Monday, July 10, 2017

Pakai Pomade Uban Jadi Banyak.... Biar Betul?



Semakin hari semakin banyak kedai gunting rambut hipster yang beroperasi bak cendawan tumbuh selepas hujan... eceh.... Kedai gunting rambut biasa pun banyak kena tempias ni dan sanggup tukar nama kedai jadi "barbershop". Bayaran untuk kedai gunting rambut hipster lebih mahal tapi masih ramai orang sanggup bayar.

Dulu-dulu harga cukur 15 sen, gunting rambut 25 sen jer...

Kecik-kecik dulu memang tak merasa gunting rambut kat kedai... sebab abah buat gunting rambut kecil-kecilan kat rumah. Yang datang gunting rambut tu cuma kenal-kenalan rapat dan juga orang satu taman. Itupun abah caj RM2 jer.. pun dah ada orang kata mahal. Budak sekolah RM1 jer... Oh ye... ini kat Muar, Johor.

Masa tinggal kat asrama sekolah menengah dan universiti di Lembah Klang, baru merasa gunting rambut kat kedai. Sekali sekala pergi bandar gunting rambut... nak keluar duit bayar untuk gunting rambut walaupun RM10... rasa nak nangis pun ada... huhu... Nasib baik jugak kenal kawan-kawan yang pandai gunting rambut kat asrama.... kurang sikit kos gunting rambut, terima kasih daun keladi!

Wang kertas lama zaman dulu

Awal tahun haritu pergi gunting rambut kat barbershop hipster ni.... mungkin rezeki harini dapat adik "barber" yang banyak cakap dan kuat celotehnya... hehe... Apalagi dia cerita lah pasal pengalaman dia jadi barber atau tukang gunting rambut, daripada zaman training sehinggalah jadi barber professional.

Adik ni cakap... kebanyakan tukang gunting rambut memang akan mengalami kesukaran untuk gunting rambut orang yang belakang kepalanya ada bentuk muka bumi tak rata... macam mana ye??? Biasanya orang yang ada berat badan berlebihan, ada banyak lemak kat belakang kepala dia... ini bermakna kulit kepala dia agak tebal dan beralun disebabkan lemak-lemak itu.

Cabaran besar seorang barber

Ini belum lagi kes orang yang kuat berpeluh... walaupun dalam aircond tetap berpeluh. Semoga tabah semua tukang gunting rambut dan barber. Kalau tukang gunting rambut tu pakai penutup hidung dan mulut tu... korang faham-faham jelah ye... hehe..

Adik ni cakap lagi... dia dan beberapa orang lagi kawannya pernah menjadi "tester" untuk pomade. Akibatnya, walaupun adik ni umur dia awal 20-an, tapi dah ada uban... kesian... Jadi, semua orang pakai pomade akan ada uban ke? Adik tu cakap... tak jugak... yang penting kena pandai basuh dan cuci rambut. Jangan pakai pencuci rambut yang ada bahan kimia, cari yang organik.

Pelbagai jenis pomade

Syukurlah... bab cuci rambut tu memang pakai syampu organik yang bebas bahan kimia bahaya macam ProSante. ProSante ni pakai bahan-bahan semulajadi lagi... boleh dapatkan di Kedai Vitamin Cheras-Kajang. Bau syampu ProSante ni pun bau "fresh"... takde bau macam bahan kimia.

Adik tu pesan lagi... pomade jangan pakai hari-hari, pakai selang sehari pun dah cukup ok. Adik tu pesan lagi protein dalam badan kena cukup... barulah setiap hari akan tumbuh sel rambut yang lebih sihat. Hmmm... dalam kepala ni memang terfikir pasal protein soya ESP lah... sebab dari sumber tumbuh-tumbuhan dan bebas kolesterol. Protein soya ESP ni pun boleh dapatkan dari Kedai Vitamin Cheras-Kajang.

Sekali uban tumbuh... dia takkan berhenti... sedih tak terkata... eceh...

Adik tu cakap... dia pun pernah try buat pomade kat rumah... sebab macam senang je nak buat dia... pakai bahan-bahan semulajadi. Tapi tak pernah jadi... hehe. Adik tu pesan lagi... harga pomade tak menentukan samada pomade tu berkualiti atau tidak. Kalau pomade tu fresh baru keluar kilang... Insya Allah kualiti dia ok... tapi kalau dah lama sangat kat pasaran sampai kena jual murah... mungkin kualitinya dah merosot.

Begitulah ceritanya... layan adik barber yang kuat cakap ni. Akibatnya... adik ni pun gunting rambut kita dengan sehabis baik... tak macam barber lain. Thumbs up untuk semua barber dan tukang gunting rambut. Bukan semua orang boleh buat kerja macam ni.




Thursday, July 6, 2017

Lecithin - Lemak Sihat Yang Anda Perlukan



Lecithin (Lesitin) dikenali sebagai pengemulsi semulajadi yang menguraikan lemak menjadi molekul-molekul kecil untuk penghadaman.

Lesitin juga ditukar menjadi asetilkolina (acethylcholine) di dalam tubuh anda, yang diperlukan untuk membantu mengekalkan tubuh yang sihat.*

Lecithin daripada kacang soya


Tahukah anda?

Akademi Sains Kebangsaan menetapkan bahawa kolina (choline) penting dalam pemakanan kerana lesitin adalah bahan larut lemak yang dipanggil fosfolipid (phospholipid), yang terdiri daripada kolina (choline) dan inositol, dan ia boleh ditemui dalam semua sel hidup. Kedua-duanya merupakan komponen utama sel membran, yang mengawal aliran nutrien ke dalam dan ke luar sel.

MAL 12015012NC

#10163/180 kapsul/30 hidangan
Saranan penggunaan : Untuk dewasa sahaja. Ambil 2 kapsul setiap kali, 3 kali sehari sebelum makan.

Kandungan nutrisi dalam Lecithin


Keistimewaan Shaklee

Shaklee Lecithin diperbuat menggunakan sumber semula jadi daripada kacang soya

* Produk-produk ini tidak bertujuan untuk membuat diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.
Ini adalah iklan prosuk suplemen.

KKLIU 0590/2017

Klik sini >>> TANYA.WASAP.MY <<< untuk sebarang pertanyaan

Like dan Follow FB : Kedai Vitamin Cheras Kajang

Semoga bermanfaat kepada semua!

Wednesday, July 5, 2017

Alfalfa Complex - Nutrisi Hebat Semula Jadi



Alfalfa bermaksud "raja segala makanan" dan ada sebab gelaran tersebut diberikan - ia sangat berkhasiat. Alfalfa mempunyai sistem akar tunjang yang boleh mencecah sedalam 6 meter ke bawah, membolehkan ia menyerap lebih banyak nutrien dari tanah. Tumbuhan ini membekalkan lebih 300 nutrien dan mineral termasuk kalsium, fosforus, zat besi, magnesium, klorofil, bioflavanoid, mineral surih dan vitamin.*

Ladang Alfalfa di Antelope Valley, California


Keistimewaan Shaklee

Alfalfa Complex adalah Shaklee Signature Formula yang asalnya dibangunkan oleh Dr. Shaklee pada 1950-an.

Ditanam di kawasan subur, Antelope Valley, California, Shaklee menuai alfalfa semasa di puncak kematangan - semasa berumur 2 tahun, untuk memastikan anda memperolehi kandungan nutrisi sebaik mungkin.

Selepas dituai, ia diletakkan untuk pengeringan di bawah udara segar dan sinaran matahari panas California, dan Shaklee hanya menggunakan serbuk dedaun untuk menghasilkan tablet alfalfa.

MAL 10053686XC

#10159/330 tablet/33 hidangan
Saranan penggunaan : Untuk dewasa sahaja. Ambil 10 tablet sekali sehari selepas makan.

#10162/700 tablet/70 hidangan
Saranan penggunaan : Untuk dewasa sahaja. Ambil 10 tablet sekali sehari selepas makan.


Kandungan nutrisi dalam Alfalfa Complex

* Produk-produk ini tidak bertujuan untuk membuat diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.
Ini adalah iklan produk suplemen.

KKLIU 0607/2017

Klik sini >>> TANYA.WASAP.MY <<< untuk sebarang pertanyaan

Like dan Follow FB : Kedai Vitamin Cheras Kajang

Semoga bermanfaat kepada semua!

Tuesday, July 4, 2017

Vita-E Complex - Sokongan Antioksidan Anda



Vitamin E adalah antioksidan dan ia penting untuk mengekalkan kesihatan yang baik. Vitamin E juga membantu mengekalkan sistem imun yang kuat dimana kajian menunjukkan bahawa Vitamin E meningkatkan fungsi imun dikalangan orang-orang tua. * **

**Rujukan : Meydani, SN, Meydani M, Blumberg JB, et. al. Vitamin E supplementation and in vivo immune response in healthy elderly subjects: a randomized control trial, Journal of the American Medical Association 1997; 277:1380-1386.



Keistimewaan Shaklee

Satu kapsul menyediakan 400IU vitamin E dari sumber semulajadi daripada minyak kacang soya dalam bentuk D-alfa-tokoferol, yang merupakan bentuk aktif biologi vitamin E dan lebih mudah diserap dalam tubuh.

65mcg selenium untuk melengkapi aktiviti vitamin E bagi memberi fungsi optimum.

39.4mg ekstrak biji anggur, mengandungi proantosianidin, sebatian yang mempunyai kandungan antioksidan yang bagus.

MAL 12075024NC
#10112/120 kapsul/120 hidangan

Saranan penggunaan : Untuk dewasa sahaja. Ambil 1 kapsul sekali sehari selepas makan.

Kandungan nutrisi dalam Vita-E Complex


* Produk-produk ini tidak bertujuan untuk membuat diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit
Ini adalah iklan produk suplemen.

KKLIU 0608/2017

Klik sini >>> TANYA.WASAP.MY <<< untuk sebarang pertanyaan

Like dan Follow FB : Kedai Vitamin Cheras Kajang

Semoga bermanfaat kepada semua!

Monday, July 3, 2017

B-Complex - Lengkap Dengan Kesemua Lapan Vitamin B



Vitamin B memainkan peranan penting untuk fungsi tubuh kerana ia membantu menukar makanan kepada tenaga untuk sel-sel anda.*

Setiap jenis Vitamin B memainkan fungsi yang berlainan pada tubuh


Shaklee B-Complex membekalkan kesemua lapan vitamin B yang seimbang untuk menguatkan tubuh anda, melengkapi jurang nutrisi vitamin B.

Membekalkan kuantiti asid folik dan biotin cukup, sesuai untuk tubuh yang sihat.

MAL 12035068NCZ
#10164/120 kapsul/120 hidangan

Saranan penggunaan : Untuk dewasa sahaja. Ambil 1 tablet sehari selepas makan

Kandungan nutrisi Shaklee B-Complex


Keistimewaan Shaklee

Sistem Penyerapan Bioaktif Berpaten

Asid Folik, salah satu vitamin B kritikal dan tidak mudah diserap. Maka, Shaklee membangunkan sistem penyerapan bioaktif berpaten yang menjadikan nutrien ini lebih mudah diserap untuk menyokong penyerapan. Teknologi berpaten ini adalah milik eksklusif Shaklee.

* Produk-produk ini tidak bertujuan untuk membuat diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.
Ini adalah iklan produk suplemen.


KKLIU 0610/2017

Klik sini >>> TANYA.WASAP.MY <<< untuk sebarang pertanyaan

Like dan Follow FB : Kedai Vitamin Cheras Kajang

Semoga bermanfaat kepada semua!

Menarik Untuk Dibaca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...