Satu ketika dahulu memang tak faham kenapa orang kerja buat "sales". Kerja buat sales ni atau perkataan lain ialah "jurujual" macam-macam jenis ada... kerja dengan bank, kerja dengan insurans dan macam-macam lagi. Lepas tu lagi tak faham kenapa dah belajar sampai degree pun tapi masih nak kerja buat sales.
Antaranya ialah rakan sekolah yang graduate universiti tapi buat sales credit card, ada seorang jurujual berbangsa Cina yang buat sales jual mesin fotostat sahaja, ada seorang kenalan yang menjual produk kesihatan yang sama dari tahun 90-an sehingga kini dan tidak kurang pula rakan-rakan seperjuangan yang terlibat dalam industri insurans dan takaful.
Mungkin sebab tak faham ialah awal-awal lagi mentaliti dah set... kalau belajar law kena jadi lawyer, belajar medic kena jadi doktor, belajar engin kena jadi engineer dan sebagainya. Mungkin juga masa tu hanya fikirkan nak kerja yang so call 'selamat' dan bergaji tetap. Dan juga masa tu fikir... takpe setiap tahun gaji akan naik punya...
Kelebihan Kerja Buat Sales (Sebagai Jurujual)
Tanpa disedari banyak rupanya kelebihan dan faedah yang diperolehi kalau kita buat kerja sales ni. Selain daripada menjual produk, orang yang buat sales ni akan berjumpa dengan pelbagai jenis manusia. Berhadapan dengan macam-macam manusia ni boleh menjadikan kita lebih matang dan lebih berpengalaman daripada orang lain.
Mereka yang buat sales ni akan diajar untuk hidup berdikari. Sudah pasti pada peringkat permulaan, mentor mereka akan memberikan tunjuk ajar samada dari segi teori dan praktikal. Selebihnya mereka sendiri yang buat sales ni dengan sendirinya.
Lagi kerap mereka jumpa orang untuk jual produk, semakin kerap level berdikari mereka meningkat dari semasa ke semasa. Berjumpa dengan ramai orang bukanlah perkara biasa pada peringkat permulaan, tetapi lama-kelamaan akan jadi perkara biasa dan bukan lagi memalukan.
Lagi kerap mereka jumpa orang untuk jual produk, semakin kerap level berdikari mereka meningkat dari semasa ke semasa. Berjumpa dengan ramai orang bukanlah perkara biasa pada peringkat permulaan, tetapi lama-kelamaan akan jadi perkara biasa dan bukan lagi memalukan.
2. Belajar Berhadapan Dengan Masalah
Mereka yang buat sales ni akan berhadapan dengan prospek atau bakal pelanggan dengan bersemuka. Setiap permasalahan atau keraguan yang timbul tentang sesuatu perkara akan terus ditangani dengan segera tanpa meninggalkan sebarang perspektif negatif. Percayalah, berhadapan dengan "rejection" daripada customer adalah pengalaman yang sangat berharga!
Pada mulanya, memanglah ada sesetengah perkara kita tak mampu menghadapinya dek kekurangan pengalaman. Namun, jangan bimbang kerana pengalaman akan mendewasakan kita.
Pada mulanya, memanglah ada sesetengah perkara kita tak mampu menghadapinya dek kekurangan pengalaman. Namun, jangan bimbang kerana pengalaman akan mendewasakan kita.
3. Kerjaya Yang Cemerlang
Mereka yang buat sales secara konsisten dan berterusan akan berhadapan dengan masa hadapan kerjaya yang cemerlang dan gemilang. Dalam mana-mana organisasi pun memang akan ada kenaikan pangkat sekiranya target telah dicapai.
Kenaikan pangkat adalah perkara yang sangat penting dalam mana-mana kerjaya. Ini akan menunjukkan tanda aras hasil usaha kita selama ini. Secara tidak langsung, semangat dan motivasi dalam diri juga semakin tinggi.
Kenaikan pangkat adalah perkara yang sangat penting dalam mana-mana kerjaya. Ini akan menunjukkan tanda aras hasil usaha kita selama ini. Secara tidak langsung, semangat dan motivasi dalam diri juga semakin tinggi.
4. Rezeki Yang Melimpah
Memang lah gaji pokok orang yang buat sales ni pada mulanya ciput. Tapi, mereka boleh tersenyum lebar apabila beberapa jenis bonus yang ditawarkan oleh sesuatu organisasi itu telah dicapai. Biarlah mereka sendiri tahu betapa tebalnya poket sendiri masa itu.
5. Mengembara
Bagi mereka yang minat mengembara sudah pastinya ada kerja-kerja outstation di luar kawasan yang bakal dihadapi. Ada antara mereka yang sudah berumur masih mengembara ke sana sini atas urusan kerja... apalagi mereka yang masih muda dan bertenaga, sudah tentu mengembara adalah peluang yang pasti tidak akan dilepaskan.
Selain itu, mengembara juga penting untuk mengembangkan lagi potensi perniagaan masing-masing. Mengembara juga perlu untuk menghadiri acara-acara yang mungkin akan diadakan oleh sesuatu organisasi termasuklah group binding, majlis pengiktirafan dan sebagainya.
Tips Menjadi Jurujual (Sales) Yang Berjaya
Kepada mereka yang ingin menceburkan diri dalam bidang sales, jangan lupa untuk mengamalkan tips-tips berikut untuk menjadi Jurujual yang berjaya :-
1. Sentiasa Bersikap Positif dan Tidak Membosankan
2. Belajar dan Kenali Produk Yang Hendak Dijual
3. Bersungguh-sungguh Tanpa Unsur Paksaan
4. Menjaga Penampilan
5. Memberikan Ruang Dan Masa Kepada Prospek Untuk Buat Pertimbangan
6. Menawarkan Insentif Atau Hadiah Kepada Prospek
Andai kata boleh diputarkan masa, sudah pasti akan buat sales seawal mungkin. Buat sales bukannya kerja yang calang-calang boleh dilakukan. Ianya perlukan kesungguhan dan keberanian. Hasilnya sudah pasti sangat berbaloi bukan saja dari segi wang ringgit malah nilai dan harga diri kita sendiri semakin bertambah.
Baca : Kerja Kosong Sebagai Jurujual Online Shaklee
Apa yang penting, sebelum menjadi Jurujual atau Salesman, pastikan anda telah memilih untuk berada dalam organisasi yang besar dan stabil. Selain itu, pastikan juga anda menjual produk atau perkhidmatan berkualiti yang sememangnya sangat diperlukan oleh masyarakat.
Baca : Kerja Kosong Sebagai Jurujual Online Shaklee
Apa yang penting, sebelum menjadi Jurujual atau Salesman, pastikan anda telah memilih untuk berada dalam organisasi yang besar dan stabil. Selain itu, pastikan juga anda menjual produk atau perkhidmatan berkualiti yang sememangnya sangat diperlukan oleh masyarakat.
Nak senang tak senang. Nak susah tak susah.
ReplyDeleteMenjadi seorang salesman tidak sukar dan sesiapa pun boleh cuba. Sebab biasanya kita akan ada mentor. Tinggal lagi nak tengok semangat kita. Samada kita cepat down maka kita takkan lama dalam bidang ni. Atau kita kuat semangat , kita insyaAllah akan dapat bertahan lebih lama.
Sekian ulasan haji.
.
Salam kenal.
Haji masih baru dalam dunia blogging.
Mohon tunjuk ajar. Tq
Salam.Nak jadi jurujual memang mudah tetapi nak menjadi jurujual professional itu yang payah.Jurujual profesional biasanya meluangkan masa setengah jam setiap pagi membaca buku berkenaan sales sebelum memulakan tugasnya.Jika sebuah buku berkenaan sales pun tak pernah di baca mungkin agak sukar seorang jurujual itu mendapat kecemerlangan didalam profession nya sebagai jurujual.Cuba kita tanya diri kita sudah berapa banyakkah buku berkenaan sales yang kita sudah habis membacanya dan berapa pula kekerapan kita membacanya.
ReplyDelete