Tuesday, October 28, 2014

Kepentingan Menghadkan Pengambilan Makanan Yang Tinggi Lemak Dan Mengurangkan Lemak Dan Minyak Dalam Penyediaan Makanan



Apakah itu Lemak? 

Lemak ialah salah satu komponen makanan yang diperlukan oleh tubuh untuk fungsi-fungsi seperti berikut :-

1) Membekalkan tenaga dan asid lemak kepada badan supaya kita dapat melakukan kerja harian yang memerlukan pembakaran tenaga yang banyak.

2) Berfungsi sebagai penebat suhu sejuk kepada badan supaya badan dapat mengekalkan suhu yang normal

3) Lemak membantu penyerapan vitamin larut lemak iaitu Vitamin A, D, E dan K supaya tubuh kita kekal sihat


Ada berapa jenis Lemak?

Terdapat 2 jenis lemak iaitu Lemak Tepu dan Lemak Tak Tepu.


Lemak Tepu

Lemak Tepu biasanya dalam bentuk pepejal pada suhu bilik. Makanan yang tinggi kandungan Lemak Tepu akan meningkatkan kandungan kolesterol dalam darah seperti minyak kelapa sawit, minyak kelapa, mentega, lemak haiwan dan coklat.

Lemak Haiwan


Lemak Tak Tepu

Lemak Tak Tepu biasanya lembut dan cair pada suhu yang rendah terbahagi kepada 3 jenis seperti berikut :-


1) Lemak Poli Tak Tepu - "Tak Tepu" bermaksud molekulnya mengandungi kurang daripada jumlah maksimum hidrogen. Lemak Poli Tak Tepu boleh didapati daripada sumber kacang, biji benih, ikan laut dalam, alga, sayuran hijau dan krill (sejenis udang laut dalam).

Lemak jenis ini dikategorikan sebagai lemak yang baik kerana unsur Omega-3 dan Omega-6 dalamnya boleh mengurangkan paras kolesterol buruk (LDL) dan jumlah kolesterol secara keseluruhan.

2) Lemak Mono Tak Tepu - mempunyai takat lebur yang lebih tinggi daripada asid lemak Poli Tak Tepu dan mempunyai takat lebur yang lebih rendah daripada asid Lemak Tepu. Lemak Mono Tak Tepu boleh didapati daripada sumber daging merah, produk susu, kacang dan buah-buahan yang mempunyai kandungan lemak yang tinggi seperti buah zaitun dan avokado.

Lemak jenis ini juga dianggap lemak yang baik kerana mampu meningkatkan paras kolesterol yang baik (HDL) dan mengurangkan jumlah kolesterol secara keseluruhan.
3) Lemak Trans - Lemak Trans dihasilkan daripada bentuk cecair kepada pepejal melalui proses hidrogenasi iaitu dengan memasukkan hidrogen ke dalamnya. Lemak Trans biasanya digunakan dalam industri makanan untuk memperbaiki kualiti makanan, mengekalkan kesegarannya dan menambahkan kelazatan makanan.

Lemak Trans juga adalah lebih teruk dan berbahaya daripada Lemak Tepu kerana bukan saja menambahkan kolesterol dalam darah tetapi juga merendahkan dan mengurangkan kolesterol baik dalam darah. Beberapa penyakit kronik adalah berpunca daripada Lemak Trans seperti penyakit jantung, strok dan kencing manis.

Makanan yang menggunakan Lemak Trans

Oleh itu, Menghadkan Pengambilan Makanan Yang Tinggi Lemak dan Mengurangkan Lemak dan Minyak dalam Penyediaan Makanan adalah Cadangan Kelapan Pakar-pakar Nutrisi dalam 14 Cadangan Utama Garis Panduan Diet Malaysia Tahun 2010 yang telah dibentangkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

1) menghadkan pengambilan lemak tak tepu kepada kurang daripada 10% daripada jumlah pengambilan kalori harian

2) menambah pengambilan lemak tak tepu, asid lemak mono tak tepu (MUFA) dan asid lemak poli tak tepu (PUFA)

3) menghadkan pengambilan makanan dengan kolesterol tinggi

4) menghadkan pengambilan makanan yang mengandungi asid lemak trans (TFAs)

5) mengurangkan penggunaan lemak dalam penyediaan makanan supaya pengambilan lemak setiap hari di antara 20% hingga 30% sebagai sumber tenaga adalah terkawal

6) memilih makanan rendah lemak ketika makan di luar


Adakah terdapat cara lain untuk mengurangkan lemak dan kolesterol?

Di Shaklee, terdapat suplemen yang dikenali sebagai Lecithin yang berfungsi sebagai "pemecah lemak" dan "pembersih salur darah". Ini kerana Lecithin akan merangsang kepada metabolisma lemak dan mengemulsi lemak dalam tubuh dan kolesterol dalam darah.





Selain Lecithin, Omega Guard juga berfungsi untuk mengurangkan paras kolesterol jahat (LDL) dalam darah dan juga jumlah kolesterol secara keseluruhannya. Diperkayakan dengan khasiat Omega-3 daripada sumber ikan laut dalam membantu mencegah penyakit salur darah dan strok yang disebabkan oleh kolesterol.





Selain itu, Phytocol-ST juga berperanan sebagai "cholesterol blocker" iaitu menghalang kolesterol-kolesterol baru daripada memasuki salur darah. Diperkayakan dengan Fitosterol (gabungan Sterol dan Stanol) iaitu satu komponen yang akan bersaing untuk penyerapan dalam usus menyebabkan hanya sedikit kolesterol yang diserap ke dalam salur darah.






Semoga bermanfaat kepada semua!
==================
Lin Chalo & Mohd Alizal,
Health Consultant &
Business Mentor
014.338.6810 - Lin
012.401.6683 - Alizal
==================





1 comment:

  1. oH.. thanks for infos. dah lama dok tercarik-carik perbezaan lemak tepu dan sebagainya ni

    http://butikgebugebu.blogspot.com/2014/10/5-energy-booster-yang-diperlukan-ibu-hamil.html

    ReplyDelete

Pandangan Anda Amat Dihargai :)

Menarik Untuk Dibaca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...