Saturday, October 25, 2014

Fakta Menarik Master Celebration Shaklee



Alhamdulillah... pada hari Ahad yang lepas bersamaan 19 Oktober 2014, kami sekeluarga telah ke Kota Kinabalu, Sabah untuk menghadiri majlis Master Celebration Shaklee buat pasangan Rohaya Chalo dan Mohd Samsul Samsudin. Kedua-dua mereka ini tidak asing bagi kami kerana kami mempunyai ikatan kekeluargaan iaitu sebagai adik ipar dan biras.

Rumah/Apartment Percutian Untuk Disewa Di Sabah


Apa itu Master Celebration?

Master Celebration ini bertujuan untuk meraikan Pengedar Shaklee yang telah mencapai rank tertinggi dalam Shaklee iaitu Master Coordinator. Majlis ini dibiaya sepenuhnya oleh Shaklee Malaysia. Setiap ahli Shaklee yang berdaftar akan bermula sebagai Distributor, Supervisor, Senior Supervisor, Coordinator, Senior Coordinator, Key Coordinator, Senior Key Coodinator dan akhir sekali Master Coordinator.


Bertempat di Pacific Sutera Harbour, Kota Kinabalu, majlis bermula pada jam 2.00 petang dengan pendaftaran dan kehadiran tetamu, diikuti dengan perarakan masuk Masters Coordinator yang lain dan akhir sekali perarakan masuk orang yang diraikan iaitu Masters Rohaya Chalo dan Mohd Samsul Samsudin.


Red Carpet - Masters Rohaya Chalo dan Mohd Samsul Samsudin

Masters Lyna Noh dan Zainul Anuar selaku leader untuk iReach Family


Majlis diteruskan dengan ucapan alu-aluan oleh Presiden Shaklee Malaysia iaitu saudara Victor Lim, diikuti dengan ucapan saudari Lyna Noh (Master Coordinator) iaitu leader iReach Family dan seterusnya ucapan daripada saudari Lin Chalo (Senior Key Coordinator) iaitu leader kepada Polaris Family yang juga kakak kandung kepada Master Rohaya Chalo.



Ucapan Master Lyna Noh (iReach Family)

Ucapan Sr Key Coordinator Lin Chalo (Polaris Family)

Majlis diteruskan dengan persembahan video istimewa daripada iReach Family serta persembahan bertenaga daripada Pollux Family.


Persembahan daripada Pollux Family

Tahniah Masters Rohaya Chalo dan Mohd Samsul Samsudin

Saat-saat yang dinantikan telah tiba apabila Master Rohaya Chalo naik ke pentas untuk sesi sharing moment dalam Shaklee sehinggalah pencapaian beliau di peringkat ini. Perjalanan beliau bermula dengan membeli Set Mengandung Shaklee akibat daripada HB darah yang terlalu rendah ketika mengandungkan anak ke-3. Tidak pernah terlintas dalam pemikirannya pada ketika itu untuk terlibat dalam bisnes Shaklee.


Master Rohaya Chalo terus berkongsikan kebaikan produk Shaklee di laman media sosial terutamanya dalam Facebook dengan niat untuk berkongsi kegembiraannya kepada rakan-rakannya yang lain. Perkongsian yang ikhlas dari lubuk hatinya menyebabkan ramai kenalan bertanyakan produk yang digunakan dan mereka juga ingin membeli dan mencuba produk Shaklee.


Suasana dalam dewan bertukar menjadi sebak dan pilu beserta dengan linangan air mata apabila Master Rohaya Chalo menceritakan "push factor" beliau untuk terus sukses dalam Shaklee :-

Kisah Kerepek Pisang - Bapa kandungnya telah meninggal dunia ketika beliau berusia 6 tahun. Hidup yang susah tanpa KEBEBASAN KEWANGAN menyebabkan Master Rohaya Chalo bertekad untuk terus berjaya dalam hidup. Ketika tinggal di asrama semasa Tingkatan 5, semua pelajar akan menantikan kedatangan ibu bapa mereka setiap bulan untuk mendapatkan duit poket bulanan. Sebaliknya, Master Rohaya Chalo hanya menerima bungkusan kerepek pisang untuk dijual di sekolah bagi mendapatkan duit poket.

Kisah Awal Syahmi - Anak ke-3 pasangan ini pernah menghidapi pneumonia sehingga nyawa-nyawa ikan. Bekerja sebagai Pensyarah di Politeknik Kota Kinabalu dan seterusnya dinaikkan pangkat sebagai Pegawai Pemeriksaan telah membataskan KEBEBASAN MASA beliau untuk bersama dengan keluarga khususnya anak-anak. Akhirnya beliau membuat keputusan untuk bercuti tanpa gaji sehingga sekarang.

Pollux Family - Kesungguhan downline beliau dalam Pollux Family untuk berkongsi kebaikan produk Shaklee kepada masyarakat menyebabkan beliau terus serius dalam Shaklee. Beliau juga bertekad untuk MEMBANTU Pollux Family yang lain untuk sama-sama berjaya seperti beliau.


Sebelum bersurai, para hadirin mengambil peluang untuk bergambar kenangan dengan kedua-dua "mempelai" ini dan majlis diakhiri dengan jamuan makan.


Bergambar kenangan bersama "mempelai"

Hadirin menikmati jamuan makan

Trivia #1

Fakta Menarik tentang Master Celebration Shaklee ialah :-

1) Title Master Coordinator adalah pangkat yang paling tinggi dalam Shaklee

2) Setiap pasangan Master diraikan secara eksklusif

3) Majlis ditanggung 100% oleh pihak syarikat

4) Pasangan master boleh memilih sendiri lokasi majlis, senarai jemputan, konsep dan sebagainya

5) Ada laluan red carpet untuk pasangan Master

6) Perkongsian Kisah Inspirasi

7) Sesi bergambar bersama pasangan Master

8) Sekiranya anda bukan ahli Shaklee, anda juga boleh hadir ke mana-mana Master Celebration Shaklee untuk menyaksikannya sendiri


Siapakah Masters Rohaya Chalo dan Mohd Samsul Samsudin?

Selain daripada mempunyai ikatan kekeluargaan, mereka juga adalah downline kepada kami dalam Shaklee. Masters Rohaya Chalo dan Mohd Samsul Samsudin juga adalah contoh terbaik yang menunjukkan bahawa kejayaan dalam Shaklee adalah bergantung kepada prestasi jualan yang tinggi selain daripada melahirkan leader-leader baru.

Mereka juga telah berjaya melangkau 2 upline yang lain iaitu kami (Polaris Family) dan juga saudari Ainul Malik dan Mohd Qusyairi (Naila family) untuk naik rank Master Coordinator terlebih dahulu. Oleh itu adalah tidak benar stigma masyarakat kita yang mengatakan bahawa semua MLM adalah sama iaitu siapa yang join dulu dia dulu akan berjaya. Dengan sistem Shaklee yang adil ini, semua ahli mempunyai peluang yang sama rata untuk berjaya.

Masters Rohaya Chalo dan Mohd Samsul Samsudin juga adalah leader kepada Pollux family yang semakin berkembang dan menguasai jualan produk Shaklee terutama sekali dalam negeri Sabah.


Bagaimanakah untuk melahirkan leader-leader baru dalam Shaklee?

Untuk menjadi leader dalam Shaklee, anda hanya perlu naik satu rank sahaja daripada rank pertama iaitu daripada Distributor ke Supervisor. Untuk mencapai rank Supervisor ini, anda perlu untuk mencapai target jualan yang telah ditetapkan.

"Leader" yang dilahirkan ini dikategorikan sebagai breakaway leader. Kenapa dipanggil "breakaway"? Sebab leader baru ni dah "break tie" dengan upline dia iaitu upline tidak berhak terhadap jumlah jualan kumpulan yang telah dilakukan oleh leader baru.

Begitu juga untuk naik rank seterusnya, setiap leader harus meningkatkan lagi prestasi jualan mereka di samping melahirkan leader-leader baru yang lain


Adakah upline akan mendapat hasil daripada jualan downline?

Dalam Shaklee, upline hanya mendapat bonus tunai paling maksimum 21% sahaja daripada hasil jualan downline yang masih Distributor. Bagi mereka yang sudah naik rank Supervisor ke atas iaitu sebagai leader, upline hanya mendapat paling maksimum "Leadership Bonus" sebanyak 5% sahaja. Kenapa "Leadership Bonus"? Sebab upline dan berjaya melahirkan leader baru.

Semakin ramai leader baru semakin tinggi rank upline tersebut dan of course income upline bertambah kerana mereka akan dapat insentif lain daripada Shaklee selain daripada Leadership Bonus.


Program 3C Shaklee

Program 3C Shaklee ialah Cash, Car and Convention yang telah ditawarkan oleh Shaklee. Anda yang telah mendaftar sebagai ahli Shaklee wajib menuntut hak anda ini.

1) Cash - Bonus Tunai bernilai 4, 5 atau 6 angka ini adalah berdasarkan jualan (sales) dan kepimpinan (leadership) seperti yang telah diceritakan serba sedikit di atas.

2) Car - Shaklee memberikan dana kereta bernilai 4 angka untuk ahli yang konsisten mencapai target jualan yang tertentu

3) Convention - Semakin ramai leader yang dilahirkan, semakin banyak point yang diperolehi untuk pergi umrah, percutian antarabangsa atau persidangan antarabangsa

Bukan semua orang yang mendaftar sebagai ahli Shaklee ingin menjadi jutawan. Ada di antara mereka bekerja sebagai tukang cuci menjadi ahli Shaklee hanya untuk mendapat RM500 extra setiap bulan untuk bayaran taska anaknya. Sekurang-kurangnya impiannya sudah pun tercapai.

Selain memilih untuk menjadi sihat dengan menggunakan produk Shaklee, anda juga haruslah mempunyai impian dalam hidup, biarpun impian anda itu hanyalah impian yang kecil di mata sesetengah orang.


Bagaimanakah saya ingin mendaftar sebagai ahli Shaklee?

1) Anda hanya perlu membayar yuran keahlian seumur hidup sebanyak RM65.00

2) Atau membeli produk bernilai 200UV untuk mendapat keahlian percuma; dan

3) Anda akan dimasukkan dalam Polaris Family di bawah bimbingan kami untuk mendapatkan panduan, tunjuk ajar dan tips-tips menarik secara online mahupun secara offline.


Trivia #2

Fakta menarik Shaklee sebagai sebuah syarikat MLM :-

1) Telah beroperasi selama 50 tahun dan telah bertapak di Malaysia selama 25 tahun

2) Bergantung kepada kekuatan dan keberkesanan produk yang sentiasa semulajadi, selamat dan berkesan.

3) Jika anda mendaftar sebagai ahli Shaklee, pasangan anda secara automatik akan menjadi ahli bersama (konsep perniagaan keluarga)

4) Tidak perlu "head hunting". Tiada Sponsorship Bonus dan Pairing Bonus dalam Shaklee seperti MLM lain.

5) Shaklee memberikan bonus berdasarkan pencapaian jualan produk dan juga kebolehan melahirkan leader baru (sekurang-kurangnya rank ke-2 iaitu Supervisor)

Rumah/Apartment Percutian Untuk Disewa Di Sabah



Semoga bermanfaat kepada semua!
==================
Lin Chalo & Mohd Alizal,
Health Consultant &
Business Mentor
014.338.6810 - Lin
012.401.6683 - Alizal
==================




4 comments:

  1. cerita kerepek ni memang buat air mata tak berhenti mengalir seperti sungai kinabatangan

    ReplyDelete
  2. saya pon dah tengok video ucapan master aya chalo ni pasal jual kerepek pisang. nangis.. huhu..

    ReplyDelete

Pandangan Anda Amat Dihargai :)

Menarik Untuk Dibaca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...