Wednesday, October 15, 2014

Pengalaman Menyambut Adik Ipar Perempuan Yang Pertama



Alhamdulillah.... selepas selesai Majlis Perkahwinan di Pasir Mas, Kelantan tibalah giliran keluarga kami untuk menyambut menantu di Cheras, Selangor ataupun menyambut adik ipar dan keluarganya jika dipandang dari perspektif aku sebagai abang ipar. Ini bukanlah Pengalaman kali pertama Menyambut Adik Ipar sebab ini adalah adik ipar yang ketiga. Tapi yang specialnya ini adalah adik ipar Perempuan yang Pertama.


Seawal 3 hari sebelum majlis, persiapan telah dibuat dengan memasak telur pindang. Telur Pindang ini adalah sesuatu yang menjadi kebiasaan di negeri Johor. Telur Pindang perlu dimasak selama 3 hari untuk mendapatkan rasa yang umpphhh..... Memandangkan cara memasaknya yang renyah.... Telur Pindang hanya boleh kelihatan ketika majlis-majlis utama seperti Majlis Perkahwinan sahaja.

Rumah/Apartment Percutian Untuk Disewa Di Cheras




Telur Pindang ini akan diletakkan pada bunga pahar (sebutannya bunga pohor) ataupun lebih dikenali sebagai bunga telur. Pada kebiasaannya selepas selesai majlis, kaum kerabat dan sahabat handai yang rapat akan menerima Telur Pindang dalam bentuk bunga pahar. Manakala untuk tetamu lain yang hadir akan menerima Telur Pindang dalam bekas yang telah disediakan.




Keluarga kami juga mengambil keputusan untuk mengupah tukang masak dari Kg Sg Udang, Klang iaitu ibu mentua kepada sepupu aku sendiri. Barulah ada sentuhan masakan dan makanan Jawa di situ. Jadi kitorang tidak menggunakan khidmat "catering" sepertimana kebiasaan dalam majlis-majlis perkahwinan di sekitar Kuala Lumpur.


Bila masak sendiri... bermakna adanya gotong-royong sebelum memasak ataupun dikenali sebagai "rewang". Penat memang penat... tapi sangat berbaloi kerana akan adanya lebihan makanan di akhir majlis untuk diagih-agihkan kepada saudara mara dan juga jiran tetangga. Proses memberikan agihan ini kalau di Johor dipanggil "berkat".






Hari majlis yang dinantikan telah tiba... Alhamdulillah segala persiapan adalah teratur walaupun tidak sesempurna mana pun. Kami juga menggunkan khidmat Abg Suhaimi dari Kayu Ara Damansara sebagai pengacara majlis bersama team PA system untuk memeriahkan lagi majlis kami.





Ada beberapa sebab mengapa kami memilih Abg Suhaimi sebagai pengacara majlis seperti berikut :-

a) mempunyai perwatakan menarik, berkarisma dan ada unsur humor;
b) sentiasa bersedia untuk majlis dan tidak mengacara majlis dengan ala kadar;
c) mengambil maklumat dan fakta penting daripada keluarga pengantin untuk dijadikan bahan "celotehan" semasa majlis berjalan
d) tegas dengan masa yang telah ditetapkan dalam tentatif
e) membuat rehearsal ringkas sebelum majlis bermula
f) akan memberhentikan majlis dan mengarahkan hadirin untuk diam ketika azan berkumandang;
g) majlis akan bersambung setelah dia selesai menunaikan solat;
h) majlis akan diserikan dengan bacaan doa, nyanyian nasyid, selawat dan salam serta lagu-lagu evergreen yang tidak melalaikan;
i) pandai bermain kata-kata, mempunyai lenggok suara yang unik dan bijak melayan tetamu;
j) akan mundar mandir di sekitar kawasan majlis dan berceloteh menggunakan wireless microphone


Kesimpulannya, jika Abg Suhaimi yang mengacara majlis... Insya Allah terjamin professional, teratur dan tidak melalaikan. Jika ada sesiapa yang berminat untuk mendapatkan perkhidmatan Abg Suhaimi yang lain daripada yang lain, bolehlah hubungi no di bawah. Jangan lambat... cuti sekolah dah nak dekat... mesti banyak jemputan majlis perkahwinan.



Majlis bermula pada pukul 12.00 tengah hari apabila hadirin mula hadir menikmati hidangan yang disediakan. Kedua-dua mempelai bersama-sama dengan rombongan pengantin perempuan hanya tiba di lokasi majlis sekitar jam 2.00 petang disambut dengan paluan kompang yang telah direkodkan terlebih dahulu dan juga selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi kita Muhammad s.a.w.




Setelah mengambil tempat di meja makan beradab, bacaan doa dibacakan oleh adik kepada pengantin lelaki sendiri iaitu Ustaz Muhammad Nur Helmi bin Abdul Razak.



Abang Suhaimi bersama Ustaz Muhammad Nur Helmi 

Mempelai dan para rombongan juga menikmati juadah yang disediakan. Tetamu yang hadir juga datang silih berganti menambahkan lagi kemeriahan majlis ini.



Tahniah buat kedua-dua mempelai, pasangan raja sehari


Pakcik-pakcik ku - walaupun mereka tidak berkongsi ibu yang sama tetapi mereka tetap adik beradik 


Terima kasih Yang Berbahagia Prof Dato Hj Engku Ansaruddin Agus (majikan pengantin lelaki) bersama keluarga yang telah hadir untuk memeriahkan majlis di Pasir Mas dan juga di Cheras 


Walaupun majlis berakhir dengan rasminya jam 4.00 petang, namun kami masih lagi menerima kehadiran tetamu-tetamu lain yang datang lewat hadir akibat perkara-perkara yang tidak dapat dielakkan oleh mereka. Malah ada yang datang ketika hampir maghrib juga kami melayan mereka dengan seadanya.


Begitulah resamnya kalau mengadakan Majlis Perkahwinan. Kalau jadi abang pengantin pun dah penat... apa lagi kalau jadi mak dan bapak pengantin. Malam itu pun kami berkemas semampu yang mungkin ditemani pula dengan hujan yang turun dan tiupan angin yang dingin. Yang selebihnya diselesaikan pada keesokan harinya.


Ada 3 orang lagi adik lelaki bujang bermakna kami bakal mengadakan 3 lagi majlis perkahwinan pada masa akan datang. Mungkin pada masa itulah akan jumpa telur pindang, rewang, berkat dan sebagainya. Atau mungkin mereka akan menggunakan khidmat catering? Siapa yang tahu....

Rumah/Apartment Percutian Untuk Disewa Di Cheras





No comments:

Post a Comment

Pandangan Anda Amat Dihargai :)

Menarik Untuk Dibaca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...