Korang perasan tak sekarang ni World Cup tengah berlangsung kat New Zealand? Ya... memang sedang main sekarang. Tapi ni World Cup untuk budak-budak bawah 20 tahun jer...
Publisiti memang takde sangat... kalau ada yang teringin nak tahu pun, mestilah ahli keluarga budak-budak bawah 20 tahun ni yang main bola. Satu famili pergi New Zealand tengok anak masing-masing main bola sambil bercuti kat New Zealand. Lagipun, sekarang ni tengah musim autumn-winter kat New Zealand.
Satu lagi yang akan menyibuk masa World Cup bawah 20 ni ialah "scouts" atau pencari bakat-bakat bolasepak seluruh dunia. Memang inilah kerja diorang mencari bakat-bakat baru seluruh dunia untuk diserapkan dalam kelab masing-masing pada musim akan datang.
Piala Dunia bawah 20 tahun 2015 ni adalah kejohanan kali ke-12 dimana juara bertahan edisi lepas iaitu Perancis gagal layak dan tidak akan mempertahankan Piala Dunia bawah 20 tahun ni. Myanmar, Senegal, Fiji dan Serbia membuat penampilan pertama mereka kali ini.
Juara Piala Dunia 2013 (bawah 20) ialah Perancis |
Seperti yang dijangka Argentina adalah pasukan paling berjaya dalam Piala Dunia bawah 20 tahun ini dengan 6 kejuaraan diikuti Brazil dengan 5 kejuaraan.
Nama lama Piala Dunia bawah 20 tahun ni ialah FIFA World Youth Championship (1977-2005) yang Malaysia pernah jadi tuan rumah tahun 1997... ingat tak? Masa tu Malaysia ada main dan layak sebagai tuan rumah kejohanan jer...
Secara keseluruhannya... pasukan dari Asia tidak berapa menonjol dalam Piala Dunia bawah 20 tahun ni. Paling ok pun ialah Qatar pernah jadi naib juara 1981, Korea Selatan tempat ke-4 tahun 1983, Jepun naib juara tahun 1999 dan Iraq tempat ke-4 tahun 2013. Pasukan Asia pada edisi kali ni ialah Myanmar, Korea Utara, Qatar dan Uzbekistan. Mampukah mereka memberikan cabaran?
Pusingan peringkat kumpulan dah tamat. Yang paling mengejutkan ialah Argentina sama sekali tidak layak ke peringkat kalah mati (mendapat tempat ke-3 bukan terbaik bersama-sama Honduras). Brazil, Portugal dan Jerman nampak gagah apabila menang kesemua perlawanan peringkat kumpulan.
Uruguay dan Mali pula ditentukan kedudukan dalam kumpulan berdasarkan sistem undian ("drawing of lots"). Setelah diundi, Uruguay mendapat tempat ke-2 dalam kumpulan dan Mali mendapat tempat ke-3 (Mujur Mali layak juga ke pusingan kalah mati sebagai antara pasukan tempat ke-3 terbaik). Apa itu "drawing of lots"? Entri Piala Bangsa Afrika pernah cerita pasal "drawing of lots" sebelum ini.
Pusingan kalah mati 16 pasukan pun telah berakhir pada 11.6.2015 dengan meninggalkan 8 pasukan untuk berentap sesama sendiri dalam peringkat suku akhir :-
USA - tampil setelah layak di peringkat playoff kejuaraan Concacaf 2015 bawah 20 tahun. Menjadi naib juara kumpulan A di belakang Ukraine dan telah menewaskan Colombia 1-0 di peringkat kalah mati.
Portugal - tampil sebagai Naib Johan kejuaraan Eropah UEFA 2014 bawah 19 tahun. Menjadi juara kumpulan C dan telah menewaskan pasukan tuan rumah, New Zealand dengan jaringan 2-1 di peringkat kalah mati.
Senegal - tampil sebagai Naib Johan kejuaraan Afrika 2015 bawah 20 tahun. Mendapat tempat ke-3 kumpulan C di belakang Portugal dan Colombia dan telah menewaskan Ukraine di peringkat kalah mati menerusi sepakan penalti 3-1 setelah terikat 1-1 sehingga masa tambahan.
Serbia - tampil setelah layak ke separuh akhir kejuaraan Eropah UEFA 2014 bawah 19 tahun. Menjadi juara kumpulan D dan telah menewaskan Hungary 2-1 setelah masa tambahan di peringkat kalah mati.
Mali - tampil sebagai pemenang tempat ke-4 kejuaraan Afrika 2015 bawah 20 tahun. Mendapat tempat ke-3 kumpulan D di belakang Serbia dan Uruguay dan telah mengejutkan Ghana 3-0 di peringkat kalah mati.
Brazil - tampil sebagai pemenang tempat ke-4 kejuaraan remaja Amerika Selatan 2015. Menjadi juara kumpulan E dan telah menewaskan Uruguay 5-4 melalui penentuan sepakan penalti setelah terikat 0-0 setelah masa tambahan di peringkat kalah mati.
Jerman - tampil sebagai Johan kejuaraan Eropah UEFA 2014 bawah 19 tahun. Menjadi juara kumpulan F dan telah menewaskan Nigeria 1-0 di peringkat kalah mati.
Uzbekistan - tampil setelah layak ke separuh akhir kejuaraan AFC 2014 bawah 19 tahun. Menjadi naib juara Kumpulan F di belakang Jerman dan mengejutkan Austria 2-0 di peringkat kalah mati.
Impian untuk melihat perlawanan akhir di antara Brazil dan Portugal mungkin tidak kesampaian kerana mereka akan bertemu di peringkat suku akhir lagi. Kemungkinan perlawanan akhir adalah di antara Jerman dengan Portugal atau Jerman menentang Brazil. Namun pasukan Serbia dilihat boleh menjadi status pengacau dalam kejohanan ini dan mampu melakukan kejutan.
2 orang pemain Jerman iaitu Hany Mukhtar dan Marc Stendera bersama-sama dengan penyerang Portugal, Andre Silva berpeluang untuk merebut kasut emas selaku penjaring terbanyak kejohanan. Apa yang pasti... pemain yang menyerlah akan membuka pintu peluang untuk mereka beraksi dengan kelab-kelab terkemuka pada masa-masa akan datang.

Gideon Zelalem - pemain keturunan Ethiopia, warganegara Jerman tetapi akhirnya memilih untuk mewakili USA |
Portugal - tampil sebagai Naib Johan kejuaraan Eropah UEFA 2014 bawah 19 tahun. Menjadi juara kumpulan C dan telah menewaskan pasukan tuan rumah, New Zealand dengan jaringan 2-1 di peringkat kalah mati.
Andre Silva - pemain remaja Porto ini menjadi rebutan antara Arsenal dan Chelsea |
Senegal - tampil sebagai Naib Johan kejuaraan Afrika 2015 bawah 20 tahun. Mendapat tempat ke-3 kumpulan C di belakang Portugal dan Colombia dan telah menewaskan Ukraine di peringkat kalah mati menerusi sepakan penalti 3-1 setelah terikat 1-1 sehingga masa tambahan.
Sidy Sarr - pemain tengah berbakat ini sedang diintai gergasi Turki, Galatasaray |
Serbia - tampil setelah layak ke separuh akhir kejuaraan Eropah UEFA 2014 bawah 19 tahun. Menjadi juara kumpulan D dan telah menewaskan Hungary 2-1 setelah masa tambahan di peringkat kalah mati.
Milos Veljkovic - barisan pertahanan Serbia diperkuatkan dengan kehadiran pemain muda Tottenham Hotspurs ini |
Mali - tampil sebagai pemenang tempat ke-4 kejuaraan Afrika 2015 bawah 20 tahun. Mendapat tempat ke-3 kumpulan D di belakang Serbia dan Uruguay dan telah mengejutkan Ghana 3-0 di peringkat kalah mati.
Adama Traore - barisan serangan Mali diketuai oleh penyerang muda Lille |
Brazil - tampil sebagai pemenang tempat ke-4 kejuaraan remaja Amerika Selatan 2015. Menjadi juara kumpulan E dan telah menewaskan Uruguay 5-4 melalui penentuan sepakan penalti setelah terikat 0-0 setelah masa tambahan di peringkat kalah mati.
Andreas Pereira - penyerang muda Manchester United mengambil keputusan untuk mewakili Brazil bawah 20 setelah selama ini mewakili pasukan remaja Belgium di peringkat bawah 15 tahun lagi |
Jerman - tampil sebagai Johan kejuaraan Eropah UEFA 2014 bawah 19 tahun. Menjadi juara kumpulan F dan telah menewaskan Nigeria 1-0 di peringkat kalah mati.
Hany Mukhtar - tidak seperti rakan sepasukannya yang lain beraksi dalam Liga Jerman, Hany Mukhtar beraksi dalam Liga Portugal bersama Benfica |
Uzbekistan - tampil setelah layak ke separuh akhir kejuaraan AFC 2014 bawah 19 tahun. Menjadi naib juara Kumpulan F di belakang Jerman dan mengejutkan Austria 2-0 di peringkat kalah mati.
Zabikhillo Urinboev (No 19) - penyerang muda Uzbekistan ini pernah diintai oleh kelab AS Roma dan Napoli dari Itali |
Impian untuk melihat perlawanan akhir di antara Brazil dan Portugal mungkin tidak kesampaian kerana mereka akan bertemu di peringkat suku akhir lagi. Kemungkinan perlawanan akhir adalah di antara Jerman dengan Portugal atau Jerman menentang Brazil. Namun pasukan Serbia dilihat boleh menjadi status pengacau dalam kejohanan ini dan mampu melakukan kejutan.
2 orang pemain Jerman iaitu Hany Mukhtar dan Marc Stendera bersama-sama dengan penyerang Portugal, Andre Silva berpeluang untuk merebut kasut emas selaku penjaring terbanyak kejohanan. Apa yang pasti... pemain yang menyerlah akan membuka pintu peluang untuk mereka beraksi dengan kelab-kelab terkemuka pada masa-masa akan datang.
No comments:
Post a Comment
Pandangan Anda Amat Dihargai :)