Tuesday, October 7, 2014

Piramid Makanan Di Malaysia



Apakah itu Piramid Makanan? Pentingkah Piramid Makanan ini dalam kehidupan seharian kita? Piramid Makanan adalah garis panduan pengambilan makanan yang seimbang dan juga sebagai jalan menuju kepada diet yang sihat. Secara asasnya, makanan di bahagian dasar piramid perlu diambil dengan kerap manakala makanan di puncak piramid hendaklah dikurangkan pengambilannya.




Pada era zaman 1960-an lagi, Piramid Makanan ini sudah diperkenalkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia di waktu itu dengan dibantu oleh pakar-pakar nutrisi yang sedia ada. Walaubagaimanapun, gaya hidup sihat rakyat Malaysia ketika itu yang banyak melakukan aktiviti dan pekerjaan secara fizikal menyebabkan kurangnya penyakit disebabkan oleh pemakanan.


Zaman telah berubah dan begitu juga dengan gaya hidup yang berubah mengikut arus pemodenan. Mesin telah menggantikan manusia untuk memudahkan kerja-kerja dan juga penghasilan dalam bidang pembuatan. Tanpa disedari semakin kurang aktiviti dan pekerjaan yang berbentuk fizikal terlibat. 


Di sudut pengangkutan juga, kenderaan bermotor telah menggantikan basikal dan juga mengurangkan aktiviti berjalan kaki. Dalam aspek pemakanan, makanan bergoreng dan makanan segera juga semakin digemari oleh anak-anak muda berbanding makanan-makanan segar yang lain.


Bagi mereka yang mempunyai kesedaran kesihatan, semua perubahan ini sedikit pun tidak memberi kesan kepada mereka. Masa terluang diisikan dengan aktiviti yang melibatkan fizikal seperti berkebun, mengemas rumah dan beriadah. Kesibukan sama sekali tidak dijadikan alasan untuk mengabaikan cara hidup yang sihat.


Bagi mereka yang belum ada kesedaran, inilah masanya untuk kembali kepada Piramid Makanan sebagai asas untuk kembali kepada cara pemakanan yang betul. Tidak lupa juga untuk mengambil suplemen ataupun makanan tambahan untuk menampung apa-apa nutrisi yang masih kurang dalam tubuh kita. Namun jangan kita lupa untuk bersenam atau sekurang-kurangnya membuat aktiviti fizikal yang boleh mengeluarkan peluh.




Marilah sama-sama kita sebarkan dan kongsikan kebaikan diet dan pemakanan yang seimbang untuk memberikan kesedaran kepada mereka di sana betapa indahnya nikmat kesihatan!


Semoga bermanfaat kepada semua!
==================
Lin Chalo & Mohd Alizal,
Health Consultant &
Business Mentor
014.338.6810 - Lin
012.401.6683 - Alizal
==================




No comments:

Post a Comment

Pandangan Anda Amat Dihargai :)

Menarik Untuk Dibaca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...