Monday, October 20, 2014

Kepentingan Sentiasa Aktif Setiap Hari



Sentiasa Aktif Setiap Hari bermaksud walau di mana jua kita berada, kita harus membuat pergerakan fizikal dari sekecil-kecil pergerakan sehinggalah ke aktiviti senaman yang intensif. Pergerakan fizikal adalah penting agar tubuh badan kita sentiasa bekerja dan sihat. Pergerakan fizikal juga mampu untuk membakar lemak-lemak yang berlebihan dalam tubuh badan.


Sentiasa Aktif Setiap Hari adalah Cadangan Ketiga Pakar-pakar Nutrisi dalam 14 Cadangan Utama Garis Panduan Diet Malaysia Tahun 2010 yang telah dibentangkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.


Justeru, beberapa cadangan utama telahpun dipersetujui untuk menuju gaya hidup sihat seperti terkandung dalam garis panduan Diet Malaysia seperti berikut :-

a) sentiasa aktif dalam pelbagai cara di mana-mana saja

b) buat aktiviti fizikal secara intensif tapi sederhana selama 30 minit setiap hari

c) melibatkan diri dalam aktiviti yang menambahkan fleksibiliti, kekuatan dan daya tahan otot dua atau tiga kali seminggu

d) menghadkan tabiat-tabiat yang tidak aktif



Golongan-golongan berikut pula telah dicadangkan untuk membuat aktiviti-aktiviti seperti berikut secara spesifik :-


a) Kanak-kanak dan remaja

- Kanak-kanak berumur 1 hingga 3 tahun - membuat aktiviti berkumpulan sekurang-kurangnya 30 minit sehari
- Kanak-kanak berumur 3 hingga 5 tahun - membuat aktiviti berkumpulan sekurang-kurangnya 60 minit sehari
- Kanak-kanak berumur 1 hingga 5 tahun - terlibat dalam sebarang aktiviti fizikal daripada 60 minit sehingga beberapa jam sehari
- Kanak-kanak (6 tahun ke atas) dan remaja - membuat aktiviti fizikal intensif secara sederhana atau lasak selama 60 minit atau lebih dalam sehari termasuk aktiviti yang boleh menguatkan otot dan tulang.


b) Wanita mengandung

- Wanita mengandung yang selama ini tidak aktif - melibatkan diri dalam aktiviti intensif yang sederhana sehingga 30 minit sehari semasa mengandung dan juga selepas bersalin
- Wanita mengandung yang selama ini memang aktif - kekal aktif dalam aktiviti fizikal yang sesuai sepanjang mengandung dan juga selepas bersalin. Latihan otot khususnya untuk menguatkan belakang, perut dan bahagian pelvik juga adalah penting dan disyorkan untuk menampung beban bayi.
- Wanita mengandung seharusnya mengelak daripada aktiviti yang berisiko untuk terjatuh seperti aktiviti menunggang dan sukan yang melibatkan sentuhan fizikal seperti bola keranjang.
- Wanita mengandung tidak boleh membuat aktiviti yang panjang sehingga badan terlalu panas. Sebagai contoh, lakukan aktiviti yang pendek dengan selang waktu selama 15 minit untuk mengelakkan badan terlalu panas
- Wanita yang mengalami komplikasi mengandung seperti uri bawah rahim, tekanan darah tinggi akibat kehamilan, sakit jantung dan wanita yang mempunyai sejarah keguguran dan pendarahan adalah dinasihatkan untuk tidak bersenam, sebaliknya akan mendapat manfaat daripada berehat.


c) Obesiti

- Untuk menurunkan berat badan - disarankan untuk melakukan aktiviti fizikal intensif yang sederhana melebihi 30 minit sehari
- Untuk menghalang perubahan daripada kegemukan ke obesiti - diperlukan untuk membuat aktiviti fizikal intensif yang sederhana selama 45 hingga 60 minit sehari
- Untuk mengawal berat badan, menghalang penambahan berat dan menghalang bekas individu yang obes daripada meningkat berat badan - disarankan untuk membuat aktiviti intensif yang sederhana atau membuat aktiviti yang kurang lasak selama 60 hingga 90 minit sehari

   
Walau apa pun aktiviti fizikal yang dilakukan, kekuatan otot amat penting untuk membantu meningkatkan metabolisma dan seterusnya membakar lemak. Bagi mereka yang tidak kuat ototnya ataupun mempunyai jisim otot yang kecil akan mengalami kesukaran untuk membakar lemak dalam tubuh badan. Oleh itu, adalah penting untuk mengambil Leucine (sejenis protein) ketika proses menurunkan berat badan.


Dirumus khas dan terbukti secara klinikal, Shaklee Cinch Mix yang diperkasa dengan Leucine mampu mengekalkan 100% jisim otot tanpa lemak (lean muscle mass) dan akan membantu anda untuk membakar lemak secara optimum untuk menurunkan berat badan anda dengan cepat dan berkesan.


KLIK SINI untuk Perisa Vanilla 

KLIK SINI untuk Perisa Coklat 

KLIK SINI untuk Perisa Cafe Latte 


Belilah sekarang dan hubungi kami seperti di bawah untuk sebarang pertanyaan!


Semoga bermanfaat kepada semua!
==================
Lin Chalo & Mohd Alizal,
Health Consultant &
Business Mentor
014.338.6810 - Lin
012.401.6683 - Alizal
==================



No comments:

Post a Comment

Pandangan Anda Amat Dihargai :)

Menarik Untuk Dibaca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...