Wednesday, October 22, 2014

Kepentingan Makan Buah-Buahan Dan Sayur-Sayuran Dengan Banyak Setiap Hari



Makan Buah-Buahan dan Sayur-Sayuran Setiap Hari adalah Cadangan Kelima Pakar-pakar Nutrisi dalam 14 Cadangan Utama Garis Panduan Diet Malaysia Tahun 2010 yang telah dibentangkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia :-

1) Makan pelbagai jenis buah setiap hari

2) Makan pelbagai jenis sayur setiap hari

3) Makan sekurang-kurangnya 5 hidangan buah dan sayur setiap hari


Source : fitnessandgrace.com

Pengambilan Buah-Buahan dan Sayur-Sayuran yang banyak setiap hari dalam diet pemakanan seharian mampu untuk mencegah pelbagai jenis penyakit seperti berikut:-


Sakit Jantung

Semakin banyak buah-buahan dan sayur-sayuran diambil dalam pemakanan kita, semakin kurangnya risiko kita untuk menghidapi penyakit jantung. Walaupun kesemua buah-buahan dan sayur-sayuran memberikan sumbangan yang besar dalam faktor ini, namun begitu sayur-sayuran yang bewarna hijau dan buah-buahan sitrus adalah penyumbang utama kepada pencegahan penyakit jantung ini.

Individu yang mengambil 5 hidangan buah-buahan dan sayur-sayuran dalam hidangan seharian mereka mempunyai kurang risiko menghidapi penyakit jantung dan strok sebanyak 20% berbanding individu yang mengambil kurang daripada 3 hidangan seharian.


Mencegah Penyakit Saluran Darah Dan Strok - DHA dan EPA boleh menentang thrombosis, tekanan darah tinggi yang lebih rendah dan kepekatan darah, melincirkan saluran darah dan peredaran darah yang lancar. Oleh sebab itu, ia efektif untuk membantu mengekalkan tekanan darah normal dan ketegangan di leher atau sakit kepala. Ia juga merendahkan kolestrol, menghindar pembekuan darah dalam badan, membantu mengekalkan tahap kesihatan trigliserida dan kolestrol LDL, mengawal masalah obesiti, mencegah arteriosclerosis, myocardial infarction, membantu mengurangkan risiko penyakit jantung.

Tekanan Darah

Tekanan Darah Tinggi adalah punca utama kepada penyakit jantung dan strok. Individu yang mengalami tekanan darah tinggi haruslah mengikuti program diet yang melibatkan pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran yang banyak, pengambilan produk tenusu yang kurang lemak dan juga pengurangan pengambilan sebarang jenis lemak.

Justeru, menghalang kolestrol LDL (kolestrol jahat) melalui pemakanan adalah penting untuk mencegah semua penyakit yang melibatkan kolestrol.


Bahan-bahan dan formula dalam Phytocol-ST (juga dikenali sebagai "cholesterol blocker") terbukti membantu penyerapan kolestrol dan menurunkan kolestrol LDL
Barah

Pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran yang banyak setiap hari juga didapati boleh mencegah barah secara umumnya terutamanya sayur-sayuran yang tidak berkanji seperti salad dan sayuran hijau lain seperti brokoli, bok choy, kubis, bawang dan bawang putih.

Pengambilan tomato juga boleh mengurangkan risiko barah prostat kerana unsur lycopene yang terdapat dalam tomato boleh mengurangkan risiko barah prostat. Begitu juga dengan pengambilan buah-buahan lain yang mempunyai unsur lycopene yang tinggi seperti jambu batu, tembikai, betik dan limau gedang membantu mengurangkan risiko barah prostat.

Lycopene adalah sebahagian daripada karotena yang boleh menukarkannya menjadi Vitamin A dalam tubuh badan. Karotena juga didapati mampu untuk mencegah barah paru-paru, mulut dan tekak.


Kesihatan Penglihatan

Diet yang mengambil buah-buahan dan sayur-sayuran yang banyak secara umumnya akan mengurangkan risiko penyakit katarak (selaput mata) dan juga degenerasi makula (kerosakan retina). Karotena yang terdapat dalam kebanyakan buah-buahan dan sayur-sayuran ternyata adalah nutrisi penting dalam kesihatan mata.

Di Shaklee produk yang kaya dengan Lycopene ialah Carotomax, selain daripada lutein dan beta karotena. Selain daripada mencegah kanser dan juga menjaga kesihatan mata, Carotomax juga mampu memelihara kesihatan kulit secara semulajadi.


1 hidangan Shaklee carotomax bersamaan dengan 714 hidangan apricots Lycopene


Beli CAROTOMAX sekarang!

Kesihatan Pencernaan

Pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran yang banyak akan mencegah penyakit melibatkan pencernaan seperti divertikulosis (pembentukan kantung kecil dalam usus besar) dan diverticulitis (keradangan yang menyakitkan daripada kantung ini).
Semoga bermanfaat kepada semua!
==================
Lin Chalo & Mohd Alizal,
Health Consultant &
Business Mentor
014.338.6810 - Lin
012.401.6683 - Alizal
==================



No comments:

Post a Comment

Pandangan Anda Amat Dihargai :)

Menarik Untuk Dibaca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...