Showing posts with label Lions XII. Show all posts
Showing posts with label Lions XII. Show all posts

Friday, November 6, 2015

Suku Akhir Piala Malaysia 2015 : Mampukah Pahang Bertahan?



Semalam tamat game antara Perak dan JDT dimana kemenangan di pihak JDT dengan jaringan 2-1. Ini bermakna satu lagi slot ke suku akhir hanya akan ditentukan pada 21.11.2015 nanti iaitu antara Sarawak atau ATM. Pada 21.11.2015, Sarawak akan menentang JDT di Johor Bharu manakala ATM akan menantu kunjungan Perak di Seremban.

Pada edisi yang lepas, Pahang telah muncul juara dengan menewaskan JDT 5-3 menerusi penentuan penalti setelah kedua-dua pasukan terikat 2-2. Piala Malaysia adalah piala yang berprestij di Malaysia, namun juara kejohanan ini tiada tempat dalam kejohanan di peringkat Asia seperti Liga Juara-Juara Asia ataupun Piala AFC

Pahang - Juara Piala Malaysia 2014

Kalau ikut jadual asal, suku akhir Piala Malaysia akan start 23.10.2015, tapi banyak sangat game yang postpone disebabkan oleh masalah jerebu teruk di Malaysia. Bila dah reschedule, suku akhir pertama dijadualkan pada 24.11.2015 dan suku akhir kedua pada 28.11.2015. Jadi, pasukan yang dah layak ke suku akhir ialah Selangor, JDT, Pahang, Lions XII, Kedah, Felda United dan PKNS.


Selangor

Persembahan gergasi merah kuning ni tak berapa konsisten dalam Piala Malaysia dan menghadapi kesukaran untuk menjinakkan Felda United. Namun, Selangor ialah pasukan pertama yang melayakkan diri ke suku akhir

Kelincahan Andik Vermansyah masih lagi ditagih Selangor

Selangor akan berdepan dengan cabaran Sarawak atau ATM pada saingan suku akhir


JDT

Baru saje dinobatkan sebagai juara Piala AFC 2015, JDT sudah pasti ingin mengekalkan rentak cemerlang mereka musim ini. Di bawah kendalian Mario Gomez, JDT nampak lebih kukuh dan tersusun hampir di setiap bahagian khususnya bahagian pertahanan

S. Chanturu ialah penjaring terbanyak JDT dalam kempen Piala Malaysia setakat ini

JDT akan menentang Felda United pada perlawanan suku akhir


Pahang

Pencapaian juara bertahan Piala Malaysia ni juga tidak konsisten dengan menyaksikan bahagian pertahanan mereka yang semakin goyah.

Alex banyak menyumbang kepada gol Pahang dalam kempen Piala Malaysia

Pahang akan bertemu Lions XII pada saingan suku akhir


Lions XII

Juara Piala FA ni tidak cemerlang dalam Liga Super tapi ingin memastikan mereka membuat kejutan seterusnya dalam Piala Malaysia

Safuwan Baharudin ketika beraksi dengan Melbourne City FC

Lions XII akan berdepan dengan juara bertahan Pahang di suku akhir


Kedah

Juara Liga Perdana 2015 ini pernah beraksi sehingga ke separuh akhir pada musim lepas sebelum ditewaskan Pahang. Tonggak import baru mereka adalah penyebab utama kebangkitan semula Kedah.

Tonggak import baru Kedah Liridon Krasniqi (No. 49) dan Sandro Mendonca (No. 50)

Kali ini Kedah akan bertemu rakan mereka di Liga Perdana iaitu PKNS


Felda United

Felda United beraksi sehingga ke separuh akhir Piala Malaysia musim lepas sebelum tewas kepada JDT. Penyerang baru, Thiago Augusto juga dilihat tidak bermasalah menggantikan Edward Junior Wilson yang telah berhijrah ke BEC Tero Sasana (Thailand).

Ndumba Makeche ketika beraksi dengan Perth Glory

Kali ini mereka bertemu dengan JDT di peringkat suku akhir


PKNS

Tidak ramai menjangkakan pasukan dari Liga Perdana ini boleh mara sejauh ini. Malah PKNS ialah juara kumpulan mengatasi Pahang

Tonggak serangan import PKNS, Patrick Ronaldinho (kiri) dan Gabriel Guerra (kanan)

PKNS akan bertemu dengan rakan Liga Perdana mereka iaitu Kedah di suku akhir


Sarawak/ATM

Laluan Sarawak lebih getir kerana akan bertemu JDT di Johor Bharu dalam perlawanan terakhir kumpulan. Sarawak perlu mengharapkan ihsan Perak untuk menghalang ATM daripada mendapatkan sebarang mata bagi membolehkan Sarawak layak ke suku akhir.

Salah satu daripada kedua-dua pasukan ini akan bertemu Selangor pada peringkat suku akhir



Friday, August 21, 2015

Liga Super Malaysia 2015 - JDT Dan Pahang Kekal Sebagai Gergasi Bolasepak Malaysia



Liga Super Malaysia 2015 hampir melabuhkan tirainya dan tanggal 22.8.2015 bakal menyaksikan samada JDT berjaya mempertahankan gelaran sebagai juara ataupun Pahang berjaya memintas JDT di saat akhir untuk muncul juara. Pahang perlu menewaskan Terengganu dengan bergaya sambil mengharapkan JDT tumpas kepada Felda United.




Pada musim lepas JDT telah muncul sebagai juara Liga Super 2014 dengan memintas Selangor di tempat kedua. Disebabkan itu JDT layak ke pusingan kelayakan Liga Juara-Juara Asia 2015 manakala Pahang sebagai juara Piala FA layak ke Piala AFC 2015.

JDT - Juara Liga Super 2014





Memandangkan Lions XII telah menjuarai Piala FA 2015 tetapi tidak boleh mewakili Malaysia ke Piala AFC 2016, slot ini telah diberikan kepada naib juara Liga Super 2015. Ini bermakna pada tahun hadapan, JDT dan Pahang masih lagi mewakili Malaysia di peringkat Asia.

Lions XII - Juara Piala FA 2015

Tanpa menunggu perlawanan terakhir, ATM dan Sime Darby telahpun mengucapkan selamat tinggal kepada Liga Super dan mereka akan bermain dalam Liga Perdana pada musim hadapan. Manakala pasukan Lions XII, Perak, Kelantan dan Sarawak hanya melengkapkan jadual perlawanan terakhir mereka.

Akhirnya Sime Darby berjaya mendapatkan kemenangan pertama mereka setelah menewaskan ATM 1-0

Perebutan tempat ke-3 dan ke-4 masih lagi terbuka dengan Selangor dilihat mempunyai kelebihan. Tempat ke-3 dan tempat ke-4 Liga Super bakal mewakili negara dalam kejohanan Liga Super ASEAN 2016 yang pertama kali diadakan dan dijangka bermula pada Ogos 2016. Selain Selangor, pasukan Terengganu, Felda United dan PDRM juga cuba mengintai peluang untuk slot terakhir Liga Super ASEAN 2016.


Pertembungan antara Pahang dan JDT sentiasa dinanti-nantikan

Nampaknya JDT dan Pahang berjaya mengekalkan momentum mereka sebagai 2 pasukan gergasi bolasepak Malaysia. Kedua-dua pasukan ini telah meninggalkan pasukan-pasukan lain jauh ke belakang. Pencapaian mereka di peringkat Asia amat membanggakan setelah layak ke peringkat suku akhir Piala AFC 2015.



Walaupun ada ura-ura mengatakan bahawa Lions XII tidak lagi akan menyertai Liga Malaysia musim hadapan, ATM yang bakal berhadapan penggantungan sekiranya isu berkenaan B Sathianathan tidak diselesaikan, Terengganu yang mungkin akan menarik diri akibat insiden perlawanan Piala FA menentang Lions XII, namun Liga Super Malaysia masih meriah dan rancak seperti biasa.



Wednesday, June 17, 2015

Pemain Import Baru Liga Super 2015



10 perlawanan telah berlangsung dan Pahang gah berada di persada liga dan diekori rapat oleh 5 pasukan yang lain. Dengan berbaki 12 perlawanan, hampir kesemua pasukan berpeluang menggondol trofi juara Liga Super 2015.

Kedudukan Liga Super 2015 setelah 10 perlawanan

Tingkap perpindahan April yang lalu juga telah menyaksikan perubahan besar pemain import hampir setiap pasukan. Beberapa muka baru telah kelihatan dimana yang tidak menyerlah telahpun pergi. Senarai pemain import Liga Super 2015 pada awal musim telah pun diceritakan sebelum ini.


JDT

JDT telah mendapatkan 2 orang pemain baru iaitu pemain tengah Argentina, Patito Rodriguez dan juga penyerang Sierra Leone Alhaji Kamara bagi menguatkan cabaran JDT dalam Liga Super.

Patito Rodriguez - juga dikenali sebagai Pato adalah bekas rakan sepasukan Neymar dalam kelab Santos di Brazil. Pato telah dipinjamkan ke JDT sehingga November 2015. Para pemerhati berpendapat Pato masih gagal untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Jorge Pereyra Diaz.

Alhaji Kamara - Pemain muda ini dipinjamkan dari kelab Sweden, IFK Norkopping. Gelagat pemain ini ketika mendapat kad merah dalam sebuah perlawanan dalam Liga Sweden pernah menjadi viral.

Gelagat AlHaji Kamara setelah mendapat kad merah
dalam satu perlawanan di Liga Sweden

Walaubagaimanapun, pemain-pemain seperti Luciano Figueroa dan Jorge Pereyra Diaz dipercayai masih ada kontrak dengan JDT dan tidak disingkirkan oleh JDT. Khidmat mereka masih ditagih JDT khususnya dalam kejohanan Piala AFC 2015.


Selangor dan Pahang masih mempercayai dan mengekalkan khidmat pemain-pemain import mereka untuk baki cabaran Liga Super seterusnya.


Terengganu

Issey Nakajima-Farran - pemain kebangsaan Kanada yang berketurunan Jepun ini pernah mewakili pasukan Singapura bawah 21 tahun. Penyerang Kanada ini berpengalaman luas dalam Liga Denmark, Liga Australia dan Liga Amerika Syarikat.

Issey Nakajima-Farran (merah) berentap dengan bintang Colombia, James Rodriguez

Pemain Lubnan, Hassan Chaito telah ditamatkan kontraknya secara persetujuan kerana mengalami kecederaan jangka masa panjang.


Sime Darby

Reinaldo Mineiro - pemain Brazil ini mempunyai kewarganegaraan Australia dan berpengalaman luas bermain dalam kelab-kelab di serata Asia. Pemain ini menggantikan pemain Uzbekistan Dilshod Sharofetdinov bagi memburu kemenangan pertama mereka dalam Liga Super.

Reinaldo Mineiro (hijau) ketika beraksi bersama kelab Beijing Gu'oan


Kelantan

Gilmar - penyerang tinggi lampai dari Brazil

Austin Amutu - penyerang muda Nigeria ini dipinjamkan dari kelab Warri Wolves di Nigeria

Austin Amutu ketika beraksi untuk pasukan Nigeria bawah 23 tahun

Kedua-dua pemain ini menggantikan Isaac Pupo (Liberia) dan Emmanuel Kenmogne (Cameroon) dimana kedua-duanya adalah bekas pemain Persebaya Surabaya di Indonesia. Pihak pengurusan Kelantan tidak berpuas hati dengan persembahan mereka walaupun telah diberikan dengan gaji yang sangat tinggi


Sarawak

Patrick Gerhardt - pemain kebangsaan Liberia ini berasal dari Switzerland telah menggantikan pemain Belanda Ronald Hikspoors untuk menguatkan lagi barisan pertahanan Sarawak

Patrick Gerhardt ketika beraksi bersama Melbourne Heat FC


Lions XII mengamalkan konsep tiada pemain import untuk mengembangkan bakat tempatan pemain Singapura.


Perak

Horace James - pemain dari Jamaica ini menggantikan pemain Brazil Marcos Tulio untuk memperkukuhkan lagi jentera tengah Perak

Horace James boleh juga bermain di posisi serangan

ATM masih mengekalkan tonggak import mereka walaupun pencapaian mereka dalam Liga Super tidak memberangsangkan


PDRM

Jaime Braganca - pemain tengah dari Portugal ini menggantikan pertahanan dari Nigeria Onorionde Kughegbe (O. K. John)

Jaime Braganca kerika beraksi dengan kelab Maritimo di Portugal


Felda United

Thiago Augusto Fernandes - penyerang Brazil ini telah diperolehi dari Liga Bahrain dan menggantikan penyerang Liberia Edward Junior Wilson yang semakin berumur

Thiago Augusto (putih) ketika beraksi di Liga Bahrain

Selain daripada pencapaian semasa, tahap kesihatan dan tahap kecergasan pemain import juga perlu diteliti bagi mengelakkan kerugian berlaku pada mana-mana pasukan. Pihak pengurusan haruslah melihat sendiri pemain import beraksi sebelum menawarkan mereka dengan kontrak untuk ditandatangani.




Menarik Untuk Dibaca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...