Monday, October 13, 2014

Pengalaman Temankan Anak Cabut Gigi



Ini bukannya Pengalaman kali pertama Temankan Anak Cabut Gigi, sebab si abang pun dah beberapa kali cabut gigi. Gigi anak-anak biasanya akan patah apabila umur mereka mencecah 7 dan 8 tahun, walaupun ada sesetengah anak-anak akan patah gigi mereka seawal 5 dan 6 tahun. Aku pulak semasa kecil memang takde pengalaman cabut gigi kat mana-mana klinik pun sebab gigi akan tercabut dengan sendirinya.




Setakat ni kami sekeluarga pergi ke Klinik Gigi Syafeera yang terletak di Mahkota Cheras jika ada apa-apa urusan berkaitan dengan gigi, walaupun ada beberapa lagi klinik gigi lain yang terletak berhampiran. Gigi gerahamku juga pernah ditampal di sini. Klinik Gigi Syafeera ni pun senang je nak cari sebab terletak betul-betul di hadapan AEON Mahkota Cheras.






Untung juga jadi budak-budak bila cabut gigi. Ubat bius yang diberikan ada perisa oren, strawberi dan banyak lagi. Masa aku tampal gigi dulu pun, simen yang tampal gigi aku ada perasa.... rasa bunga cengkih jer... Bila tanya anak-anak sakit tak... jawapan mereka standard jer... sakit macam kena gigit semut... Of course semasa suntikan bius kat gusi diorang tu jer diorang rasa sakit. Kalau tak tanya pun memang dah tahu diorang sakit melalui reaksi dan gerak geri tubuh badan mereka.





Kenapa ye kena pakai spek hitam? Sebab nak elak daripada lampu yang menghala ke muka dan gigi diorang secara direct. Masa first time diorang cabut gigi... excited betul diorang bila kena suruh pakai spek hitam... maklumlah something new bagi mereka... 




Tengoklah... gembira pun ada... Sebenarnya tak sakit pun cabut gigi ni... just enjoy and follow the flow.... Kalau ada sesiapa yang anak mereka takut untuk cabut gigi.... kongsikanlah Pengalaman Cabut Gigi yang menggembirakan ini dengan mereka....






No comments:

Post a Comment

Pandangan Anda Amat Dihargai :)

Menarik Untuk Dibaca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...