Showing posts with label Vivix. Show all posts
Showing posts with label Vivix. Show all posts

Wednesday, June 21, 2017

Vivix - Minuman Botani Yang Lazat



Penuaan Sihat - Rasa lebih muda, lebih sihat. Alami hidup yang lebih bermakna, bahagia dan bertenaga.

Minuman botani lazat yang mengandungi campuran botani khas Shaklee termasuk ekstrak Polyganum Cuspidatum, Anggur Muscadine, Eldeberi Eropah dan Lobak Ungu. *

Anggur Muscadine yang sukar didapati


Keistimewaan Shaklee

Campuran proprietari saintifik termaju kami adalah berasaskan anggur muscadine - salah satu buah-buahan semulajadi yang sukar diperolehi dan paling berkuasa. Anggur muscadine mengandungi rangkaian lengkap polifenol yang ditemui dalam anggur lain. Tidak seperti anggur lain, muscadine mengandungi pekatan luar biasa asid alegik dan elagitanin yang apabila digabungkan dengan polifenol lain, menghasilkan kuasa antioksidan yang sangat hebat.

Di Shaklee, kami memanfaatkan keberkesanan anggur muscadine ini ke dalam setiap botol Vivix menggunakan proses pengekstrakan berpaten untuk mendapatkan kepekatan yang tinggi dan mengekalkan bioaktif polifenol.

#10320/150ml/30 hidangan

Saranan penggunaan : Goncang sebelum guna. Minum 1 sudu teh secara terus atau campurkan dengan minuman kegemaran anda. Sedap dihidangkan sejuk. Simpan dalam peti sejuk.

Kandungan nutrisi dalam Vivix


* Produk-produk ini tidak bertujuan untuk membuat diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.

Klik sini >>> TANYA.WASAP.MY <<< untuk sebarang pertanyaan

Like dan Follow FB : Kedai Vitamin Cheras Kajang

Semoga bermanfaat kepada semua!

Tuesday, August 23, 2016

Summer In Orlando, Florida, USA - Part 2



Nak cerita sikit pasal hotel tempat para delegasi ni menginap... agak "cultural shock" jugak bila 1st time diorang sampai. Dah ler hotel sangat besar.... untuk mengelakkan kepanasan melampau sepanjang tahun yang biasa dialami di Orlando, Florida ni... bangunan hotel ni ditutup dengan dinding kaca dan ada aircond di keseluruhan hotel ni

Rumah/Apartment Percutian Untuk Disewa Di USA

Pemandangan dari salah sebuah bilik para delegasi

Bukan setakat itu jer.... kawasan hotel ni agak redup disebabkan beberapa pokok yang ditanam dan dibiarkan hidup di dalam hotel selain daripada beberapa ekor alligator yang memeriahkan "taman" dalam hotel ni...

Ini adalah alligator sebenar ye... dan masih hidup....


6.8.2016 - Day 4

SELAMAT PAGI ORLANDO, FLORIDA!

Hari ni hari Sabtu.... suhu di Orlando ialah 33 C....

Breakfast pagi ni agak eksklusif sebab semua delegasi berpeluang untuk bersarapan dengan CEO Shaklee Incorporation iaitu Mr Roger Barnett. Sarapan dibuat di Orange Blossom Ballroom yang terletak di dalam kawasan hotel.

Bergambar kenangan setelah selesai sarapan

Setelah sarapan.... para delegasi bergambar ramai-ramai atau group photo di "Market Square" yang terletak dalam kawasan hotel. Group photo macam ni adalah sebagai tanda atau landmark untuk mana-mana trip yang dibuat oleh Shaklee sebagai kenang-kenangan

Group photo di kawasan hotel

Kemudian para delegasi menaiki bas menuju ke pusat konvensyen untuk menantikan acara seterusnya di hari terakhir persidangan ni. Setibanya di pusat konvensyen kebanyakan delegasi mengambil peluang untuk membeli belah di dalam pusat konvensyen. Kebanyakan barang yang dijual ialah barang-barang atau merchandise yang ada logo Shaklee yang sangat sesuai digunakan sebagai hadiah kepada kumpulan bisnes masing-masing

Pada waktu tengahari, para delegasi menikmati juadah yang disediakan di pusat konvensyen sebelum meneruskan sesi terakhir pada waktu petang. Sesi waktu petang ini menampilkan bekas angkasawan dari NASA iaitu adik beradik kembar Scott dan Mark Kelly.

Master Rohaya dan suami bergambar bersama dengan angkasawan kembar

Scott Kelly dan Mark Kelly kedua-duanya adalah antara bekas angkasawan yang telah dipilih oleh NASA untuk misi angkasa lepas. Semasa berada di angkasa lepas, mereka mengambil suplemen Shaklee untuk memastikan tubuh badan mereka sentiasa sihat dan lengkap dengan pelbagai nutrisi penting dalam badan. Kata mereka lagi misi angkasa lepas sangat lama.... kalau kerap sakit mereka gagal!

Sesi forum dengan angkasawan yang diadakan semasa persidangan

Hubungan antara Shaklee dan NASA bermula sejak tahun 1993 lagi... apabila NASA approach Shaklee untuk mendapatkan makanan terbaik untuk diberikan kepada angkasawan mereka yang mengadakan misi panjang di angkasa lepas



Berakhirlah sudah persidangan antarabangsa Shaklee untuk tahun 2016 ini. Kalau nak diikutkan semua delegasi memang dah tak sabar untuk pulang ke tanah air supaya dapat berkongsi pelbagai input, maklumat kepada organisasi masing-masing. Tapi apakan daya selesai saja persidangan.... aktiviti percutian harus diteruskan untuk beberapa hari lagi.

Makan malam untuk hari ni jugak agak unik sebab menampilkan tema atau ciri-ciri zaman pertengahan Eropah. Para delegasi menaiki bas menuju ke Medieval Times Dinner & Tournaments yang terletak lebih kurang 15 minit perjalanan daripada pusat konvensyen

Pintu masuk pun dah macam nak masuk kota lama

Para delegasi dari Malaysia mendapat layanan VVIP kat sini.... dan juga tempat duduk VVIP. Walaupun ada orang awam lain yang datang untuk makan malam di sini... tapi pihak Medieval Times memberi keutamaan kepada diorang untuk masuk dulu.

Para delegasi juga dihiburkan dengan persembahan para pahlawan "knight" yang menunggang kuda masing-masing 'bertempur' di tengah gelanggang. Terasa sangat 'real' dan seolah-olah berada dalam zaman "Middle Age" atau pertengahan Eropah pulak. Sebelum ni hanya dapat tengok dalam TV jer.....
Antara persembahan yang dipertontonkan kepada para tetamu
Para tetamu menghayati 'drama' yang sedang berlangsung
Sambil menikmati hidangan VVIP

Sudah pasti dinner di Medieval Times ni adalah antara destinasi yang paling menarik dan sangat rare.... sehinggakan salah seorang daripada rakan cik puan yang pernah belajar di US menyangkakan bahawa para delegasi berada di Las Vegas!

Selesai makan malam... para delegasi pulang ke hotel untuk merehatkan badan sebelum meneruskan dengan aktiviti seterusnya pada esok hari

SELAMAT MALAM ORLANDO, FLORIDA!


7.8.2016 - Day 5

SELAMAT PAGI ORLANDO, FLORIDA!

Hari ni hari Ahad..... hujung minggu yang panas... Suhu di Orlando ialah 32 C

Pernah tak tengok roket dilancarkan untuk menghantar kapal angkasa ke angkasa lepas untuk apa-apa misi angkasa lepas yang dibuat oleh NASA??? Ye... tempat tu lah yang akan jadi destinasi seterusnya kesemua delegasi dari Malaysia iaitu Kennedy Space Centre yang terletak di Pulau Merritt, Florida.

Selesai bersarapan di hotel, para delegasi menaiki bas menuju ke Kennedy Space Centre dimana perjalanan mengambil masa lebih kurang 1 jam dari hotel. Setibanya di situ, kesemua delegasi berjalan-jalan di kawasan yang dikenali sebagai "Atlantis" iaitu kompleks untuk para pelawat melihat pameran yang disediakan.

Roket Challenger....
bergambar kenangan di Glob NASA
Kat belakang tu namanya Rocket Garden....

Selepas aktiviti di "Atlantis" para delegasi masuk ke IMAX 3D teater yang terletak di bahagian indoor (dalam bangunan) Kennedy Space Centre. Kat sini boleh tengok macam mana rupa bentuk muka bumi dari pandangan angkasa lepas.

Pintu masuk ke iMax Theather
Siap sedia sebelum tengok wayang 3D
Pandangan dari angkasa : Korea Selatan terang benderang, Korea Utara gelap gelita....

Menjelang waktu tengahari, para delegasi menikmati makanan tengahari bersama-sama dengan angkasawan NASA yang bertugas. Angkasawan yang bertugas ialah Mr Sam Durrance yang bercerita tentang pengalaman dan perjalanan hidup beliau sebagai seorang angkasawan. Para delegasi juga berpeluang untuk bertanyakan soalan berkaitan angkasa lepas... yelah dah memang angkasawan depan mata kan??? Masa ni lah ambil peluang nak tanya.... Kat Malaysia entah bila boleh jumpa Sheikh Muzaffar..... hehe....

Pintu masuk ke tempat makan tengahari
Mr Sam Durrance yang semakin berusia....

Setelah makan tengahari, kesemua delegasi diberi peluang untuk mengelilingi keseluruhan kawasan dalam Kennedy Space Centre dengan menaiki bas.

Bas yang digunakan untuk Kennedy Space Center tour

Masa dalam bas....... hujan renyai turun... syukur Alhamdulillah... sejuk sikit bumi ini.... Antara yang menarik masa tour ni ialah bangunan NASA atau dikenali sebagai "Vehicle Assembly Building" (VAB) iaitu tempat dibina roket dan kapal angkasa. Roket dan kapal angkasa akan dibina dalam bangunan ni.... Apabila dah siap, bangunan ni boleh terbuka untuk membolehkan roket dan kapal angkasa ni dikeluarkan.
Bangunan NASA ni dari tingkap bas... bukan dari TV

Dengan ketinggian lebih kurang 160 meter... bangunan ni ialah bangunan 1 tingkat terbesar di dunia, tertinggi di Florida sehingga tahun 1974 dan tertinggi di US di kawasan luar bandar

Lagi nampak roket.....

Sebelum pergi ke tempat makan malam, para delegasi request kepada tour guide untuk singgah sekejap di Universal Studio Orlando sebab kat situ jer yang ada Hard Rock Cafe. Dah jadi trend sekarang ni untuk beli T-Shirt dan souvenir dari Hard Rock Cafe kalau pergi melancong ke luar negara.

Dalam lebih kurang 1 jam perjalanan dari Kennedy Space Centre... akhirnya tiba di Universal Studios Orlando untuk ke Hard Rock Cafe. Hard Rock Cafe ni agak special kerana dikatakan sebagai Hard Rock Cafe yang terbesar di dunia

Hard Rock Cafe terbesar di dunia yang sementara ini....
Pintu masuk Universal Studio Orlando

Selesai membeli beberapa T-shirt dan souvenir di Hard Rock Cafe.... para delegasi kembali ke bas dan menuju ke restoran untuk makan malam. Dinner kali ini ialah di restoran makanan laut iaitu Landry's Seafood. 15 minit perjalanan dari Hard Rock Cafe... akhirnya sampai ke tempat makan malam mereka

Pintu masuk restoran
Selesai makan malam, para delegasi pulang ke hotel untuk berehat. Para delegasi sekali lagi dikejutkan dengan special gift.... kali ni beg Mickey Mouse yang comel sempena lawatan ke Disneyland Orlando pada keesokan harinya... Hilang semua rasa penat berjalan sebab dikejutkan macam ni... hehe....

Takde di pasaran Malaysia lagi...


SELAMAT MALAM ORLANDO, FLORIDA!


8.8.2016 - Day 6

SELAMAT PAGI ORLANDO, FLORIDA!

Hari Isnin.... cuaca agak sejuk sikit disebabkan hujan..... Suhu di Orlando ialah 29 C....

Pagi ini bersarapan seperti biasa di hotel. Sekali lagi para delegasi telah dikejutkan dengan pemberian Vivix secara percuma setiap orang semasa bersarapan. Bagi mereka yang dah biasa amalkan pemakanan Vivix secara konsisten dan telah menikmati manfaat kesihatan asbab daripada pengambilan Vivix ini, sudah pasti akan berasa sangat sangat bersyukur dengan pemberian secara percuma ini.



Destinasi pagi ni pulak ialah akan ke Disneyland Orlando. Kalau ikut sejarah.... selepas Disneyland tertua di dunia iaitu di Anaheim California mendapat sambutan, barulah dibina Disneyland Orlando ni iaitu Disneyland yang ke-2 ini

Baca : Pengalaman di Disneyland Anaheim California


Disneyland Orlando juga sangat besar dan mempunyai hampir 10 jenis taman tema di dalamnya. Untuk lawatan kami kali ini, taman tema Epcot dan Magic Kingdom menjadi pilihan. Taman tema Epcot hanya ada di Disneyland Orlando jer dan takde kat tempat lain. Epcot menampilkan elemen-elemen futuristik.

Epcot Disneyland
lagi tempat menarik di Epcot Disneyland
Suasana semasa hujan turun
Bagi mereka yang nak tengok pertunjukan bunga api kat Disneyland.... kena tunggu malam sikit baru nampak. Maksudnya kena balik lewat iaitu naik bas yang ke-3. Bagi mereka yang lain ada pulang lebih awal akibat kepenatan samada naik bas pertama atau bas ke-2.

Fireworks di Disneyland Orlando
Makan tengahari dan makan malam memang makan sendiri sendiri kat sini... Ingat tak semua delegasi dah dapat duit poket masa kat airport haritu??? Masa ni lah kalau nak gunakan duit poket tu... hehe...

Rumah/Apartment Percutian Untuk Disewa Di USA

SELAMAT MALAM ORLANDO, FLORIDA!


* Trip ini 100% percuma dan ditanggung oleh pihak syarikat. PM kami di 
Facebook Kedai Vitamin Cheras Kajang untuk join trip seperti ini secara percuma * 


Teruskan juga membaca :

Summer In Orlando, Florida - Part 1

Summer In Orlando, Florida - Part 3





Semoga bermanfaat kepada semua!
==================
Lin Chalo & Mohd Alizal,
Health Consultant &
Business Mentor
014.338.6810 - Lin
012.401.6683 - Alizal
==================



Monday, August 22, 2016

Summer In Orlando, Florida, USA - Part 1



Alhamdulillah... sekali lagi terpilih untuk menghadiri persidangan antarabangsa Shaklee yang telah diadakan di Orlando, Florida, Amerika Syarikat. Bezanya kali ini, cuma cik puan jer yang pergi sorang bersama-sama dengan delegasi dari Malaysia yang lain. Orlando terletak dalam negeri Florida di bahagian tenggara Amerika Syarikat berbeza dengan sebelum ini pada tahun 2014 dimana persidangan diadakan di negeri California (Barat Daya Amerika Syarikat)

Rumah/Apartment Percutian Untuk Disewa Di USA



Baca : Summer in Long Beach/Los Angeles - Part 1

Delegasi dari Malaysia kali ini adalah seramai lebih kurang 120 orang yang telah menghabiskan masa selama lebih kurang 10 hari 8 malam di negara Uncle Sam itu bermula dari 2 Ogos sehingga 12 Ogos 2016 termasuk hari perjalanan. Persidangan cuma 3 hari jer.... yang selebihnya adalah bercuti, jalan-jalan dan juga membeli belah di beberapa tempat terpilih. Pasal Visa USA pulak memang takde masalah sebab dah apply 2 tahun lepas.... masih boleh guna untuk 8 tahun lagi!


2.8.2016 - Travelling Day

Kesemua delegasi dikehendaki berkumpul di Kaunter F KLIA pada pukul 4.30 petang untuk urusan kemasukan (check in), tiket dan mendapatkan duit poket. Alhamdulillah.... duit poket ni diberikan sebagai ganti kepada beberapa waktu makan yang tidak dapat disediakan sepanjang berada di USA. Setiap seorang daripada delegasi akan mendapat sebanyak USD300 (USD50 x 6) iaitu lebih kurang RM1,200 untuk duit makan sajer.... Wow..... syoknya sebab diorang ada duit tambahan untuk membeli belah.... Yelah... kalau untuk makan jer takkan sampai RM1,200 kan?.... hehe....

Duit poket untuk trip kali ini

Kami adalah batch ke-2 yang berlepas dengan Emirates Airlines yang akan transit di Dubai. Batch pertama dah pun berlepas semalam, juga dengan penerbangan yang sama. Para delegasi ditemani dengan ahli keluarga dan sahabat handai di airport sebelum berlepas ke Dubai.

Ahli keluarga bersama dengan delegasi sebelum berlepas

Pesawat EK347 berlepas dari Kuala Lumpur ke Dubai pada jam 7.20 malam dan tiba pada jam 10.15 malam waktu Dubai (2.15 pagi waktu Malaysia) setelah mengharungi penerbangan selama 7 jam.


SELAMAT MALAM DUBAI!

Perbezaan waktu antara Malaysia dan Dubai ialah 4 jam. Para delegasi transit di Dubai selama lebih kurang 4 jam setengah sebelum meneruskan perjalanan dari Dubai ke Orlando pada pukul 2.50 pagi waktu Dubai. Masa ni para delegasi mengambil kesempatan untuk berjalan-jalan dan juga menjamu selera di sekitar airport Dubai yang dikatakan sebagai antara airport terbaik di dunia. Kat Dubai para delegasi ada dapat meal voucher, jadi setelah selesai solat para delegasi pergi menikmati makan malam dan Ocean Basket di Dubai Airport menjadi tumpuan utama para delegasi.

Ocean Basket Dubai Airport

Hidangan pilihan di Ocean Basket Dubai Airport

Penerbangan dari Dubai ke Orlando mengambil masa lebih kurang 16 jam dari jam 2.50 pagi waktu Dubai dan tiba di Orlando pada jam 10.40 pagi waktu Orlando (6.40 petang waktu Dubai, 10.40 malam waktu Malaysia). Sepanjang perjalanan dari Dubai ke Orlando walaupun agak lama dan jauh tapi tetap gembira kerana ditemani dengan wifi dalam kabin serta makanan yang enak khas daripada Emirates Airlines pesawat EK 219. Wifi tu harganya USD1 jer dan boleh pakai sampai bila-bila selagimana ada dalam kapal terbang....

Antara menu hidangan dalam Emirates Airlines

Perbezaan waktu Malaysia dengan Orlando senang nak ingat iaitu sebanyak 12 jam. Kalau kat Malaysia pukul 8.00 pagi kat Orlando pukul 8.00 malam dan begitulah sebaliknya...


3.8.2016 - Day 1

SELAMAT PAGI ORLANDO, FLORIDA!

Setelah menempuh perjalanan yang panjang... akhirnya para delegasi selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Orlando, Florida ataupun dikenali sebagai MCO. Nama singkatan MCO ni diambil daripada nama asal lapangan terbang ni iaitu McCoy Air Force Base, Orlando. Malah ada yang menjadikan gurauan iaitu MCO bermaksud Mickey's Corporate Office disebabkan Disneyland Orlando terletak tak jauh dari airport.

Walaupun dah hampir 30 jam perjalanan berlalu tapi akibat perbezaan masa... sekarang masih lagi pagi di hari Rabu sedangkan bertolak dari Malaysia pada semalamnya hari Selasa waktu malam... hehe... Seperti biasa urusan kastam dan imigresen yang sangat ketat di USA memang memenatkan dan hanya kesabaran yang membantu kita. Suhu di Orlando pada hari ni ialah lebih kurang 32 C sama macam Malaysia.

Selesai urusan di airport, diorang naik bas yang disediakan untuk ke tempat penginapan di Gaylord Palms Resort untuk menikmati juadah makan tengahari. Perjalanan dari airport ke hotel memakan masa hampir setengah jam.

Memandangkan masih lagi ada masa sebelum check in hotel, para delegasi dibawa ke kedai serbaneka berhampiran untuk membeli barang-barang keperluan diri. Kedai serbaneka yang 'glamour' untuk pelancong kat USA ni ialah Wallmart, Target dan Ross. Walaupun dah dikenakan cukai atas setiap barangan, kebanyakan barang-barang keperluan boleh dikatakan lebih murah berbanding barang-barang di negara kita.....

Antara barang yang harga jauh lebih murah berbanding di Malaysia

Kemudian para delegasi kembali ke hotel pada pukul 4.30 petang untuk urusan check in bilik dan mengambil kunci untuk membersihkan diri, solat dan merehat-rehatkan badan. Seperti biasa ada kejutan dalam bilik hotel iaitu beberapa barangan percuma dan hadiah telah disediakan untuk mereka.... Alhamdulillah....

Seorang dapat satu katil
Antara 'gift' yang diterima oleh para delegasi

Untuk makan malam pula, para delegasi menaiki bas yang disediakan untuk ke sebuah restoran yang menyediakan makanan Itali iaitu di Maggiano's Little Italy. Jarak restoran Itali ni dengan hotel penginapan tak sampai setengah jam perjalanan pun....

Pintu masuk restoran
Sangat menyelerakan....

Semasa dinner.... para delegasi juga dikejutkan dengan pemberian percuma produk paling bernilai dalam Shaklee iaitu Vivix yang bernilai hampir RM500.00 sebotol. Vivix ni ialah sejenis antioksida yang melambatkan proses penuaan di peringkat sel. Selain itu Vivix ni terbukti secara klinikal dalam membantu mendapatkan paras gula yang normal dalam darah, membantutkan pembesaran sel kanser dan banyak lagi khasiatnya.
Kalau nak tau lebih lanjut pasal Vivix boleh whatsapp ke 014 338 6810

Vivix ni pun ialah Vivix keluaran terbaru yang dah dipatenkan. Khasiatnya pun lebih baik dan 30% lebih kuat kesannya daripada Vivix lama. Tujuan Vivix baru ni diberikan percuma kepada semua delegasi ialah untuk melihatkan kesannya sepanjang delegasi berada di US. Kalau nak tau lebih lanjut pasal Vivix ni jangan lupa whatsapp ke no 014 338 6810 ye....

Selesai makan malam, para delegasi pulang ke hotel untuk merehatkan badan supaya besoknya kembali segar untuk ke persidangan antarabangsa. Kepala masing-masing masih pening-pening lagi disebabkan jetlag dan keliru masa

SELAMAT MALAM ORLANDO, FLORIDA!


4.8.2016 - Day 2

SELAMAT PAGI ORLANDO, FLORIDA!

Hari ni hari Khamis..... Suhu di Orlando pada hari ini ialah 31 C.... Jadual hari ni ialah akan berada dalam dewan konvensyen World Centre Marriott Orlando, tempat diadakan persidangan antarabangsa Shaklee untuk tahun 2016 sepanjang hari.

Untuk sarapan... para delegasi Muslim akan bersarapan di Palm Beach meeting room manakala yang bukan Islam akan bersarapan di Villa de Flora iaitu sebuah restoran dalam hotel. Selesai bersarapan, para delegasi terus pergi ke pusat konvensyen tersebut yang terletak lebih kurang 10 minit perjalanan dari hotel dengan menaiki bas.




Pelbagai input dan sharing diperolehi sepanjang persidangan pada hari ini. Antaranya ialah Shaklee bukanlah bisnes untuk jangka masa pendek sebaliknya Shaklee adalah pilihan terbaik untuk bisnes jangka masa panjang dan juga bisnes keluarga

Fenomena bisnes keluarga bukan sahaja ada di Malaysia malah di luar negara juga

Antara para delegasi dari Malaysia yang mewarnai persidangan antarabangsa di Orlando

Produk-produk Shaklee juga telah menjalani pelbagai kajian serta penyelidikan yang intensif sejak 60 tahun dahulu sehinggalah sekarang. Sebab itu tak hairanlah Shaklee menggunakan tagline sentiasa semulajadi, sentiasa selamat dan sentiasa berkesan.





Sepanjang berada di pusat konvensyen memang takde masalah nak solat sebab diorang prihatin dan tahu keperluan mereka yang beragama Islam. Ada ruang untuk solat disediakan.... dan sekurang-kurangnya delegasi dari negara lain tahu wujudnya prayer room ni...



Hari ni memang memenatkan disebabkan persidangan sepanjang hari di samping ada lagi unsur-unsur "jet lag" atau keliru masa yang masih ada pada para delegasi dari Malaysia. Selesai persidangan.... mereka menaiki bas menuju ke tempat dinner. Makan malam kali ini disajikan dengan makanan Lubnan di Paramount Fine Foods USA yang terletak lebih kurang 20 minit perjalanan dari pusat konvensyen.

Antara sajian hidangan makan malam yang disediakan

Selesai makan malam, para delegasi jalan-jalan di kawasan sekitar dan antara kawasan yang menarik ialah "The Orlando Eye" ataupun dikenali juga dengan nama Coca Cola Orlando Eye iaitu roda gergasi yang menjadi mercu tanda bandar Orlando


Selesai makan malam... para delegasi pulang ke hotel untuk berehat dan bersiap sedia untuk persidangan antarabangsa hari esok.


SELAMAT MALAM ORLANDO, FLORIDA!


5.8.2016 - Day 3

SELAMAT PAGI ORLANDO, FLORIDA!


Hari ni hari Jumaat.... penghulu segala hari.... Suhu di Orlando hari ini lebih panas daripada biasa iaitu 34 C

Selesai sarapan di hotel para delegasi menuju ke pusat konvensyen untuk program seterusnya.... Program diteruskan dengan workshop ataupun bengkel dimana para delegasi dipecahkan kepada kumpulan yang lebih kecil untuk mengetahui dengan lebih lanjut berkenaan produk-produk yang ada dalam Shaklee, sejarah dan perkembangan dari semasa ke semasa.

Suasana di tempat workshop diadakan...

Pada waktu tengahari, para delegasi dibawa untuk menikmati lunch di Shalimar Classic Indian Cuisine yang menghidangkan makanan dari negara India.

Antara menu hidangan makanan tengahari

Selesai makan tengahari.... para delegasi Muslim yang lelaki telah dibawa ke masjid berhampiran dengan bas untuk menunaikan solat Jumaat yang jaraknya kira-kira 10 minit perjalanan dari kedai makan Shalimar Classic Indian Cuisine. Kat luar negara yang minoriti orang Islam memang banyak dibina pusat Islam macam Pusat Islam Orlando ni....

Baca : Pengalaman di Pusat Islam Florence, Itali

Baca : Pengalaman di Pusat Islam Victoria Melbourne, Australia



Delegasi Muslim wanita pula membuat aktiviti bebas seperti membeli belah dan berjalan-jalan di sekitar Shalimar Classic Indian Cuisine. Setelah selesai solat Jumaat... barulah para delegasi dibawa ke Disney Springs. Perjalanan dari Shalimar Classic Indian Restaurant menuju ke Disney Springs memakan selama lebih kurang 10 minit sajer...

Disney Springs ni ialah tempat membeli belah barangan Disney yang terbesar di Florida. Nama Disney Springs baru digunakan sejak tahun 2013. Sebelum ni sejak tahun 1997 Disney Springs dikenali sebagai Downtown Disney.

belon udara gergasi di kawasan Disney Springs

Sebenarnya masa ni dah pecah kepada 2 kumpulan.... Kumpulan efektif Master dijemput ke majlis "Black Tie Dinner".... jadi diorang dah kena balik lebih awal untuk bersiap-siap dan tak ikut kumpulan yang satu lagi pergi ke Disney Springs.

Kumpulan yang satu lagi pulak... ada beberapa orang yang dijemput ke "Future Leaders Event". Future Leaders Event ni ialah program untuk mereka yang berumur 40 tahun dan ke bawah dimana pengedar Shaklee seluruh dunia akan berkumpul dan berkenalan sesama mereka

Oooo ye.... sepanjang para delegasi dari Malaysia berada di US ni... kebajikan mereka memang terjaga khususnya mereka yang beragama Islam. Selain daripada tempat solat disediakan di pusat konvensyen... makanan halal juga disediakan untuk mereka... syukur Alhamdulillah.....




Selesai aktiviti hari ini.... pulanglah semua delegasi yang kepenatan ke hotel penginapan untuk merehatkan badan dan bersiap sedia untuk menghadapi hari esok.

Rumah/Apartment Percutian Untuk Disewa Di USA

SELAMAT MALAM ORLANDO, FLORIDA!


* Trip ini 100% percuma dan ditanggung oleh pihak syarikat. PM kami di Facebook Kedai Vitamin Cheras Kajang untuk join trip seperti ini secara percuma * 


Teruskan juga membaca :

Summer In Orlando, Florida - Part 2 

Summer In Orlando, Florida - Part 3 




Semoga bermanfaat kepada semua!
==================
Lin Chalo & Mohd Alizal,
Health Consultant &
Business Mentor
014.338.6810 - Lin
012.401.6683 - Alizal
==================


Menarik Untuk Dibaca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...