuk Kembangkan Perniagaan!



Alhamdulillah... syukur, kepala otak ni dah macam full sangat dengan input-input yang diberikan dalam coaching, ditambahkan lagi dengan idea-idea baru yang entah datang secara tiba-tiba dari sumber yang tidak diketahui.


Coaching yang dimaksudkan ialah Intensive Business Coaching yang diadakan selama 2 hari pada 13 dan 14 Disember 2014 di Regency Hotel Kuala Lumpur. Coaching ini juga adalah salah satu program Richworks di bawah kendalian Dr Azizan Osman.



Regency Hotel Kuala Lumpur bukanlah sebuah hotel yang moden. Terletak di kawasan Kg Baru, KL dan berhampiran dengan Chow Kit, ini adalah antara kawasan yang paling sesak di Kuala Lumpur. Di hadapan hotel ini juga terdapat tapak pasar sementara Jalan Raja Bot yang sedang dinaiktaraf dan dijangka siap sepenuhnya pada tahun 2018.


Projek naiktaraf ini menelan belanja sebanyak lebih kurang RM200 juta dengan harapan apabila siap sepenuhnya akan kelihatan seperti Queen Victoria Market di Melbourne Australia. Selain daripada kedai-kedai makan dan kedai jamu di sana sini, kawasan ini juga dikenali sebagai "Mini Acheh".

Queen Victoria Market, Melbourne, Australia





Pendaftaran dibuka seawal 7 pagi, walaupun secara tentatifnya program akan bermula jam 9 pagi. Dalam tempoh 2 jam itu, para peserta seramai lebih kurang 600 orang akan berkenalan sesama sendiri dan membina networking dengan saling berkongsi kepakaran bisnes masing-masing.


Secara ringkasnya program 2 hari ni berkisar kepada perbezaan membuat bisnes secara Enterprise dan Sdn Bhd samada dari segi jangka hayat, skala perniagaan, percukaian, liabiliti dan banyak lagi. Nak tahu lebih detail kenalah join sendiri program ni ye......



Hari pertama tidak banyak interaksi dan tidak banyak soalan yang ditanya oleh para peserta kepada kedua-dua orang speaker. Mungkin kerana masing-masing cuba untuk fokus pada point-point yang cuba disampaikan oleh speaker.


Akan tetapi, para peserta kelihatan bertenaga dan penuh dengan idea-idea pada hari ke-2. Pelbagai soalan telah diajukan kepada speaker-speaker tanpa putus, sehinggakan tidak cukup masa. Soalan dan jawapan yang telah diberikan secara terbuka juga sangat membantu kepada hadirin lain yang turut mendengar.


Boleh dikatakan kawasan sekitar Regency Hotel Kuala Lumpur ni adalah syurga makanan. Macam-macam jenis makanan dihidangkan khususnya makanan selera Indonesia. Hari pertama kami makan di warong sebelah hotel jer. Sayur pecal dan kari itik!!! Hari kedua pula kami makan di Restoran Nasi Padang Garuda yang menyediakan masakan Minang.



Program di sebelah petang tamat lebih kurang jam 6 petang. Kebanyakan peserta pulang ke rumah masing-masing kerana kebanyakan daripada mereka dari Lembah Kelang. Hanya segelintir saja yang tidur di Regency Hotel Kuala Lumpur dan juga di kawasan hotel lain yang berhampiran.


Yang penting, jangan tangguhkan tindakan kita. Terus amalkan apa-apa ilmu yang kita terima secepat mungkin. Ini adalah resepi orang yang berjaya. Terpulang pada kita samada untuk ikut ataupun tidak.






Tuesday, December 9, 2014

Kenapa Anak Muda Zaman Sekarang Sanggup Meleburkan RMxx,xxx Untuk Dr Azizan Osman - Part 3



SELAMAT PAGI SHAH ALAM!


Day 3 - 30.11.2014

Hari terakhir program bermula.... Setelah breakfast di hotel, kami pergi ke SACC. Setelah parking di Anggerik Mall kami berjalan kaki ke SACC. Kami tiba agak lewat sehingga terlepas tarian "bara bara bere bere". Maklumlah nak packing lagi dan lepas tu check out hotel lagi...


Program pagi ini dimulakan dengan sedikit briefing daripada Haji Zafrul seorang akauntan berpengalaman berkenaan dengan asas-asas pengurusan sebuah syarikat daripada sekecil-kecil maklumat hinggalah ke sebesar-besar maklumat. Baru juga ku faham kenapa ada businessman akan tukar kereta setahun sekali.

FB Dr Azizan Osman

Haji Zafrul juga menekankan betapa pentingnya membayar cukai untuk membina kredibiliti sebagai seorang yang boleh dipercayai dari segi kewangan. Aku pun decide untuk join kelas Intensive Business Coaching (IBC) di bawah kendalian Haji Zafrul yang akan diadakan pada 13 hingga 14 Disember akan datang.


Sesi berikutnya adalah daripada Encik Zul dari ABC Mediaworks yang telah design brand Dr Azizan Osman dan juga Richworks. Oooo ye... masa hari pertama dulu semua peserta dikehendaki bagi name card masing-masing, kononnya ada hadiah best masa hari terakhir.



Wahh... memang betul best lah surprise daripada diorang ni... Rupa-rupanya daripada beribu-ribu name card yang diberikan, dia pilih satu yang paling cikai dan banyak mistake dari segi marketing, lepas tu dia transform jadi name card yang sangat hebat!


Name card yang terpilih tu, pemiliknya buat service air cond kat JB. Menjerit kekaguman satu dewan melihatkan name card baru yang sudah ditransform. Jadi semua artwork... bukan saja name card, tapi artwork-artwork yang berkiatan juga diorang dapat secara percuma daripada ABC Mediaworks.


Tak cukup dengan tu lagi... ada lagi kejutan kedua. Rupa-rupanya bukan satu name card terpilih, tapi ada name card kedua yang terpilih. Mereka yang terpilih ni adalah suami isteri yang buat bisnes bawa orang pergi umrah/ziarah. Menangis-nangis kegembiraan si isteri apabila melihat name card mereka dah ditransform menjadi lebih professional dan hebat!


Kelas Dr Azizan Osman bersambung semula sehingga waktu makan tengah hari. Waktu makan tengah hari kali ni kami makan KFC jer di PKNS Shah Alam. Kelas sesi petang juga diteruskan sehingga pukul 5.00 petang dan semua orang pulang ke sarang masing-masing.



Tempat makan selama 3 hari berturut-turut


Banyak sangat ilmu yang dapat dikutip sepanjang 3 hari program berjalan. Sebanyak mana ilmu yang dipelajari pun kalau tak dipraktikkan secepat mungkin, tak berguna juga. Proses belajar tidak berhenti setakat di situ sahaja. Ia berlanjutan selagi mana kita amalkan ilmu yang dipelajari.


Dapat otak pemikiranku berligat untuk memikirkan program-program yang selanjutnya untuk disertai seperti Master Your Business (MYB), Train the Trainers (TTT), Rahsia Minda JUtawan (RMJ) dan banyak lagi. Sehingga hari ketiga ini baru kufaham kenapa Anak Muda Zaman Sekarang Sanggup Meleburkan RMxx,xxx Untuk Dr Azizan Osman.


SELAMAT TINGGAL SHAH ALAM! 


Pengalaman Program Dr Azizan Osman Part 1

Pengalaman Program Dr Azizan Osman Part 2




Semoga bermanfaat kepada semua!
==================
Lin Chalo & Mohd Alizal,
Health Consultant &
Business Mentor
014.338.6810 - Lin
012.401.6683 - Alizal
==================


Thursday, December 4, 2014

Kenapa Anak Muda Zaman Sekarang Sanggup Meleburkan RMxx,xxx Untuk Dr Azizan Osman - Part 2



SELAMAT PAGI SHAH ALAM!


Day 2 - 29.11.2014

Pengalaman Program Dr Azizan Osman diteruskan lagi pada hari kedua. Setelah breakfast di hotel, kami bergegas ke SACC. Seperti dijangka memang tiada parking yang kosong, tapi kali ini kami parking di Anggerik Mall, takdelah jauh sangat dengan SACC.... 5 minit berjalan dah pun sampai.


Macam biasa... tarian "bara-bara bere-bere" dulu, membaca ikrar dan kelas dimulakan dengan celotehan Dr Azizan Osman berkenaan beberapa perkara berbangkit dan juga mengulangi rules and regulations sepanjang program berjalan.


Antara isu yang cuba dijelaskan ialah tarian "bara-bara bere-bere", kenapa perlu berdiri atas kerusi, kenapa perlu tepuk tangan kuat-kuat beserta suara dan banyak lagi. Korang nak tahu apa penjelasan Dr Azizan Osman? Korang join jer program diorang nanti taulah jawapannya.


Peserta MMM ni takdelah seramai program IMKK di Stadium Melawati sebanyak 6,000 orang dan IMKK di Mines seramai 8,000 orang. Seperti biasa, nak masuk dewan memanglah berebut-rebut sebab masing-masing nak duduk depan. Tapi kalau IMKK memang havoc sangat sehinggakan ada peserta yang mendapatkan bantuan kesihatan sebab ramai sangat orang.

Sumber : FB Dr Azizan Osman


Sumber : FB Dr Azizan Osman


Hari ke-2 juga adalah hari yang paling ditunggu-tunggu oleh para peserta sebab masa ni lah ada diberikan 200+ tips marketing yang tip top. Bukannya kesemua 200+ tips marketing tu kena buat, Insya Allah... buat satu cara pun dah boleh berjaya. Yang penting ikut contoh orang yang dah berjaya buat.... sebijik sebijik...

Bergambar kenangan bersama isteri


Kami semua dilepaskan agak lewat sikit untuk makan tengah hari kerana terlalu banyak input yang perlu diberikan di pagi hari. Seperti biasa, kami mencari tempat makan di dalam PKNS Shah Alam. Kami juga akan solat di PKNS Shah Alam kerana tidak cukup ruang untuk solat di SACC.


Peserta Super Premium lunch di tempat yang disediakan di SACC

Kembara menuntut ilmu diteruskan lagi di sebelah petang. Kalau diikutkan... memang dah tepu kepala otak ni, tapi bila difikirkan betapa berharganya ilmu yang dituntut sekarang, digagahkan juga diri ini. Dr Azizan Osman juga sangat gigih dalam mencurahkan ilmu kepada kami semua walaupun keadaan kesihatan dan suara beliau tidak berapa baik pada ketika ini.


Antara sikap beliau ialah akan mengarahkan semua peserta berdiri, jika ada yang tertidur... semuanya untuk memastikan semua orang memberikan tumpuan dalam kelas. Sering memastikan adanya interaksi dalam kelas walaupun jumlah peserta yang agak ramai. Beliau juga sangat tegas kepada peserta yang tidak mengikut tunjuk ajar beliau dengan serta merta.


Kelas petang berakhir lebih kurang jam 5.30 petang. Setelah selesai solat Asar kami makan malam lebih awal kerana kelas malam akan bermula jam 8.00 malam. Kami memilih untuk makan malam di Ayam Penyet Sumatera, PKNS Shah Alam.


Ihsan : Handphone Ainul Malik


Selesai solat maghrib di PKNS Shah Alam, kami bergegas ke SACC. Walaupun hujan lebat, kami redah jua.


Kelas malam agak menyeronokkan kerana inilah sesi "hot seats". Hot seats ni adalah sharing moment peserta-peserta lama program Dr Azizan Osman yang telah kaya dan berjaya. Sesi ini juga dikendalikan oleh Dato' Roslan Ab Hamid dan juga Saudara Afdlin Shauki. Seramai 15 orang telah berkongsi kejayaan mereka kepada semua peserta MMM malam itu.

Sumber : FB Dr Azizan Osman

Sumber : FB Douglas Su

Secara ringkasnya mereka adalah seperti berikut :-

1. Fiona Tahir -  seorang perunding kewangan yang mempunyai jualan kumpulan sebanyak 170 juta setahun.

2. Junaidy Abu Bakar - suami kepada Puan Anis, pengasas Anis Moist Choc yang bakal mencapai target jualan tahun 2014 sebanyak RM8 juta.

3. Eida Hasan - salah seorang jutawan online untuk pelbagai produk

4. Puan Aida - pengasas AIDAQ Services & Traders dengan sales hampir RM3 juta setahun.

5. Dr Aslan Bacho - telah mempunyai 6 buah klinik di bawah kendalian beliau.

6. Ummu Habibah - pengasas Muslimah4u.com yang kini menjana pendapatan sebanyak lebih kurang RM300,000.00 sebulan.

7. Raja Safuan - insan istimewa yang merupakan pengasas perniagaan internet ExtremeTech. Perniagaan beliau meningkat sebanyak 500% setelah menyertai program Dr Azizan Osman.

8. Ernayanee - pengasas oshien2u.com yang menjana pendapatan RM300,000.00 sebulan

9. Puan Azliza - Pembekal utama manik di GM Klang di bawah syarikat Othman Ali Sdn Bhd dengan hasil jualan sebanyak RM200,000.00 sebulan.

10. Mohd Khuzaimie - anak muda bekas buruh kasar yang kini CEO di Parota Rich

11. Tengku Shaheela - pengasas Zacheela

12. Baharom Ahmad dan Douglas Soo - rakan kongsi yang mempunyai 20 homestay di Melaka dan juga pengasas kepada Celop Celop

13. Keyn Aziz - perunding hartanah


Selepas mendengar sharing moments semasa hot seats ni, baru kufaham kenapa Anak Muda Zaman Sekarang Sanggup Meleburkan RMxx,xxx Untuk Dr Azizan Osman. Anak Muda seperti ini mempunyai pemikiran dan tindakan yang luar biasa sehingga RMxx,xxx mereka dileburkan begitu sahaja untuk mendapatkan hasil yang berganda-ganda di masa akan datang.


Kami semua hanya pulang pada jam 12.30 tengah malam. Sebelum ke hotel, aku sempat minum-minum dengan isteri di kedai mamak. Kepala pun masih ligat berpusing tentang potensi-potensi perniagaan yang bakal diceburi selain daripada bisnes yang sedia ada.


Jumpa lagi dalam sambungan pengalaman ini di Part 3 nanti...


SELAMAT MALAM SHAH ALAM! 



Semoga bermanfaat kepada semua!
==================
Lin Chalo & Mohd Alizal,
Health Consultant &
Business Mentor
014.338.6810 - Lin
012.401.6683 - Alizal
==================


Tuesday, December 2, 2014

Kenapa Anak Muda Zaman Sekarang Sanggup Meleburkan RMxx,xxx Untuk Dr Azizan Osman - Part 1



Alhamdulillah... Syukur...

Dah 3 hari berkampung di Shah Alam, lebih tepat lagi di Shah Alam Convention Centre untuk menyertai program Dr Azizan Osman iaitu program Millionaire Marketing Mastery (MMM) yang diadakan pada 28 hingga 30 November yang lalu.



Program MMM ni adalah 1st program yang aku join bawah Dr Azizan Osman. Klinik Usahawan aku tak pernah join, program Intensif Magnet Kekayaan dan Kejayaan (IMKK) pun aku tak pernah join lagi. Program MMM ni juga adalah gabungan daripada program Advance Marketing Power (AMP) dan program Intensif Jutawan Industri (IJI).


Aku pergi program ni berdua dengan isteri... selain dengan rakan-rakan bisnes yang lain. Walaupun program start hari Jumaat, sehari sebelum tu kami dah pergi lengkapkan pendaftaran di SACC. Jumaat keesokan harinya memang dijangkakan ramai sangat orang nanti.

Sticker biru bermaksud 1st time join program


Day 1 - 28.11.2014

Hari pendaftaran bermula dan berpusu-pusu manusia memenuhi SACC sedikit demi sedikit. Kami bertolak dari Cheras pada pukul 7.30 pagi dan tiba di Shah Alam pada pukul 8.30 pagi. Seperti yang dijangka tiada parking di SACC dan juga kawasan yang berhampiran. Kami tiada pilihan lain melainkan parking di Plaza Alam Sentral dan berjalan kaki ke SACC. Tak lama pun... 10 minit dah sampai SACC.

Sumber : FB Dr Azizan Osman

Sumber : FB Dr Azizan Osman

Program bawah Dr Azizan ni memang strict... masa memang kena punctual! Lepas tu, memang tak boleh ambil apa-apa gambar ataupun buat apa-apa rekod sepanjang program dijalankan. Sebab tu sebelum program bermula, Dr Azizan bagi chance kat semua orang untuk selfie dan update status masing-masing selama beberapa minit saja.




Mesti mereka ada sebab tersendiri kenapa tak boleh ambil gambar dan kenapa tak boleh buat recording. Even nota-nota dan handout pun dah clearly stated yang tak boleh nak diterbitkan semula tanpa kebenaran bertulis daripada Dr Azizan Osman. Dr Azizan Osman juga ada memberitahu semua rules ni dibuat setelah dia consult dengan lawyer dia.


Oo ye... setiap kali sebelum Dr Azizan Osman masuk untuk memulakan kelas, aktiviti memanaskan badan akan dimulakan dengan tarian "bara-bara bere-bere" yang dikendalikan oleh saudara Aizzuan Ali iaitu Marketing Manager di Richworks International Sdn Bhd.

Sumber : Aizzuan Ali twitter's profile

Off course tak semua orang bersetuju dengan tarian "bara-bara bere-bere" ni... maklumlah macam dangdut ada, macam lagha pun ada.... ditambah pula dengan lampu-lampu neon yang indah di sana sini dah macam dalam kelab pun ada... hehe.... Dan semestinya diorang ada justification kenapa kena buat tarian "bara-bara bere-bere" ni...


Dalam dewan kami semua telah diasingkan tempat duduk... Lelaki duduk sebelah kiri dan perempuan duduk sebelah kanan. Off course siapa yang sign up untuk pakej Super Supreme dapat duduk depan sekali.


Apa ye kandungan program hari pertama? Kalau korang nak tahu join sendirilah... tak aci kalau aku bagitau kat sini.... hehe.... Yang penting setiap kali sebelum kelas bermula semua orang kena baca ikrar dimana antara kandungannya ialah untuk menjadi "pakar pemasaran yang hebat!"


Kelas break awal sikit sebab solat jumaat. Kami pergi lunch di kedai makan nasi campur yang terletak dalam Masjid Shah Alam. Selepas makan, kami menunaikan solat jumaat dan kembali ke SACC.


Kelas bersambung di sebelah petang dan tamat lebih kurang pukul 5.30 petang. Setelah selesai solat Asar kami pergi makan malam lebih awal sebab kelas malam start pukul 8.00 malam. Kami makan di salah sebuah kedai di PKNS Shah Alam. Bagi mereka yang dah sign up untuk Super Supreme makanan telah termasuk dalam pakej dan mereka makan dengan tenangnya dalam SACC.


Sebelum solat Maghrib... aku patah balik ke Plaza Alam Sentral untuk ambil kereta dan alihkan parking ke SACC. Walaupun tengah hujan dan sejuk aku redah jer... tak sanggup tengah malam nanti jalan kaki ke Plaza Alam Sentral sebab kelas confirm habis lewat. Selepas solat maghrib kami kembali ke dewan, dan kelas bermula sehinggalah pukul 11.00 malam.

Sumber : FB Dr Azizan Osman

Sejujurnya, apa yang diajar oleh Dr Azizan Osman adalah sesuatu yang mudah difahami dengan merungkai semua persoalan dan masalah yang berlaku dalam perniagaan seseorang usahawan. Beliau juga berkongsi pengalaman jatuh bangunnya perniagaan beliau. Beliau juga berkongsi kegigihan beliau menuntut ilmu pemasaran di luar negara. Semua tips-tips yang diberikan telah dipecahkan dan disebarkan dalam bentuk formula-formula yang diciptakan beliau dengan sendiri.


Antara kata-kata Dr Azizan Osman yang masih terngiang-ngiang hingga kini ialah :-


"Kita buat bisnes bukan sebab kita nak kaya, tetapi kita buat bisnes sebab nak bantu orang lain, nak permudahkan hidup orang lain, nak selesaikan masalah orang lain, nak tambah nilai hidup orang lain. Kalau kita boleh buat bisnes sebab benda ini. Jangan risau, kita terpaksa jadi kaya."



"Kalau kita nak kaya, bantu orang lain untuk jadi kaya. Lagi ramai yang kita bantu, lagi cepat kita jadi kaya."


Apa yang dikatakan oleh beliau telah mengubah persepsi aku terhadap orang yang join business dan tak suka makan gaji. Aku juga dah faham bukan semua orang buat business ni mengejar keduniaan dan kemewahan seperti tanggapan sesetengah pihak. Bukannya aku tak tahu langsung sebelum ini... tapi aku semakin jelas apa yang perlu aku lakukan untuk terus berjaya dalam business.


Selepas habis hari pertama program, kami pergi Grand Bluewave Hotel untuk bermalam di situ. Berdasarkan pengalaman-pengalaman sebelum ini, menetap di hotel adalah pilihan terbaik berbanding dengan ulang alik ke rumah untuk program-program yang padat seperti MMM ini.


Selepas hari pertama program, baru kufaham kenapa Anak Muda Zaman Sekarang Sanggup Meleburkan RMxx,xxx Untuk Dr Azizan Osman.


Jumpa lagi dalam sambungan pengalaman ini di Part 2 nanti...


SELAMAT MALAM SHAH ALAM! 


Semoga bermanfaat kepada semua!
==================
Lin Chalo & Mohd Alizal,
Health Consultant &
Business Mentor
014.338.6810 - Lin
012.401.6683 - Alizal
==================



Monday, November 24, 2014

Kenapa Orang Tidak Bersyukur Pun Boleh Jatuh Miskin?



Hati Kering adalah gelaran yang diberikan kepada orang yang tidak mempunyai hati dan perasaan ataupun dalam erti kata lain orang yang selamba ataupun "slumber". Orang yang Hati Kering ini biasanya tidak kisah apa yang berlaku di sekelilingnya.


Jadi, janganlah kita menjadi orang yang tidak bersyukur terhadap nikmat-nikmat yang kita kecapi selama ini. Mempunyai sifat Hati Kering seperti inilah yang sangat ditakuti kerana kita tidak menghargai nikmat kejayaan yang dikecapi.



Bukanlah sukar untuk menghargai nikmat kejayaan itu, cukup cuma dengan memanjatkan kesyukuran kepada Ilahi atas nikmat sementara yang dipinjamkan. Kesemua nikmat yang diberikan itu boleh ditarik pada bila-bila masa saja.


Janganlah merasakan hanya dengan usaha dan kerja keras kita semata-mata, kita mampu untuk mengecapi kejayaan yang kita inginkan. Tanpa rahmat dan izin Allah dan doa orang-orang di sekeliling, kita mungkin tidak berada di tempat kita berdiri sekarang.




Bersyukurlah.... dan terus bersyukur.... sepenuh hati kerana kita masih bernyawa, mempunyai keluarga yang bahagia dan rakan-rakan yang sentiasa positif bila bersama kita. Jika kita berjaya mencapai tahap kebebasan kewangan dan kebebasan masa, semua itu tidak bernilai jika kita tidak mampu untuk bersyukur.




Kadang-kadang baru saja diberikan nikmat yang sekelumit, kita sudah tidak bersyukur, mengeluh tidak tentu pasal dan pelbagai reaksi negatif yang lain. Belum lagi diberikan nikmat kejayaan yang besar, entah apa lagi reaksi yang tidak sepatutnya akan ditunjukkan.


Sebab itulah, tidak bersyukur adalah sebab mengapa anda tidak mencapai kebebasan masa dan kebebasan kewangan.


Kredit to Dr Azizan Osman


Semoga bermanfaat kepada semua!
==================
Lin Chalo & Mohd Alizal,
Health Consultant &
Business Mentor
014.338.6810 - Lin
012.401.6683 - Alizal
==================


Friday, November 21, 2014

Harga Sebuah Pengorbanan : Sebesar Iceberg Atau Seteguh Tembok Cina?



Semua orang nak berjaya, dan semestinya tidak ada orang yang mahu gagal. Ada yang bernasib baik lahir dalam keluarga yang hebat dan berjaya. Tetapi ada juga yang tidak bernasib baik yang dilahirkan dalam keluarga yang tidak berjaya.


Walau apa pun situasi keadaan kita, kejayaan tidak datang dengan percuma ataupun berdasarkan nasib semata-mata. Semua itu menuntutkan pengorbanan samada kita sedar ataupun tidak. Pengorbanan yang dibuat mungkin berusia beratus-ratus tahun lamanya.




Pengorbanan yang telah dibuat kadang kala hasilnya dapat dinikmati hingga beberapa generasi keturunan mereka. Itulah indahnya bila kita berjaya! Namun bagi mereka yang tidak bernasib baik, masih belum terlambat untuk kita memulakan perjalanan menuju kejayaan.




Mulakanlah niat untuk berjaya sekarang! Jangan tangguh lagi dan mudah rasa selesa dengan apa yang telah kita kecapi sekarang. Tuntutlah ilmu walaupun sampai ke negeri China. Tambah nilai diri kita dengan pelbagai ilmu yang bermanfaat. Jangan lalai dan buang masa dengan perkara-perkara remeh dan tidak berfaedah.



Bersiap sedia dan bertindak mengikut apa yang telah dirancangkan. Jangan sesekali rasa takut dan gentar untuk berkorban apa saja demi mencapai matlamat murni kita. Oleh itu, takut untuk berkorban adalah sebab mengapa anda tidak mencapai kebebasan kewangan dan kebebasan masa.


Kredit to Dr Azizan Osman


Semoga bermanfaat kepada semua!
==================
Lin Chalo & Mohd Alizal,
Health Consultant &
Business Mentor
014.338.6810 - Lin
012.401.6683 - Alizal
==================


Thursday, November 20, 2014

Alang-Alang Menyeluk Pekasam Biarlah Sampai Ke Pangkal Lengan!



Alang-alang menyeluk pekasam biarlah sampai ke pangkal lengan! Ya, ini adalah peribahasa positif yang wajar kita semua ikuti dan teladani. Jika kita buat sesuatu perkara, buatlah sampai habis dan jangan biarkannya terbiar separuh jalan.


Adalah jelas dan nyata bahawa antara sifat orang yang telah berjaya ialah memulakan sesuatu perkara dan meneruskannya sehingga habis dan berjaya. Momentum tindakan perlulah diteruskan kerana jika momentum tersebut terhenti di tengah jalan, seolah-olah kita harus bermula dari petak mula.



Adalah normal juga jika terdapat pelbagai cabaran dan rintangan sepanjang usaha kita untuk menuju kejayaan. Pelbagai ujian yang didatangkan juga cumalah bersifat sementara. Apa yang perlu dibuat ialah kuatkan semangat, cekalkan hati dan hadapai segala rintangan di hadapan dengan bijaksana.


Rintangan yang dihadapi oleh setiap orang daripada kita adalah tidak sama. Tidak dinafikan juga cabaran yang dihadapi kadang kala membuatkan kita jatuh terduduk malah ada juga yang sudah jatuh ditimpa tangga. Persoalannya adakah situasi ini meletakkan kita di kalangan orang-orang yang gagal? Tidak sama sekali!




Perniagaan yang tidak menjadi, bebanan hutang piutang yang semakin menggunung, kekangan masa, tekanan hidup, halangan daripada ahli keuarga dan sebagainya tidaklah sebesar mana jika dibandingkan dengan halangan daripada diri sendiri. Maka jangan tunggu lagi, bangun dan bangkitlah!


Pandanglah ke hadapan dimana kejayaan selalu menantikan kita. Kejayaan yang bukan bersifat sementara sebaliknya kejayaan tanpa henti yang kita impikan dan idamkan selama ini. Orang yang telah berjaya akan gembira untuk menerima cabaran kerana mereka yakin dan percaya bahawa kejayaan di hadapan mereka sangat manis untuk dikecapi.




Justeru, tidak kekalkan momentum tindakan adalah sebab mengapa anda tidak mencapai kebebasan kewangan dan kebebasan masa.


Kredit to Dr Azizan Osman


Semoga bermanfaat kepada semua!
==================
Lin Chalo & Mohd Alizal,
Health Consultant &
Business Mentor
014.338.6810 - Lin
012.401.6683 - Alizal
==================



Wednesday, November 19, 2014

Tiada Kelulusan Akademik, Duduk Rumah Jaga Anak, Pendapatan 5 Angka!



Ya, hidup adalah pilihan. Kitalah yang mencorakkan kehidupan kita samada kiri atau kanan, bawah atau atas, hitam atau putih. Jika kita mencorakkan kehidupan menggunakan aura positif maka baiklah hasilnya. Sebaliknya jika kita mencorakkan kehidupan dengan aura negatif, alangkah malangnya kita.




Sekiranya dalam keadaan terkawal, semestinya kita inginkan diri kita diselubungi dengan aura positif setiap masa dan setiap keadaan. Akan tetapi, kadang-kadang aura negatif datang dalam kehidupan kita tanpa dijemput dan dari sumber yang tidak disangka-sangka seperti musibah yang melanda keluarga dan sebagainya.




Sebaik-baiknya kawal emosi dan tenangkan fikiran dan seterusnya petik suis aura positif secepat mungkin. Ibarat nampak kotoran di pakaian, cepat-cepat kita cuci dan bersihkannya. Apa yang ditakuti, sekiranya kita terus biarkan diri dalam keadaan aura negatif, pelbagai penyakit fizikal mahupun penyakit spiritual akan datang menyerang.


Dari segi saintifik dan kesihatan juga terbukti bahawa orang yang sentiasa berfikiran negatif mahupun hidup dalam keadaan negatif amat mudah diserang dengan pelbagai jenis penyakit. Sistem imunisasi dalam tubuh menjadi lemah serta hormon-hormon sedia ada juga tidak dapat bekerja seperti biasa dan tidak menjalankan tugas mereka dengan sebaiknya.




Apabila kita diselubungi aura negatif, kita menjadi tidak kreatif, idea-idea kita tidak bernas, tidak bersemangat, tidak proaktif dan pelbagai lagi sifat negatif lain akan datang. Sifat-sifat negatif ini juga akan membataskan diri kita daripada terus maju ke hadapan.


Sebab itu, tidak hairanlah apabila semakin ramai orang yang bekerja di rumah saja tetapi menjana pendapatan sebanyak 5 angka! Ini kerana mereka sering diselubungi dengan aura positif, mempunyai semangat yang positif dan bertindak secara positif.

--> Pendapatan 5 angka dari rumah 


Oleh itu, diselubungi aura negatif sepanjang masa adalah sebab mengapa anda tidak mencapai kebebasan kewangan dan kebebasan masa.


Kredit to Dr Azizan Osman


Semoga bermanfaat kepada semua!
==================
Lin Chalo & Mohd Alizal,
Health Consultant &
Business Mentor
014.338.6810 - Lin
012.401.6683 - Alizal
==================


Friday, November 14, 2014

Orang Yang Suka Meniru Pun Boleh Berjaya



Model peranan (Role model) adalah batu asas kepada seseorang untuk dijadikan sebagai contoh tauladan dalam kehidupan orang lain dari segenap segi dan aspek. Semestinya model peranan ini adalah di sudut yang positif agar mereka jelas dengan matlamat dan tujuan mereka untuk berjaya.


Adalah suatu perkara biasa jika seseorang mempunyai lebih daripada seorang model peranan. Ini disebabkan oleh beberapa faktor antaranya ialah perbezaan bidang yang diceburi, minat dan bakat yang berbeza serta tahap kemampuan dan keupayaan yang berbeza.


Cipta Pemikiran Mereka Yang Telah Berjaya

Memilih model peranan yang tepat adalah satu kemestian agar usaha kita tidak sia-sia. Contohnya jika anda ingin berjaya dalam bidang masakan, jadikanlah Dato Chef Wan sebagai model kita. Bukan sahaja cara beliau kita ikuti tetapi juga cara beliau berfikir dan bertindak haruslah diikuti.


Justeru mencipta pemikiran orang berjaya adalah sangat penting untuk kita mencapai apa jua matlamat yang kita inginkan. Jika kebebasan kewangan yang anda pilih, carilah contoh orang yang telah berjaya dalam situasi ini. Begitu juga jika anda inginkan kebebasan masa.


Kebebasan Masa Adalah Pilihan Anda

Anda tiada pilihan lain melainkan terpaksa berjaya jika anda ingin meniru daya pemikiran model peranan yang anda pilih. Dan sudah tentu dan pasti anda akan gagal selama-lamanya jika anda tiada keinginan untuk meniru model peranan yang telah berjaya!


Oleh itu, tidak mencipta pemikiran orang berjaya adalah sebab mengapa anda tidak mencapai kebebasan kewangan dan kebebasan masa.


Kredit to Dr Azizan Osman


Semoga bermanfaat kepada semua!
==================
Lin Chalo & Mohd Alizal,
Health Consultant &
Business Mentor
014.338.6810 - Lin
012.401.6683 - Alizal
==================


Wednesday, November 12, 2014

Boss Jatuh Miskin Sebab Enggan Terima Nasihat Orang Lain



Ilmu adalah sesuatu nikmat yang tidak ternilai. Ilmu akan diperolehi apabila kita mencarinya dan menuntutnya daripada guru yang mampu memberikan penjelasan terhadap sesuatu perkara. Ilmu yang bermanfaat akan membezakan martabat antara seseorang dengan seseorang yang lain.


Tiada had masa untuk kita belajar dan menuntut ilmu. Belajarlah sehingga ke hembusan nafas yang terakhir. Hargailah ilmu yang diterima walaupun sedikit bak kata orang bijak pandai "Kalau dapat setitis ilmu, lautkanlah, Kalau dapat segumpal ilmu, gunungkanlah".


Allahyarham Dr Hamka

Setiap hari, setiap masa dan setiap keadaan kita harus mengakui bahawa kita masih kekurangan ilmu. Sikap sebegini akan menghindarkan kita daripada sikap ego dan sikap tidak menerima pandangan dan nasihat orang lain. Jika tidak, kitalah yang harus dipersalahkan kerana membataskan potensi diri kita.

Let it Go!

Berdamping dengan orang yang betul adalah sesuatu yang penting juga. Jika kita masih perlu dipimpin carilah orang yang mampu memimpin kita dan bukannya orang yang membataskan potensi diri kita dengan pelbagai alasan yang remeh temeh.



Boss vs Leader --> http://youtu.be/d0jHXn0YySw


Untuk mencapai kebebasan kewangan dan kebebasan masa yang sebenar, carilah dan tuntutlah ilmu daripada mereka yang terbukti telah berjaya. Ambil nasihat daripada mereka dan amalkan secepat mungkin untuk mengekalkan momentum kejayaan. Pilihan yang tepat adalah penting untuk anda pantas untuk berjaya dan kaya.

Choose mentors wisely

Sebab itu, ego terima nasihat orang lain adalah sebab mengapa anda tidak mencapai kebebasan kewangan dan kebebasan masa.


Kredit to Dr Azizan Osman


Semoga bermanfaat kepada semua!
==================
Lin Chalo & Mohd Alizal,
Health Consultant &
Business Mentor
014.338.6810 - Lin
012.401.6683 - Alizal
==================


Monday, November 10, 2014

Gaji Graduan Universiti Tidak Mampu Untuk Simpan Duit



Hujung bulan adalah saat-saat yang dinantikan oleh kebanyakan orang daripada kita. Pada waktu itu masing-masing akan menerima gaji hasil daripada titik peluh mereka sepanjang bulan. Walaupun kadang-kadang jumlah gaji kurang daripada RM1,000.00 namun perasaan syukur dan gembira memang tidak dapat dibayangkan.




Namun begitu, kegembiraan tersebut hanyalah bersifat sementara. Apa tidaknya, proses membayar hutang pun bermula dan wang yang tinggal hanyalah cukup-cukup untuk belanja makanan sekeluarga. Purata pendapatan isi rumah di Malaysia adalah seperti berikut :-

a) 33.6% untuk purata pendapatan melebihi RM5,000.00 sebulan
b) 27.8% untuk purata pendapatan antara RM3,000.00 hingga RM5,000.00 sebulan
c) 33.8% untuk purata pendapatan antara RM1,500.00 hingga RM3,000.00 sebulan
d) 5.0% untuk purata pendapatan kurang daripada RM1,500.00

Sumber : beritasemasa.com.my


Walau apa pun jumlah purata pendapatan mereka, jika rakyat Malaysia masih mengamalkan gaya hidup suka berhutang kerana ingin bergaya ditambah pula dengan kos sara hidup yang semakin meningkat setiap hari, mereka tidak akan mencapai kebebasan kewangan.

Berita Semasa

RM2,500 adalah standard gaji minimum graduan yang memiliki segulung ijazah. Segulung ijazah pada zaman sekarang juga masih tidak dapat menjamin untuk para siswazah mendapatkan kebebasan kewangan masing-masing.




Kenaikan inflasi negara sejak 10 tahun lepas adalah di antara 200% hingga 300%. Contohnya rumah yang berharga RM100,000.00 pada 10 tahun lepas kini bernilai RM300,000.00. Sedangkan kenaikan gaji standard di Malaysia ialah 4% setahun iaitu kira 40% sahaja untuk 10 tahun. Jika perkara ini berterusan, situasi yang membimbangkan pasti berlaku khususnya kepada mereka yang makan gaji.


Justeru, membelanjakan diri sendiri terlebih dahulu adalah langkah pertama sebagai penyelesaian masalah ini. Sumbangkanlah 10% daripada gaji anda untuk diri anda sendiri. Gunakanlah 10% daripada gaji anda untuk menambah ilmu menuju kepada kebebasan kewangan dan kebebasan masa. Jika wang tersebut dah banyak bolehlah anda laburkan untuk perniagaan ataupun hartanah.


Kurang kesedaran awal dalam perkara ini khususnya para graduan yang baru memasuki alam kerjaya telah menyebabkan mereka gagal menguruskan kewangan mereka. Sebaliknya mereka terjebak dengan rakan-rakan sebaya yang mengamalkan sikap "biar papa asalkan bergaya". Apabila hutang tidak terbayar, mereka terjerumus sebagai golongan yang muflis di usia yang sangat muda.




Bertindak sekarang adalah jawapannya. Tidak bayar diri sendiri dahulu adalah sebab mengapa anda tidak mencapai kebebasan kewangan dan kebebasan masa.


Kredit to Dr Azizan Osman


Semoga bermanfaat kepada semua!
==================
Lin Chalo & Mohd Alizal,
Health Consultant &
Business Mentor
014.338.6810 - Lin
012.401.6683 - Alizal
==================


Sunday, November 9, 2014

Orang Poyo Boleh Meramal Masa Depan?



Alangkah indahnya jika semua impian kita menjadi kenyataan. Kebanyakan orang tidak berjaya mencapai impian kerana mereka telah mengecilkan keupayaan dan kapasiti mereka sendiri. Sepatutnya impian dikekalkan sebagai impian tetapi kita berusaha untuk membesarkan kapasiti dan keupayaan kita untuk menggapai impian tersebut.




Salah satu caranya ialah dengan "visualised" setiap impian kita. Impian juga haruslah realisitik dan tidak mustahil. Nampak apa yang diinginkan dan diimpikan akan membuatkan semangat kita membara dan berkobar-kobar dan seterusnya kita berusaha untuk membesarkan keupayaan kita untuk mencapai impian tersebut.


"Visualised" impian bukanlah bermaksud kita boleh meramal masa depan sepertimana dakwaan sesetengah pihak. Sebaliknya orang yang inginkan kejayaan akan membayangkan dengan penuh bersungguh-sungguh masa depan yang diinginkan dan diimpikan. Apabila tiba masa yang ditetapkan kejayaan itu sudah ada dalam genggaman sepertimana yang dibayangkan!


Papan visi (vision board) adalah formula rahsia untuk kita mengejar impian untuk bebas kewangan dan bebas masa. Letaklah Papan visi kita itu di tempat yang mudah dilihat oleh kita. Ya... sesetengah orang akan memperlekehkan cara ini. Sesetengah orang juga akan mengatakan kita poyo, angan-angan mat jenin, mengejar keduniaan dan sebagainya. 


Vision Board


Tunggu dan lihatlah suatu masa apabila kita telah bejaya mencapai impian dan mereka yang memperlekehkan kita masih di takuk lama. Adakah mereka masih ingin menggelar kita poyo atau mat jenin? Adakah kita masih dikatakan mengejar keduniaan sedangkan kita boleh membantu orang lain dengan kebebasan kewangan yang kita perolehi?


Papan visi mampu menambahkan keyakinan dan menghapuskan kepercayaan karut 'mustahil' secara separa sedar. Ini adalah formula orang-orang yang telah berjaya. Secara tidak langsung juga Papan visi membantu untuk membuang unsur negatif dalam kita serta menambahkan unsur positif untuk menuju kejayaan!



Mulakanlah sekarang dan bertindak dengan bijak. Tidak nampak apa yang diimipikan adalah sebab mengapa anda masih tidak mencapai kebebasan kewangan dan kebebasan masa.


Kredit to Dr Azizan Osman



Semoga bermanfaat kepada semua!
==================
Lin Chalo & Mohd Alizal,
Health Consultant &
Business Mentor
014.338.6810 - Lin
012.401.6683 - Alizal
==================


Menarik Untuk Dibaca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...