Showing posts with label Kuantan FA. Show all posts
Showing posts with label Kuantan FA. Show all posts

Wednesday, June 28, 2017

Pemain Import Baru Liga Perdana 2017 - Sabah dan MISC-MIFA menampilkan 100% Pemain Import Baru



Tempoh berehat Liga Perdana Malaysia 2017 bakal berakhir dan akan memulakan sepak mula pada 30 Jun 2017. Negeri Sembilan, Kuala Lumpur, Terengganu dan PKNP sedang bersaing sesama sendiri dan cuba meningkatkan kualiti pasukan masing-masing untuk menerajui Liga Perdana 2017. Paling ketara ialah perubahan dan penukaran beberapa orang pemain termasuk pemain import.


Negeri Sembilan

Khidmat Nemanja Vidic, Lee Tuck dan Bruno Castanheira masih diperlukan oleh Negeri Sembilan. Namun begitu penyerang dari Croatia, Marko Simic dilepaskan ke Melaka United di Liga Super Malaysia 2017.

Jonathan Behe ketika mewakili Sabah diasak pertahanan ATM

Sebagai ganti, penyerang keturunan Ivory Coast kelahiran Perancis, Jonathan Behe dibawa masuk menggantikan Marko Simic. Jonathan Behe pernah bermain untuk Sabah.


Kuala Lumpur

Guilherme de Paula, Nicolas Dul dan Bobur Akbarov kekal bersama Kuala Lumpur manakala pemain tengah dari Mali, Modibo Konte dipinjamkan ke Perlis.

Paulo Josue bersama kelab lamanya di Brazil

Sebagai ganti, Kuala Lumpur mendapatkan pemain tengah dari Brazil, Paulo Josue. Pemain ini pernah bermain di Liga Brazil dan Liga UAE.


Terengganu

Lutfulla Turaev dan Frederic Falcone telah digugurkan oleh Irfan Bakti daripada skuad baru Terengganu. Issey Nakajima-Farran dan Lazaro masih dikekalkan. Sebagai ganti Terengganu mendapatkan khidmat pemain import baru berikut :-

Tche Tche ketika bersama kelab Tanzania

i) Gabriel Davis Dos Santos - pemain tengah menyerang ini berpengalaman luas bermain di Liga Brazil dan pernah bermain di Liga Thailand.
ii) Kepre Brice Hermann Tchetche - penyerang dari Ivory Coast ini dikenali sebagai Tche Tche pernah bermain di kelab Afrika dan muncul sebagai pemain paling bernilai dalam Liga Tanzania. Pemain ini hampir menyertai Kelantan pada tahun 2014 tetapi tidak jadi. Kelab terakhirnya adalah di Liga Oman.


PKNP

Selama ini PKNP cuma menggunakan khidmat 3 orang pemain import sahaja dan ketiga-tiga mereka masih dikekalkan. PKNP menambah seorang lagi pemain import iaitu Kim Hyun-woo penyerang dari Korea Selatan yang pernah bermain di Liga Kemboja dan Liga Myanmar.

Kim Hyun Woo (merah) bersama kelab Shan United di Liga Myanmar


UiTM

UiTM mengekalkan keempat-empat pemain import mereka


JDT II

Pada awal musim Jeronimo Barrales telah diturunkan ke JDT II manakala Gabriel Guerra telah dinaikkan ke JDT. Setakat ini, JDT II masih memberikan kepercayaan kepada pemain import mereka.


PDRM

Safuwan Baharudin, Dao Bakary dan Souleymane Konate kekal sebagai pemain import PDRM untuk baki saingan Liga Perdana Malaysia.

Yassir Hanapi (kiri) bersama pasukan Singapura

PDRM mendapatkan pemain import baru dari Singapura, Yasir Hanapi untuk menggantikan Frederic Pooda.


Kuantan

Pada awalnya Kuantan mengekalkan keempat-empat pemain import mereka namun di saat-saat akhir mereka terpaksa melepaskan Shim un-Seob, pemain tengah Korea Selatan kepada kelab Vietnam, Long An FC yang memberikan tawaran yang lebih baik,


Sabah

Dengan barisan pengurusan baru, Sabah melepaskan keempat-empat pemain import lama mereka. Pemain import baru Sabah ialah :-

Francis Kasonde semasa mewakili pasukan Zambia

i) Francis Kasonde - bekas pertahanan kebangsaan Zambia yang berpengalaman luas.
ii) Rodoljub Paunovic - penyerang berpengalaman yang bermain di Liga Serbia, Liga Thailand dan Liga Montenegro.
iii) Lee Kil-hoon - bekas pemain tengah remaja Korea Selatan dan pernah bermain untuk Pulau Pinang dan Sime Darby
iv) Heo Jae-nyeong - pemain tengah bertahan dari Korea Selatan


MISC-MIFA

Kesemua pemain import MISC-MIFA telahpun disingkirkan dan sebagai ganti mereka mengambil pemain-pemain import baru berikut :-

i) Luiz Eduardo Purchino - pemain ini dikenali sebagai "Dudu", bermain di posisi penyerang sayap dan berpengalaman bermain dalam Liga Thailand
ii) Mohamed Talaat - bekas penyerang remaja Mesir yang pernah bermain dalam Liga Mesir dan liga lain di Timur Tengah
iii) Kpah Sean Sherman - bekas penyerang kebangsaan Liberia yang pernah bermain dalam Liga Cyprus dan Liga Afrika Selatan
iv) Shin Jae-Pil - bekas pemain pertahanan berpengalaman dari Melaka United.


Mohamed Talaat berentap dengan pemain Itali semasa Piala Dunia bawah 20 tahun

Perlis

Brandon Adams yang dipinjamkan dari QPR masih kekal bersama Perlis. Sebaliknya, Perlis menyingkirkan Damion Stewart, Oh Kyu-bin dan Park Yong-joon bagi menghadapi baki saingan liga. Pemain import baru Perlis ialah :-

Maksimilian Fomin (6) bersama pasukan Uzbekistan

i) Modibo Konte - pemain tengah dari Mali yang telah dipinjamkan oleh Kuala Lumpur
ii) Ndumba Makeche - bekas penyerang Felda United dan Sarawak berkuturunan Zambia warganegara Australia
iii) Maksimilian Fomin - Pemain pertahanan muda Uzbekistan


ATM

ATM mengekalkan keempat-empat pemain import mereka.


Kualiti setiap pasukan dipertingkatkan bagi menghadapi baki saingan liga. Perlis dan ATM bergelut supaya tidak disingkirkan ke Liga FAM. Saingan untuk ke Liga Super 2018 juga tidak kurang hebatnya.


Wednesday, February 1, 2017

Pemain Import Liga Perdana 2017 - JDT II, Negeri Sembilan, UiTM, MISC-MIFA Dan PKNP 100% Berwajah Baru



Sepakmula Liga Perdana Malaysia 2017 telahpun bermula sejak 20 Januari 2017 yang lalu. Kebanyakan pasukan menggunakan khidmat pemain import baru dan hanya sebahagian sahaja pemain import lama yang dikekalkan.

DRB Hicom pula telah menarik diri musim ini akibat masalah kewangan menyebabkan ATM terselamat dan masih kekal dalam Liga Perdana Malaysia 2017.


PDRM

PDRM mengekalkan khidmat Souleymane Konate (Mali) dan Safuwan Baharuddin (Singapura). Pemain import baru PDRM ialah :-

1) Frederic Pooda (Ivory Coast) - bekas penyerang Sime Darby FC yang telah disingkirkan ke Liga FAM. Sebelum ini Frederic Pooda adalah penjaring terbanyak dalam Liga bolasepak Laos bersama Lao Toyota.
2) Dao Bakary (Ivory Coast) - penyerang berpengalaman yang pernah menyarung jersi Perlis, UiTM dan Kuantan FA

Frederic Pooda ketika bersama pasukan Lao Toyota


Terengganu

Terengganu mengekalkan Issey Nakajima-Farran (Jepun/Kanada) sebagai pemain import mereka. Pemain import baru Terengganu ialah :-

1) Lazaro Vinicius Alves Martins (Brazil) - pertahanan tinggi lampai produk akademi bolasepak Atletico Mineiro. Berpengalaman luas dan pernah bermain dalam Liga Belanda, Liga Brazil dan Liga Bahrain.
2) Federico Falcone (Argentina) - penyerang dari akademi bolasepak Newell's Old Boys di Argentina. Berpengalaman di liga bolasepak Chile dan yang terakhir merupakan penjaring terbanyak di liga Malta
3) Lutfulla Turaev (Uzbekistan) - bekas pemain tengah Felda United yang mengikuti Irfan Bakti ke Terengganu

Lazaro ketika bersama dengan skuad remaja SC Heenrenveen satu ketika dahulu


JDT II

JDT II menampilkan 4 orang pemain import baru mereka untuk musim ini :-

1) Samuel Caceres (Paraguay) - bekas pemain pertahanan remaja Independiente dan pernah beraksi di Liga Argentina dan Liga Amerika Syarikat
2) Nicolas Fernandez (Argentina) - pemain tengah berpengalaman dan pernah beraksi di Liga Sepanyol dan Liga Greece. Sama pasukan dengan Jeronimo Barrales (JDT) semasa di Asteras Tripolis (Greece).
3) Gabriel Guerra (Argentina) - pemain tengah lincah ni disambar dari Boca Juniors B setelah tempoh pinjaman selama 2 tahun dengan PKNS FC tamat
4) Alex Smith (Australia/England) - pemain tengah berpengalaman yang bersama pasukan Negeri Sembilan musim lepas. Pernah juga beraksi dalam Liga Amerika Syarikat dan Liga Australia

Nico Fernandez bersama pasukan Asteras Tripolis (Greece) ketika menentang
pasukan Tottenham Hotspurs dalam Piala UEFA


Negeri Sembilan

Negeri Sembilan menampilkan 4 orang pemain import baru musim ini iaitu :-

1) Nemanja Vidic (Serbia) - pemain tengah ini tidak pernah bermain dengan Manchester United tetapi berpengalaman dalam liga bolasepak Serbia dan liga Kazakhstan.
2) Marko Simic (Croatia) - bekas pemain remaja Croatia yang beraksi di bahagian sayap. Berpengalaman luas dan pernah beraksi dalam Liga Croatia, Rusia, Hungary, Slovenia, Itali dan Vietnam
3) Lee Tuck (England) - penyerang berpengalaman yang pernah beraksi dalam Liga Inggeris, Thailand dan Bangladesh
4) Bruno Junichi Suzuki Castanheira (Jepun/Brazil) - penyerang kacukan Brazil-Jepun dan pernah beraksi di Liga Jepun dan Liga Singapura

Marko Simic ketika bersama skuad remaja Croatia


Kuala Lumpur

Hanya Modibo Konte (Mali) sahaja yang dikekalkan dalam skuad Kuala Lumpur. Pemain import Kuala Lumpur yang baru ialah :-

1) Nicolas Alejandro Dul Del Rio (Argentina) - pemain tengah produk akademi bolasepak River Plate. Pernah beraksi dalam Liga Argentina, Sepanyol dan Itali.
2) Guilherme de Paula Lucrecio (Brazil) - bekas penyerang Selangor dan PDRM. Pernah beraksi di Liga Brazil, Portugal, Guatemala, Romania dan Cyprus.
3) Bobur Akbarov (Uzbekistan) - pertahanan tegap dari Liga Uzbekistan

Nicolas Dul depan dua dari kiri bersama pasukan River Plate B

* Carlos Chamorro (Argentina) - penyerang import ini disingkirkan di saat akhir dan digantikan dengan Guilherme de Paula. Pemain ini ialah pilihan Ismail Zakaria, bekas jurulatih Kuala Lumpur. Namun jurulatih baru Wanderley Junior tidak berpuashati dengan prestasi Carlos Chamorro.


Perlis

Perlis mengekalkan Damion Stewart (Jamaica) dan Park Yong-joon (Korea Selatan) sebagai pemain import mereka. Pemain import baru Perlis ialah :-

1) Oh Kyu-bin (Korea Selatan) - pemain tengah muda dari Liga Korea Selatan
2) Brandon Adams (England) - pemain remaja England yang dipinjamkan dari Queens Park Rangers

Brandon Adams (kanan) ketua pasukan remaja QPR

Kuantan FA

Khidmat pakar lontaran ke dalam Ljubo Baranin (Serbia) masih ditagih selain daripada pemain import Korea Selatan, Shim Un-Seob. Pemain import baru Kuantan FA ialah :-

1) Stefan Vukmirov (Serbia) - pemain tengah dari Liga bolasepak Serbia
2) Shunsuke Nakatake (Jepun) - baru pulih dari kecederaan panjang dan kembali didaftarkan sebagai pemain import Kuantan FA. Cuma pernah beraksi dalam liga universiti tempatan dan Liga Singapura.

Shunsuke Nakatake (kiri) bekas kapten Kanagawa University


Sabah

Sabah mengekalkan Igor Cerina (Croatia) sebagai pemain import mereka. Pemain import baru Sabah ialah :-

1) Soufiane Choubani (Perancis/Algeria) - bekas pemain remaja Perancis dan juga produk akademi bolasepak Nantes di Perancis. Pernah beraksi di Liga Perancis dan Liga Algeria.
2) Jonathan Behe (Perancis) - penyerang dari Perancis keturunan Ivory Coast, produk akademi bolasepak EA Guingamp di Perancis. Pernah beraksi dalam Liga Perancis, Rusia, Thailand dan Singapura
3) Masaya Jitozono (Jepun) - bekas pemain tengah remaja JEF United di Jepun dan pernah beraksi dalam Liga Jepun dan Liga Singapura

Soufiane Choubani (tengah) semasa mewakili FC Nantes mengasak pemain Bordeaux


UiTM

Musim lepas UiTM menggunakan 8 orang pemain import yang berbeza. 4 orang pada separuh musim pertama dan 4 orang lagi pada separuh musim kedua. Kali ini juga UiTM menampilkan 4 orang pemain import baru iaitu :-

1) Onorionde Kughegbe (Nigeria) - juga dikenali sebagai O. K. John. Pertahanan berpengalaman luas dari Liga Indonesia dan pernah bermain bersama PDRM
2) Dechi Marcel N'Guessan (Ivory Coast) - pemain sayap dari Liga Ivory Coast
3) Akanni-Sunday Wasiu (Nigeria) - penyerang berpengalaman yang pernah beraksi dalam Liga Poland, Lithuania, England, Malta, China dan Vietnam
4) Do Dong-hyun (Korea Selatan) - pemain sayap muda yang pernah bermain dalam Liga Australia, Jepun dan India

Akanni-Sunday Wasiu ketika bermain di Liga Inggeris untuk Cholchester United


ATM

ATM mengekalkan khidmat pemain import Uzbekistan Sirojiddin Rakhmatullaev yang beraksi cemerlang pada separuh terkahir musim lepas. Pemain import baru ATM ialah :-

1) Ikbol Babakhanov (Uzbekistan) - pertahanan muda dari Uzbekistan
2) Pavel Smolyachenko (Uzbekistan) - bekas penyerang kebangsaan Uzbekistan dengan 1 cap dan bermain dalam Liga Uzbekistan
3) Bae Beom-geun (Korea Selatan) - pemain tengah yang pernah bermain dalam Liga Jerman dan Liga Macedonia

Amer Saidin dan Muslim Ahmad cuba mengekang kemaraan Pavel Smolyachenko



MISC-MIFA

MISC-MIFA menggunakan khidmat 4 orang pemain import untuk kancah Liga Perdana Malaysia 2017 iaitu : -

1) Alan Emanuel Aciar (Argentina) - pertahanan yang pernah bermain di Liga Argentina dan Liga Indonesia
2) Tagne Foguieng Dimitri Bodric (Cameroon) - penyerang muda dari Cameroon
3) Ijezie Michael Chukwubunna (Nigeria) - penyerang berpengalaman dari Liga Myanmar. Pemain ini juga pernah bermain untuk NS Betaria dan KL Putrajaya SPA di Malaysia
4) Steven Imbiri (Indonesia) - pemain sayap dari Liga Indonesia

Alan Aciar (No 13) di sebelah kanan penjaga gol ketika zaman bersama Racing Club di Argentina


PKNP

PKNP hanya menggunakan 3 orang pemain import sahaja untuk saingan Liga Perdana Malaysia 2017. Pemain-pemain import PKNP ialah :-

1) Ritus Krjauklis (Latvia) - bekas pertahanan kebangsaan Latvia dan pernah bermain dalam Liga Latvia, Liga Azerbaijan dan Liga Afrika Selatan
2) Vincent Weijl (Belanda) - bekas pemain sayap remaja AZ Alkmaar dan Liverpool dan berpengalaman main di Liga Belanda, Liga Inggeris, Liga Sepanyol, Liga Hong Kong dan Liga Denmark
3) Gilberto Fortunato (Brazil) - penyerang berpengalaman yang pernah main di Liga Brazil, Liga Vietnam, Liga Albania, Liga Korea Selatan, Liga Thailand dan Liga Kosovo

Ritus Krjauklis (kanan) menghambat Vladimir Wiess dari Slovakia dalam perlawanan antarabangsa



Semoga kehadiran pemain import baru kali ini akan meningkatkan lagi kualiti bolaspeak negara dalam Liga Perdana Malaysia 2017. Kemampuan pasukan baru seperti MISC-MIFA dan PKNP mendapatkan pemain import berkualiti tinggi seperti Alan Aciar, Ritus Krjauklis dan Vincent Weijl adalah tanda positif dalam pengurusan kelab dan pasukan.

Baca : Pemain Import Liga Perdana Malaysia 2016






Friday, February 12, 2016

Pemain Import Liga Perdana Malaysia 2016 - Hanya DRB-Hicom, JDT II, Kuala Lumpur Dan PKNS FC Kekalkan Sebahagian Pemain Import Mereka



Hari ni 12 Februari 2016 bermulalah Liga Perdana Malaysia 2016 dengan sepakmula bermula petang ni antara Selangor UiTM FC dengan Sabah pada pukul 4.45pm diikuti dengan 4 game yang lain pada waktu malam iaitu T-Team vs Perlis, Sime Darby FC vs Melaka, PKNS FC vs Kuala Lumpur dan JDT II vs DRB-HICOM. Game antara Negeri Sembilan vs Kuantan FA pula akan berlangsung pada hari Sabtu, 13 Fenruari 2016.

Ada pasukan yang dah mengesahkan kuota pemain import mereka seawal sebelum pra musim lagi malah ada pula pasukan yang hanya dapat mengesahkan kuota pemain import mereka di saat-saat akhir. Berikut ialah senarai pemain import Liga Perdana Malaysia 2016 :-

Baca : Pemain Import Liga Perdana 2017


ATM

Pasukan yang menghadapi masalah kewangan ini baru saja diturunkan ke Liga Perdana pada 31 Januari yang lalu setelah tewas kepada T-Team 1-2 dalam perlawanan play-off. ATM telah gagal untuk melunaskan gaji beberapa orang pemain mereka dan setakat ini mereka tidak menggunakan pemain import untuk musim 2016.


DRB-Hicom

DRB-Hicom mengekalkan pertahanan Sepanyol keturunan Ghana, Godwin Antwi dan juga penyerang dari Croatia, Ivan Babic. Kedua-dua pemain import dari Jepun tidak disambungkan kontrak.

Adakah Philip Lund (kiri) ialah pemain Denmark pertama bermain dalam Liga Malaysia?

Pemain import baru DRB-Hicom ialah :-

Philip Lund - penyerang dari Denmark yang gagal ujian pemilihan bersama Tampines Rovers (Singapura)
Kim Jin-yong - bekas pemain kebangsaan Korea Selatan yang pernah bermain dengan pasukan Negeri Sembilan


JDT II

JDT II masih mengekalkan duo import dari Singapura iaitu Shahril Ishak dan Baihakki Khaizan. Manakala status pemain import dari Argentina, Leandro Velazquez masih menjadi tanda tanya.

Paulo Rangel akur untuk bermain dengan JDT II dan bukannya JDT

Pemain import baru JDT II ialah penyerang sensasi dari Brazil yang pernah beraksi bersama Perak, Selangor dan Terengganu iaitu Paulo Rangel.


Kuala Lumpur

Kuala Lumpur mengekalkan pemain muda Mali yang beraksi di posisi tengah iaitu Modibo Konte. Manakala ketiga-tiga trio import dari Korea Selatan tidak disambungkan kontrak.

Mario Karlovic (kiri) pernah beraksi untuk Terengganu dan ATM

Pemain import baru Kuala Lumpur ialah :-

Leo Carioca - pertahanan dari Brazil yang juga dikenali sebagai Leonardo Moreira de Carvalho
Casagrande - penyerang dari Brazil yang juga dikenali sebagai Anselmo Arruda da Silva
Mario Karlovic - bekas pemain remaja Australia yang pernah beraksi dengan Terengganu dan ATM


Kuantan FA

Kuantan tidak mengekalkan pemain-pemain import mereka musim lepas. Pemain import baru untuk Kuantan FA ialah :-

Rekod pelontar hantaran dalaman terjauh di dunia masih lagi milik Ljubo Baranin

Ljubo Baranin - bekas pertahanan remaja Serbia yang mempunyai reputasi sebagai pelontar hantaran ke dalam paling jauh di dunia?
Srdan Vidakovic - pemain tengah dari Croatia
Dao Bakary - pemain import dari Ivory Coast yang pernah beraksi bersama Perlis dan UiTM FC
Shunsuke Nakatake - pemain tengah dari Jepun yang berpengalaman bermain dalam Liga Singapura


Melaka United

Juara Piala FAM 2015 ini berbelanja besar setelah dinaikkan ke Liga Perdana 2016. Pemain import Melaka United ialah :-

Labinot Harbuzi - bintang remaja Sweden keturunan Kosovo/Albania

Balsa Bozovic - pemain tengah dari Montenegro
Labinot Harbuzi - bekas bintang remaja Sweden etnik Kosovo/Albania yang beraksi di posisi tengah atau serangan
Illija Spasojevic - penyerang prolifik yang berpengalaman bermain dalam liga Indonesia. "Spaso" juga adalah bekas pemain remaja Yugoslavia, Serbia-Montenegro dan juga Montenegro.
Shin Jae-pil - pertahanan berpengalaman dari Korea Selatan


Negeri Sembilan

Pasukan Negeri Sembilan hampir 100% berwajah baru apabila rombakan besar-besaran dibuat setelah mereka gagal layak ke Liga Super 2016. Pemain import baru Negeri Sembilan ialah :-

Andrew Nabbout (kiri) adalah antara pemain asing yang menyinar dalam Liga Australia

Taylor Regan - pertahanan dari Australia
Alex Smith - pemain tengah/serangan dari England yang berpengalaman bermain dalam Liga Australia
Joel Chianese - penyerang dari Australia yang pernah bermain untuk pasukan Sabah
Andrew Nabbout - pemain sayap dari Australia etnik Lubnan


Perlis

Naib juara Liga FAM 2015 ini juga bakal memberikan cabaran setelah Dollah Salleh dilantik menjadi jurulatih baru mereka. Pemain import Perlis ialah :-

Kayne Vincent ketika menyarung jersi Chonburi FC di Thailand

Obinna Nwaneri - pertahanan kebangsaan Nigeria yang pernah bermain untuk Kelantan dan ATM FA
Mohamadou Sumareh - pemain dari Gambia yang pernah berkasi dengan PDRM FA
Edward Junior Wilson - penyerang kebangsaan Liberia yang prolifik dan pernah beraksi bersama Felda United
Kayne Vincent - penyerang kebangsaan New Zealand yang juga berkacukan Jepun dan berpengalaman bermain dalam Liga New Zealand, Australia, Jepun, India dan Thailand.


PKNS FC

PKNS FC mengekalkan duo import dari Argentina iaitu Gonzalo Soto dan Gabriel Guerra. Patrick Wleh telah berhijrah ke Selangor manakala pemain import dari Timor Leste tidak disambungkan kontraknya

Matias Jadue pernah bermain untuk pasukan remaja Chile
sebelum memilih untuk mewakili pasukan senior Palestin


Pemain import baru PKNS FC ialah :-

Juan Manuel Cobelli - penyerang dari Argentina
Matias Jadue - penyerang kebangsaan Palestin dari Chile


Sabah

Sabah juga tidak mengekalkan pemain-pemain import mereka musim lepas. Pemain import baru Sabah ialah :-

Igor Cerina (No 5) mewakili Balestier Khalsa ketika menentang JDT dalam Piala AFC 2015

Igor Cerina - pertahanan dari Croatia yang berpengalaman bermain di Liga Singapura dan pentas piala AFC
Marco Tulio - pemain tengah dari Brazil yang pernah beraksi dengan pasukan T-Team dan Perak
Prince Nnake - bekas penyerang kebangsaan Nigeria
Dedi Kusnandar - bintang muda Indonesia yang sedang meningkat naik bermain di posisi tengah


Sime Darby

Sime Darby telah diturunkan dari Liga Super 2015 dan tidak mengekalkan pemain-pemain import mereka. Pemain import baru Sime Darby ialah :-

Frederic Pooda (kiri) mewakili Lao Toyota dalam perlawanan Piala AFC 2015 menentang Persib Bandung


Ha Dae-won - pertahanan dari Korea Selatan yang berpengalaman di Liga Indonesia
Frederic Pooda - penyerang dari Ivory Coast yang disambar dari juara Laos, kelab Lao Toyota
Mateo Roskam - penyerang dari Croatia yang kembali ke Sime Darby setelah setahun menabur bakti di Singapura bersama Tampines Rovers
Lee Kil-hoon - pemain tengah dari Korea Selatan yang pernah bermain untuk Pulau Pinang


UiTM FC

UiTM FC juga tidak mengekalkan pemain-pemain import mereka musim lepas dan ini adalah kali pertama UiTM FC menggunakan kuota 4 orang pemain import. Pemain import baru UiTM FC ialah :-

Penjaga gol Kyrgysztan, Pavel Matyash membuat halangan terhadap serangan Australia

Kang Jin-wook - bekas pertahanan remaja Korea Selatan yang pernah beraksi dalam Liga Perancis bersama kelab FC Metz
Pavel Purishkin - penyerang prolifik dari Uzbekistan
Eliel - juga dikenali dengan nama Eliel da Cruz Guardiano, penyerang dari Brazil yang bernah beraksi untuk pasukan Perak
Pavel Matyash - penjaga gol kebangsaan Kyrgysztan 


Inilah masanya untuk pemain import Liga Perdana 2016 menunjukkan aksi terbaik mereka di atas padang dan bukannya status dan sejarah kegemilangan mereka semata-mata yang menajadi ukuran. Kegagalan mereka menunjukkan kebolehan istimewa mengatasi pemain tempatan sedia ada akan menyaksikan mereka bakal disingkirkan sebelum tamatnya Liga Perdana 2016.




Thursday, August 20, 2015

Liga Perdana Malaysia 2015 - Saingan 3 Penjuru Antara Kedah, T-Team dan Pulau Pinang



21 Ogos 2015 bakal menyaksikan siapakah juara baru Liga Perdana Malaysia musim 2015. Pada musim lepas hanya saingan 2 penjuru di antara PDRM dan Felda United dimana menyaksikan PDRM muncul Juara Liga Perdana Malaysia 2014. Pada tahun ini, persaingan agak sengit dengan saingan 3 penjuru antara Kedah, T-Team dan Pulau Pinang.



Kedah mempunyai kelebihan untuk menjadi juara dan seterusnya layak ke Liga Super 2016 dengan hanya perlu seri pada perlawanan terakhir menentang DRB-Hicom di tempat lawan. T-Team dan Pulau Pinang harus menang dengan bergaya terhadap lawan masing-masing iaitu Kuantan FA dan UiTM FC di tempat lawan sambil mengharapkan DRB-Hicom menundukkan Kedah.

Antara aksi pertemuan Pulau Pinang menentang Kedah

Pulau Pinang juga wajib menang dan perlu mengharapkan T-Team tercicir mata pada perlawanan terakhir bagi memastikan Pulau Pinang layak ke Liga Super musim 2016. Prestasi cemerlang T-Team diawal musim gagal dikekalkan setelah kehilangan kapten pasukan, mendiang David Oniya yang mati mengejut ketika perlawanan persahabatan menentang Kelantan.

Pertembungan antara T-Team dan Kedah tidak kurang hebatnya





Untuk slot ke Piala Malaysia pula, selain Kedah, T-Team dan Pulau Pinang, satu lagi pasukan yang mengesahkan slot automatik ke Piala Malaysia ialah PKNS FC. Manakala 2 lagi pasukan iaitu JDT II dan juga samada NS Matrix atau Sabah akan berentap dalam pusingan kelayakan ke Piala Malaysia menentang 2 pasukan terbawah dari pasukan Liga Super iaitu Sime Darby dan ATM.

Pasukan Putrajaya SPA pula sudah boleh mengucapkan selamat tinggal kepada Liga Perdana dimana mereka akan bertanding dalam Liga FAM untuk musim 2016. Satu lagi slot untuk diturunkan ke Liga FAM ialah samada DRB Hicom, Kuala Lumpur dan Kuantan FA yang hanya akan ditentukan pada perlawanan terakhir nanti.

Pertemuan Kuala Lumpur dan Kuantan FA dicemari dengan insiden pembalingan suar ke dalam padang

Kelebihan jaringan setakat ini banyak memihak kepada DRB Hicom untuk tidak disingkirkan ke Liga FAM sekiranya ketiga-tiga pasukan terikat dengan mata yang sama nanti. Namun, kemenangan ke atas Kedah harus dicari supaya DRB Hicom tidak tersingkir dari Liga Perdana. Kuala Lumpur juga mempunyai misi yang sukar apabila berkunjung ke gelanggang NS Matrix manakala Kuantan FA pula menanti kunjungan calon juara iaitu T-Team.

PDRM - Juara Liga Perdana 2014

Selain PKNS dan JDT II, pasukan UiTM bermain tanpa tekanan di perlawanan terakhir dan hanya melengkapkan jadual perlawanan apabila menanti satu lagi pasukan calon juara iaitu Pulau Pinang. Nampaknya, Kedah hampir pasti menjadi juara baru Liga Perdana Malaysia 2014, namun saingan daripada T-Team dan Pulau Pinang tidak boleh dipandang ringan.





Tuesday, June 16, 2015

Pemain Import Baru Liga Perdana 2015



Setelah 10 perlawanan Liga Perdana berlangsung T-Team masih mengungguli kedudukan carta dan diekori rapat oleh Kedah. Tinggal 12 perlawanan sahaja yang berbaki sebelum menutup kempen liga.



Tingkap perpindahan April juga telah selesai dimana kita menyaksikan pemain import yang tidak menyerlah telah pergi dan digantikan dengan pemain import baru. Entri berkenaan pemain import Liga Perdana di awal musim telah pun diceritakan sebelum ini.


T-Team

Josip Milardovic - bekas pemain remaja Croatia bawah 21 tahun ini telah melengkapkan kuota 4 orang pemain import T-Team. Bermain di posisi tengah bertahan, T-Team dilihat cuba menguatkan bahagian pertahanan dan tengah pasukan itu.

Josip Milardovic (jersi kuning)

* Takziah kepada kapten pasukan dan juga pemain import T-Team, David Faramola Oniya yang telah meninggal dunia pada 13.6.2015 setelah rebah ketika perlawanan persahabatan bertemu Kelantan


PKNS

Pedro Henrique - PKNS dilihat cuba memperkuatkan bahagian serangannya bagi mencabar kejuaraan liga dengan mendapatkan khidmat penyerang muda Timor Leste ini. PKNS terpaksa melepaskan pertahanan kiri mereka dari Jepun, Keisuke Ogawa.



Pulau Pinang

Dengan hanya 1 kekalahan dan rekod pertahanan terbaik dalam Liga Perdana, Pulau Pinang masih mempercayai pemain import mereka dan tidak membuat apa-apa perubahan.


Kedah

Berada di tangga ke-2 liga setakat ini... Kedah merasakan mereka kurang kreativiti di bahagian tengah dan telah mengambil 2 pemain tengah menyerang. Lawrence Olum dan Keith Nah yang sama sekali tidak menyerlah telah dipinggirkan.

Sandro Mendonca - seorang pemain berpengalaman dari Brazil

Liridon Krasniqi - pemain Albania/Kosovo merupakan bekas pemain remaja FC Nurnberg



JDT II dan NS Matrix tidak membuat sebarang perubahan kepada pemain import mereka. Posisi serangan mereka nampak kuat tetapi tidak di bahagian pertahanan.


DRB Hicom

Hayato Hashimoto - pemain ini melengkapkan kuota import DRB Hicom. Bermain di posisi tengah bertahan, DRB Hicom dilihat cuba untuk menguatkan posisi pertahanan dan tengah mereka. Komen pemain ini berkenaan mutu dan kualiti bolasepak Malaysia telah menjadi viral baru-baru ini.

Hayato Hashimoto (jersi oren)

Sabah

Joel Chianese - penyerang muda Australia ini menggantikan penyerang Singapura, Fazrul Nawaz yang tidak menyerlah. Sabah dilihat cuba untuk menguatkan lagi jentera serangan mereka.

Joel Chianese ketika beraksi bersama Sydney FC

UiTM

Mbom Mbom Julien - pemain tengah Cameroon yang berpengalaman luas dalam Liga Perancis dan Liga Indonesia. Nasib pertahanan Korea Selatan, Park Chul Hyung masih tidak diketahui.

Mbom Mbom Julien (tengah)

Putrajaya SPA

Putrajaya SPA membuat rombakan besar-besaran pemain import mereka dengan hanya mengekalkan pertahanan Korea Selatan, Kwong Jun sahaja. Pemain-pemain seperti Guy Bwele, Michael Ijezie, dan Precious Emuejeraye semuanya telah diketepikan.

Rod Dyachenko - pemain tengah Rusia yang berpengalaman luas di Liga Amerika Syarikat dan Liga Thailand

Simone Quintieri - penyerang berpengalaman Itali yang pernah beraksi di Liga Itali, Liga Amerika Syarikat, Liga Malta dan Liga Indonesia

Cameron Edwards - pemain muda Australia beraksi di bahagian tengah dan pernah menjadi pemain remaja kelab Reading di England

Cameron Edwards

Kuala Lumpur

Sama seperti Putrajaya SPA, Kuala Lumpur juga membuat rombakan besar-besaran dengan menyingkirkan Martin Ekoule, Kalle Sone dan Ogunboye Iyanu. Pemain tengah Korea Selatan Choi Hyun Yeon masih lagi dikekalkan.

Lee Sung Hyun - pertahanan dari Korea Selatan

Modibo Konte - pemain muda Mali yang beraksi di bahagian sayap

Lee Jin Seuk - penyerang dari Korea Selatan

Modibo Konte (tengah) ketika beraksi dengan pasukan Mali bawah-16

Kuantan FA

Fabrice Noel - pemain kebangsaan Haiti dan juga bekas penyerang ATM telah menggantikan penyerang Korea Selatan Im Kyung Hyun

Fabrice Noel ketika beraksi bersama pasukan kebangsaannya

Tidak hairanlah kalau mana-mana pasukan tidak berani memberikan kontrak jangka panjang ataupun bayaran gaji yang mahal kepada mana-mana pemain import yang masih belum terbukti kemampuan masing-masing di atas padang.

Kecederaan jangka masa panjang, pemain yang "indah khabar dari rupa", tidak dapat menyesuaikan diri dengan Liga Malaysia dan banyak lagi kemungkinan-kemungkinan yang bakal dihadapi.




Menarik Untuk Dibaca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...