Sunday, October 26, 2014

Pengalaman Pertama Menaiki Pesawat Malindo Air



Minggu lepas iaitu pada 18.10.2014 adalah merupakan Pengalaman Pertamaku Menaiki Pesawat Malindo Air menuju ke Kota Kinabalu, Sabah untuk menghadiri majlis Masters Celebration Rohaya Chalo dan Mohd Samsul Samsudin. Malindo Air ni mula beroperasi pada bulan Mac 2013, ditubuhkan secara kerjasama dengan syarikat Lion Air dari Indonesia.

Rumah/Apartment Percutian Untuk Disewa Di Sabah




Atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan, pergi dan balik isteriku naik flight lain ke Kota Kinabalu... tinggallah aku dengan 4 orang kanak-kanak riang naik Malindo Air ke Kota Kinabalu.




Adam dan Myra


Hannah dan Hasya

Secara keseluruhannya amat berpuashati dengan perkhidmatan dan juga kemudahan yang disediakan oleh Malindo Air :-

1) Walaupun beli tiket last minute... sehari sebelum bertolak... harga tiket takdelah mahal sangat

2) Walaupun airport base Malindo Air ni kat Subang untuk domestic flight... tapi untuk ke Kota Kinabalu, aku naik di KLIA2

3) Tiada caj bagasi untuk 15kg yang pertama

4) Ada skrin hiburan dan maklumat

5) Ada snek dan minuman percuma

6) Ruang kaki yang lebih luas

7) Pakaian pramugari yang cantik (baju kebaya putih dan kain ungu)


Skrin hiburan - leka budak-budak ni main game


Skrin maklumat


Snek dan minuman percuma


Walaubagaimanapun pada keeseokan harinya iaitu 19.10.2014 flight delay 1 jam pulak, sudah lah waktu malam... nak layan kerenah kanak-kanak riang yang tak pernah penat. Sampai KLIA2 dah nak dekat pukul 12.00 tengah malam.

Rumah/Apartment Percutian Untuk Disewa Di Sabah


Kalau ada peluang untuk terbang lagi aku akan pilih Malindo Air!






No comments:

Post a Comment

Pandangan Anda Amat Dihargai :)

Menarik Untuk Dibaca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...