Monday, August 4, 2014

Glasgow - Sukan Komanwel 2014


Berakhir sudah Sukan Komanwel tahun 2014 yang diadakan di Glasgow Scotland. Tidak ada apa yang menarik untuk diperkatakan melainkan prestasi skuad negara yang kedua paling hambar selepas Sukan Komanwel di Victoria, Kanada pada tahun 1994.


Dengan mensasarkan 7 pingat emas, hanya 2 sahaja yang berjaya menepati ramalan iaitu melalui Datuk Nicol Ann David dalam acara squash dan juga Mohd Hafifi Mansor yang berjaya memperbaiki kedudukan dengan menggondol emas berbanding pingat gangsa pada 4 tahun lalu di India.



* Datuk Nicol Ann David - akan berumur 34 tahun lagi untuk temasya akan datang, terus bermain atau bersara? * 


 * Mohd Hafifi Mansor - akan terus menggalas tugas negara pada temasya akan datang *

Acara badminton yang sering menjadi tradisi negara sebagai pasukan dominan, pada mulanya hanya mensasarkan emas pada perseorangan lelaki sahaja tetapi sandaran yang diharapkan tidak kunjung tiba. Sebaliknya, Malaysia berjaya menggondol 3 emas melalui acara berpasukan, beregu wanita dan beregu lelaki.



* Acara berpasukan * 


* Beregu Wanita * 


* Beregu lelaki * 

Paling mengejutkan ialah gondolan emas yang tidak disangka-sangka di bahagian akuatik apabila Ooi Tze Liang mendapatkan emas untuk negara dalam acara 3m papan anjal. Penerjun berusia 20 tahun itu pula hanya mampu meraih perak dalam acara 10m platform. Penerjun harapan negara Pandalela Rinong pula gagal untuk mendapatkan emas untuk negara.



* Semoga dapat mempertahankan emas negara 4 tahun akan datang * 

10 emas di Kuala Lumpur (1998), 7 emas di Manchester (2002), 7 emas di Melbourne (2006), 12 emas di Delhi (2010) dan 6 emas di Glasgow (2014) menceritakan pencapaian atlet negara kita. Tidak perlu dilihat kekuatan negara lain seperti Australia dan England. Pasukan serantau seperti Singapura juga telah menunjukkan peningkatan mendadak untuk temasya kali ini apabila berjaya menggondol 8 pingat emas dimana kebanyakkannya diraih di meja ping pong, selain peningkatan positif dalam acara badminton.


Bagaimana pula persiapan untuk temasya akan datang di Gold Coast, Australia pada tahun 2018. Sudah adakah pelapis-pelapis untuk menggantikan mereka yang akan bersara? Apa yang pasti biarlah pelaburan dalam sukan negara kita menampakkan hasil yang berbaloi dan boleh dibanggakan. Jika tiada hasil yang positif lebih baik disalurkan ke tempat lain yang lebih memerlukan.


Paling dekat untuk kita menilai ialah Sukan Asia di Incheon, Korea yang dijadualkan pada 19 September hingga 4 Oktober 2014. Pastinya saingan yang lebih mencabar, setidak-tidaknya negara kita mampu menjadi juara di rantau Asia Tenggara, itupun sudah cukup bagus!


Akhir sekali, tahniah diucapkan kepada pemenang pingat emas negara. Tidak lupa juga kepada pemenang pingat-pingat lain mahupun kepada mereka yang tidak berjaya pada kali ini, tahniah juga diucapkan!





No comments:

Post a Comment

Pandangan Anda Amat Dihargai :)

Menarik Untuk Dibaca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...