Setakat hari ini Arsenal baru saja mengumumkan ketibaan Alexis Sanchez dan Mathieu Debuchy sebagai pemain baru Arsenal untuk musim baru. Pemain-pemain lain yang dijangka akan diumumkan sebagai pemain baru Arsenal dalam tempoh terdekat adalah David Ospina, Calum Chambers dan Mario Balotelli.
Selain daripada pembelian pemain-pemain utama, Arsenal juga tidak pernah mengabaikan akademi bolasepaknya dan memperkuatkan akar umbi dengan menandatangani 7 orang pemain remaja berbakat iaitu Kristopher Da Graca, Ben Sheaf, Elias Hatzitheodoridis, Hugo Keto, Jonatas Centeno, Savvas Mourgos dan Georgios Spanoukadis.
Kristopher Da Graca - Pemain Sweden bawah 16 tahun ini telah disambar dari kelab Hisings Backa FC di Sweden. Beraksi sebagai pertahanan tengah, pemain ini dilihat mampu untuk mencabar pertahanan tengah lain dalam Akademi Bolasepak Arsenal.
Ben Sheaf - Pemain England bawah 16 tahun ini telah disambar dari kelab West Ham apabila dia enggan untuk menyambung kontrak biasiswa bersama West Ham. Pemain tengah yang meningkat naik ini juga dilihat mampu untuk mencabar pemain-pemain senior yang lain.
Elias Hatzhitheodoridis - Arsenal juga berjaya mendapatkan pemain ini daripada akademi elit Arsenal di Greece. Bekas pemain kelab Mas Kallitheakos berusia 17 tahun ini beraksi di posisi pertahanan kiri yang mempunyai kelebihan membuat hantaran-hantaran silang berbahaya dilihat mampu menjadi pemain utama Arsenal bawah 18 tahun.
Hugo Keto - Arsenal telah berjaya menewaskan Liverpool dalam mendapatkan penjaga gol muda berbakat dari Finland ini. Bekas pemain HJK Helsinki yang berusia 18 tahun ini dikatakan mempunyai refleks yang baik dan ketinggian fizikal sebagai penjaga gol.
Jonatas Centeno - Arsenal telah berjaya menyambar pemain Portugal berusia 16 tahun ini dari Fulham FC. Mempunyai kepantasan yang menakjubkan, pemain ini boleh beraksi di pertahanan kanan mahupun di sayap kanan.
Savvas Mourgos - Pemain tengah berusia 16 tahun ini juga berada di akademi elit Arsenal di Greece dan berjaya menambat perhatian Arsenal dengan ketenangannya ketika mengawal bola. Bekas pemain kelab Panionios ini juga mempunyai kebijaksanaan sebagai pemain tengah yang sejati.
Georgios Spanoukadis - Mempunyai dua kerakyatan iaitu Jerman dan Greece, pemain ini telah mewakili pasukan Jerman di semua peringkat umur. Memulakan kariernya dengan kelab Eintracht Frankfurt sebelum berhijrah ke Barcelona ketika berusia 9 tahun pada tahun 2009. Pemain tengah ini baru berusia 15 tahun tetapi mempunyai ketinggian 6 kaki.
Nota : Georgios Spanoukadis sebenarnya tidak jadi menyertai Arsenal dan sebaliknya menyertai Stuttgart pada saat-saat akhir. Sumber : metro.co.uk
Mendapatkan pemain-pemain muda berbakat dari luar adalah satu usaha yang berbaloi di samping mengharapkan graduan-graduan anak tempatan (English) dari akademi Arsenal di England (Hale End) yang juga mengintai peluang untuk mendapatkan tempat dari skuad Arsenal. Salah seorang yang agak menonjol ialah Chris Willock yang berumur 16 tahun yang beraksi di sayap kiri ataupun tengah menyerang.
COYG!
No comments:
Post a Comment
Pandangan Anda Amat Dihargai :)