Baru-baru ni anak sulong kami, Adam bagitau yang dia masuk pertandingan nasyid wakil sekolah. Oklah.... yang penting buat yang terbaik. Beberapa hari lepas tu Adam cakap dia kena masuk syarahan pulak bukan nasyid. Oklah.... takde masalah pun sebab mesti ustaz dan ustazah lebih nampak potensi sebenar Adam samada nak wakil sekolah dalam nasyid atau syarahan.
Macam biasa lah... kalau dah diberi kepercayaan, Adam memang akan berlatih bersungguh-sungguh kat rumah. Kita sebagai mak bapak ni tolong tolong tengok kan jer... Tunjuk dia contoh-contoh syarahan dalam youtube. Kat sekolah pun agaknya macam tu lah Adam sungguh-sungguh berlatih. Adam bagitau pertandingan syarahan dia akan dibuat di Sekolah Rendah Agama Taman Tun Perak, Cheras.
Baca : Program Cuti Sekolah Bijak Bicara - Bahagian 1
Baca : Program Cuti Sekolah Bijak Bicara - Bahagian 2
Baca : Program Cuti Sekolah Bijak Bicara - Bahagian 1
Baca : Program Cuti Sekolah Bijak Bicara - Bahagian 2
Lepas tu Adam cakap yang ini kali pertama sekolah dia masuk pertandingan ni.... sebelum ni memang tak pernah masuk... maksudnya ustaz dan ustazah belum berpengalaman lagi lah untuk menghadapi pertandingan ni. Ok takpe.... satu pengalaman yang menarik....
Secara peribadi memang situasi ni agak biasa bagi diri sendiri... masa kecik kecik dulu wakil sekolah dalam nasyid, syarahan atau hafazan. Setakat ni memang tak pernah menang lah. Even... dulu dalam satu pertandingan syarahan kat Muar, salah seorang hakim tu ialah jiran... pun tak menang jugak... hehe
Gambar Retro tahun 1994 - wakil sekolah pertandingan Hafazan, tak ingat dapat no berapa tapi bukan juara lah |
Hari yang dinantikan pun tiba iaitu Hari Sabtu 9 April 2016 pukul 9.00 pagi bertempat di Sekolah Rendah Agama Taman Tun Perak, Cheras. Kami sekeluarga datang beri sokongan sebab sekolah tu pun tak jauh dari rumah. Bila sampai kat tempat pertandingan tu barulah tau nama pertandingan ni ialah Program Kemahiran Amal Islami (KAMIL) Peringkat Zon Langat 2016.
Adam dah pergi lebih awal dengan ustaz dia, bertolak dari sekolah ke tempat pertandingan. Berdasarkan pelan yang diletakkan pada banner, kami pun terus ke tempat pertandingan syarahan BM iaitu di tingkat 3 Blok A.
Banner menunjukkan pelan tempat pertandingan |
Pertandingan KAMIL untuk sekolah rendah agama ni dibahagikan kepada Tahap 1 dan Tahap 2. Acara yang dipertandingkan untuk Tahap 1 tak banyak manakala acara untuk Tahap 2 ada hampir 20 acara seperti Kalam Jama'ie, Azan, Solat Jenazah, Bercerita, Marhaban, Khat dan banyak lagi. Rombongan Adam dan kawan-kawannya takdelah ramai macam sekolah yang lain. Sekolah-sekolah yang mengambil bahagian pun lebih dari 10 buah sekolah dalam Zon Langat.
Tingkat 3 Blok A |
Suasana di tempat pertandingan |
Adam memulakan kata-kata |
Pada waktu tengahari semua orang berkumpul di dewan utama untuk diumumkan pemenang-pemenang pertandingan. Adam dan kawan-kawannya tidak diletakkan harapan yang besar sebab ni first time Sekolah Rendah Islam Al-Rahman, Bandar Tun Hussein Onn, Cheras iaitu sekolah Adam masuk bertanding.
Kesemua peserta yang masuk bertanding terpaksa duduk di bawah khemah sebab dewan dah penuh |
Nampaknya sekolah-sekolah seperti Dusun Nanding, Dusun Tua, Pekan Langat, Batu 9 Cheras dan Batu 10 Cheras mendominasi pertandingan ni dengan membolot hampir semua Top 3 untuk kategori-kategori yang dipertandingkan
Dan syukur Alhamdulillah juga sebab Muhammad Adam Hakimi berjaya menjadi johan pertandingan syarahan BM kategori lelaki. Bukan itu saje... adik Shuzila Siregar dari Sekolah Rendah Islam Al-Rahman juga berjaya mendapat tempat ke-2 untuk syarahan BM kategori perempuan. Tempat pertama dan ke-2 setiap kategori akan mewakili Zon Langat di peringkat daerah Hulu Langat pada 23 April 2016
Baru 1st time masuk bertanding dah berjaya hantar 2 pelajar untuk wakil Zon Langat... Tahniah! |
Adam (kanan) bergambar kenangan dengan pemenang tempat ke-2 lelaki |
Kejayaan dua orang pelajar ni telah memecah dominasi sekolah-sekolah lain yang lebih berpengalaman. Terima kasih diucapkan kepada guru-guru yang memberikan tunjuk ajar dan memberi sokongan kepada anak-anak ini untuk terus berjaya.
Baca : KAMIL Peringkat Daerah Hulu Langat 2016
Baca : KAMIL Peringkat Daerah Hulu Langat 2016
No comments:
Post a Comment
Pandangan Anda Amat Dihargai :)