Alhamdulillah... dapat jugak hantar anak-anak ke Program Cuti Sekolah untuk tahun 2016. Sedar tak sedar dah hampir 2 tahun tak hantar diorang kat mana-mana program. Zaman sekarang ni dah macam penting sangat Program Cuti Sekolah untuk anak-anak selain bercuti ke mana-mana destinasi semasa cuti sekolah.
Kem cuti sekolah pilihan kali ini terletak di kawasan Tg Karang, Selangor yang dikelilingi dengan sawah padi dan ladang kelapa sawit. Kenapa kami pilih kem macam ni??? Sebabnya mudah... iaitu aktiviti yang disediakan memang rare dan tak tipikal macam program-program yang lain. Jadi... anak-anak pun suka untuk mencuba sesuatu yang baru khususnya anak-anak bandar.
Rumah/Apartment Percutian Untuk Disewa Di Tg Karang
Rumah/Apartment Percutian Untuk Disewa Di Tg Karang
Day 1 - 11 Disember 2016
Proses pendaftaran bermula seawal jam 9.00 pagi. Lepas subuh dah gerak dari Cheras ke Tg Karang. Awal pagi Ahad memang tak banyak kereta. Jadi perjalanan yang biasanya ambil masa 2 jam pun boleh jadi 1 jam setengah jer.
Nama program ni ialah Forest Journey D'Sawah yang diadakan di sebuah kem yang bernama Kem Laman Cikgu 21. Kedudukan kem ni agak ke dalam dari jalan besar... tapi tak susah nak cari pun. Antara landmark dia ialah Agro Tourism Homestay Sg Sireh dan juga Sekolah Kebangsaan Sri Gambut, Tg Karang.
Perjalanan menuju masuk ke kawasan kem dihiasi dengan pemandangan sawah terbentang luas |
Kawasan kem yang dikelilingi ladang kelapa sawit |
Lepas selesai mendaftar... kami dijamukan dengan sarapan untuk alas perut. Sambil tu borak-borak jugak dengan beberapa orang komiti dan pengendali program yang merupakan rakan seperjuangan semasa zaman di universiti lagi.
Lepas tu bawak budak-budak pusing kawasan kem, tengok asrama tempat diorang akan tidur. Abam fasi yang rajin pun ada jadi tour guide sekali. Untung datang awal... boleh pilih katil yang paling best!
Bersama sahabat-sahabat di hadapan kem |
Lepas tu bawak budak-budak pusing kawasan kem, tengok asrama tempat diorang akan tidur. Abam fasi yang rajin pun ada jadi tour guide sekali. Untung datang awal... boleh pilih katil yang paling best!
Bergambar di depan asrama perempuan |
Bergambar di depan asrama lelaki |
Aktiviti pertama harini melibatkan ibu bapa sekali iaitu ceramah keibubapaan yang disampaikan oleh bekas penyanyi nasyid yang kini aktif bersama dengan Yayasan Dakwah Islam Malaysia (YADIM) iaitu saudara Mohd Huzaimi bin Mohd Zaini yang pernah bersama kumpulan nasyid NowSeeHeart. Selesai ceramah keibubapaan kesemua ibubapa beransur pulang meninggalkan anak-anak mereka di Kem Laman Cikgu 21.
Aktiviti hari pertama lebih kepada suai kenal, pembahagian kumpulan, penamaan kumpulan, mencipta logo dan banyak lagi. Kebanyakan peserta adalah dari sekolah menengah dan ada beberapa orang dari sekolah rendah.
En Mohd Huzaimi Mohd Zaini (baju putih) |
Aktiviti hari pertama lebih kepada suai kenal, pembahagian kumpulan, penamaan kumpulan, mencipta logo dan banyak lagi. Kebanyakan peserta adalah dari sekolah menengah dan ada beberapa orang dari sekolah rendah.
Kemudian para peserta didedahkan dengan aktiviti fizikal iaitu merempuh halangan ataupun obstacle. Halangan yang disediakan tidak terlalu sukar dan sesuai untuk budak sekolah. Lari berhalangan sebegini mengajar anak-anak erti kerjasama dan semangat setiakawan.
Selesai aktiviti waktu petang para peserta mandi dan bersihkan diri dan bersiap sedia untuk solat maghrib. Di antara waktu Maghrib dan waktu Isyak pula ada ceramah atau pengisian rohani oleh saudara Kamarul Azami bin Mohd Zaini iaitu Pengarah kepada IQ Class Management yang mengendalikan program ini.
Aktiviti night walk dibatalkan sebab hujan dan digantikan dengan aktiviti-aktiviti lain yang sesuai untuk para peserta.
Day 2 - 12 Disember 2016
Peserta program akan bangun seawal 6.00 pagi untuk solat Subuh dan bersiap-siap untuk sarapan. Aktiviti pertama hari ini ialah aktiviti sembelihan. Jangan takut.... bukan anak-anak kita yang sembelihkan ayam... tapi salah seorang pengendali program yang berpengalaman akan lakukan. Anak-anak kita akan didedahkan dengan cara penyembelihan yang betul dan kepentingan mendapatkan makanan yang halal. Adam pun berpeluang untuk pegang ayam semasa sembelihan.
Adam berpeluang untuk pegang ayam |
Selepas tu para peserta akan ke sawah padi yang berhampiran untuk aktiviti seterusnya. Para peserta akan ramai-ramai naik tram yang disediakan. Tram ni unik sebab kepala tram ni ialah traktor yang biasa digunakan di kawasan sawah padi.
Happy naik tram nak ke sawah padi |
Bila sampai kat sawah padi tu para peserta akan terjun ramai-ramai. Tujuannya??? Ok tujuannya ialah untuk menangkap seberapa banyak ikan keli yang ada dalam sawah. Adam pun berjaya untuk tangkap beberapa ekor ikan keli. Tangkap ikan kat sawah ni orang panggil "gagau ikan"!
Adam berjaya tangkap ikan |
Selesai tangkap ikan keli... kesemua peserta akan mandi palong. Mandi palong ni ialah trademark kat Tg Karang. Palong ni ialah tali air yang dibina untuk salurkan air bersih ke kawasan sawah padi dan berfungsi untuk basahkan sawah untuk menanam padi.
Mandi Palong pulak... |
Aktiviti waktu petang pula ialah aktiviti ikhtiar hidup. Para peserta akan cuba menyelesaikan teka teki untuk mendapatkan bahan-bahan untuk dimasak semasa BBQ lewat petang nanti. Para peserta juga diajarkan cara yang betul untuk hidupkan unggun api.
Misi selesaikan cabaran |
Pada waktu malam pula, para peserta didedahkan dengan asas seni bela diri iaitu silat. Para peserta diingatkan bahawa jenayah ada di mana-mana jadi sedikit sebanyak asas seni bela diri kenalah tau jugak. Selepas penerangan... penceramah dan juga komiti program membuat sedikit demo diikuti oleh para peserta.
Seni asas bela diri |
Day 3 - 12 Disember 2016
Hari terakhir program sebelum para peserta pulang bersama keluarga masing-masing. Seperti biasa, para peserta akan bangun awal pagi, solat subuh, bersiap-siap dan bersarapan.
Aktiviti seterusnya lebih mencabar dimana para peserta akan belajar memanah dan juga berkayak. Aktiviti ni lebih fizikal dan memerlukan kekuatan tubuh badan. Para peserta yang berbadan kecil akan mengalami sedikit kesukaran tapi mujur ada para komiti dan juga urusetia program yang terlatih turut membantu.
Myra cuba untuk memanah |
Giliran Adam pulak untuk memanah |
Memanah sangat penting... bukan saje digalakkan dalam agama Islam tetapi juga membantu akal fikiran kita untuk kekal fokus dalam apa jua perkara yang kita buat. Berkayak juga membantu kita untuk kuatkan tubuh badan kita dan juga membiasakan kita dengan air. Tempat berkayak adalah di kawasan Sg Tengi.
Aktiviti selepas tengahari pula ialah slot perpisahan dimana para fasi merumuskan segala aktiviti dalam program kepada peserta. Kesemua aktiviti yang dibuat bukan sahaja mencabar kekuatan fizikal dan mental tetapi juga mempunyai maksud tersirat supaya peserta boleh menjadi insan holistik dan bukan cuma belajar dalam kelas sahaja di sekolah. Selepas Asar... para peserta dibenarkan pulang ke pangkuan keluarga masing-masing.
Rumah/Apartment Percutian Untuk Disewa Di Tg Karang
Rumah/Apartment Percutian Untuk Disewa Di Tg Karang
Bagi kami... takde masalah pun nak hantar anak-anak untuk ke program-program sebegini yang memerlukan kekuatan fizikal dan mental. Lepas habis program memang comot lah diorang ni, ada sedikit luka-luka dan calar-balar. Tapi inilah kehidupan... real life... Biar diorang hadapi sendiri. Kalau dok kat rumah jer... tak mencabar... hehe....
Jadi kalau nak tau apa program seterusnya jemputlah like FB IQ Class Management dan juga FB Kem Laman Cikgu 21. Lepas abis program kami terus ke Sekinchan dan check in kat situ untuk next project. Projek apa ye? Ok nantikan entri berikutnya.....
Jadi kalau nak tau apa program seterusnya jemputlah like FB IQ Class Management dan juga FB Kem Laman Cikgu 21. Lepas abis program kami terus ke Sekinchan dan check in kat situ untuk next project. Projek apa ye? Ok nantikan entri berikutnya.....
Like! Setuju dengan statement "real life" :-)
ReplyDeleteSupaya menjadi insan yang holistik katanya.....
Delete