Sunday, June 29, 2014

Senarai Lokasi Bazaar Ramadhan 2014

Assalamualaikum wbt...

Seperti yang kita ketahui bahawa ada 2 kegembiraan bagi orang yang berpuasa iaitu ketika BERBUKA puasa dan juga ketika bertemu Allah swt.




Pesanan untuk diri saya sendiri bahawa janganlah kita terlebih over gembira ketika berbuka puasa khususnya ketika memilih juadah untuk berbuka puasa di bazaar Ramadhan. Bagi yang memasak dan menyediakan sendiri juadah berbuka puasa, tahniah saya ucapkan. Ambillah kesempatan jika mempunyai kelapangan masa untuk menyediakan sendiri juadah untuk keluarga tercinta dan tambahkan lagi pahala :)

Bagi yang tidak berkesempatan, jangan bersedih sebab di sini saya sertakan senarai bazaar Ramadhan di Negeri Selangor tahun 2014 untuk dikunjungi. Elakkan pembaziran adalah tips utama ketika membeli juadah. Kenalpasti kuantiti orang yang hendak makan, kenalpasti kuantiti makanan yang hendak dipilih. Kalau tak dapat nak beli sesuatu makanan, jangan risau, simpankan keinginan anda dan yakin anda boleh beli lagi sekiranya esok lusa masih ada.

Pastikan juga KURMA dan/atau buah-buahan berada di sisi anda. Bukan sekadar menambah pahala kerana mengamalkan amalan sunat bahkan boleh membantu sistem penghadaman kita setelah seharian berpuasa.

Tingkatkan juga amalan kerohanian dan spiritual untuk mengimbangi segala aktiviti kita di bulan Ramadhan Yang Mulia ini. Mudah-mudahan kita semua akan menjadi orang yang GEMBIRA bukan sahaja ketika berbuka puasa tetapi ketika bertemu dengan Allah swt kelak. Amin Ya Rabb!


Autumn In Melbourne - Part 3

Alhamdulillah.... bermulanya hari pertama puasa. Semoga kita semua terus diberikan kekuatan untuk mengharungi hari-hari yang mendatang... Entri kali ini ialah Part 3 kembara caravan kitorang di Melbourne.


Day 6 (Last Day)

2 Jun 2014 - Agak sedih jugak lah harini sebab dah tahu nak berpisah dengan caravan. Lepas breakfast kitorang bergerak ke kawasan city yang mana lebih mencabar. Maklumlah, lebih banyak kereta di kawasan city, ramai orang melintas jalan, banyak traffic light, masa ni konvoi caravan banyak terputus. Nasib baik pakai waze dah tahu nak pergi mana. 


*Breakfast dalam caravan sebelum memulakan perjalanan*

Leisure time hari ini, free and easy activity iaitu shopping time. Kitorang shopping kat kawasan pelabuhan iaitu Harbour Town yang terletak di Docklands. Masa kat sini banyak betul nampak rakyat Malaysia apalagi orang Asia. Samada yang membeli mahupun yang menjual ramai orang Asia. Kebetulan pula tengah cuti sekolah kat Malaysia, diorang pun bercuti kat Melbourne. Selesai membeli-belah masa untuk ucapkan selamat tinggal kepada yang lain sebab ada yang flight balik Malaysia malam ni dan ada yang balik besok. 


*Lunch di Harbour Town*


Sebelum pulangkan caravan pukul 4pm, kami pergi check in dulu kat Milano di Franklin Street. Berlambak budak-budak Asia kat sini. Rupa-rupanya di sini ada RMIT University (Sebutannya Aramaiti bah... hehe...). Selain daripada Milano banyak lagi apartment lain yang boleh disewa kat Melbourne ni... cantik-cantik belaka... boleh klik SINI.

Lepas tu aku pergi ke Tullamerine untuk pulangkan balik caravan yang banyak berjasa ini. Fuhh.... strict jugak diorang ini masa nak pulangkan caravan... apalagi kena cuci pinggan, bersihkan caravan, kosongkan tangki najis dalam caravan dan sebagainya. Kesimpulannya, ambil caravan bersih pulangkan pun mesti bersih. Jenuh jugak mencari remote TV anak aku hilangkan dalam caravan, nasib baik jumpa, kalau tak burn deposit. 


*Caravan - View 1*

*Caravan - View 2*

Selesai urusan pemulangan caravan aku pun balik ke hotel di Franklin Street naik cab. Standard driver taxi/cab kat sini memang warga asing, kali ni orang Pakistan. Kitorang berempat naik cab ni, 3 orang lagi abang-abang polis yang macho. Ada ke Pakistan ni ingat kitorang berempat ni orang Nepal? Tang mana tu? Memang nak kena..... Apabila caravan dipulangkan, secara rasminya berakhirlah trip caravan pada hari ini.

SELAMAT MALAM MELBOURNE!


City Circle - Day 1

3 Jun 2014 - Ok... harini bermulalah aktiviti keluarga kitorang, memang nak tour city naik trem je. Mula-mula ingatkan semua trem free... rupa-rupanya ada yang berbayar. Sempat jugaklah beli myki kat 7 eleven yang macam touch N go tu... tak payah top up banyak, nak pakai satu dua hari je. 


*menunggu tram di melbourne city*

*masih terkial-kial membaca melbourne city's map*


Kitorang pergi Victoria Market (VC) untuk beli apa yang patut. Kebetulan jumpa lagi dengan abang-abang polis dan keluarganya. Diorang check in kat Harbourview rupa-rupanya di La Trobe street, flight balik diorang malam ni. Kat VC ni macam-macam ada dijual samada barang-barang mentah, basah mahupun barang-barang cenderamata dan sebagainya. Pendek kata, semua yang dicari pasti ada di sini.





Tengah hari pulak memang ada janji nak jumpa member yang further study kat sini. Lepas tu ikut dia pergi makan tengahari kat kedai makan Melayu di Melbourne Little Ipoh kat La Trobe street. Tabik spring lah kat owner kedai ni sebab mampu bukak kedai kat Melbourne. 

*Bergambar kenangan bersama kenalan sekolah menengah dan universiti, Prof Dr Ahmad Nasyran bin Azrae*

*Pintu masuk ke Little Ipoh*

Selepas selesai solat di Little Ipoh, kitorang naik free trem untuk pusing dalam city dan terus balik ke hotel sebab seperti biasa cepat je dah gelap. Lagipun cuaca harini agak sejuk, shower sepanjang hari.


SELAMAT MALAM MELBOURNE!



City Circle - Day 2

4 Jun 2014 - Last day kat Melbourne, kitorang check out awal-awal dan simpan beg kat hotel punya store dan sambung perjalanan. Kitorang pergi kat State Library. Sebelum ni tengok budak-budak running man berlumba kat dalam library ni, kali ni kitorang masuk sendiri dalam perpustakaan gergasi ini. 

*View di dalam state library*

*View di luar state library*


Selepas selesai bergambar kat perpustakaan, kitorang pusing-pusing dalam trem sekali lagi. Akhirnya kitorang decide nak pergi Harbourtown sekali lagi untuk sambung membeli belah. Harbourtown menjadi pilihan kitorang kerana keselesaan untuk membeli belah.


Pastu kitorang pergi ke Pusat Islam Victoria untuk solat. Selama ni solat ala-ala koboi je dalam caravan. Kebetulan jumpa pulak keluarga Dr Hasan Ali dan keluarga sedang solat di Pusat Islam tersebut. Pusat Islam Victoria ni merupakan rumah kedai yang disewa oleh komuniti Islam yang tinggal di Melbourne.

*Tingkat atas Pusat Islam Victoria*


Kitorang bergerak ke Melbourne airport dalam pukul 8pm. Terima kasih kepada owner Little Ipoh, abang Mokhtar yang sudi menghantar kami ke airport. Flight kami tengah malam dan touch down kat KLIA2 hari besoknya pukul 7am.

Rumah/Apartment Percutian Untuk Disewa Di Australia


SELAMAT PAGI KUALA LUMPUR!


Wow... 6 hari di countryside Melbourne dan 2 hari di dalam city amat menguji ketahanan mental dan fizikal, apalagi membawa askar-askar bersama... (penat, lepak tapi enjoy and memorable!)






SEE YOU AGAIN IN THE NEXT TRIP!




Saturday, June 28, 2014

Selamat Datang Ramadhan!

Alhamdulillah.... pejam celik pejam celik kita semua dipertemukan sekali lagi dengan bulan Ramadhan pada tahun 1435 Hijrah. Marilah sama-sama kita semua mengambil kesempatan yang ada untuk menambahkan lagi amalan-amalan sedia ada.

Tingkatkanlah kekuatan rohani dan spiritual kita dengan berpuasa, mengelakkan diri daripada perbuatan sia-sia, membuat pelbagai amalan dan ibadah samada umum ataupun khusus dan sebagainya. Sentiasalah juga menghubungkan diri kita dengan Allah swt. pencipta sekalian alam dan isi-isinya.

Hubungan sesama manusia juga jangan dilupakan. Ambil jugalah kesempatan ini untuk saling memaafi, hapuskan segala sifat negatif dalam diri, dan digantikan dengan pelbagai amalan baik untuk meningkatkan lagi sifat positif dalam diri kita.

Malam ini sudah pastu masjid dan surau akan penuh dengan jamaah, mudah-mudahan berterusan sehingga ke akhir Ramadhan.

Oo ye... niat puasa jangan lupa ya... selamat beramal!





p/s : Pesanan untuk diri sendiri yang serba kekurangan ini.

Thursday, June 26, 2014

Shaklee National Conference 2014



Seperti biasa, setiap tahun Shaklee Products (M) Sdn Bhd akan membuat persidangan kebangsaan ataupun lebih dikenali sebagai National Conference (ataupun NC) dan tahun 2014 ini telah diadakan di Sunway Resorts Hotel & Spa pada 7 hingga 9 Jun yang lalu.

Tujuan NC setiap tahun diadakan ialah untuk memberikan penghargaan kepada pengedar-pengedar (distributors) Shaklee yang telah mencapai tahap pencapaian yang telah ditetapkan.

Perjalanan kami sebagai pengedar Shaklee hampir menjangkau usia 2 tahun. Berkat kesabaran dan usaha keras serta meminta pertolongan daripada Allah swt, Alhamdulillah sedikit demi sedikit telah menampakkan hasilnya.




Macam mana nak join Shaklee? OK... dont worry step to step and guide boleh baca dekat sweetbonda stories

Penghargaan yang diberikan oleh Shaklee kepada ahli-ahlinya sedikit sebanyak telah memberikan motivasi untuk terus menjadi usahawan yang berjaya di samping membantu diri dan keluarga mencapai tahap kesihatan yang maksimum.

*Sekitar NC 2014 - 1*

*Sekitar NC 2014 - 2*

*Sekitar NC 2014 - 3*

*Sekitar NC 2014 - 4*

Tidak cukup dengan itu, kami membuat sedikit majlis penghargaan kepada rakan-rakan seperjuangan yang telah 'perform' dan 'efektif' bertempat di Red Wok, Taman Kajang Impian, Bandar Baru Bangi pada 20.6.2014. Sesungguhnya Maha Benar bahawa rezeki itu datang daripada Allah swt.







Perjalanan diteruskan pada keesokan harinya ke Johor Bharu untuk program Jom Hebat Selatan bagi membantu dan terus memberi sokongan kepada ahli-ahli Shaklee yang berada di selatan tanah air. Slot motivasi juga telah diisi oleh saudara Hj Fadzli Yusof yang merupakan kenalan sejak zaman sekolah dan universiti.


Alhamdulillah, perjalanan kami akan berterusan dan mudah-mudahan Allah swt akan memberkati usaha kami dan menjadikan kami di kalangan orang yang selalu memberi dan membantu.

SHAKLEE4U!


Shaklee National Conference 2015


Semoga bermanfaat kepada semua!
==================
Lin Chalo & Mohd Alizal,
Health Consultant &
Business Mentor
014.338.6810 - Lin
012.401.6683 - Alizal
==================


Autumn In Melbourne - Part 2

Ok jom kita sambung entri Part 2 pulak....

Day 3

30 Mei 2014 - Selepas breakfast di camp site kitorang teruskan perjalanan ke Pannys iaitu kilang coklat di Phillips Island. Masa ni budak-budak dengan peminat tegar coklat sangat gembira lah... serba serbi barang pameran adalah coklat. Beli tiket untuk masuk dalam kilang, tiket pun ialah sejenis coklat... boleh main game dalam kilang, dapat hadiah pun coklat... pendek kata semuanya pasal coklat. 

*Kalau tiket macam ni jangan bagi budak-budak pegang dulu*

*tak baik membazir hehe....*

Lepas tu kitorang teruskan perjalanan ke Nobbies iaitu sebuah 'taman' untuk burung-burung laut. Tempat ni lah paling best... pemandangan cantik sampai aku buat gambar profile... hehe... 

*This is Nobbies!*

*Subhanallah... speechless!*


Perjalanan diteruskan ke Warrook Cattle Farm untuk tengok bulu kambing biri-biri kena cukur. Kat sini pun dapat tengok kanggaroo tapi tak boleh nak  'bermesra' dengan kanggaroo. 

*Myra dengan bulu kambing yang menjadi mangsanya*

*Adam beri makan kat kanggaroo*


Sebenarnya banyak lagi tempat kat Phillip Islands nak jelajah tapi tak sempat lah... luasnya bumi ciptaan Allah ini.. Perjalanan diteruskan ke seberang teluk menggunakan jalan darat (boleh imagine tak? hehe..). Sebenarnya nak pergi ke Sorrento beach yang mengambil masa selama 3 jam perjalanan dari Phillip Islands. Di Sorrento terdapat feri untuk pergi ke Queenscliff. Feri ini amat penting kerana memendekkan perjalanan dari Sorrento ke Queenscliff yang mengambil masa 5 jam melalui perjalanan darat kepada 45 minit sahaja melalui feri. 

Memandangkan tiada tempat bermalam di Sorrento, kitorang bermalam di Rye Foreshore iaitu di persisiran pantai. Walaupun Rye Foreshore bukanlah camp site yang dikawal oleh pihak security, tapi terdapat kemudahan power supply untuk caravan dan juga water refill yang telah disediakan.

*Apabila caravan stop, power supply sebegini amat penting untuk memastikan bekalan elektrik mengalir dalam caravan*


SELAMAT MALAM MELBOURNE!


Day 4

31 Mei 2014 - Selepas breakfast di tepi pantai, kitorang pergi ke terminal feri dan di sini bermulalah perjalanan ke Great Ocean Road. Setelah turun dari feri di Queenscliff... masing-masing diberikan kebebasan di sepanjang Great Ocean Road untuk mengambil gambar dan berhenti tanpa berkonvoi, yang penting masing-masing dah tahu check point terakhir, masa ini lah waze dan gps amat diperlukan. Keindahan alam ciptaan Allah yang amat menakjubkan boleh didapati di sini dan diri terasa kerdil. Perjalanan yang jauh mengambil masa yang panjang menyedarkan diri betapa berharga masa selama 24 jam sehari. Akhirnya, kitorang check in kat Apollo Bay camp site dan bermalam di sini.

SELAMAT MALAM MELBOURNE!


*Pintu masuk ke terminal feri*

*sama macam Malaysia*

*membawa kenderaan berat di Great Ocean Road kena kerap berhenti, beri laluan kepada kenderaan ringan*



Day 5

1 Jun 2014 - Perjalanan diteruskan ke Great Ocean Road Wildlife Park. Ingatkan dekat je tapi boleh tahan lah perjalanannya. Sebab itu, kadang-kadang satu hari boleh pergi beberapa tempat sahaja bergantung pada faktor jarak dan cuaca. Kat Wildlife ni dapat experience sendiri bermesra dengan kanggaru, walabi dan rakan-rakannya. Masa hari ni juga kerajaan Australia dah officially announce musim winter bermula. 

*Nak tau berapa RM? Sila darab 3...*

*Petting walabi*


Seterusnya kitorang ke Twelve Apostles iaitu satu lagi keunikan di bumi Australia. Mengikut sejarah, dahulu batu-batu unik ini ada 12 tetapi akibat faktor alam dah tinggal beberapa butir sahaja. Setelah selesai pusing-pusing di sini, tibalah masanya kitorang berpatah balik ke kawasan bandar Melbourne, perjalanan yang mengambil masa lebih kurang 3 jam dari Port Campbell. Check in di Melbourne Big4 Holiday Park di kawasan Coburg iaitu camp site terakhir untuk kembara caravan ini.

*Kami bukan artifak sejarah*

*tak mampu naik ally semata-mata nak tengok 12 apostles*

SELAMAT MALAM MELBOURNE!



Tahniah The Gunners!

Walaupun sekarang tengah musim World Cup, tapi aku rasa masih tak terlambat lagi untuk mengucapkan tahniah kepada pasukan yang dah lama tak dapat trofi (bak kata kebanyakan orang) kepada Arsenal Football Club yang telah dinobatkan sebagai juara Piala FA Inggeris musim 2013/2014.

Persembahan turun naik yang tidak menentu ditambah pula dengan kecederaan beberapa tonggak penting seperti Aaron Ramsey dan Theo Walcott telah merencatkan peluang the Gunners untuk mendapatkan Piala Liga Perdana Inggeris walaupun setakat bulan Disember 2013 telah berada di persada liga.

Di peringkat piala FA pula, walaupun berhadapan dengan lawan yang dikatakan agak mudah, kecuali Everton dan Liverpool, momentum kemenangan diteruskan sehingga ke perlawanan akhir dengan membenam Hull City 3-2 selepas perlawanan diheret ke masa tambahan.

Tahniah Arsenal! COYG!


FA Cup Winner 2013/2014

Tahniah JDT!

Assalamualaikum wbt..

Lahir di Muar Johor pada tahun 1980 menyebabkan aku dikategorikan sebagai rakyat Johor. Maka adalah normal sekiranya aku menyokong pasukan Johor dalam bola sepak tempatan samada Johor Darul Takzim I ataupun Johor Darul Takzim II. Masa MP Muar FC ada dalam liga tempatan pun aku sokong.

Aku mula meminati dan menyokong pasukan Johor pada tahun 1991 dimana pada ketika itu tonggak import Johor adalah Ervin Boban, Abbas Saad dan Alistair Edwards. Aku siap buat buku skrap lagi dengan carta-carta pencapaian Johor ketika itu (padahal masa tu aku baru darjah 5). Tak percaya tanya rakan sepermainan aku Mohd Nawar bin Hashim.

Sekarang sudah tahun 2014, akhirnya JDT 1 telah dinobatkan sebagai Juara Liga Super Malaysia yang ditentukan sehingga perlawanan terakhir apabila JDT menewaskan Sarawak 0-1 di Kuching manakala Selangor PKNS telah mengikat Selangor 2-2 di Shah Alam. TAHNIAH JDT!

Ervin Boban




Alistair Edwards
Abbas Saad




Tuesday, June 24, 2014

Autumn In Melbourne - Part 1

Assalamualaikum wbt...


28 Mei sampai 2 Jun 2014 aku berpeluang untuk pertama kalinya membawa satu famili bercuti di luar negara ikut tripadikberadik yang sempoi... Alhamdulillah... Tempat yang kitorang pergi ialah Melbourne, Australia.  Melbourne ni terletak di negeri Victoria iaitu antara kawasan paling selatan di Australia. Sepanjang tempoh kitorang kat sana adalah musim autumn + winter tapi takde snow lah.


27 Mei 2014 - Aku pergi satu famili termasuk wife, sorang anak bujang dan 3 orang anak gadis. Flight pukul 1.40pm. Pagi-pagi lagi dah gerak ke KLIA2 naik cab cap exora... not bad lah... muat satu famili dan beg-beg lain. Ooo ye... hari ni jugak adalah hari lahir anak bujang aku yang ke-9. Jadi, tak putus-putus lah ucapan selamat hari lahir daripada pegawai-pegawai imigresen yang cek dokumen perjalanan/paspot kitorang kat anak bujang aku ni... Dalam kapal pulak terjumpa kawan sekolah rendah dulu yang bekerja sebagai cabin crew... Stanley Wong nama diberi. Setelah perjalanan selama lebih kurang 8 jam dari KL kami pun sampai di Melbourne airport lebih kurang pukul 12 tengah malam (10 malam waktu Malaysia) and terus check in kat Ibis budget hotel... boleh jalan kaki jer dari airport. Masa ni suhu memang sejuk di mana waktu malam boleh drop below 10 C (autumn)

* Bergambar kenangan bersama schoolmate*

Rumah/Apartment Percutian Untuk Disewa Di Australia

Day 1

28 Mei 2014 - Pagi-pagi ambik cab dari hotel untuk ke Tullamarine iaitu tempat sewa caravan... tak jauh sangat... masih lagi dalam kawasan airport... boleh tahan leceh jugak urusan nak ambik caravan ni... yang penting agreement kena sign oleh pembayar dan driver. Lesen memandu takde masalah kalau guna lesen memandu Malaysia yang baru. Kitorang juga kena bagi briefing tentang cara-cara penggunaan dan pembersihan caravan dan pelbagai... terus terang memang tak masuk kepala pun apa yang diorang cakap, maklumlah excited nak bawak caravan jer yang terpikir. Caravan ni pakai diesel, diorang dah isi full tank dengan syarat masa pulangkan pun kena full tank. 

Sebelum ke check point pertama kitorang singgah kat supermarket Coles dulu untuk beli barang-barang keperluan, maklumlah nak masak sendiri ala-ala koboi dalam caravan nanti.. Satu lagi harga barang kat sini di bandar lebih murah daripada di pedalaman. Contoh harga roti bantal kat town ialah AUD1.00 (lebih kurang RM3.00), bila masuk kawasan pedalaman sikit roti yang sama harganya AUD3.00 dan bila masuk lagi kawasan yang lebih jauh roti yang sama dah jadi AUD5.00. So, fikir-fikirkan....

Lebih kurang pukul 2pm kitorang tiba di check point pertama iaitu Puffing Billy iaitu keretapi lama yang dikomersialkan sebagai tempat pelancongan. Sudah la masa tu hujan renyai (shower)... memang suhu drop dan mulut berasap.... Selesai pusing-pusing kat sini kitorang terus ke camp site ataupun caravan park sebab pukul 5pm hari dah gelap. 

* Hannah, Myra dan Adam dalam Puffing Billy train*

Check in Chelsea Caravan Park di Bonbeach. Masa nilah pengalaman kitorang untuk pasang heater dalam caravan masing-masing. Power supply untuk caravan, water refill caravan memang ada disediakan di camp site, sapu sampah dalam caravan macam sapu sampah kat rumah jer... tak sangka jugak bekalan air caravan ni boleh tahan untuk satu hari jer bergantung pada kadar penggunaan tandas dan sinki dalam caravan. Masa ni jugak pengalaman pertama tidur dalam caravan... atas driver ada satu katil untuk 2 orang, meja makan tengah boleh convert jadi katil kedua, juga muat untuk 2 orang dan meja makan belakang pun boleh convert jadi katil ketiga, juga muat untuk 2 orang... oo ye... caravan ada banyak jenis... kitorang sewa caravan yang muat untuk 6 orang.

SELAMAT MALAM MELBOURNE!


* Brother Yassin isi air di Chelsea Caravan Park *

# Pengumuman penting - 28.6.2014 adalah hari ulangtahun perkahwinan aku dan isteriku yang ke-10. Mudah-mudahan kami berdua dan keluarga bahagia selamanya dunia dan akhirat... Amin Ya Rabb...
# Tetiba celebrate kat oversea plak... hehe


Day 2

29 Mei 2014 - Hari ni pulak kitorang pergi ke check point seterusnya iaitu Brighton Beach iaitu landmark utama di Melbourne. Pemandangan laut yang luas terbentang berlatarbelakangkan bath box berwarna warni cukup indah dan menggamit perasaan.






* Bath Box di Brighton Beach *


Selepas selesai bergambar-gambar di sini kitorang terus ke check point seterusnya iaitu Phillip Islands iaitu antara kawasan paling selatan di negeri Victoria yang mengambil masa hampir 2 jam... dengan harapan untuk melihat penguin secara live... So, masing-masing membuat persediaan mengisi minyak. Agak kekok jugak lah sebab kat sini isi minyak dulu, bayar kemudian. Kos petrol/diesel ni boleh tahan mahal lah... sebab diorang bukan negara pengeluar utama minyak di dunia. Yang peliknya harga minyak akan berubah-ubah setiap hari, mujur setiap stesen minyak ada papan tanda elektronik kat luar untuk diorang paparkan harga minyak pada setiap hari. Kepelikan bertambah apabila harga minyak di stesen minyak A tidak sama dengan harga minyak di stesen minyak B yang hanya terletak di seberang jalan. Nak tau apa yang pelik lagi? Harga minyak di kawasan pedalaman lebih mahal daripada di kawasan bandar.


* Salah satu stesen minyak terkemuka di Melbourne *

Dalam perjalanan ke Philip Islands tu stop kejap kat RnR.... masak spaghetti ala koboi dan makan ramai-ramai... ooo ye dalam caravan memang hampir mustahil untuk memasak kalau caravan bergerak... kena tunggu stop baru boleh masak kalau tak berguling-guling lah nanti masa caravan bergerak. Atas faktor-faktor yang tidak dapat dielakkan, penguin-penguin taknak jumpa kitorang... hehe... yelah masa autumn ni kejap je dah nak malam... masa sampai Phillip Islands tu dah gelap... penguin dah balik dah... apakan daya, kita hanya mampu merancang.


* Phillip Island di senja hari *

So check in kat Philip Islands Caravan Park yang merupakan Big4 camp site di Australia. Semakin hari suhu semakin drop... ketahanan mental dan fizikal amat diperlukan ketika ini... cewahh.... Namun begitu sempat jugak lah sebelum tidur buat laundry. Setiap camp site memang ada sediakan laundry.. wash and dry... musim autumn and winter memang takde can nak jemur baju... harga laundry berbeza kat setiap camp site.. masa nilah duit syiling amat diperlukan untuk buat laundry.

Rumah/Apartment Percutian Untuk Disewa Di Australia


SELAMAT MALAM MELBOURNE!


AUTUMN IN MELBOURNE - PART 2


AUTUMN IN MELBOURNE - PART 3





Menarik Untuk Dibaca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...