Ramadhan kian meninggalkan kita. Adakah kita akan dipertemukan sekali lagi dengan Ramadhan tahun hadapan? Adakah kita sudah buat sehabis baik pada Ramadhan tahun ini? Atau Ramadhan kali ini sama saja dengan bulan-bulan yang lain?
Mudah-mudahan kita semua tergolong dalam golongan orang-orang yang diterima amalannya. Selain daripada kita menjaga hubungan kita dengan Allah swt, jangan kita lupa hubungan sesama manusia yang tidak kurang pentingnya. Bergaullah dengan orang yang positif, mudah-mudahan kita juga akan menjadi orang yang positif.
* Bergambar kenangan bersama Dato Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah * |
* Bergambar kenangan bersama Dr Hj Tengku Asmadi bin Tengku Mohamad * |
Selain itu jangan juga kita lupa kepada mereka yang lebih memerlukan daripada kita. Di saat Syawal yang bakal menjelang, ada juga insan-insan lain yang tidak bernasib baik seperti kita yang menyambut Hari Lebaran ala kadar sahaja. Sumbanglah apa yang termampu dari segi masa, wang ringgit, tenaga dan sebagainya kepada golongan-golongan yang kurang bernasib baik.
* Credit to Bro Munzir for this video! *
Apa yang penting jangan kita sama sekali jatuhkan potensi diri kita sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini dan pada masa yang sama ingatlah bahawa kita ini adalah hamba kepadaNya. Pastikan hari ini lebih baik dari semalam dan mudah-mudahan besok lebih baik daripada hari ini.
Suara dah macam artis bang, terbaik
ReplyDeleteKomen anda amat dihargai! Haha...
ReplyDelete