Selepas tiupan wisel panjang di Stadium Larkin malam 25.10.2014 yang lalu, bermakna secara rasminya perlawanan akhir Piala Malaysia 2014 adalah pertembungan di antara juara bertahan Pahang dan juga pasukan berstatus pilihan iaitu JDT yang dijadualkan berlangsung pada 1.11.2014 di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Kedua-dua pasukan ini berpotensi untuk mendapatkan kejuaraan berganda tahun ini apabila Pahang telahpun menggondol Piala FA manakala JDT telah menjadi juara Liga Super. Pahang juga telah bangkit di saat-saat akhir semasa suku akhir apabila menewaskan PDRM manakala JDT pula mendapat tentangan sengit daripada Felda United di peringkat separuh akhir.
Persoalannya nanti nak tengok final melalui kaca TV saja ataupun ke stadium? Pastinya perlawanan akhir ini dijangkakan sengit dengan corak permainan pantas dipamerkan oleh kedua-dua pasukan. Kalau nak selesa duduk kat rumah tengok TV... kalau nak rasakan aura dan semangat pentas akhir lebih baik ke stadium.
Aku bukannya kaki stadium... seingat aku boleh dikira dengan jarilah berapa kali je aku jejakkan kaki ke stadium :-
Tahun 2001 - Final Piala FA Selangor 1 Sarawak 0
Dapat tiket percuma untuk menyokong Sarawak daripada Yayasan Sarawak. Takde kena mengena pun dengan orang Sarawak tapi ada seorang senior universiti ni bagi tiket lebih.
Tahun 2001-2003 - Selangor 6 Johor FC 1
Tak ingat sebenarnya tahun bila. Masa ni Johor FC baru tengah nak naik. Excited nak tengok persembahan sebenar pasukan Johor FC masa tu. Tengok-tengok kena belasah dengan Selangor daa....

Tahun 2010 - Piala Malaysia peringkat kumpulan Sabah 2 Terengganu 2
Kalau tak silap masa tu cuti raya. Saja isi masa terluang pergi stadium Likas dengan family isteri. Misi hidup mati Sabah... kena menang juga untuk layak peringkat kalah mati. Sabah lead 2-0... pastu Terengganu kejar sampai jadi 2-2. Jadi Sabah tak layak ke peringkat seterusnya.

Tahun 2013 - Liga Super Selangor 4 JDT 1
Pergi stadium Shah Alam dengan adik beradik dan anak... Excited nak tengok Daniel Guiza main.... Masa ni JDT baru tengah nak naik.... tapi masih mencari rentak lagi.... Sekali kena belasah dengan Selangor daaa....

Tahun 2013 - Final Piala FA Kelantan 1 JDT 0
Sekali lagi pergi stadium... kali ni kat Bukit Jalil... pergi dengan geng-geng sekolah menengah. Pengalaman ngeri.... penonton melimpah ruah.... lambat masuk stadium.... berdiri sepanjang 90 minit game berlangsung.
Setakat ni bila pergi stadium memang pasukan yang disokong kalah ataupun tak pernah menang.... Sebab tu agaknya tak excited nak pergi stadium selalu... hehe... Masa tu terfikir kenapalah tak tengok bola kat rumah jer... HD lagi.... Apa-apa pun pengalaman tetap pengalaman.
Semoga pasukan yang terbaik akan menggondol kejuaraan Piala Malaysia 2014. Menang kalah adat pertandingan. Kepada pasukan yang kalah harap boleh menerima kekalahan. Jangan ada apa-apa unsur provokasi yang sama sekali tidak membina mutu dan kualiti bolasepak kita. Jauhi ketaksuban terhadap apa-apa perkara termasuklah ketaksuban kepada pasukan kesayangan masing-masing. Ketaksuban akan mendorong anda untuk membesarkan perkara-perkara yang kecil dan remeh temeh.
Jadi, samada nak pergi stadium ataupun tidak pada 1.11.2014 nanti... masih lagi menjadi persoalan. Kalau pergi pun... nak pergi dengan geng-geng sekolah ke ataupun adik beradik pun masih lagi menjadi persoalan. Tunggu dan lihat sajalah......

Mujur dapat beli tiket |
Mamat dari kumpulan Sepah dikesan |
LRT dah jadi macam sardin |
Suka dan duka perlawanan akhir |
Sentiasa positif.... gembira walaupun kalah! |
Setakat ni bila pergi stadium memang pasukan yang disokong kalah ataupun tak pernah menang.... Sebab tu agaknya tak excited nak pergi stadium selalu... hehe... Masa tu terfikir kenapalah tak tengok bola kat rumah jer... HD lagi.... Apa-apa pun pengalaman tetap pengalaman.
Semoga pasukan yang terbaik akan menggondol kejuaraan Piala Malaysia 2014. Menang kalah adat pertandingan. Kepada pasukan yang kalah harap boleh menerima kekalahan. Jangan ada apa-apa unsur provokasi yang sama sekali tidak membina mutu dan kualiti bolasepak kita. Jauhi ketaksuban terhadap apa-apa perkara termasuklah ketaksuban kepada pasukan kesayangan masing-masing. Ketaksuban akan mendorong anda untuk membesarkan perkara-perkara yang kecil dan remeh temeh.
Jadi, samada nak pergi stadium ataupun tidak pada 1.11.2014 nanti... masih lagi menjadi persoalan. Kalau pergi pun... nak pergi dengan geng-geng sekolah ke ataupun adik beradik pun masih lagi menjadi persoalan. Tunggu dan lihat sajalah......
No comments:
Post a Comment
Pandangan Anda Amat Dihargai :)