Wednesday, October 26, 2016

Bonus Shaklee - Cara Kira Bonus dan Cara Dapatkan Bonus



Ada ramai orang tertanya-tanya, best sangat ke buat bisnes Shaklee ni??? Dalam keadaan ekonomi yang tak menentu pun... semua pengedar Shaklee update status rasa bersyukur di pertengahan bulan sebab Bonus Shaklee dah masuk. Mereka yang buat Shaklee secara full time sudah tentulah rasa bersyukur.... mereka yang buat bisnes Shaklee secara part time pun tidak ketinggalan untuk bersyukur....

Ya, dalam apa jua keadaan pun sebenarnya kita wajib bersyukur terhadap nikmat kurniaan Ilahi walaupun sedikit. Lagi banyak kita bersyukur, Insya Allah... akan ditambahkan lagi sesuatu nikmat itu kepada kita. Tak kisah lah sesuatu nikmat itu samada dalam bentuk kesihatan, wang ringgit mahupun kebahagiaan.


Dari mana datangnya Bonus Shaklee?

Dalam Shaklee tak ada bonus untuk sign up ahli baru dan tiada bonus untuk pairing seperti yang diamalkan dalam MLM lain. Bonus yang diberikan adalah melalui prestasi sales yang dibuat dan prestasi kepimpinan semata-mata. Berikut adalah jenis-jenis Bonus dalam Shaklee :-



1) Retail Profit

Ok... ni ialah bonus yang paling senang nak faham sebab ini adalah basic dalam jual beli :-

Harga Jual - Harga Kos = Untung

Contoh : Harga Pasaran (Harga Jual) Produk A ialah RM100
               Harga Ahli (Harga Kos) Produk A ialah RM70
               So, Untung atau Retail Profit daripada Produk A ialah RM100 - RM70 = RM30


2) Performance Bonus

Juga dikenali sebagai Bonus Prestasi terbahagi kepada 2 jenis iaitu Personal Bonus (Bonus Jualan Individu) dan Net Personal Bonus (Bonus Jualan Kumpulan).

Melalui www.shaklee2u.com.my, kita boleh memantau perkembangan dan prestasi anak, cucu, cicit Shaklee yang berada dalam organisasi kita. Mereka yang belum mencapai tahap "effective business leader" iaitu belum menjadi Supervisor atau tidak "effective" menjadi Supervisor akan dimasukkan dalam "Personal Group" kita.


Personal Bonus

Sebagai pengedar Shaklee, kita akan mendapat Personal Bonus apabila kita menjual produk kepada pelanggan-pelanggan. Bukan sahaja Retail Profit yang dibincangkan di atas kita akan terima, malahan kita akan dapat Personal Bonus dimana kiraannya adalah seperti berikut :-
Oo ye.... setiap produk mempunyai nilainya tersendiri yang dipanggil Unit Value (UV). UV peribadi pula dipanggil Personal UV (PUV) manakala UV organisasi kita (UV mereka yang telah menjadi leader tidak boleh dimasukkan) pula dipanggil Group UV (GUV). Syarat minima untuk mendapatkan Bonus ini ialah kita berjaya membuat jualan sebanyak 30PUV dan 150GUV.

Contoh kiraan Personal Bonus

Victor ialah seorang ahli Shaklee dengan 1500PUV
Ethan mendaftar sebagai ahli Shaklee di bawah Victor dengan 1000PUV
Suknit mendaftar sebagai ahli Shaklee di bawah Ethan dengan 500PUV

PUV Victor, Ethan dan Suknit masing-masing melebihi 30PUV, justeru layak dapat bonus

GUV Victor ialah 1500 + 1000 + 500 = 3000GUV - layak bonus 21%
GUV Ethan ialah 1000 + 500 = 1500GUV - layak bonus 14%
GUV Suknit masih 500GUV - layak bonus 8%
Oleh itu, Victor dapat Personal Bonus sebanyak RM976.50
Ethan pula dapat Personal Bonus sebanyak RM434.00
Dan Suknit pula dapat Personal Bonus sebanyak RM124.00

Boleh tahan kan? Nak dengar lagi?


Net Personal Bonus

Untuk memastikan tiada unsur penindasan berlaku, Net Personal Bonus tidak akan diberikan jika upline mendapat peratusan bonus lebih rendah atau sama dengan downlinenya. Jadi, upline kena lebih bekerja keras berbanding downlinenya untuk mendapatkan Net Personal Bonus ini.

Net Personal Bonus ini akan dikira ke atas PUV organisasi kita sehingga generasi ke-6 saja selagimana mereka berada dalam "Personal Group" kita seperti yang dinyatakan di atas. Peratusan bonus yang kita terima juga akan berkurangan jika downline telah mengambil hak mereka dalam Personal Bonus masing-masing.

Contoh kiraan Net Personal Bonus

Victor ialah seorang ahli Shaklee dengan 1500PUV
Ethan mendaftar sebagai ahli Shaklee di bawah Victor dengan 1000PUV
Suknit mendaftar sebagai ahli Shaklee di bawah Ethan dengan 500PUV

Victor mendapat Net Personal Bonus sebanyak 7% (21%-14%) daripada Ethan iaitu RM217.00
Victor mendapat Net Personal Bonus sebanyak 13% (21%-8%) daripada Suknit iaitu RM201.50

Ethan mendapat Net Personal Bonus sebanyak 6% (14%-8%) daripada Suknit iaitu RM93.00

Nak tahu lagi?

Nota : Sekiranya Ethan atau Suknit telah mendapat Personal Bonus sebanyak 21% dan melayakkan mereka menjadi seorang leader iaitu Supervisor, Victor tidak mempunyai hak untuk mendapatkan Net Personal Bonus daripada mereka (21%-21% = 0%), sebaliknya Victor akan dapat Leadership Bonus yang akan diterangkan di bawah.

Kaedah-kaedah di atas juga terpakai jika kita membeli produk untuk digunakan sendiri. Ye... kita sebagai pengedar Shaklee memang sentiasa mempercayai bahawa produk yang dikeluarkan oleh Shaklee sentiasa Semulajadi, Selamat dan Berkesan. Pelbagai produk terbaik boleh dipilih samada Healthy HomeHealthy BeautyHealthy Weight dan juga Healthy Nutrition.

* Untuk penerangan lanjut boleh hubungi 012-401 6683 atau 014-338 6810


3) Leadership Bonus

Juga dikenali sebagai Bonus Kepimpinan yang boleh dituntut sehingga generasi ke-6 sahaja.

Melalui www.shaklee2u.com.my juga, kita boleh memantau perkembangan dan prestasi anak, cucu, cicit Shaklee yang sudah bergelar "effective business leader" dalam organisasi kita. Mereka ini telah menjadi Supervisor atau telah "effective" menjadi Supervisor dan ke atas dimasukkan dalam kumpulan Breakaway Summary.


Kenapa dipanggil "breakaway"??? Sebab mereka ialah leader yang mempunyai organisasi masing-masing. Secara tidak langsung mereka telah "break" ataupun telah "putus" rantaian dengan kita dari segi GUV. Oleh itu, sebagai mentor mereka, kita tidak layak untuk mendapatkan Net Personal Bonus seperti di atas sebaliknya kita hanya layak untuk memperolehi Leadership Bonus sahaja daripada leader-leader yang telah dilahirkan dalam organisasi kita.

Leadership Bonus ini boleh dituntut daripada generasi 1 sehinggalah generasi ke-6 dalam organisasi kita. Ini adalah Bonus yang terbesar dalam Shaklee sesuai dengan matlamat Shaklee untuk melahirkan seramai mungkin Business Leader


Nota : Leadership Bonus Senior Supervisor sehingga generasi ke-3
           Leadership Bonus Coordinator sehingga generasi ke-4
           Leadership Bonus Senior Coordinator sehingga generasi ke-4
           Leadership Bonus Key Coordinator sehingga generasi ke-5
           Leadership Bonus Senior Key Coordinator sehingga generasi ke-5
           Leadership Bonus Master Coordinator sehingga generasi ke-6

Peratus bonus 2% hingga 5% nampak macam kecil, tapi semakin banyak Business Leader dilahirkan dalam organisasi kita... semakin banyak Leadership Bonus yang akan kita perolehi. Kalau anda dah sampai di tahap ini.... baru anda akan faham maksud saya di sini.

* Untuk penerangan lanjut boleh hubungi 012-401 6683 atau 014-338 6810


4) Incentive Bonus

Ini adalah insentif tambahan daripada Shaklee kepada leader-leader yang menunjukkan prestasi yang semakin baik. Terdapat 3 kategori untuk mendapatkan insentif khas ini iaitu kategori Coordinator, Key Coordinator dan juga Master Coordinator.

Cara kira Coordinator Incentive Bonus ni adalah seperti berikut :-

3-8 First Level Point Count - layak 0.5% bonus
9-14 First Level Point Count - layak 1.0% bonus
15 dan ke atas First Level Point Count - layak 1.5% bonus

Nota : First Level Point Count untuk Supervisor dan Assistant Supervisor bernilai 1 Point
           First Level Point Count untuk Coordinator ke atas bernilai 2 Point
           First Level di sini bermaksud Generasi Pertama dalam organisasi kita

Bonus-bonus 0.5%, 1.0% dan 1.5% akan dikira daripada PV (Price Value) Personal Group kita dan keseluruhan PV (Price Value) setiap generasi Sales Leader (Breakaway Group) kita.


Nampak peratus bonus ni macam lagi sikit kan? Tapi, PV dalam organisasi pada peringkat ini sangatlah besar. Mereka yang dah sampai ke tahap ini akan faham apa maksudnya di sini.

* Untuk penerangan lanjut boleh hubungi 012-401 6683 atau 014-338 6810



5) Car Subsidy Program

Juga dikenali sebagai Bonus Kereta telahpun diceritakan sebelum ini. Secara asasnya mereka yang pernah masuk dalam kumpulan "Breakaway Summary" ialah mereka yang telah layak untuk mendapatkan Bonus Kereta ini.

Baca : Bonus Kereta Shaklee


Ada 2 cara nak dapatkan Bonus Kereta Shaklee ini seperti berikut :-

Cara Pertama : Bulan Pertama - 5,000UV
                         Bulan Kedua - 10,000UV
                         Bulan Ketiga - 15,000UV

ATAU

Cara Kedua : Bulan Pertama - 5,000UV
                      Bulan Kedua - 7,500UV
                      Bulan Ketiga - 7,500UV
                      Bulan Keempat - 10,000UV

Nampak macam susah jer nak dapatkan Bonus Kereta Shaklee ni... betul ke ni? Memang akan rasa susah pun kalau kita fikir susah... sebaliknya kacang jer... kalau kita fikir senang.




Telah ramai yang mendapat Bonus Kereta Shaklee ni... terpulang samada kita mahu atau tak mahu jer.... Gambar-gambar di atas adalah sebahagian daripada mereka yang mendapat Bonus Kereta Shaklee yang keluar dalam majalah Shaklee Today 1/2014.

* Untuk penerangan lanjut boleh hubungi 012-401 6683 atau 014-338 6810


6) Bonus Adjustment

Yang ni pulak lebih kepada bahagian "remarks" atau "for office use only". Bahagian ini tidak pernah diajar kepada kami ahli Shaklee dan mungkin ruangan khas untuk bahagian Finance Shaklee untuk membuat apa-apa adjustment yang patut, sekiranya perlu.


***************************


Berdasarkan kepada kesemua Bonus di atas, Bonus Kepimpinan adalah bonus yang paling besar dalam bisnes Shaklee sesuai dengan tujuan Shaklee untuk melahirkan leader-leader yang mampu melahirkan leader-leader yang lain.

Business Leader dalam Shaklee yang dilahirkan bukan sahaja tahu menjual produk tetapi sebaliknya menjadi duta dalam Shaklee untuk terus berkongsi kepada orang ramai untuk menggunakan produk yang sentiasa SEMULAJADI, sentiasa SELAMAT dan sentiasa BERKESAN.

Anda takut kalau anda baru join, anda lambat berjaya? Anda bimbang upline anda semakin berjaya jika anda berjaya? Ok.... sebenarnya dalam Shaklee takde macam tu ye... Contoh paling jelas ialah prestasi upline kami masih di bawah kami, sebaliknya prestasi downline kami telah mengatasi kami.

Kenapa macam tu? Dah terbalik pulak.... kalau nak explain one by one memang panjang berjela nanti.... takpe hubungi kami untuk penjelasan terperinci ye.....

Atas sebab-sebab di atas lah... Shaklee masih lagi bertahan di Malaysia sejak tahun 1990-an dan telah berada di pasaran dunia sejak 50 tahun yang lalu, malah ada produk Shaklee yang telah berusia 100 tahun!


Anda juga ingin mendapatkan Bonus dari Shaklee setiap 15 haribulan seperti saya?
Anda mahukan Bonus dari Shaklee sebagai pendapatan tambahan anda?
Anda mahukan Bonus dari Shaklee sebagai pendapatan Part Time?
Anda mahukan Bonus dari Shaklee sebagai pendapatan Full Time?

Hubungi kami untuk butiran terperinci sekarang!

Semoga bermanfaat kepada semua!
==================
Lin Chalo & Mohd Alizal,
Health Consultant &
Business Mentor
014.338.6810 - Lin
012.401.6683 - Alizal
==================


# Artikel ini telah diubah dan diterbitkan semula dengan kebenaran daripada www.sweetbonda.my



No comments:

Post a Comment

Pandangan Anda Amat Dihargai :)

Menarik Untuk Dibaca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...