Wednesday, November 30, 2016

Juara Baru Kelab Asia - Jeonbuk Hyundai Motors Dan Al-Quwa Al-Jawiya



Liga Juara Asia 2016

Saingan kelab-kelab Asia untuk tahun 2016 dah melabuhkan tirai mereka apabila Jeonbuk Hyundai Motors (Korea Selatan) muncul sebagai juara baru kelab Asia setelah menundukkan Al-Ain (UAE) dengan agregat 3-2. Ini adalah kejuaraan ke-2 mereka setelah kali terakhir muncul juara genap pada 10 tahun yang lepas. Al-Ain tak pulang dengan tangan kosong kerana bintang mereka Omar Abdulrahman dinobatkan sebagai pemain terbaik kejohanan.



Jeonbuk Hyundai Motors bergantung kepada pemain-pemain tempatan mereka yang berkualiti terutama sekali penyerang veteran mereka Lee Dong Gook yang pernah beraksi dalam Liga Jerman dan Liga Inggeris serta pemain sayap Kim Bo Kyung yang pernah bermain dalam Liga Inggeris bersama Cardiff City dan Wigan Athletic.

Lee Dong Gook pernah bermain untuk Middlesbrough di England

Pemain import mereka dari Brazil juga sangat prolifik iaitu Leonardo dan Ricardo Lopes. Bekas penyerang Schalke 04 Edu dari Brazil juga ialah pemain import baru mereka yang banyak muncul sebagai pemain gantian. Tidak lupa juga seorang lagi pemain baru yang sangat membantu iaitu penyerang tinggi lampai Kim Shin Wook.


Piala AFC 2016

Dalam saingan Piala AFC 2016 pula, Al-Quwa Al-Jawiya ataupun Air Force Club (Iraq) muncul juara setelah menewaskan Bengaluru FC (India) dengan jaringan 1-0 di perlawanan akhir. Ini adalah kejuaraan pertama wakil dari Iraq dimana penyerang mereka Ahmad Hammadi dinobatkan sebagai penjaring terbanyak dan juga pemain terbaik kejohanan.



Al-Quwa Al-Jawiya juga bergantung kepada pemain-pemain tempatan mereka yang berkualiti seperti bintang muda Iraq Humam Tariq yang dipinjamkan dari kelab Al-Ain (UAE). Majoriti pemain Al-Quwa Al-Jawiya ialah pemain kebangsaan Iraq bawah 23 tahun.

Humam Tariq (kiri) dan Ahmad Hammadi (kanan)
Al-Quwa Al-Jawiya cuma menggunakan pemain import dari Timur Tengah seperti pertahanan berpengaruh Ali Al-Saadi (Lubnan), pemain tengah bertahan Zaher Al-Midani (Syria) dan pemain sayap Hamid Mido (Syria).

Baca : Suku Akhir Piala AFC 2016

Pencapaian Bengaluru FC tahun ini boleh juga dibanggakan setelah menewaskan juara bertahan Piala AFC 2015 iaitu JDT di perlawanan separuh akhir sebelum ditewaskan Al-Quwa Al-Jawiya di perlawanan akhir. Kebangkitan Bengaluru FC bermula dengan perlantikan jurulatih baru dan juga pemain import baru yang lebih berpengalaman dan defensif.






Saturday, November 26, 2016

Kelab Ibu Ohsem - Kumpulan Sokongan Ibu Bapa Yang Paling Ohsem!



Beberapa hari lagi nak masuk bulan Disember 2016 tapi majalah Pa&Ma edisi Disember 2016 dah pun keluar. Sebenarnya memang macam tu pun... seminggu lagi nak masuk awal bulan... edisi baru majalah tu dah dikeluarkan. Zaman sekolah rendah dulu rajin sangat langgan dan beli majalah Dewan Pelajar sebab tu dah tau pasal edisi baru mana-mana majalah akan keluar lebih awal.

Pa&Ma edisi Disember 2016

Haha... kenapa pulak nak terlebih excited pasal majalah Pa&Ma edisi Disember 2016 ni? Oh ye... off course lah sebab kami semua masuk dalam majalah. Kami tu bukan setakat kami sekeluarga je yang masuk majalah tetapi yang bestnya masuk ramai-ramai sekali dengan para editor Kelab Ibu Ohsem (KIO) yang sememangnya ohsem...

Para editor Kelab Ibu Ohsem 1

Tidak dinafikan, sebagai ibu bapa muda dan kurang berpengalaman pastinya tercari-cari rakan, sahabat, platform ataupun kumpulan sokongan untuk mendapatkan maklumat, input dan juga info yang berguna sebagai panduan asas di alam rumah tangga. Cabaran awal ketika di awal perkahwinan sudah pasti ada dek kurangnya pengalaman.

Nasihat dan pesanan daripada orang tua masing-masing sudah pasti diturunkan sejak zaman berzaman. Nasihat dan pesanan daripada orang tua ini juga dipanggil sebagai "petua" memang sentiasa diamalkan oleh mana-mana pasangan muda dalam rumahtangga mereka khususnya sepanjang proses untuk mendapatkan zuriat, kehamilan, berpantang, membesarkan dan mendidik anak-anak sehingga dewasa.

Para editor Kelab Ibu Ohsem 2

Selain itu, melanggan dan membeli majalah keibubapaan seperti Pa&Ma juga sedikit sebanyak membantu pasangan muda dalam menghadapi cabaran sepanjang mendirikan rumah tangga. Harga yang dijual di pasaran juga adalah mampu milik dan sangat berpatutan. Oh ye.... jangan lupa untuk beli Pa&Ma edisi Disember 2016 sebelum kehabisan stok! Hehe....

Kini, seperti dah menjadi satu kebiasaan atau trend untuk mendapatkan maklumat yang lebih pantas dan cepat secara online. Justeru, diwujudkan Kelab Ibu Ohsem ini untuk membantu pasangan muda di luar sana yang memerlukan maklumat keibubapaan seperti mendapatkan zuriat, kehamilan, berpantang, didikan anak-anak dan juga tips berhadapan cabaran membesarkan anak-anak sesuai dengan peredaran zaman.

Para editor Kelab Ibu Ohsem 3

Kelab Ibu Ohsem ni ditubuhkan sebagai hub untuk para ibu berkongsi pengalaman keibubapaan, kehidupan dan kesihatan kepada mereka yang memerlukan di luar sana. Para editor di Kelab Ibu Ohsem juga sudah terlatih dalam memberikan input yang bermanfaat, tersusun dan bukannya maklumat yang ala kadar semata-mata.

Para editor dalam Kelab Ibu Ohsem ini juga berada di seluruh Malaysia termasuk dari Sabah dan Sarawak. Jadi, info yang dikongsikan dalam Kelab Ibu Ohsem ni sangat menyeluruh dan sesuai mengikut peredaran zaman tanpa mengira batasan geografi dan juga budaya.

Para editor Kelab Ibu Ohsem 4

Jemput Like dan Follow Page Kelab Ibu Ohsem di Facebook dan teruskan memberi sokongan dengan membaca dan kongsikan artikel-artikel yang disumbangkan dalam Page Kelab Ibu Ohsem. Semoga Kelab Ibu Ohsem terus memberikan manfaat kepada mereka yang memerlukan khususnya ibu bapa muda yang kurang pengalaman.





Friday, November 18, 2016

Char Kuey Teow Best Kat KL - Boleh Cari Di Bandar Tasik Selatan



Semalam bawak mak makan kat kawasan Bandar Tasik Selatan... ada satu food court dekat traffic light... dekat-dekat dengan sekolah dan masjid Bandar Tasik Selatan. Dengar citer macam best jer char kuey teow dia... bukan setakat kicap dia jer sedap tapi hidangan yang lebih premium sebab ada udang galah atau ketam... mahal sikit pun takpe yang penting sedap, berkualiti dan berbaloi.




Tak susah pun nak cari tempat ni... dari kem askar Sg Besi pun tak jauh... kira sempadan Sg Besi - Bandar Tasik Selatan lah ni... Ada yang cakap nama tempat ni Desa Tasek Sg Besi, ada yang cakap Bandar Tasik Selatan... mana-mana pun boleh... hehe... Nak tau lokasi yang lebih tepat boleh tengok kat FB Syah Char Kuey Teow.

Memang sedap! Lain dari yang lain.... haha... yang unik lagi abam-abam sado yang uruskan kedai makan ni. Lain betul sentuhan abam sado main besi ni.... gagah di gym perkasa di dapur... gitu.... Pendek kata cubalah sendiri... baru tahu keenakan sebenarnya... pilihlah nak udang galah ke atau ketam.

Lepas makan dengan mak... tapow sekali untuk family kat rumah. Settle makan malam... isteri pun up status kat FB... ramai pulak yang gigih terbang terus ke lokasi char kuey teow ni... hehe... Cer tengok kat ruangan komen.... tak terkecuali sifu blogger Tuan Eizil yang paling laju... haha....





Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada penggemar ketam, udang galah dan char kuey teow..... Selamat menjamu selera! Oh ye.... waktu operasinya ialah dari 4 petang sampai 1 pagi setiap hari....





Thursday, November 10, 2016

Bercuti Di Cyberjaya? - Satu Pengalaman Best Yang Tak Akan Dilupakan



Cuti Deepavali baru ni pergi bawak famili bercuti kat kawasan berhampiran jer iaitu Cyberjaya. Biasanya cuti Deepavali sehari jer... tapi tahun ni dari Jumaat sampai Selasa... berbaloi jugak kalau nak bercuti. Ramai jugak parent yang apply cuti dan pulang ke kampung halaman masing-masing.

Tak sangka kat Cyberjaya ada tempat yang best dan selesa untuk stay dan tinggal. Ok... konsep kali ni ialah "staycation"... maksudnya banyak menghabiskan masa duduk dalam rumah jer dan tak berjalan kat luar sangat.

Rumah/Apartment Percutian Untuk Disewa Di Cyberjaya/Putrajaya



Day 1 - 30/10/2016

Hari ni hari Ahad.... Lepas makan tengahari yang simple kat rumah terus bergerak ke Cyberjaya... yang bestnya hanya mak bapak jer yang tau nak pergi mana... anak-anak ikut jer dan tak tahu pun tempat nak pergi tu dekat jer... Cuma bagitau diorang nak jalan jer.... tempat rahsia... baru thrill! Lebih kurang setengah jam perjalanan dari Cheras sampai jugak di Cyberjaya.

Abang dan kakak bawak backpack dengan pakaian masing-masing

Check in time pukul 3 petang. Sebelum sampai kat Cyberjaya... owner rumah dah wassup "manual check in" rumah dia. Oh ye... kami sewa rumah guna aplikasi AirBnB. Biasa dengar kan? Mudah, simple dan anda akan dapat rumah yang cantik dan bersih.... itu yang best! Maklumlah bila askar dah ramai ni... leceh kalau nak stay kat hotel.

Jadi apabila owner rumah tak dapat nak jumpa kita untuk bagi kunci rumah... dia akan bagi manual atau cara-cara nak check in rumah dia. Masa ni baru owner bagitau rumah dia mana satu.... Ok... rumah pertama yang unik ni nama dia The Place at Cyberjaya.... sebelah Limkokwing University jer... Bukan rumah sangatlah tapi dia lebih kepada studio apartment. Suka betul budak-budak tinggal kat sini.

Tingkat bawah

Tingkat atas


Apa yang kitorang buat? Yelah... nama pun staycation... just stay in the apartment, spent time dengan family dan enjoy view dari apartment. Itu jer... hehe...

Tiba masa nak makan malam... sebelum maghrib keluar pergi cari Nasi Arab kat sekitar Cyberjaya. Siapa sangka Cyberjaya ni dah macam perkampungan Pak Arab kat Malaysia. Tak makan kat kedai pun... cuma tapau dan makan dengan gembiranya kat apartment. Nasi Arab ni kalau kami beli 3 portion jer... cukup untuk makan kami 6 beranak... Alhamdulillah...

Waktu malam... tengok tv sama-sama, borak-borak dan main-main. By the way studio apartment yang kami sewa ni dia set untuk 4 orang... sebabnya sofa dia boleh convert jadi bedding atau tempat tidur. So, ada yang tidur tingkat atas dan ada yang tidur tingkat bawah.

SELAMAT MALAM CYBERJAYA!


Day 2 - 31/10/2016

SELAMAT PAGI CYBERJAYA!

Lepas Subuh... ramai-ramai dok kat balkoni... tengok matahari naik.... panorama alam katanya... cantik! Alhamdulillah.... syukur, dapat lagi menghirup udara pagi yang segar. Semoga terus diberikan kesihatan untuk memberi manfaat kepada orang lain....

Mentari Subuh di Cyberjaya

Pagi tak payah keluar rumah pun nak cari sarapan sebab dah tapau spaghetti dari rumah, tinggal nak panaskan kat oven jer...

Spaghetti kesukaan anak-anak

Lepas tu bawak budak-budak pergi pool nak mandi... rupanya awal sangat. Pool bukak paling awal pun pukul 10 pagi. Hmm... takpelah... bergambar jer kat kawasan pool... yang penting kena gembira. Dah naik atas rumah lepas tu cadang nak turun balik mandi pool tapi akhirnya decide tak jadi nak mandi

Gembira walaupun tak dapat mandi

Jadi apa lagi.... siap-siaplah packing barang sebab dah nak check out dan gerak ke destinasi berikutnya. Check out pukul 12.00 tengahari... macam biasa sebelum check out owner dah wassup manual untuk check out rumah.

Check in rumah ke-2 ni pukul 2.00 petang... jadi sempatlah nak pergi cari makan kat kawasan sekitar. So, kami decide nak makan tengahari kat Penanggah jer sebab kat situ banyak pilihan makanan. Penanggah ni kat Putrajaya... sebelah Cyberjaya jer... Kalau nak cari Penanggah... dia ada dalam Taman Warisan Pertanian Putrajaya... lebih kurang 15 minit dari The Place Cyberjaya.

Best rupanya makan kat Penanggah ni... banyak sangat pilihan. Selain daripada makan tengahari... kami dah siap-siap tapau Sate Kajang yang ada kat sini sebagai juadah makan malam nanti. Nampak tak? Simple jer kan? Yang penting kita gembira....

Suasana di Penanggah Putrajaya

Beratur nak beli roti john dan nasi ayam berempah

Rumah ke-2 ni nama dia LakeView Residency Cyberjaya. Nama pun dah "lakeview" kan... haruslah cantik.... Tempat ni baru setahun siap... kira rumah baru lah... Jalan ke rumah ni dalam google maps pun tak update lagi... jadi tanya kat pak guard perumahan lain... dia pun explain cara-cara nak ke apartment ni... Alhamdulillah sampai jugak akhirnya.

Kali ni sempat jumpa dengan isteri kepada owner rumah... sebab dia pun baru jer siap kemaskan rumah. Isteri owner bagi briefing sikit pasal rumah dan make us feel welcome! Apartment bersih dan cantik ni 3 bilik jer tapi luas dan sangat selesa. Rumah macam ni mak bapak yang terlebih eksaited.... hehe... Rumah macam ni nak masak boleh nak basuh baju pun boleh....

Bilik tidur utama

Tempat cuci pinggan

Ruang tamu

Seperti biasa... take time dan rehat-rehat kat rumah ni. Memang betul rumah yang kami sewa ni view dia bukan sebarang tasik... tapi tasik Putrajaya rupanya... boleh nampak Masjid Besi dan Jambatan Wawasan dari sini. Kalau nak tau secara geografinya kami kat Cyberjaya, Selangor dan di hadapan kami ialah Putrajaya, Wilayah Persekutuan. Kira kat sempadan lah ni....

Pemandangan dari Lakeview Residency

Sempadan Cyberjaya - Putrajaya

Lepas Asar nak turun bawah cari pool untuk mandi... yelah, semalam tak dapat mandi kan... Cari dan terus cari tak jumpa... bila tanya orang rupanya pool ada kat blok sebelah dan belum siap lagi... Haha... kesian budak-budak tak dapat mandi pool. Next time ye anak-anak......

Sebagai ganti, bagi diorang main dekat taman permainan yang disediakan jer... Jadilah bagi budak-budak ni keluarkan peluh. Sebelum maghrib naik rumah untuk mandi. Selesai solat maghrib, masa untuk makan malam yang dah kena tapau tengahari tadi... panaskan jer kat oven yang disediakan.... syukur Alhamdulillah....

Selesai semua urusan... masing-masing berehat, main dan tengok tv. Mamanya pulak ada kat soho dalam master bedroom sedang siap sedia untuk closing bulan Oktober 2016. Oh ye... ni lah rutin kalau bisnes online yang melibatkan sales. Kena pantau sales dalam team kami setiap bulan... apalagi hujung bulan. Insya Allah... sales gemuk, performance padu, bonus pun lebat... Aminnn.....

SoHo transit di Cyberjaya


SELAMAT MALAM CYBERJAYA!


Day 3 - 1/11/2016

SELAMAT PAGI CYBERJAYA!

Hari pertama di bulan November 2016... hari yang indah dan tenang. Sarapan pagi ni ialah "rojak".... hehe.... Baki makanan semalam masih ada bersama dengan roti john yang telah dipanaskan semula siap sedia untuk dijamah kami seisi keluarga... Roti yang dibeli lebih awal pun masih ada untuk mengalas perut. Syukurlah anak-anak jenis tak cerewet makan....

Hari terakhir di sini.... Spent time together again... borak-borak dan golek-golek. Betul kata beberapa orang kawan... sekali sekala kita kena keluar dari rumah dan spent time together kat rumah lain. Perasaan tu susah nak gambarkan.. kena try sendiri... Tapi make sure rumah yang disewa tu kena selesa lah dengan view yang ohsem... Klik jer kat AirBnB tu... banyak sangat pilihan...

Check out time pukul 12.00 tengahari. Ajak anak-anak kemas apa yang patut kat rumah... buat macam rumah sendiri. Memang dari kecik dah biasakan diorang untuk berdikari dan kemas barang sendiri... Oh ye... lepas kami check out tak pasal-pasal nampak review yang positif dari owner... hehe...

Terima kasih daun keladi

Alhamdulillah... selesai percutian singkat kami anak-beranak di sini atau lebih tepat lagi panggil "staycation". Kalau kat hotel memang susah nak buat konsep staycation ni sebab dia macam bilik dan bukan rumah... lainlah kalau suite hotel yang sangat mahal tu... hehe...

Ok... semoga entri ni bermanfaat untuk anda semua. Terima kasih kerana sudi membaca!


Rumah/Apartment Percutian Untuk Disewa Di Cyberjaya/Putrajaya





Friday, November 4, 2016

Tulis Blog Pakai Handphone



Apa???

Tulis blog pakai handphone? Boleh ke? Macam leceh jer.... Sebenarnya boleh jer... nak atau tak nak jer... hendak seribu daya tak nak seribu dalih

Inilah contohnya tulis blog pakai handphone.... Kadang-kadang terpaksa buat atas beberapa sebab seperti kita outstation atau bercuti dan tak bawak laptop



Ataupun masa lappy kita buat hal.... meragam... maklumlah... hari-hari pakai... bukan pernah rehat pun... Perut kita pun rehat sebulan sekali dalam setahun masa bulan puasa

Tulis blog pakai handphone atau telefon bimbit ni bukanlah selesa sangat. Tapi boleh jer nak buat.. takut nanti idea hilang... lebih baik tulis... Nak publish kemudian pun boleh... ataupun touch up kemudian

Ok.... selamat mencuba!



Menarik Untuk Dibaca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...