Sunday, August 10, 2014

Boikot Shaklee : Fahami Pelbagai Hikmah Di Sebaliknya



Baru-baru ini kita dikejutkan dengan status FB seorang ikon agama terkenal di negara kita berkenaan pandangan beliau tentang kempen memboikot barang-barang Israel dan nama Shaklee turut dikaitkan dengan kempen memboikot ini. Status ini telah mendapat ribuan komen daripada pelbagai pihak samada di sudut positif mahupun di sudut negatif.




Saya tidak mahu memberikan komentar yang panjang bekenaan isu ini dan saya rasa lebih baik orang yang lebih ahli memberikan pendapat dan komen berdasarkan ILMU dan bukannya berdasarkan SENTIMEN, PREJUDIS dan EMOSI.


Antara banyak-banyak komen yang diberikan, saya lebih tertarik kepada komen di bawah yang telah menyentuh isu ini dari pelbagai sudut :-


Health~Key of happiness: Sudah sampai masakah untuk memBOIKOT Shaklee???: Assalamualaikum dan selamat pagi buat semua. Hari ni sudah 12 Syawal, tapi ramai lagi yang masih dalam mood raya. Jamuan makan sana sini b...


Apa-apa pun terpulang kepada anda untuk membuat keputusan berkenaan isu ini. Mungkin Allah swt telah memilih anda untuk bulat hati dalam menyertai kempen boikot ini dan orang lain masih belum lagi. Tetapi jangan sekali-kali kita menghentam, mencaci dan menjatuhkan maruah orang lain yang tidak menyertai kempen boikot ini. Jagalah percakapan dan lidah kita kerana jika ianya tidak benar sepertimana yang dilontarkan makan lahirlah FITNAH.


Ya, mungkin pandangan saya ini tidak boleh diterima 100% oleh anda kerana saya juga ahli Shaklee, tetapi percayalah saya kenal siapa di kalangan ahli Shaklee kami seperti berikut :-

* Telah memboikot produk Israel sejak 10 tahun yang lalu;
* Aktif membuat kerja-kerja amal dan berkorban bukan setakat untuk saudara kita di Palestin termasuk juga golongan lain yang tidak bernasib baik dalam negara kita;
* Tidak menjual produk Shaklee semata-mata sebaliknya menjual dan mengamalkan juga "makanan sunnah" seperti yang dikatakan;
* Membuat kumpulan usrah/group sendiri di alam maya untuk memastikan ukhuwah dan santapan rohani sentiasa dibekalkan dan dikongsi;
* Telah berhijrah menjadi lebih positif, mendekatkan diri kepada Allah swt dan telah meninggalkan sifat-sifat negatif terdahulu;
* Telah menjadi ibu tunggal yang berdikari dan berjaya akibat kehilangan dan/atau setelah ditinggalkan oleh suami mereka;
* Telah menggembirakan suami masing-masing kerana telah bekerja di rumah dan mengawal anak-anak mereka sendiri dari rumah;
* Mendapat peluang kedua untuk hidup, setelah bertahun-tahun menderita akibat pelbagai jenis penyakit;
* Telah berbakti kepada ibu bapa masing-masing, membantu adik beradik dan saudara mara dari segi masa, kewangan dan juga emosi; dan
* Menggembirakan isteri masing-masing setelah berhenti merokok, beberapa bulan selepas menyertai Shaklee.


DAN saya juga mempunyai kenalan yang bukan ahli Shaklee, bukan saja memboikot produk Israel, malah dia juga memastikan akhlak dan penampilannya tidak sama dengan orang Israel hampir keseluruhannya. Dia juga tidak mengkecam saya walaupun saya ahli Shaklee, itulah cerminan yang terhasil jika ILMU diamalkan. 


Maka persoalannya adakah wajar golongan-golongan seperti yang dinyatakan di atas mendapat cemuhan dan kata-kata yang tidak sepatutnya daripada orang-orang tertentu? Sudah tentu tidak. Sama-samalah kita ingat memperingati antara satu sama lain bekenaan isu ini khususnya. Ingatlah bukan amalan kita (samada dilihat oleh manusia atau sebaliknya) yang memberi jaminan kita mendapat syurga Allah swt melainkan dengan RAHMAT dan kasih sayang Allah swt semata-mata.




Mudah-mudahan kita semua mendapat RAHMAT dan kasih sayang Allah swt dengan menjaga hubungan kita dengan Allah swt dan juga menyebarkan kasih sayang dan menjaga hubungan kita sesama manusia. Perbezaan pendapat itu indah jika diselitkan dengan adab-adab dan landasan yang telah ditetapkan. Elakkan berdebat dengan orang yang tidak berILMU kerana tiada manfaat sama sekali dan tidak akan berkesudahan ceritanya. Teruskan juga menuntut ILMU hanya kerana Allah swt dan bukan kerana sebab-sebab yang lain.




Insya Allah dengan ILMU yang berkat, kita akan mendapat petunjuk dan hidayah daripada Allah swt untuk membuat keputusan yang tepat khususnya di akhir zaman ini. Benarlah padangan mata selalunya menipu dan pandangan hati itulah yang hakiki.


Wallahu 'alam....





3 comments:

  1. Alhamdulillah. Tenang sekali baca entri saudara.

    Sy teringat pesanan ustaz sy. Jika kita nk tau apa yg kita buat tu mendapat keredhaan dsn keberkatan dr Allah SWT, lihat samada kita semakin dekat denganNya atau sebaliknya.

    Bg sy dan isteri cukuplah sy gambarkan dgn lafaz Alhamdulillah kerana dipertemukan dgn Shaklee.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wallahu 'alam.... ilmu saya masih dangkal.... banyak lagi yang perlu saya pelajari.... sila beri tunjuk ajar...

      Delete
    2. tenang hati ini membaca komenmu wahai Fahmy Shuhaimi

      Delete

Pandangan Anda Amat Dihargai :)

Menarik Untuk Dibaca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...