Saturday, October 18, 2014

Kepentingan Mengekalkan Berat Badan Yang Sihat



Berat Badan Yang Sihat ialah berat badan yang menepati Body Mass Index (BMI) iaitu seperti berikut :-

BMI kurang daripada 18.4 = kurang berat badan
BMI 18.5 hingga 24.9 = berat badan sihat
BMI 25 hingga 29.9 = kegemukan
BMI melebihi 30 = obesiti



Mengekalkan Berat Badan Yang Sihat adalah Cadangan Kedua Pakar-pakar Nutrisi dalam 14 Cadangan Utama Garis Panduan Diet Malaysia Tahun 2010 yang telah dibentangkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.


Bagaimanakah Cara Mengira BMI ?


Cara-cara mengira BMI ialah berat (kg) dibahagikan dengan tinggi yang telah dikuasa duakan (m2)

Contoh : 1) 70kg / (1.7m x 1.7m) = 70 / 2.89 = 24.22 BMI (berat badan sihat)
               2) 50kg / (1.7m x 1.7m) = 50 / 2.89 = 17.30 BMI (kurang berat badan)
               3) 80kg / (1.7m x 1.7m) = 80 / 2.89 = 27.58 BMI (kegemukan)
               4) 99kg / (1.7m x 1.7m) = 99 / 2.89 = 34.26 BMI (obesiti)


Apakah Tindakan Anda Untuk Mendapatkan Berat Badan Yang Sihat?



a) Kekalkan berat badan yang sihat dengan menyeimbangkan pengambilan kalori makanan dan aktiviti fizikal

b) Timbang berat badan seminggu sekali

c) Orang dewasa harus mengelak penambahan berat badan yang ketara

d) Jika berat badan berlebihan, harus mengurangkannya secara teratur dan mantap

e) Jika kekurangan berat badan, harus mengambil penambahan tenaga seperti yang disarankan


Dengan mengekalkan Berat Badan Yang Sihat, anda akan mengurangkan risiko pelbagai jenis penyakit yang berpunca daripada kegemukan, lemah organ dan tubuh badan serta ketidakmampuan tubuh badan berfungsi dengan normal.




Di Shaklee, terdapat beberapa suplemen yang mampu membantu untuk mengurangkan berat badan berlebihan sehingga mendapatkan berat badan yang ideal seperti berikut :-

1) Cinch Shake Mix - Mengimbangi Nutrien Dengan Leucine, Rendah Kalori

2) Cinch Energy Tea Mix - Meningkatkan Metabolisma

3) Lecithin - Mengemulsi Lemak

4) Herblax - Pembersihan Usus

5) GLA Complex - Membantu Imbangan Hormon

6) Vita-Lea - Meningkatkan Metabolisma

7) Alfalfa - Menghalang Retensi Air

8) E Soy Protein - Menghalang Retensi Air



Semoga bermanfaat kepada semua!
==================
Lin Chalo & Mohd Alizal,
Health Consultant &
Business Mentor
014.338.6810 - Lin
012.401.6683 - Alizal
==================




No comments:

Post a Comment

Pandangan Anda Amat Dihargai :)

Menarik Untuk Dibaca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...