Showing posts with label Kevin Zahri. Show all posts
Showing posts with label Kevin Zahri. Show all posts

Monday, October 24, 2016

Demi Masa... Sesungguhnya Manusia Itu Dalam Kerugian... Melainkan Mereka Yang....



Tahun lepas join program dengan coach Kevin Zahri. Antara trademark atau perkataan 'punch' yang selalu digunakan oleh coach ialah demi masa... Betul tu... masa adalah sesuatu yang sangat berharga dan bernilai... malah lebih bernilai daripada emas!

Baca : Pengalaman Program Bersama Kevin Zahri

Kalau tak nak rugi... kita kenalah jadi orang yang beriman, beramal soleh, sentiasa memberikan peringatan yang benar dan juga kena selalu bersabar ketika memberikan sesuatu peringatan... pegang ni sampai bila-bila!

Dah 12 tahun tak jumpa kawan universiti
Dah 18 tahun tak jumpa kawan SPM
Dah 21 tahun tak jumpa kawan PMR
Dah 24 tahun tak jumpa kawan UPSR
Dah 30 tahun tak jumpa kawan tadika!


Kalau jumpa kat alam maya pun tak sama dengan alam realiti. Alam realiti lebih jujur dan transparent gitu... Alam maya cuma tunjuk "surface" atau luaran hidup kita jer... Ini yang sedang diusahakan... Sibuk macam mana pun cuba untuk ziarah kawan-kawan bila ada kesempatan... Bak kata cikgu saya.... masa tak tunggu kita dan akan sentiasa berlalu pergi.

Dulu tak sedar pun.... sibuk sangat dengan periuk nasi kita... jumpa kawan pun hanya yang dalam lingkungan sosial dan kerja kita jer... dan jumpa client... Nak harapkan terserempak dengan kawan-kawan kat mana-mana mungkin 1 dalam 1000 kebarangkalian...

Mungkin ada berlaga bahu dan terlanggar sesama sendiri kat mana-mana... tapi yelah muka masing-masing dah tak secomel dulu.... konpem tak kenal... hehe.... Ini tak termasuk lagi kes kawan-kawan kita yang 'tak wujud' di alam maya... Entah apa khabar mereka sekarang....

Gambar kat sini tunjuk perbezaan kami suami isteri khususnya dalam tempoh 4 tahun. Kami bergambar di tempat yang sama kat Desa Cattle Dairy Farm, Kundasang, Sabah. Baru 4 tahun... bukan 12, 18, 21, 24 atau 30 tahun. Jadi... hargailah setiap masa dan detik yang ada pada kita...




Semoga kawan-kawan kami semua sihat-sihat saje dan sentiasa mempunyai perubahan positif dalam hidup masing-masing. Lain kali kita jumpa di alam realiti! Kalau ternampak kami kat mana-mana tegurlah ye....

Semoga bermanfaat kepada semua!
==================
Lin Chalo & Mohd Alizal,
Health Consultant &
Business Mentor
014.338.6810 - Lin
012.401.6683 - Alizal
==================

Thursday, June 25, 2015

Pengalaman 1 Hari Bersama Kevin Zahri



Alhamdulillah.... pada 13.6.2015 yang lepas, bertempat di Shaklee HQ Bandar Sunway, berpeluang untuk menghadiri program "Jom Fit with Kevin Zahri" yang telah dianjurkan oleh salah satu rakan organisasi dalam Shaklee Malaysia Berhad iaitu MyFawa Millenium.

Me with Kevin Zahri



Program ini bertujuan untuk mendapatkan rahsia untuk berdiet dan fit dengan cara Kevin Zahri. Kevin Zahri adalah salah seorang ikon kecergasan yang terkenal di Malaysia. Bermula sebagai cikgu kecergasan dalam Akademi Fantasia, kini Kevin Zahri adalah pelopor kepada cabaran Jom Kurus 1 Malaysia (JK1M) yang telah membantu ramai orang gemuk dan menghadapi masalah obesiti untuk kurus.

Cikgu Kecergasan Akademi Fantasia

Sumber : FB Kevin Zahri

Salah seorang kenalan bernama Mohd Ezuwan Shah yang juga junior satu tahun semasa di universiti juga telah mengikuti program Jom Kurus bersama Kevin Zahri dan kini telah menjadi salah seorang trainer Jom Kurus Kevin Zahri di kawasan Shah Alam.

Sumber : FB Mohd Ezuwan Shah


Program bermula lebih kurang pukul 10 pagi... sebelum program start, cepat-cepat pergi snap gambar dengan Kevin Zahri dulu. Maklumlah nanti kalau masa nak balik mesti berebut-rebut dengan orang lain... lepas tu confirm masa tu baju dah basah berpeluh-peluh.

Ceramah program Kevin Zahri ni tidak berbentuk sehala... dia sangat mengalu-alukan pendapat dan pengalaman para peserta yang berjaya menurunkan berat badan masing-masing untuk dibincangkan bersama-sama.

Sumber  : FB Kevin Zahri


Mengikut pendapat Kevin Zahri... apa yang penting untuk menurunkan berat badan ialah "bukannya mengikut tetapi memahami" konsep mana-mana program diet. Ini kerana dengan mengikut membuta tuli tanpa faham konsep menurunkan berat badan adalah sia-sia... dan akhirnya program diet dan produk itu yang dipersalahkan padahal punca kegagalan adalah diri sendiri yang tidak faham.

Ingatkan aktiviti yang berpeluh-peluh dan bersenam akan dibuat lepas lunch sampai 4 petang... rupa-rupanya pagi-pagi pun dah kena warm up.... Tapi ini warm up Kevin Zahri pun rasa macam heavy training dah bagi siapa yang tak biasa... Terpaksalah diriku ini dan sahabatku abam sado, Kamarudin Mahad dijemput ke atas pentas untuk membantu Kevin Zahri membuat demo. 





Selesai aktiviti warming up di pagi hari... kelas Kevin Zahri bersambung dengan beberapa fakta yang mengejutkan. Sebab itulah, mereka yang mengikuti program JK1M berjaya turunkan berat badan kerana mereka memahami konsep yang diajarkan.

Apa yang menarik ialah antara konsep diet Kevin Zahri ialah tidak pernah menyekat pemakanan... sebaliknya perlulah membakar lemak dan bersenam dengan lebih kerap jika telah mengambil kalori harian yang berlebihan.

Pergi kedai makan beli air manis 1 atau 2 gelas dan kongsi ramai-ramai bersama ahli keluarga memang dah biasa buat. Konsep minum air manis 1/2 gelas sahaja juga amat menarik. Ambil karbohidrat seperti nasi, mee atau roti dengan kadar segenggam tangan masing-masing juga menarik.

Segenggam nasi sahaja ye....

Program berehat seketika untuk makan tengahari dan solat di Restoran Arab Marhaba, Bandar Sunway. Berpeluang juga makan semeja dengan Kevin Zahri dan borak-borak more personal dengan Kevin Zahri. Baru ku tahu, Kevin Zahri ni kacuk Melayu-Jerman rupanya... ada seorang abang dan 2 orang adik tiri perempuan. Kevin Zahri juga graduate Mechanical Engineering rupanya dan pernah bekerja dengan Proton. Tapi jiwanya lebih kepada bidang pemakanan dan kecergasan.

Restoran Marhaba Bandar Sunway

Program pada waktu petang bersambung dan lebih praktikal. Senak jugak lah perut... maklumlah baru lepas makan tengah hari terus buat heavy training. Selesai senaman secara praktikal, program diteruskan dengan Q&A.


Berbaloi-baloi program sebegini dan selepas habis program kami semua telah diberikan sijil penyertaan.




Antara peserta yang turut serta

Bagi mereka yang serius untuk menurunkan berat badan atau mendapatkan berat badan yang sihat, kumpulan sokongan sangatlah penting agar kita tidak berasa kesunyian dan keseorangan. Kesungguhan yang mantap dan matlamat yang jelas sangat diperlukan untuk menurunkan berat badan.

Selain daripada senaman dan gaya hidup sihat, pemakanan yang seimbang juga perlu diberi keutamaan. Lemak yang telah dipecahkan dalam badan tidak akan dikeluarkan dengan mudah melainkan hanya dengan detoks. Peluh yang keluar setelah senaman hanyalah air yang disingkirkan dari tubuh dan bukannya lemak.

Sebab itu kami juga mencadangkan produk-produk berikut untuk membantu anda dalam menurunkan berat badan (weight loss) dan juga tampil dengan berat badan yang lebih sihat (inch loss) :-

1. Omega Guard atau Lecithin sebagai Pemecah dan pembakar lemak dalam badan

2. Alfalfa atau Herb Lax sebagai detoks semulajadi befungsi sebagai pencuci usus dan menyingkirkan lemak yang dipecahkan

3. ESP dan Cinch Shake Mix pula ialah sumber protein yang dibekalkan sebagai sumber tenaga dan bagi mengelakkan kehilangan otot semasa program diet.

Weight Loss, Inch Loss dan Weight Gain adalah sebahagian daripada program Weight Management dalam Shaklee.

Selamat mencuba!!!



Semoga bermanfaat kepada semua!
==================
Lin Chalo & Mohd Alizal,
Health Consultant &
Business Mentor
014.338.6810 - Lin
012.401.6683 - Alizal
==================


Thursday, October 16, 2014

Kepentingan Pakar Pemakanan dan Pakar Diet



Di Malaysia golongan seperti doktor dan ahli farmasi adalah pakar penjagaan kesihatan yang lazim dan biasa didekati oleh kita. Peranan doktor dalam membantu untuk mengesan dan merawat penyakit serta memberikan ubat-ubatan seperti yang dicadangkan oleh ahli farmasi membuatkan kita lebih mengenali mereka berbanding pakar penjagaan kesihatan lain seperti Pakar Pemakanan dan Pakar Diet.


Siapakah Pakar Pemakanan dan Pakar Diet?

Kedua-dua Pakar Pemakanan dan Pakar Diet adalah pakar dalam bidang yang sama iaitu bidang pemakanan. Mereka mengetahui kesan-kesan pengambilan makanan ke atas tubuh badan kita. Mereka juga tahu suplemen atau makanan tambahan apakah yang sesuai diambil oleh seseorang untuk menampung kekurangan nutrien dalam tubuh badan mereka. Selain itu, mereka juga tahu kesan persekitaran terhadap Pemakanan yang diambil oleh kita.
Kesemua Pakar Diet adalah Pakar Pemakanan tetapi tidak semua Pakar Pemakanan adalah Pakar Diet. Sesetengah pakar penjagaan kesihatan yang lain seperti doktor perubatan, osteopaths, pembantu perubatan, kiropraktor dan doktor naturopatik juga dianggap sebagai Pakar Pemakanan jika mereka mengamalkan "nutrisi klinikal" dalam amalan perubatan mereka.


Apakah itu "nutrisi klinikal"?

Menurut Pusat Perubatan University Maryland, nutrisi klinikal termasuklah :-

"The science of nutrients and how they are digested, absorbed, transported, metabolized, stored, and eliminated by the body. Besides studying how food works in the body, nutritionists are interested in how the environment affects the quality and safety of foods, and what influence these factors have on health and disease."



Bagaimanakah untuk menjadi Pakar Pemakanan dan Pakar Diet?

Untuk menjadi Pakar Pemakanan dan Pakar Diet, anda perlu membunyai kelulusan dalam bidang Sains Kesihatan, Pemakanan dan Diet di mana-mana universiti yang menawarkan kursus berkenaan di seluruh dunia. Di Malaysia, terdapat 7 buah institusi pengajian yang menawarkan kursus dalam bidang Sains Kesihatan, Pemakanan dan Diet seperti berikut :-

1. UKM, Jalan Raja Muda Abdul Aziz, Kuala Lumpur
2. USM Kubang Kerian, Kelantan
3. UIA Kuantan, Pahang
4. UPM Serdang, Selangor
5. USZA Kuala Terengganu, Terengganu
6. UiTM Puncak Alam, Selangor
7. IMUM Bukit Jalil, Kuala Lumpur



Adakah Pengedar Shaklee dianggap sebagai Pakar Pemakanan atau Pakar Diet?

Pengedar Shaklee bukanlah Pakar Pemakanan atau Pakar Diet seperti yang dianggap oleh sesetengah orang, malah jauh sangat untuk menganggap mereka sebagai doktor ataupun pakar kesihatan. Namun begitu di Shaklee, Pakar-pakar Pemakanan yang bertauliah sentiasa sibuk dengan aktiviti-aktiviti sepanjang tahun untuk memberikan maklumat nutrisi kepada semua Pengedar Shaklee di seluruh Malaysia.



Program Nutrisi di Semenanjung Malaysia 

Program Nutrisi di Sabah dan Sarawak 






















Justeru, konsultasi yang diberikan oleh Pengedar Shaklee adalah konsultasi berasaskan daripada maklumat yang diperolehi daripada pakar pemakanan Shaklee melalui bengkel-bengkel, seminar dan program yang dianjurkan oleh Shaklee sepanjang tahun. Selain itu, Pengedar Shaklee yang lebih advance akan mendapatkan khidmat nasihat daripada pakar pemakanan dari luar untuk menambahkan ilmu mereka dalam bidang Pemakanan dan Nutrisi.

Pakar Pemakanan Shaklee juga akan dijemput oleh mana-mana leader dalam Shaklee ke dalam program mereka masing-masing di seluruh Malaysia untuk memberikan penerangan dan penjelasan berkenaan beberapa isu berbangkit agar maklumat yang tepat berkenaan Pemakanan dan Nutrisi akan sampai hingga ke peringkat akar umbi. Pakar Pemakanan dan Nutrisi Shaklee juga sentiasa bersedia untuk memberikan khidmat rundingan dan menjawab 1001 persoalan yang dikemukakan kepada mereka terutamanya daripada Pengedar Shaklee samada secara langsung, perbualan telefon mahupun secara emel.


Sejauh manakah peranan Pakar Pemakanan dan Pakar Diet di Malaysia?

Tidak seperti di luar negara, peranan Pakar Pemakanan dan Pakar Diet di Malaysia dilihat agak terbatas kerana kurangnya kesedaran berkenaan penjagaan kesihatan di kalangan rakyat Malaysia. Rata-rata akan terus berjumpa dengan doktor atau ahli farmasi hanya setelah ditimpa penyakit.

Umum juga mengetahui kebanyakan penyakit di Malaysia adalah berpunca daripada tabiat pemakanan yang buruk. Sewajarnya kita merujuk kepada Pakar Pemakanan dan Pakar Diet terlebih dahulu sebagai langkah-langkah dalam menjaga kesihatan bak kata pepatah "Mencegah Lebih Baik Daripada Merawat" dan "Sediakan Payung Sebelum Hujan".


Kevin Zahri

Baca : Pengalaman Program Bersama Kevin Zahri


Pakar Pemakanan dan Pakar Diet dilihat hanya terlibat dengan agensi kerajaan seperti di hospital ataupun bekerja dengan mana-mana syarikat swasta yang ada di Malaysia. Namun ada juga Pakar Pemakanan dan Pakar Diet yang menganjurkan program-program kesihatan seperti Jom Kurus 1Malaysia... siapalah yang tidak kenal kepada Kevin Zahri, seorang Pakar Pemakanan dan Pakar Diet yang tersohor di Malaysia.


Pentingkah Ilmu Nutrisi Kepada Anda?

Jawapan saya ialah YA.... sangat penting kepada anda sekeluarga. Didikan di peringkat awal kepada anak-anak berkenaan pemakanan yang sihat, malahan ibu mengandung dan menyusukan anak juga dianjurkan untuk mengambil makanan sihat, kaya dengan nutrisi adalah sangat penting sebagai pencegahan daripada sebarang penyakit.

Sentiasalah ingat bahawa mencegah lebih baik dari merawat. Rasulullah s.a.w juga telah menunjukkan suri teladan baginda iaitu hanya "makan apabila lapar dan berhenti sebelum kenyang". Semua ini bertujuan sebagai langkah-langkah pencegahan daripada ditimpa sebarang penyakit... terutamanya yang berpunca dari pemakanan... mudah-mudahan Insya Allah....

Semoga perkongsian yang dibentangkan di sini akan memberikan manfaat kepada kita semua dan juga memberikan kesedaran betapa pentingnya menjaga kesihatan sejak dalam kandungan ibu lagi.



Semoga bermanfaat kepada semua!
==================
Lin Chalo & Mohd Alizal,
Health Consultant &
Business Mentor
014.338.6810 - Lin
012.401.6683 - Alizal
==================

Menarik Untuk Dibaca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...