Showing posts with label Leucine. Show all posts
Showing posts with label Leucine. Show all posts

Monday, October 20, 2014

Kepentingan Sentiasa Aktif Setiap Hari



Sentiasa Aktif Setiap Hari bermaksud walau di mana jua kita berada, kita harus membuat pergerakan fizikal dari sekecil-kecil pergerakan sehinggalah ke aktiviti senaman yang intensif. Pergerakan fizikal adalah penting agar tubuh badan kita sentiasa bekerja dan sihat. Pergerakan fizikal juga mampu untuk membakar lemak-lemak yang berlebihan dalam tubuh badan.


Sentiasa Aktif Setiap Hari adalah Cadangan Ketiga Pakar-pakar Nutrisi dalam 14 Cadangan Utama Garis Panduan Diet Malaysia Tahun 2010 yang telah dibentangkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.


Justeru, beberapa cadangan utama telahpun dipersetujui untuk menuju gaya hidup sihat seperti terkandung dalam garis panduan Diet Malaysia seperti berikut :-

a) sentiasa aktif dalam pelbagai cara di mana-mana saja

b) buat aktiviti fizikal secara intensif tapi sederhana selama 30 minit setiap hari

c) melibatkan diri dalam aktiviti yang menambahkan fleksibiliti, kekuatan dan daya tahan otot dua atau tiga kali seminggu

d) menghadkan tabiat-tabiat yang tidak aktif



Golongan-golongan berikut pula telah dicadangkan untuk membuat aktiviti-aktiviti seperti berikut secara spesifik :-


a) Kanak-kanak dan remaja

- Kanak-kanak berumur 1 hingga 3 tahun - membuat aktiviti berkumpulan sekurang-kurangnya 30 minit sehari
- Kanak-kanak berumur 3 hingga 5 tahun - membuat aktiviti berkumpulan sekurang-kurangnya 60 minit sehari
- Kanak-kanak berumur 1 hingga 5 tahun - terlibat dalam sebarang aktiviti fizikal daripada 60 minit sehingga beberapa jam sehari
- Kanak-kanak (6 tahun ke atas) dan remaja - membuat aktiviti fizikal intensif secara sederhana atau lasak selama 60 minit atau lebih dalam sehari termasuk aktiviti yang boleh menguatkan otot dan tulang.


b) Wanita mengandung

- Wanita mengandung yang selama ini tidak aktif - melibatkan diri dalam aktiviti intensif yang sederhana sehingga 30 minit sehari semasa mengandung dan juga selepas bersalin
- Wanita mengandung yang selama ini memang aktif - kekal aktif dalam aktiviti fizikal yang sesuai sepanjang mengandung dan juga selepas bersalin. Latihan otot khususnya untuk menguatkan belakang, perut dan bahagian pelvik juga adalah penting dan disyorkan untuk menampung beban bayi.
- Wanita mengandung seharusnya mengelak daripada aktiviti yang berisiko untuk terjatuh seperti aktiviti menunggang dan sukan yang melibatkan sentuhan fizikal seperti bola keranjang.
- Wanita mengandung tidak boleh membuat aktiviti yang panjang sehingga badan terlalu panas. Sebagai contoh, lakukan aktiviti yang pendek dengan selang waktu selama 15 minit untuk mengelakkan badan terlalu panas
- Wanita yang mengalami komplikasi mengandung seperti uri bawah rahim, tekanan darah tinggi akibat kehamilan, sakit jantung dan wanita yang mempunyai sejarah keguguran dan pendarahan adalah dinasihatkan untuk tidak bersenam, sebaliknya akan mendapat manfaat daripada berehat.


c) Obesiti

- Untuk menurunkan berat badan - disarankan untuk melakukan aktiviti fizikal intensif yang sederhana melebihi 30 minit sehari
- Untuk menghalang perubahan daripada kegemukan ke obesiti - diperlukan untuk membuat aktiviti fizikal intensif yang sederhana selama 45 hingga 60 minit sehari
- Untuk mengawal berat badan, menghalang penambahan berat dan menghalang bekas individu yang obes daripada meningkat berat badan - disarankan untuk membuat aktiviti intensif yang sederhana atau membuat aktiviti yang kurang lasak selama 60 hingga 90 minit sehari

   
Walau apa pun aktiviti fizikal yang dilakukan, kekuatan otot amat penting untuk membantu meningkatkan metabolisma dan seterusnya membakar lemak. Bagi mereka yang tidak kuat ototnya ataupun mempunyai jisim otot yang kecil akan mengalami kesukaran untuk membakar lemak dalam tubuh badan. Oleh itu, adalah penting untuk mengambil Leucine (sejenis protein) ketika proses menurunkan berat badan.


Dirumus khas dan terbukti secara klinikal, Shaklee Cinch Mix yang diperkasa dengan Leucine mampu mengekalkan 100% jisim otot tanpa lemak (lean muscle mass) dan akan membantu anda untuk membakar lemak secara optimum untuk menurunkan berat badan anda dengan cepat dan berkesan.


KLIK SINI untuk Perisa Vanilla 

KLIK SINI untuk Perisa Coklat 

KLIK SINI untuk Perisa Cafe Latte 


Belilah sekarang dan hubungi kami seperti di bawah untuk sebarang pertanyaan!


Semoga bermanfaat kepada semua!
==================
Lin Chalo & Mohd Alizal,
Health Consultant &
Business Mentor
014.338.6810 - Lin
012.401.6683 - Alizal
==================



Saturday, October 18, 2014

Kepentingan Mengekalkan Berat Badan Yang Sihat



Berat Badan Yang Sihat ialah berat badan yang menepati Body Mass Index (BMI) iaitu seperti berikut :-

BMI kurang daripada 18.4 = kurang berat badan
BMI 18.5 hingga 24.9 = berat badan sihat
BMI 25 hingga 29.9 = kegemukan
BMI melebihi 30 = obesiti



Mengekalkan Berat Badan Yang Sihat adalah Cadangan Kedua Pakar-pakar Nutrisi dalam 14 Cadangan Utama Garis Panduan Diet Malaysia Tahun 2010 yang telah dibentangkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.


Bagaimanakah Cara Mengira BMI ?


Cara-cara mengira BMI ialah berat (kg) dibahagikan dengan tinggi yang telah dikuasa duakan (m2)

Contoh : 1) 70kg / (1.7m x 1.7m) = 70 / 2.89 = 24.22 BMI (berat badan sihat)
               2) 50kg / (1.7m x 1.7m) = 50 / 2.89 = 17.30 BMI (kurang berat badan)
               3) 80kg / (1.7m x 1.7m) = 80 / 2.89 = 27.58 BMI (kegemukan)
               4) 99kg / (1.7m x 1.7m) = 99 / 2.89 = 34.26 BMI (obesiti)


Apakah Tindakan Anda Untuk Mendapatkan Berat Badan Yang Sihat?



a) Kekalkan berat badan yang sihat dengan menyeimbangkan pengambilan kalori makanan dan aktiviti fizikal

b) Timbang berat badan seminggu sekali

c) Orang dewasa harus mengelak penambahan berat badan yang ketara

d) Jika berat badan berlebihan, harus mengurangkannya secara teratur dan mantap

e) Jika kekurangan berat badan, harus mengambil penambahan tenaga seperti yang disarankan


Dengan mengekalkan Berat Badan Yang Sihat, anda akan mengurangkan risiko pelbagai jenis penyakit yang berpunca daripada kegemukan, lemah organ dan tubuh badan serta ketidakmampuan tubuh badan berfungsi dengan normal.




Di Shaklee, terdapat beberapa suplemen yang mampu membantu untuk mengurangkan berat badan berlebihan sehingga mendapatkan berat badan yang ideal seperti berikut :-

1) Cinch Shake Mix - Mengimbangi Nutrien Dengan Leucine, Rendah Kalori

2) Cinch Energy Tea Mix - Meningkatkan Metabolisma

3) Lecithin - Mengemulsi Lemak

4) Herblax - Pembersihan Usus

5) GLA Complex - Membantu Imbangan Hormon

6) Vita-Lea - Meningkatkan Metabolisma

7) Alfalfa - Menghalang Retensi Air

8) E Soy Protein - Menghalang Retensi Air



Semoga bermanfaat kepada semua!
==================
Lin Chalo & Mohd Alizal,
Health Consultant &
Business Mentor
014.338.6810 - Lin
012.401.6683 - Alizal
==================




Thursday, September 18, 2014

Kepentingan Leucine Dalam Menurunkan Berat Badan



Semua orang mempunyai impian untuk mendapatkan berat badan yang ideal. Bagi mereka yang mempunyai berat badan berlebihan sudah tentu pelbagai usaha telah dilakukan untuk Menurunkan Berat Badan dengan Cepat dan Berkesan. Salah satu nutrisi yang dikenalpasti membantu kepada Menurunkan Berat Badan dengan Cepat dan Berkesan ialah Leucine.


* Source : elliothunt.co.uk

Leucine adalah sebahagian daripada 9 jenis asid amino yang penting dalam membentuk Protein. Memandangkan Leucine tidak boleh dihasilkan oleh tubuh badan secara semulajadi, maka kita dikehendaki mendapatkannya melalui makanan tambahan. Sumber utama makanan yang menyumbangkan Leucine terbanyak adalah seperti berikut :-


Leucine food sourcesLeucine content (grams/ 100 gram food)
Soybeans, mature seeds, raw2.97
Lentils, raw2.03
Cowpea, catjang, mature seeds, raw1.83
Beef, round, top round, separable lean and fat, trimmed to 1/8" fat, select, raw1.76
Beef, top sirloin, separable lean only, trimmed to 1/8" fat, choice, raw1.74




Adalah jelas makanan berasaskan Kekacang seperti Kacang Soya dan makanan berasaskan Tenusu merupakan penyumbang utama kepada Leucine yang mampu membantu menurunkan berat badan dengan cepat dan berkesan. Sumber ikan juga ada menyumbangkan kandungan Leucine yang tinggi seperti Ikan Tuna, Ikan Whitefish, Ikan Tilefish dan Ikan Trout.

Selain daripada itu makanan berasaskan ayam seperti telur juga mempunyai kandungan Leucine yang tinggi. Walaubagaimanapun, makan telur ayam saja tidak membantu menurunkan berat badan kerana pada masa yang sama telur ayam mempunyai kandungan kolesterol yang tinggi terutamanya pada kuning telur.



* Source : fitstudio.com

Apakah peranan Leucine dalam tubuh badan kita?

Leucine bertindak sebagai "pelindung otot" dalam tubuh badan kita, memulihkan tulang, kulit, tisu dan sel kepada otot sesuai dengan peranan protein sebagai "pembinasemula" dalam tubuh badan kita. Leucine juga mengawal kandungan gula dan kolesterol dalam darah.


Bagaimana pula Leucine mampu Menurunkan Berat Badan Dengan Cepat Dan Berkesan?

Otot adalah organ yang membantu untuk meningkatkan metabolisma dalam badan dan meningkatkan keupayaan membakar lemak. Semakin banyak jisim otot semakin kuat kemampuan tubuh badan untuk membakar lemak. 

Kebanyakan program diet untuk menurunkan berat badan, anda bukan saja kehilangan lemak malah anda juga akan kehilangan otot yang merupakan organ metabolisma yang penting untuk membakar lemak.

Justeru, adalah penting untuk kita memastikan kandungan Leucine dalam tubuh badan kita mencukupi untuk membantu kita menurunkan berat badan dengan cepat dan berkesan.



Dirumus khas dan terbukti secara klinikal, Shaklee Cinch Mix yang diperkasa dengan Leucine mampu mengekalkan 100% jisim otot tanpa lemak (lean muscle mass) dan akan membantu anda untuk membakar lemak secara optimum untuk menurunkan berat badan anda dengan cepat dan berkesan.

Setiap hidangan Shaklee Cinch Mix, anda akan mendapat 24 gram protein, 24 jenis vitamin dan mineral penting serta 6 gram serat larut. Sebagai sumber protein anda, Shaklee Cinch Mix mampu untuk membuat anda tahan lapar dan menghalang anda untuk makan dengan lebih banyak!



* 3 Perasa - Vanilla, Chocolate dan Cafe Latte * 





Semoga bermanfaat kepada semua!
==================
Lin Chalo & Mohd Alizal,
Health Consultant &
Business Mentor
014.338.6810 - Lin
012.401.6683 - Alizal
==================

Thursday, July 10, 2014

Cinch Shake Mix - Pentingkah Mengawal Dan Mengekalkan Otot Anda Ketika Menurunkan Berat Badan?


Disclaimer: The information on this site is for educational purposes only. It is not intended to be a substitute for professional medical advice. None of the opinions are meant to diagnose or treat any disease or illness. You should always consult your healthcare provider.


Program diet dan projek menurunkan berat badan adalah perkara yang diinginkan oleh hampir semua manusia yang inginkan berat badan yang ideal. Namun begitu kebanyakan diet telah gagal kerana faktor-faktor berikut :-

# Kekurangan Nutrisi

# Sukar untuk mengikuti

# Hasil yang lambat

# Kandungan tidak selamat

# Merendahkan kadar metabolisme


Pada hakikatnya, semua faktor ini menjadikan kita akhirnya hilang kesabaran, kepercayaan dan harapan. Pada kebanyakan diet, anda akan kehilangan lemak dan otot. Apabila anda kehilangan otot, anda kehilangan keupayaan untuk membakar lemak dan merendahkan kadar metabolisme anda.



Justeru, Shaklee Cinch Shake Mix telah diperkasa dengan Leucine iaitu 'otot' yang membina asid amino yang terdapat dalam protein tertentu. Ujian klinikal juga telah membuktikan bahawa pemakanan leucine ini dapat mengekalkan 100% jisim otot tanpa lemak (lean muscle mass).



Setiap kali anda minum Shaklee Cinch, anda akan mendapat 24 gram protein, 24 jenis vitamin dan mineral penting dan 6 gram serat larut (dicadangkan diambil bersama dengan 1 sudu Shaklee Energizing Soy Protein). Ini penting - Kerana protein digunakan untuk membina otot, dan ototlah menaikkan kadar metabolisma dan juga membakar kalori. Makanan yang kaya dengan protein juga boleh menahan kelaparan, yang mana boleh membantu mengurangkan pengambilan makanan antara waktu makan. Tidak lupa juga kepada Leucine, nutrisi penting dalam Cinch untuk keperluan tubuh kita.


Kreativiti anda juga diperlukan untuk mencipta pelbagai resepi menggunakan Shaklee Cinch Mix yang sangat enak dan lazat seperti di bawah :-



Faedah yang ketara dengan pengambilan Shaklee Cinch Shake Mix ini adalah seperti berikut :-

# Indeks glisemik - 22; sesuai untuk pengidap kencing manis

# Dengan Cinch Pro, campuran eksklusif protein dipertingkatkan dengan leucine - asid amino

# Powered by Leucine untuk memelihara otot semasa anda menurunkan berat badan

# 24 gram protein setiap hidangan untuk anda berasa puas dan kenyang

# Tinggi kandungan serat - 6 gram setiap hidangan

# Glycemic yang rendah untuk mengekalkan tahap gula darah yang normal dan mengekalkan tenaga

# Memberikan 35% atau lebih Nilai Harian kepada 21 vitamin dan mineral penting

# Penggunaan soya bebas GMO

# Tiada perasa tiruan, warna atau pemanis



"The Shaklee Weight Management Program addresses the issues I've raised through my research. It truly works and I believe it's going to change our approach to weight management forever"


Dr Paula Baillie-Hamilton, MD, PhD
A leading expert in human metabolism


Tiada yang mustahil untuk anda lakukan sekiranya berminat untuk turunkan berat badan. Jangan lepaskan peluang ini untuk menikmati khasiat dan keenakan Cinch Shake Mix. Boleh didapati dengan 3 perisa yang hebat, pilihan adalah jelas di tangan anda!



Sila klik ORDER di sini untuk pembelian produk lain atau hubungi kami seperti di bawah :-


Semoga bermanfaat kepada semua!
==================
Lin Chalo & Mohd Alizal,
Health Consultant &
Business Mentor
014.338.6810 - Lin
012.401.6683 - Alizal
==================



Menarik Untuk Dibaca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...