Wednesday, July 23, 2014

CoQ Health Plus - Membantu Menjana Jantung Anda Yang Sihat!


Disclaimer: The information on this site is for educational purposes only. It is not intended to be a substitute for professional medical advice. None of the opinions are meant to diagnose or treat any disease or illness. You should always consult your healthcare provider.



Jantung anda mengepam hampir 2,000 gelen darah ke seluruh bahagian tubuh anda setiap hari. Sebagai otot yang bekerja keras dalam tubuh anda dan sebagai pusat kawalan utama sistem peredaran darah, jantung anda memerlukan jumlah tenaga yang besar untuk berfungsi dengan cekap.

Tenaga tersebut diperolehi dengan bantuan nutrien yang dipanggil koenzim Q10 (CoQ10) yang juga berperanan membantu kesihatan salur darah. COQ10 dihasilkan secara semulajadi oleh tubuh dan wujud dalam semua sel. Pengambilan makanan membantu mengekalkan tahap CoQ10; akan tetapi amaun CoQ10 yang diperolehi daripada pemakanan secara tipikal adalah kurang dari 10mg sehari.



Perlu diingat, faktor seperti diet yang tidak seimbang, faktor usia dan pendedahan harian kepada radikal-radikal bebas meningkatkan lagi keperluan untuk nutrien yang penting ini.


* Jantung anda berdenyut 100,000 kali setiap hari
* Aorta, arteri terbesar dalam tubuh, diameternya hampir menyamai hos taman anda
* Penggunaan ubat-ubatan tertentu akan mengurangkan tahap CoQ10 dalam darah
 

Anda disyorkan untuk mengambil nutrien penting CoQ10 ini khususnya jika anda tergolong seperti golongan di bawah :-

* Dewasa sihat yang berumur 18 tahun ke atas yang prihatin tentang fungsi jantung dan kesihatan arteri mereka.

* Dewasa lelaki dan wanita yang mengambil perubatan yang mungkin mengurangkan tahap CoQ10 dalam darah mereka.

* Wanita hamil atau mereka yang mengambil ubatan untuk mencairkan darah perlu mendapat nasihat doktor mereka.


Tambahan lagi, keupayaan tubuh dalam menghasilkan CoQ10 menurun berikutan peningkatan usia. Berdasarkan satu kajian penyelidikan, tubuh berupaya menghasilkan CoQ10 pada tahap tertinggi di usia 20 tahun dan menurun pada 20 tahun berikutnya. Pada usia 40 tahun, jantung kita hanya berjaya menghasilkan sebanyak 68.2% daripada jumlah penghasilan CoQ10 dalam tubuh pada usia 20 tahun.



* Rajah menunjukkan fungsi CoQ10 terhadap organ-organ dalam tubuh *


Shaklee CoQ Health Plus adalah unik dan berbeza dengan suplemen CoQ10 yang lain kerana mengandungi campuran proprietari CoQ10 dan resveratrol iaitu ramuan-ramuan yang membantu menjana jantung anda, bagi jantung adalah satu sistem penghantaran dengan menggunakan minyak zaitun dan sememangnya semulajadi!

# Koenzim Q10 - CoQ10 adalah nutrien yang larut dalam lemak yang dihasilkan oleh tubuh dan wujud dalam kesemua sel-sel. Kosentrasi yang tinggi nutrien ini ditemui dalam organ yang bekerja keras dan memerlukan tenaga selular yang tinggi untuk berfungsi seperti jantung, hati, buah pinggang dan pankreas.

CoQ10 adalah penting bagi bertrillion sel-sel dalam tubuh yang perlu menghasilkan tenaga mereka sendiri untuk terus hidup. Untuk menghasilkan tenaga, sel akan membakar gula dan lemak yang datang dari makanan yang kita makan. Nutrien-nutrien ini dipecahkan dan diangkut melalui laluan penghasilan tenaga yang memerlukan CoQ10. Proses penghasilan tenaga ini diulangi beribu-ribu kali setiap saat untuk menjana denyutan jantung dan organ-organ tubuh yang lain, yang memerlukan aliran tenaga yang berterusan. Tanpa CoQ10, sel-sel tidak akan mampu menghasilkan tenaga dan organ-organ tidak akan dapat berfungsi dengan betul.

CoQ10 juga dikenali untuk aktiviti antioksidannya yang ampuh, untuk melindungi membran sel dari radikal bebas. Sebagai antioksidan CoQ10 juga membantu arteri-arteri dari oksidasi akibat tindakan LDL (kolestrol tidak baik). Ini sangat penting untuk menggalakkan fungsi salur darah, terutama sekali yang mengangkut darah ke organ jantung.


# Resveratrol - Merupakan fitonutrien yang wujud dalam arak merah, kulit anggur merah dan jus anggur ungu. Seperti CoQ10, resveratrol memainkan peranan utama dalam memastikan kesihatan salur darah. Kajian makmal menunjukkan ia mampu menghalang oksidasi LDL dan menggalakkan relaksasi salur darah. Salur darah akan lebih lebar apabila melalui fasa relaksasi.




Dapatkan segera Shaklee CoQ Health Plus yang membantu anda untuk menyayangi jantung anda! Sila klik ORDER di sini untuk pembelian  produk lain atau hubungi kami seperti di bawah :)



Semoga bermanfaat kepada semua!
==================
Lin Chalo & Mohd Alizal,
Health Consultant &
Business Mentor
014.338.6810 - Lin
012.401.6683 - Alizal
==================






No comments:

Post a Comment

Pandangan Anda Amat Dihargai :)

Menarik Untuk Dibaca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...