Tuesday, May 1, 2018

Gema Gegar Vaganza 2 - Pengalaman Masuk Dalam Dewan Untuk Live Show Support Inteam!



Asalnya takde lah layan sangat rancangan-rancangan macam ni... tapi sebab kawan-kawan pun dah join sebagai peserta... kita pun sokong lah apa lagi.. hehe... Tahun lepas Hijaz menjadi juara untuk Gema Gegar Vaganza yang pertama... tahun ni entah rezeki siapa pula jadi juara... kita nantikan

Sebenarnya Inteam yang join Gema Gegar Vaganza 2 ni ialah kawan-kawan masa kat universiti. Walaupun tak sama kursus yang diambil, tapi masa kat matrikulasi, bilik kami (Syah dan Hazamin) di level yang sama... tingkat atas sekali Kolej Sheikh Daud Al-Fatani, Lembah Pantai. Dengan Rahim pulak... kitorang sama-sama JDT kan... hehe. Rahim pun merupakan classmate dengan isteri masa belajar dulu

Dengan Hisyam memang tak biasa. Suhaimi ex Inteam pun tak biasa dengan dia. Budak UIA mana tak kenal Inteam? Inteam ditubuhkan di UIA.. bermula dengan persembahan kecil-kecilan, ahli yang ramai temasuk percussionist dan akhirnya mereka meletup dengan lagu "Kasih Kekasih"

Ok.. lepas beberapa episod Gema Gegar Vaganza 2... wassap salah seorang member Inteam ni nak tau cara masuk ke dewan dan memberikan sokongan secara "live" kat diorang ni. Dah dapat tips nak masuk tu... maka hari yang dinantikan telah tiba... hehe

Pas masuk ke dewan

Datang berdua je malam tu dengan anak lelaki... yang lain keletihan sebab sepanjang hari ada kat stadium untuk sukan sekolah... ada rezeki lain kali datang ramai-ramai. Lokasi kat Dewan Sri Putra Bukit Jalil... tak jauh pun dari rumah. Masa nak masuk ke parking Dewan Sri Putra tu kena "pow" RM2 untuk parking oleh 4 orang lelaki India... tak pasti betul ke tidak sebab uniform yang dia pakai tak sama dengan nama company dalam resit parking tu... huhu

Lepas parking cari pintu masuk ke Dewan Sri Putra... tempat ni sebelah je dengan Dewan Axiata Bukit Jalil. Lebih kurang pukul 7 ambik pas masuk daripada Encik Kimi PR Inteam kat pintu masuk. Semua penyokong diarahkan untuk beratur mengikut team masing-masing. Sebelum masuk ke dewan... pergi solat Maghrib di Dewan Axiata... kena jalan kaki sikit untuk ke sana

Suasana di luar dewan
Fan Inteam dengan warna tema kuning gold dan hitam

Lebih kurang pukul 8.30 malam barulah pintu dewan dibuka untuk masuk. Sepatutnya duduk kat kawasan penyokong Inteam... entah macam mana kami diarahkan untuk beralih ke tempat lain sebab nak bagi laluan untuk fan Farah Asyikin... banyak tempat jugak kena beralih sampai akhirnya duduk kat kawasan fan Heliza & Hazwani... haha...

Datang berdua je
Acara dimulakan dengan doa
Fikri, Nana dan Fakhrul yang ohsem!
Inteam bersiap siap sebelum persembahan
Inteam sedang membuat persembahan
Terperangkap dalam lautan fan Heliza & Hazwani... haha...

Begitulah serba sedikit pengalaman masuk ke dewan untuk tengok live Gema Gegar Vaganza 2. Kalau tengok kat TV nampak wow... bila tengok live lagi nampak woww... barulah kita tau setiap kali commercial break apa yang diorang buat dalam dewan tu... Untuk episod kali ni takde rezeki untuk Farah Asyikin dan beliau tersingkir

Selesai rancangan... maka bertebaranlah semua orang untuk berswafoto dengan beberapa orang peserta, juri dan juga pengacara. Kita yang penyabar ni... keluar dewan dan tunggu di luar. Beberapa minit kemudian seorang demi seorang dari peserta keluar dari dewan untuk bertemu dengan peminat-peminat dan juga para penyokong

Adam kena ambil gambar Abg Farihin dan peminatnya
Terima kasih Hazamin!
Terima kasih Rahim!
Terima kasih Syah aka Ustaz Musa!

Semoga sahabat-sahabat dalam Inteam terus sukses dalam bidang dan lapangan yang diceburi dan moga sentiasa di dalam rahmat dan lindungan Allah swt... Aminn...




2 comments:

Pandangan Anda Amat Dihargai :)

Menarik Untuk Dibaca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...