Baca : Autumn in Seoul Korea - Part 1
Hari pertama dan kedua terutamanya sangat padat dengan aktiviti... walaupun di malam hari adalah aktiviti free and easy. Untuk hari ke-3 dan seterusnya... Teruskan membaca π
Day 3 - 25.10.2023
SELAMAT PAGI SEOUL!
Selesai sarapan pagi di hotel... kami bergerak ke lokasi bersejarah di Korea iaitu istana lama Gyeongbuk-gung Palace. Istana lama ni dibina pada tahun 1395 di zaman kerajaan Joseon dan masih kekal sehingga kini. Lokasinya terletak di tengah-tengah bandaraya Seoul.
Bas yang kami naiki berhenti di sebuah kedai sewa Hanbok (pakaian tradisi Korea) yang terletak berhampiran dengan istana lama ni. Pihak Shaklee telah book kedai ni untuk hari ini untuk memastikan semua peserta trip dapat pakai Hanbok.
 |
Hanbok rental shop |
 |
Bagi can lah nak bergaya... hehe... |
Dari kedai sewa hanbok ni kami jalan kaki menuju ke istana lama... untuk feeling berada di zaman Joseon π.
 |
Menghayati watak π |
 |
Chonaaa... sesi bodek maharaja |
 |
Lensa Shaklee (M) - acah-acah zaman Joseon |
 |
Lensa Shaklee (M) - wanita-wanita Joseon |
Pukul 10.00 pagi adalah acara kemuncak di sini iaitu sesi pertukaran pengawal istana (guard changing ceremony). Selepas selesai acara ni... para peserta trip adalah bebas untuk buat aktiviti sendiri di sini, bergambar, rakam video ataupun ikut local guide untuk tour palace.
 |
Guard changing ceremony |
Pukul 11.30 pagi kami dah pulangkan semula Hanbok ke kedai dan bersiap untuk naik semula ke dalam bas. Lebih kurang pukul 12.00 tengahari bas dah bergerak ke destinasi berikutnya iaitu ke Sungai Han... untuk aktiviti berkelah dan makan tengahari. Lebih kurang pukul 12.30 tengahari kami semua tiba kat tempat picnic.
 |
Picnic di Han River Park |
 |
Lunch time - semua orang dapat 1 bucket "ayam goreng Korea" |
Ternyata ayam goreng Korea ni below expectation... tapi it's ok dah memang tersurat itulah rezeki kami semua hari ini. Memang kenyang dan tak dapat nak habiskan... so kami kumpul ayam goreng ni dan bagi kat "ahjussi" yang jaga basikal sewa tak jauh dari tempat kami picnic.
 |
ayam goreng "Korea" |
 |
Bersama member Farid Zuzaki... siapa kenal? |
Lebih kurang pukul 2 petang, kami dah bertolak pulang semula ke hotel untuk berehat... dan bersiap-siap pula untuk event malam ni. Akibat malam semalam tak boleh nak tidur sangat... lepas solat jamak kat hotel... terus pengsan... hahaha... Orang lain ada yang sempat pergi last minute shopping waktu ni...
Pukul 4.30 petang dah tunggu kat lobi hotel... dan tunggu bas untuk ke destinasi seterusnya. Trafik perjalanan agak teruk hari ni... dan kami tiba di Hyundai River Cruise lebih kurang 6 petang (malam). Lokasi tempat ni adalah di Gimpo... tak jauh dari sempadan Korea Utara. Masa ni 1st time kepala rasa pening naik bas π... style diorang memandu memang brake last minute... sebab tu semua wajib pakai seat belt.
Kawasan ni dibangunkan dengan mengambil inspirasi Marina Bay di Singapura. Walaupun dah 10 tahun berlalu... namun projek mega di kawasan ni yang dipelopori oleh syarikat Hyundai masih belum siap sepenuhnya.
 |
Group photo - baru tiba di cruise |
 |
Suasana dinner dalam cruise |
Dinner malam ni adalah berkonsepkan pakaian casual bersempena warna bendera Korea Selatan iaitu merah, biru atau putih. Kali ni takde award untuk best dress.. jadi tak perlu nak dress up dan doll up bagai π. Asalkan tak lari dari tema ok dah.... Hadiah utama diberikan kepada top 5 best IG reels... hadiah-hadiah lain pula ialah untuk game, game anak-anak dan lucky draw... Tak sangka kali ni dapat lucky draw... Alhamdulillah rezeki...
 |
Rasanya macam 1st time dapat lucky draw seumur hidup π |
 |
Bersama room mate sepanjang berada di Korea |
 |
Group photo - bahagian dek atas cruise |
Lepas selesai habiskan makanan dinner... naik atas dek cruise sekejap sambil menikmati panorama malam kotaraya Seoul, desiran sungai Han dan tiupan angin malam yang sejuk. Acara kemuncak atas cruise ni ialah persembahan bunga api (fireworks).
 |
Saat-saat terowong laluan dibuka... |
 |
Antara jambatan cantik merentasi Sungai Han Kiri : Bendera Malaysia, Kanan : Bendera Shaklee |
 |
Biasa nampak bangunan ni dalam TV... |
 |
Persembahan bunga api |
 |
Image captured by warga net di Korea : Tracy TM A4 |
Event malam habis lebih kurang pukul 9.00 malam... dan kami tiba di hotel jam 10.00 malam. Selepas selesai solat... terus bersiap untuk packing... sebab esok awal pagi dah nak check out dan menuju ke airport. Group yang naik Korean Air sempat lagi diorang jalan-jalan dan shopping sebab flight diorang esok waktu petang.
SELAMAT MALAM SEOUL!
Day 4 - 26.10.2023
SELAMAT PAGI SEOUL!
Hari ke-4 ni lebih kepada travelling day... untuk group yang naik Malaysia Airlines. Awal pagi pukul 6am dah turun untuk breakfast dan check out hotel. Pukul 7 pagi dah kena naik bas untuk ke airport... flight balik ke Malaysia pukul 11 pagi. Waktu pagi macam ni... hari bekerja memang rush hour... serentak dengan warga Seoul pergi bekerja.
Sedangkan group yang naik Korean Air ada banyak masa tambahan sebab flight diorang waktu petang... dan diorang check out hotel pukul 11am. Ada juga yang sempat shopping last minute... dan jalan-jalan sendiri kat Seoul sebelum check out... memang rezeki diorang π.
Pagi ni memang lain macam sebab Seoul diselubungi kabus tebal... lebih-lebih lagi di kawasan Sungai Han... sayup je...
 |
Foggy Han River |
Flight Malaysia Airlines kami berlepas pukul 11 pagi waktu Korea dan selamat mendarat di KLIA pukul 4.30 petang waktu Malaysia... setelah mengharungi penerbangan hampir 6 jam. Bila diperhatikan kat screen monitor flight... laluan pergi dan balik dari Kuala Lumpur dan Incheon memang tak sama... sebab tu ada perbezaan tempoh masa penerbangan.
SELAMAT PETANG KUALA LUMPUR!
Semoga berjumpa lagi dalam trip-trip yang seterusnya... Insya Allah...
* Trip ini 100% percuma dan ditanggung oleh pihak syarikat. Hubungi kami sekiranya berminat untuk join trip seperti ini secara percuma *
Teruskan juga membaca :
Semoga bermanfaat π
No comments:
Post a Comment
Pandangan Anda Amat Dihargai :)